Memaparkan catatan dengan label pulau mutiara. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label pulau mutiara. Papar semua catatan

Ahad, 30 Ogos 2015

Outing ke Monkey Beach :)

Assalamualaikum, selamat pagi

Hai, Alyaa kembali lagi untuk menulis. Hihi. Maaflah sejak sejak cuti nak habis ni, makin banyak pulak kerja yang nak diselesaikan haha. Ok harini aku rasa macam nak cerita pasai aku keluar dengan kawan kawan aku haritu pi Monkey Beach. Pergi berenang renang di lautan gittew :P

Nak kata haritu macam baru sangat ja kan haha padahal masa pi ni masa bulan Syawal hah. Kira baru lah jugak kan sebab Syawal pun baru ja habis hiks. Sebenarnya benda ni last minute plan hah sebab masing masing tengah cuti kan lepastu masih mood raya so macam eh okeylah jugak pergi laut kan. Aku pun takpernah sampai Monkey Beach ni lagi, pernah dengaq nama jalah haha. 

Bertujuh :)
Gambar dekat atas ni sebenarnya kan kami nak try pi tengok dekat kolam buatan dekat Taman Rimba tu. Acah macam nak pi tengok tempat dulu lah sebab masing masing tak pernah sampai sana lagi kan haha, konon nya kalau dekat kolam tu kosong nak mandi dekat situ ja lah sebab senang takpayah pi Monkey Beach dah haha (kami memang suka ubah plan last minute :P) Tengok tu semangat tak kami masing2 dah siap pakai baju nak mandi. Eh tapi aku masa mulamula bertolak pakai jeans dulu lepas berhenti kat masjid baru tukar uniform hee. 

Sempatlah selfie lima enam keping dekat kolam buatan ni haha walaupun takdapat mandi sini 
Nak dipendekkan ceritanya kan, kolam tu penuh dengan orang almaklumlah masa tu masih dalam mood cuti raya hah. Kawasan yang kami nak pi ke dalam sikit tu penuh dengan lelaki hah memang jawabnya tidaklah nak mandi kat situ kan haha. Kami pun balik ke plan asal pi ke Monkey Beach. Masa tu dah lepas Zuhur dah dalam pukul 3 lebih macam tu, okeylah taklah panas sangat kan. Lagipun Monkey Beach ni dia terlindung sikit dengan bukit di sekeliling nya jadi tak rasa sangat panas time mandi tu haha. Dekat Monkey Beach ni best sebab ada macam macam aktiviti air. Tapi kami memang dah plan nak berendam (mandi) ja dekat situ, so tak main lah aktiviti lain, ditambah dengan jimat duit sama :P 

Semua muka excited naik bot nak pi Monkey Beach haha
Cara nak ke Monkey Beach ni ada dua, satu hiking melalui Taman Negara dan yang kedua dengan menaiki bot. Dah kami ni sampai sana lebih kurang 3 lebih jadi mestilah naik bot kan, takkan nak hiking pulak entah pukul berapa kami boleh nak mandi kalau macam tu hahaha. Pilihan di tangan anda, ikut mana rasa yang adventure hihi. Naik bot pun adventure tau, tambah2 kalau air pasang haha.

Jatuh cinta dengan awak. Eh dengan pemandangan dekat sini haha
Oh untuk bayaran bot ke sana, masa tu kami sewa satu boat RM80 jadinya naik 7 orang kan, seorang dalam RM11.50 macam tu lah. Masa sampai ke Taman Negara nanti akan ada orang yang tanya nak naik bot tak? Nak ke mana? Hah semua tu lah jadi jangan risau okey. Lepastu jangan lupa daftar masuk kat Taman Negara bagitau pergi berapa orang ke mana apa semua manatau incase jadi apa2 mereka ada rekod kita kat sana. Aku kalau pergi selalu daftar masuk ja daftar keluar jarang buat haha sebab bila dah penat lupa habis semua benda kena buat. Mohon jangan tiru okey. Dah daftar masuk mesti daftar keluar :P
Masa dah sampai pun excited hah nak masuk air. Semua tahan sabar semua nak mandi :P

Seperti yang dijangka, air laut tak panas pun waktu tu haha sangat lah best rendam dalam tu sambil tengok kawan kawan aku ni berlatih skills renang. Seronok masa ni sebab tak ramai orang jadinya taklah berebut sangat dengan orang. Hihi. Gambar berendam dan berenang dalam air takdapat dimasukkan dalam blog atas sebab sebab tertentu acece. Biarlah rahsia yang penting kami sangatlah enjoy masa tu rasa macam takmau balik pun ada haha. Dekat 3 jam lebih berendam kami pun balik sebab nak kejar waktu solat Asar haha kang lambat terus masuk Maghrib susah hah.  


Dah nak balik dah masa dalam bot. Yang depan tu hah tour guide kami masa haritu.
Nama dia Aliah haha kawan dari sekolah rendah.
Lepas dah selesai urusan bersihkan badan apa semua, kami pun lapar. Tapi kami solat Maghrib dulu sebelum pi makan tu takut nanti makan kelam kabut kan. Dari Monkey Beach tu kami basah basah dengan pakaian naik bot untuk balik ke darat haha jangan risau diorang tak marah punya. Kalau rasa nak senang tukar baju terus dekat tandas sana. Dekat sana juga, ada disediakan surau boleh solat dekat sana jangan risau surau selesa inshaAllah, telekung ada disediakan ;)


Pasembor :P
Makan kat mana tu? Hahaha. Masing masing masa tu dah lapar so tak kisahlah ikut saja mana yang tour guide nak bawak. Dia bawak kami pi Padang Brown. Untuk orang Pulau Pinang mungkin tau kat mana tempat ni. Dekat sini yang bestnya, pasembor (pasemboq) murah sikit lah walaupun ambik banyak banyak haha. Alhamdulillah, masa tu dapat makan mee sotong (salah satu benda mesti makan kalau jenjalan belah sana) dengan coconut shake. Aumm memang terangkat angkat sampai tak sempat ambik gambaq nak masuk blog haha. 

