Thursday, May 16, 2013

NOKIA ASHA 310.

Assalamualaikum, selamat pagi

Nokia Asha 310
Hai semua. Jumpa lagi. Rajin kan aku nak menghupdate sekarang ni. Haha. Masih dalam proses nak merajinkan diri menghupdate entry. Semoga aku berjaya ! Yippi. 

So, sekarang aku nak ceritakan sikit pasal Nokia Asha 310. Nampak macam awesome kan ? Hah, aku pun macam tertarik juga masa mula2 tahu pasal phone ni. Actually, aku dah tahu lama dah pasal phone ni bila asyik 'skodeng' blog cikepal06 ni kalau taksilap aku. Macam best je kan. Dahtu pulak, bebaru ni pergi baca blog Yuyu Zulaikha . Dia pun ada satu phone ni. Wah, bestnyaa.

Aku dah lama tak pakai Nokia sebenarnya. Almaklumlah, sekarang kan zaman kegemilangan Samsung. Haha. But after all, aku ni boleh dikatakan pengguna Nokia yang tegar jugak dulu, memacam alasan bagi tiap kali orang suggest tukar phone itu phone ni. Tapi, Nokia tetap dihatiku. Hehe. Walaupun pakai Sony sekarang, tapi aku masih ada lagi satu phone jenama Nokia iaitu Nokia E5



Jadi untuk pendekkan entry yang masih ada potensi untuk jadi panjang ni, aku sarankan kepada mereka yang baru nak berjinak jinak pakai phone touch screen dan nak jimat budjet, bolehlah dapatkan Nokia Asha ni. Kalau tak silap aku hasil carian di Google dan blog blog, phone ni harganya lebih kurang dalam range RM300-RM500. Mungkin dalam RM360. Hah, mampu milik bukan? Bagi aku lah, tak salah cuba bagi mereka yang ada keinginan untuk ada smartphone yang murah dan flexible macam ni. (:

Bestnya, Nokia Asha 310 ni datang dalam pelbagai warna dan pilihan. Alahai, bestnya lah hah. Kecik, comel je. Sebelah tangan boleh handle phone ni. So, rasanya sampai sini dulu perkongsian aku mengenai Nokia Asha 310 ni. Kepada mereka yang nak bagi hadiah kepada adik, mak atau ayah phone, bolehlah dapatkan yang ni satu. InsyaAllah, berbaloi baloi. 

Untuk maklumat lanjut, boleh kunjungi sini ---> Nokia Asha 310

Sampai sini dulu, selamat pagi dan jangan lupa sarapan sihat pagi anda ! (Dah macam iklan Milo gitu). :)

p/s: Phone Nokia Asha 310 ni dual sim tau. Sesiapa yang biasa guna dua simcard tu, bila pakai phone ni, senanglah sikit kan. Takpayah pakai 2,3 phone. (Mengata diri sendiri nampak). Haha. 

Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

2 comments:

Ain Dzaya said...

ain pun tertarik juga dengan nokia asha ni..ramai dah blogger buat review pasal fon ni..kan.kan.kan..

AlyaaIBH said...

@Ain Dzaya

aah, dh ramai yg buat review. hehe.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
COPYRIGHT 2011/2012. ALL RIGHT RESERVED BY NURUL ALYAA