Memaparkan catatan dengan label kemasukan degree september 2014. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kemasukan degree september 2014. Papar semua catatan

Ahad, 13 Julai 2014

Permohonan Kemasukan Ke Program Sarjana Muda Politeknik Sesi September 2014

Assalamualaikum, selamat petang.


Entry yang ringkas untuk petang ini, hanya untuk berkongsi maklumat dengan semua yang membaca blog ni. Ok, makluman ini khas untuk semua pelajar Politeknik lepasan Diploma atau Diploma Lanjutan yang ingin menyambung pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana Muda di Politeknik juga.

Kini, Politeknik Malaysia sedang membuka permohonan bagi calon calon yang layak untuk meneruskan sesi pengajian di Politeknik di peringkat Sarjana Muda. Calon calon yang layak dipelawa untuk memohon ke program Sarjana Muda di Politeknik untuk sesi ambilan September 2014.


Permohonan boleh dibuat dengan membeli Nombor Unik ID Kategori B berharga RM 15.60 di semua cawangan Bank Simpanan Nasional di seluruh negara. Nombor UNIK ID yang telah digunakan bagi permohonan kemasukan ke IPTA sesi akademik 2014/2015 masih boleh di guna pakai untuk permohonan ini.

Permohonan dibuka dari 10 Julai hingga 4 Ogos 2014. 

Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi talian :

03-8891 9240/ 9255/ 9256/ 9257/ 9258/ 9259/ 9313/ 9263



:: Sumber dipetik dari Facebook UPU(BPKP JPT)::

Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Jumaat, 4 Julai 2014

Sebulan lagi, insyaAllah

Assalamualaikum, selamat malam.

Sebulan lagi, insyaAllah.

Keputusan kemasukan ke Ijazah Sarjana Muda ambilan September 2014 

akan dikeluarkan.

Semoga keputusan ini merupakan keputusan yang terbaik buat aku. Amin.

Kepada mereka yang turut sama menantikan untuk menyambung pelajaran ke 

peringkat Degree,

samasama lah kita doakan agar Allah permudahkan segala urusan kita (:



Rasa debaran semakin terasa untuk aku ketahui kemana kah masa depan yang akan ku tujui kelak

Moga Allah beri yang terbaik.

Sempena bulan Ramadhan ni, 

samasamalah kita rebut peluang untuk panjatkan doa kepada Allah SWT 

Semoga dengan keberkatan bulan yang mulia ini, Allah perkenankan doa kita, amin (:

Yang penting, jangan berhenti berdoa dan yakin pada rezeki Allah. 

Nasihat buat diri sendiri jugak, hihi.



Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
COPYRIGHT 2011/2012. ALL RIGHT RESERVED BY ALYAA IBRAHIM