Lepas dah makan apa semua masing2 dah kenyang, dalam pukul 930 malam kami pun gerak balik seberang. Nasib baik jalan tak berapa jem masa atas jambatan. Syukur. Masa dalam kereta dalam perjalanan balik semua dah lena kemain hah kat belakang letih sangat katakan haha. Alhamdulillah selamat sampai ke rumah masing masing dalam 10 ke 11 malam macam tu :) Terimakasih semua untuk semua kenangan haritu, terimakasih jadi sebahagian memori indah cuti semester aku. Bersyukur masih ada yang sudi kawan dengan aku sampai sekarang, semoga persahabatan kita kekal hingga ke Jannah amin :)

Satu selfie sebagai penutup entry ;)

Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Ahad, 8 Februari 2015

Steamboat @ D'Fiesha Corner

Assalamualaikum selamat malam


Alhamdulillah masih dapat menaip entry untuk harini. Haha. Okey, harini aku nak buat entry review pasal makanan ataupun kedai makan. Rasanya macam dah lama tak buat kan. Entry yang aku ingat aku pernah buat kat sini adalah ketika makan di Mahi Mahi Restaurant. Lepas tu aku dah tak buat kan. Jadinya aku nak mula kembali aktiviti mereview makanan yang aku pernah pergi dan rasai sendiri. Haha. Sajalah mengisi masa lapang lagipun dekat instagram aku memang aku suka upload gambar makanan, dah jadi hobi gittew :P

Ok, meneruskan penceritaan harini. Mulanya, aku yang teringin nak makan steamboat. Lalu aku bangkitkan isu ni dekat whatsapp group. Lepastu kami pun plan lah nak makan ramai2 macam biasa. Hihi. Tak sangka diorang pun nak makan steamboat jugak, lalu 5 Feb yg lepas kami pun menjalan operasi makan steamboat kami. Haha. Asalnya nak makan dekat tempat yang kami pernah makan sebelum ni area belakang Sunshine Mall (orang Bertam, Kepala Batas kalau taktahu Sunshine dekat mana mohon tukar negeri okey haha k gurau2 ). Tapi tukar plan sebab nak makan kat tempat lain sikit, nak merasa yang lain pulak haha. Daripada 7 orang yang pi, seorang ja tau tempat nak makan ni kat mana. Nasib baikk haha.


Alhamdulillah, makanan dekat sana tak mengecewakan aku dan kawan-kawan aku. Harga pun berpatutan. Dan tak sangka pulak kat situ ramai betul customer yang datang makan. Yang datang sekali dalam kumpulan 5 orang ke atas macam kami ni hah. Nasib baik kami datang agak awal, dapatlah pilih tempat duduk yang best sikit haha. 


Seronok memasak nampak :P
Bagi aku, makanan kat sini semuanya terbaik. Banyak pilihan yang kita boleh dapati dekat sini. Serius banyak berbanding dengan tempat yang aku pernah makan sebelum ni. Boleh jugak buat tambahan yang lain tapi dikira harga lain kalau tak silap aku. Cuma yang pasti kalau nak air yang selain dari yaang disediakan memang ada surcaj yang lain. Kiranya tak termasuk dalam pakej steamboat lah. Kalau nak diikutkan, semua makanan yang disediakan tu memang dah boleh buat kenyang perut pun haha, sebab kita boleh pergi tambah berapa banyak kali yang kita nak sampailah rasa kenyang. Dessert aiskrim juga ada disediakan. Ada buah buahan jugak. Banyak lah. Sayang aku tak sempat nak ambik gambar sebab masa tu dah lapar sangat nak makan, haha

Baru nak mula masak :P

Sedappppp alhamdulillah ;)
Oh, lupa pulak nak kongsikan harga kat sini kan. Haha. Jap eh tengok gambar kat bawah ni. Semua info dah ada disertakan sekali dengan arah tuju nak ke sana dan juga no yang boleh dihubungi untuk tempahan. Gambar diambil dari FB D"Fiesha Corner. Bolehlah pergi melawat ke sana untuk melihat testimoni dari pelanggan. Kebanyakkan semuanya positif ;)

Dari FB D'Fiesha Corner
Dan lagi satu, service kat sana juga bagus. Layanan mesra, tak sombong. Kita yang nak makan ni pun rasa senang hati sangat. Tetambah aku dengan kawan2 aku memang kalau dapat jumpa dan sembang, memang bising teramat, tapi alhamdulillah takda yang nak marah2 apa sebab faham kita nak meraikan sesuatu atau sebagainya. Daripada 5 bintang aku boleh bagi 4.5 bintang. Haha taknak bagi full bintang nanti nampak macam cliche sangat, tak gittew ? HAHA

Ok rasanya sampai sini dulu aku cerita. Rasanya dah cukup panjang entry ni, hewhewhew. Jumpa lagi di lain entry. InshaAllah. Bagi yang nak turun ke Penang dan nak cuba ke sini, bolehlah cuba hubungi no di atas untuk arah tuju yang lebih jelas dan tepat okey? 

Seperti biasa, sebagai penutup entry, nah ambik satu selfie dari aku dan kawan2 yang berpuas hati makan dekat sini, hahaha.

Kesayanganku ;')

Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
COPYRIGHT 2011/2012. ALL RIGHT RESERVED BY ALYAA IBRAHIM