Sekarang jam dah hampir ke 12 tengah malam. Ya Allah, cepatnya masa berlalu. Rasa macam baru ja cakap, 'yey ! esok cuti'. Tengok2 esok dah nak start kerja balik dah. Haha. Takpuas pun sebenarnya cuti sehari ni. Almaklumlah, aku ni mana sempat nak cuti lelama lepas habis training kat hospital haritu. Rehat dalam seminggu, masa tu balik kampung, tuptup dalam panggilan kerja. Haha. Alhamdulillah murah rezeki, walaupun kena terima hakikat takdapat nak rasa nikmat cuti macam kawankawan yang lain, hehe.
Ok, sebelum aku merepek dengan lebih panjang lagi, sebenarnya, seperti yang semua dah sedia maklum, harini Selasa, 13Mei kita bercuti sempena Hari Wesak. Alhamdulillah, dapat lah jugak berehat sikit bila ada extra cuti ni kan, hehe. Hajat di hati, esok taknak pergi kerja, tapi bila memikirkan anak2 pelajar yang memerlukan ilmu dari aku, makanya aku gagahi jua tapak kaki ku ini. Haha. Macam lah bebudak tu kisah sangat kalau hang tak mai, Alyaa ooiii :P
Cuti harini buat apa? Hmm, aku tak buat apa2 pun. Bangun pagi, terus kumpul baju untuk dibasuh yang boleh tahan agak banyak di mata aku, haha. Lepastu masak kan sarapan pagi untuk aku dengan kakak aku, yehaaa bukan senang ya nak tengok aku memasak, tambah2 pagi2 buta, kuikui. Belah petang, aku keluar, round2 pi Aeon Big, cuci2 mata apa ada. Nak beli, tak banyak fulus lagi, gaji tak masuk lagi wuu sedih.
Menjelang malam, aku selesaikan kerja2 untuk dibawa ke sekolah esok. Lepastu tanda buku nota dengan buku latihan budak2. Sangat dan amat tekanan ya bila nak menanda buku budak2 ni. Ada yang tak siap lah, tak jawab lah, haii macam2 rasa ada bila menanda tadi. Itu baru separuh aku tanda, ada banyak lagi yang menanti untuk ditanda oleh cikgu yang agak rajin bagi kerja, pemalas nak tanda macam aku ni, haha
Esok, insyaAllah, aku akan mulakan misi yang dari dulu aku ingin buat sesangat. Harapnya misi kali ini berjaya dan terus berjaya, insyaAllah amin. Sama sama doakan aku boleh? Hehe. ;)
Oh, rasanya sudah cukup panjang dan banyak aku merepek di sini. Rasanya mau undur diri dulu buat seketika. InsyaAllah lepasni aku akan sambung merepek lagi ya, stay tune !
Untuk mereka yang nak berinteraksi dengan aku, boleh berhubung terus di page Alyaa Official Blog. Aku akan ada di sana untuk menjawab segala pertanyaan, insyaAllah mana yang boleh, aku jawab dan aku bantu. :)
Selamat malam semua !
2 ulasan:
kat tempat saya, mostly mmg takde kelas tiap Selasa. yg mana ada kelas hari selasa je tahu sbb apa cuti. sadiss sungguh =,=
@☺MADiDEYHA☺
hahahah, sungguh saya amat faham perasaan itu. sangat sadis yg amat -,-
Catat Ulasan