Wah.. wah.. wahh.. Rasa macam dah lama gila tak menaip kat sini. Seriuslyy rasa macam baru ja nak kenai balik dunia blog ni. Haha. Aku tau aku dah lama tak update kan. Maaf sangat-sangat. Bukannya aku taknak upate, tapi aku sangatlah kekangan masa yang teramat. Banyak program dan aktiviti yang perlu dihadiri, ada quiz, test yang berderet-deret, lab report, compounding medicine dan macam macam lagi lah sampai membuatkan aku rasa macam tak cukup masa saja. Haha. Apa2pun, biasalah kan, sebagai pelajar memang itu adalah tanggungjawab aku. Nak tak nak kena biasakan jugak lah.
Dan, Alhamdulillah, kita dah pun memasuki bulan puasa dan dah masuk hari ke 7 dah kan. Cepatnyaa masa berlalu. Pejam celik, pejam celik dah nak habis 10 malam pertama bulan Ramadhan ni. SubhanaAllah. Aku pun tak tahulah berapa banyak dah amalan yang aku dah buat setakat ni. InsyaAllah, moga lepas2 ni lebih banyak amalan yang dapat kita lakukan bersama. :)
#google#
Ok, berbalik kepada tajuk asal, pasal kekangan masa. Yes, truly said aku memanglah tak punya banyak masa untuk mengupdate blog kesayangan ni. Limited sangat masa aku sekarang ni. Aku kena pandai bahagi2 masa. Dah masuk semester 3 ni, subjek makin susah, makin kena fokus, makin kena banyak study. Kalau quiz pun dah susah kemain, bayangkanlah test pulak macam mana. Memang semputlah nak hapai semua tu. Nama2 ubat, penyakit lagi. Antianginal drug, Anti hypertension, Alpha Blocker, Beta Blockers, Verapamil, Calcium Channel Blockers, Pharmacodynamics, Pharmakinetics, Drug Absorption, dan banyak lagii. Oh Tuhan, ini baru cover utk satu subjek tau. Wuawua. Baru test, aku dah nak separuh gila. Kalau final nanti, memang serabai habislah hidup aku. Haha.
Err, nak update apa lagi hah? Banyak sebenaqnya yang aku nak cerita kat sini, tapi macam dah ingat ingat lupa dah. Nanti kalau idea nak update tu ada, aku ingat nak taip teruslah, malas tangguh2 lagi. At least, terupdate lah jugak kan. Ada orang baca ka dak, itu belakang cerita. Haha. So, rasanya sampai sini dululah aku taip. Lagipun, sekarang ni dah pukul 4 pagi kot. Nak sambung tidur balik kejap lagi, lepas sahur. Hehe. Babai... :)
p/s: Selamat bersahur untuk semua dan Salam Ramadhan. :)
7 ulasan:
selamat bersahur :)
Salam Ramadhan...
CiM pown selalu tak ada masa nak update blog. Biasalahkannnnnnn, hal keluarga dan kehidupan seharian lebih penting untuk diuruskan terlebih dahulu.
Owh yaaaa, CiM pown akan duduki exam next week. Wish us luck :)
@keli menari
dah selamat bersahur sudahh. hehe. thank you. :)
@Cinta Misteri
salam Ramadhan jugak. :) betul tu, tiada masa sangat kan. hehe. okay, goodluck utk kita jugaak. hihi
belajar . memang takleh lari drpd perkataan susah kan? hmmphh.
takpe alyaa. work hard ! struggle betul2. awk mesti bolehnya.
huhu. eh, dah seminggu posa kan? cepat, mmg cepat masa berlalu. tup2, tetiba dah raya. haihh,
salam ramadhan..
berjln2..smbil Follow sini...
jmput singgah nti...
Catat Ulasan