Wow akhirnya aku update jugak blog setelah sekian lama ditinggalkan. Haha. Maafkan daku kerana sangatlah tak punya masa untuk update cerita cerita yang menarik dekat sini. Last entry aku adalah sehari sebelum aku balik ke Puncak Alam selepas cuti midsem haritu. Ohh cepat sungguh masa berlalu bukan haha sedar sedar sekarang dah masuk bulan 5. Tak terasa langsung masa tu berlalu sebab terlalu sibuk dekat sini. Sibuk study, sibuk siapkan assignment, sibuk kejar dateline assignment, masuk lecture, kelas ganti, presentation, quiz, test, projek video dan sebagainya hahaha tak tersenarai betapa banyaknya benda nak kena buat kat sini.
Nak dipendekkan cerita kenapa aku dah tersangatlah jarang update sekarang ni adalah sebab aku sibuk teramat sangat. Tak lain dan tidak bukan lagi memang sibuk haha. Mengalahkan orang kerja. Well, belajar itu pun dikira kerja okey :P Ini pun aku curi curi bukak blogger dashboard kejap lepas habis buat lab report tadi haha. Kebetulan rasa rajin nak balas comment lepastu terasa nak update satu entry kejap sebab rindu walaupun esok ada test tapi aku ni tak sedar diri lagi dengan tak study langsung lagi sobs.
Okay rasanya nak update sampai sini dululah sebab nak sambung study. Haha panjang umur rajin nanti aku update lagi okey. Terima kasih sudi baca coretan mengarut dari aku untuk harini. Hihi. Btw untuk mereka yang nak tanya pertanyaan pada aku, boleh tinggalkan comment di mana2 entry yang ada ataupun boleh terus email aku. InshaAllah akan cuba dijawab secepat mungkin. Sampai sini dulu, jumpa lagi nanti inshaAllah :) Doakan aku berjaya harungi minggu2 yang sukar sekarang ni sebab terlalu banyak cabaran untuk ditempuhi. Semoga aku terus kuat ;')
2 ulasan:
Assalam.akk macam saya berminat dgn bidng farmasi.tp saya dekat sekolah beljar sains je xda kimia,fizik,bio,chemistry semua.adakah pembelajaran dalam bidang farmasi susah sbb saya beljar sains je wktu sekolah.tlg jawp kak?????
@Anonymous
waalaikumsalam. sebenarnya agak susah untuk belajar farmasi kalau awak tiada asas yang baik masa waktu sekolah.
Catat Ulasan