Assalamualaikum selamat malam
Alhamdulillah masih dapat menaip entry untuk harini. Haha. Okey, harini aku nak buat entry review pasal makanan ataupun kedai makan. Rasanya macam dah lama tak buat kan. Entry yang aku ingat aku pernah buat kat sini adalah ketika makan di Mahi Mahi Restaurant. Lepas tu aku dah tak buat kan. Jadinya aku nak mula kembali aktiviti mereview makanan yang aku pernah pergi dan rasai sendiri. Haha. Sajalah mengisi masa lapang lagipun dekat instagram aku memang aku suka upload gambar makanan, dah jadi hobi gittew :P
Ok, meneruskan penceritaan harini. Mulanya, aku yang teringin nak makan steamboat. Lalu aku bangkitkan isu ni dekat whatsapp group. Lepastu kami pun plan lah nak makan ramai2 macam biasa. Hihi. Tak sangka diorang pun nak makan steamboat jugak, lalu 5 Feb yg lepas kami pun menjalan operasi makan steamboat kami. Haha. Asalnya nak makan dekat tempat yang kami pernah makan sebelum ni area belakang Sunshine Mall (orang Bertam, Kepala Batas kalau taktahu Sunshine dekat mana mohon tukar negeri okey haha k gurau2 ). Tapi tukar plan sebab nak makan kat tempat lain sikit, nak merasa yang lain pulak haha. Daripada 7 orang yang pi, seorang ja tau tempat nak makan ni kat mana. Nasib baikk haha.
Alhamdulillah, makanan dekat sana tak mengecewakan aku dan kawan-kawan aku. Harga pun berpatutan. Dan tak sangka pulak kat situ ramai betul customer yang datang makan. Yang datang sekali dalam kumpulan 5 orang ke atas macam kami ni hah. Nasib baik kami datang agak awal, dapatlah pilih tempat duduk yang best sikit haha.
|
Seronok memasak nampak :P |
Bagi aku, makanan kat sini semuanya terbaik. Banyak pilihan yang kita boleh dapati dekat sini. Serius banyak berbanding dengan tempat yang aku pernah makan sebelum ni. Boleh jugak buat tambahan yang lain tapi dikira harga lain kalau tak silap aku. Cuma yang pasti kalau nak air yang selain dari yaang disediakan memang ada surcaj yang lain. Kiranya tak termasuk dalam pakej steamboat lah. Kalau nak diikutkan, semua makanan yang disediakan tu memang dah boleh buat kenyang perut pun haha, sebab kita boleh pergi tambah berapa banyak kali yang kita nak sampailah rasa kenyang. Dessert aiskrim juga ada disediakan. Ada buah buahan jugak. Banyak lah. Sayang aku tak sempat nak ambik gambar sebab masa tu dah lapar sangat nak makan, haha
|
Baru nak mula masak :P |
|
Sedappppp alhamdulillah ;) |
Oh, lupa pulak nak kongsikan harga kat sini kan. Haha. Jap eh tengok gambar kat bawah ni. Semua info dah ada disertakan sekali dengan arah tuju nak ke sana dan juga no yang boleh dihubungi untuk tempahan. Gambar diambil dari FB
D"Fiesha Corner. Bolehlah pergi melawat ke sana untuk melihat testimoni dari pelanggan. Kebanyakkan semuanya positif ;)
|
Dari FB D'Fiesha Corner |
Dan lagi satu, service kat sana juga bagus. Layanan mesra, tak sombong. Kita yang nak makan ni pun rasa senang hati sangat. Tetambah aku dengan kawan2 aku memang kalau dapat jumpa dan sembang, memang bising teramat, tapi alhamdulillah takda yang nak marah2 apa sebab faham kita nak meraikan sesuatu atau sebagainya. Daripada 5 bintang aku boleh bagi 4.5 bintang. Haha taknak bagi full bintang nanti nampak macam cliche sangat, tak gittew ? HAHA
Ok rasanya sampai sini dulu aku cerita. Rasanya dah cukup panjang entry ni, hewhewhew. Jumpa lagi di lain entry. InshaAllah. Bagi yang nak turun ke Penang dan nak cuba ke sini, bolehlah cuba hubungi no di atas untuk arah tuju yang lebih jelas dan tepat okey?
Seperti biasa, sebagai penutup entry, nah ambik satu selfie dari aku dan kawan2 yang berpuas hati makan dekat sini, hahaha.
|
Kesayanganku ;') |
Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)