Isnin, 9 Februari 2015

Hujung minggu di Pantai Merdeka dan Tanjung Dawai ;)

Assalamualaikum selamat malam

Hai, update lagi harini haha. Semakin rajin nampak, bagus2. ;) Ok, harini nak cerita pasal aktiviti hujung minggu aku hari Sabtu yang lepas. Alhamdulillah, berpeluang menjejakkan kaki ke Pantai Merdeka dan ke Tanjung Dawai sekejap. Acah2 macam weekend getaways gittew bak kata omputih. Haha. 


Di Tanjung Dawai ;)
Well sebenarnya aku memang dah lama teringin nak pergi sini dari dulu lagi tapi sampai ke sudah masih belum kesampaian sebab sibuk, takdak teman dan juga taktahu tempat HAHA. Teruk sungguh rasa kan, yeah yeah yeah i know. Tapi lepas ni dah tahu dah la sebab dah pergi dah hewhewhew. Disebabkan yang lain macam busy, jadinya aku hanya gerak berdua dengan kawan baik aku dari sekolah rendah, Paan. Dia pun blogger jugak tapi dah jarang aktif. Malas katanya haha.

Gerak pukul 3 petang dari rumah sampai sana lebih kurang pukul 4 sebab mula2 tu tersalah masuk jalan lain nasib baik tak jauh sangat lagi, bolehlah buat U turn masa tu. Haha, khusyuk bersembang sangat masa tu kan. Paan cakap better park kereta dekat Pantai Merdeka lepastu gerak ke Tanjung Dawai naik bot. Aku ikutkan saja sebab dia macam terer sikit kawasan2 situ. 

Antara yg menarik di Pantai Merdeka. ABC, rojak dan laksa ;)
Rojak buah

Apa yang menarik dekat Pantai Merdeka ni? Well basically kat sini ada pantai, laut haha bagi aku itu dah cukup best. Lepastu kat sini ada orang jual2 di sepanjang pantai, kira macam panjang lah jugak sebab aku pun tak larat nak berjalan sampai habis nak tengok barang HAHA. Dan yang paling bestt adalah dapat makan kat sini. Pheww memang susah sikit nak tolak bab2 makan2 ni. Paan bawak aku pergi makan dekat lori putih sebab kat sini macam sedap sikit lah. Tu gambar kat atas tu hah itu lah yang aku makan haritu.  ABC, laksa dan rojak buah. Semuanya memang superb sedapp dan sangat kenyang. Harga pun okey. 

Lepas dah makan, terus pergi naik bot dekat depan sikit dari tempat makan tadi sebab nak ke Tanjung Dawai. Kalau dari Pantai Merdeka nak ke Tanjung Dawai tak lama sangat dalam 10 minit naik bot. Best naik bot walaupun aku macam masih trauma naik bot alkisah daripada ombak kuat waktu kali terakhir aku naik dekat Taman Negara tahun lepas, huhu. 

Dalam perjalanan dari Pantai Merdeka ke Tanjung Dawai
Atas bot. Muka acah macam seronok padahal takut HAHA

Dah sampai Jeti Tanjung Dawai ;)
Bila dah sampai tu, rasa macam lega sesangat sebab masa tu memang rasa mabuk laut dah. Haha. First time rasa macam tu, pelik betul. Mungkin sebab bot dia macam rendah sikit masa pi tu, sebab masa otw balik bot dia tinggi sikit so takdalah rasa nak mabuk laut teruk sangat haha. Bayaran naik bot sehala dikenakan sebanyak RM2. Ini untuk ke Tanjung Dawai saja. Kat situ ada juga disertakan pakej untuk keliling beberapa pulau dengan bayaran RM450 tak silap. Dah tak ingat dah baca haritu. 
Di pasar Tanjung Dawai
Apa yang best kat Tanjung Dawai? Tempat nak borong barang2 kering macam ikan kering, sotong kering, ikan bilis dan banyak lagi lah. Untuk mak mak yang suka borong bolehlah pergi ke sini. Tapi bagi aku dengan kawan aku ni takat pergi tengok explore apa yang ada ambil gambar sikit2 lepastu dah sudah. Haha. Bak kata Paan, kat sini lebih kurang macam Pekan Rabu kat Alor Setar. Bagi aku pulak, lebih kurang macam Pasar Payang kat Terengganu, hah gittew.

Orait, rasanya macam dah panjang sangat dah aku mengarang karangan harini. Haha. Maaflah rasa macam seronok pulak taip panjang2 walaupun tahu takdak orang yang nak baca sangat pun kan. Okey, jumpa lagi esok dengan entry yang lain inshaAllah kalau masih rajin. Haha. 

Nah, selfie sebagai penutup entry. Mana tau kalau jumpa kat mana2, bolehlah tegur. Aku memang nampak macam garang sombong sikit mula2 tapi aku baik ja inshaAllah haha. Promote diri nampak :P


Alhamdulillah, selesai terjah Tanjunng Dawai Pantai Merdeka :)

Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Salam... thanks sharing psal Tanjung Dawai ni... saya cadang nak bwak family g sana raya cina ni... nak tumpang tnyalah... bot dia mmg jenis open gitu jer yer.... risau plak asenyer sbb ade bawak budak kecik... huhu.. - Pn. Olyn

AlyaaIBH berkata...

@Anonymous

Waalaikumsalam pn. yup, bot dia memang jenis open macam tu. tapi jangan risau inshaAllah masih selamat. masa saya naik pun sekali dengan penumpang yg ada anak kecik, alhamdulillah semua selamat :)

Unknown berkata...

Salam..tumpang tny, tanjung dawai n pantai merdeka hanya belah siamg shj je?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
COPYRIGHT 2011/2012. ALL RIGHT RESERVED BY ALYAA IBRAHIM