Memaparkan catatan dengan label 2013. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label 2013. Papar semua catatan

Rabu, 2 Oktober 2013

Kawan ?

Assalamualaikum, selamat malam


Harini aku MC lagi, macam biasa. Sebab harini aku ada appointment dengan doktor pakar. So, takdak pilihan lain, kena MC jugak. InsyaAllah, harapnya ini kali terakhir aku jejakkan kaki di hospital ni sebagai seorang pesakit. Semoga lepasni dapat kerja dekat sini. Aceceh, hihi.

Malam ni malas nak bebel banyak dekat sini. Cumanya, alhamdulillah kita dah pun jejakkan kaki masuk ke bulan Oktober. Bulan yang mana tak kurang juga aku menantikannya sebab tak sabar nak cuti semester. Hihi. Walaupun hanya dua minggu, tapi untuk wanita yang bekerjaya macam aku ni, 2 minggu tu sudah cukup memadai buat kami. 

So, tajuk pun korang dah baca. Taktahu kenapa malam ni rasa nak bincangkan pasal kawan ni. Nak dijadikan kisah, yang bait-bait persahabatan antara aku dengan crush aku dah mula terjalin. Haha. Dulu memang dia crush aku sebab aku suka dia, tapi sekarang rasanya takdah. Sebab jenis aku, bila aku dah crush ataupun ada perasaan kat seseorang ni, aku susah sikit nak jadi peramah, sembang huhahuha macam kawan biasa. Bila automatik aku sembang huhahuha, pi sana pi sini dengan dia, jadinya perasaan itu makin lama makin luntur. Dan rasa ingin berkawan biasa, berkawan rapat tu lebih mudah, lebih mesra. Sebab bagi aku, berkawan lebih baik dari menjalinkaan sebarang hubungan buat masa ni.


Mesti tertanya-tanya kenapa dulu aku boleh crush dengan kawan aku ni kan? Tapi, sekarang tidak. Haha, sebab dulu dulu nampak dia macam smart, segak sangat la, in fact sekarang pun macam tu. Haish, biasalah budak2 remaja macam aku ni, jiwa rasa nak feeling bagai je kan, tapi masa tu takdak lah gigih sangat ambil tahu serba serbi pasal dia hah. Gitu-gitu je tengok sebab sedap mata memandang. Kuikui

Tapi, alhamdulillah, Allah bukak jalan yang mudah bagi aku untuk kenal dia dan seterusnya menjadi kawan aku sekarang. Boleh dikatakan macam kawan baik jugak lah kan sebab satu kepala jugak dengan aku dia ni. Tapi, still aku respect dengan dia sebab dia lebih tua daripada aku, haha. 

Dan sejak jadi kawan ni, serius tak tipu, rasa suka dekat dia, eh taksuka lah, minat tengok ja, lama kelamaan hilang dengan sendirinya. SubhanaAllah, sungguh ajaib rasanya, tapi ini semua aturan Allah, bukan. Sudah itu yang aku mahukan, maka Allah permudahkannya. Bila fikir fikir balik yang aku pernah crush dengan dia, sumpah rasa nak tergelak terbahak bahak. Kenangan beb, semua tu kenangan. Hehe

InsyaAllah, semoga persahabatan antara kami kekal bersama sama dengan yang lain. Aku siap kata, nanti nak kahwin jangan lupa jemput, tersipu sipu dia. Haha. Terimakasih sudi tambah kawan dalam hidup ! :)




Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Khamis, 16 Mei 2013

Happy Teacher's Day !

Assalamualaikum dan selamat malam.


Apa khabar malam ni? Panas ? Biasalah, Malaysia makin panas sekarang. Bertahan sajalah ya. Ini baru panas dunia, bukan panas akhirat lagi. *Insaf sekejap*

So, alhamdulillah hari ni dah pun 16 Mei 2013. Seperti yang ramai sedia maklum, hari ni ialah 

HARI GURU ! 



Yeayyy ! Haha. Seronok ya cikgu cikgu di luar sana. Mestilah, penat lelah mengajar anak murid selama ni dihargai dalam satu hari yang istimewa. Tak gitu ? Lepas tu dapat hadiah dari anak anak murid semua pada hari ni kan. Mesti penuh satu kereta. Haha. Teringat masa zaman dulu dulu. Rajin bagi hadiah dekat cikgu cikgu tanda menghargai penat lelah jerih perih ajaq student macam aku ni. Hehe.

So, kepada guru guru di luar sana, di dalam Malaysia mahupun di luar negara sana, selamat hari guru aku ucapkan. Terima kasih atas ilmu ilmu yang dicurahkan, tak henti henti mengajar dan mendidik kami dari kami kecik hinggalah besaq. Hanya Allah saja yang mampu membalas saja2 cikgu semua. Tanpa cikgu, tak adalah doktor atau engineer mahupun Perdana Menteri sendiri. Semuanya bermula dari didikan seorang insan yang bergelar cikgu dan guru. Terima kasih cikgu ! :)

Dan kepada cikgu cikgu yang pernah mengajar aku dari aku kenal ABC, alif ba ta sampailah aku kenal apa itu metronidazole, E.coli, parkinson, acetylsalicylic acid dan lain lain lagi, selamat hari guru aku ucapkan. Mohon maaf andai ada salah dan silap sepanjang saya menjadi pelajar cikgu. Saya tahu saya memang nakal sikit dolu dolu. Hehe. Ucapan ini khusus kepada guru guru di :-

-Taski Abim Taman Fahim. - SK Permatang Bertam
- SMK Dato' Onn Butterworth
- SMK Tengku Intan Zaharah, Dungun, Trg
- MRSM Kuala Berang, Hulu Trg
- UiTM Penang

Jasa dan pengorbanan cikgu terlalu besar bagi aku. Dulu pernah jugak bercita cita nak jadi cikgu, almaklumlah makcik2 ramai cikgu, tapi malangnya takdak rezeki. Dari sekolah rendah kot nak jadi cikgu. Hehe. Alih alih bidang sains juga menjadi pilihan aku. Haha. InsyaAllah, mana2 bidang pun boleh jadi cikgu walaupun secara tidak langsung kan. :)

Paling rindu cikgu cikgu ni. Sangat rindu. Selamat hari guru cikgu ! :)

Lecturers merangkap cikgu di universiti. :)

Homeroom Ibnu Batutah ! Rindunyaaa bonda Aida. :)
Semoga cikgu cikgu terus menyumbang bakti dalam mendidik kami sebagai anak muridmu untuk menjadi insan yang berguna kepada bangsa, agama dan negara. Terima kasih cikgu, maafkan kami cikgu ! :)

p/s: Rasa rindu dengan zaman sekolah. Hampir 3 tahun meninggalkan zaman persekolahan namun sampai sekarang masih belum punya peluang nak berkunjung semula ke sekolah. Harap masih ada masa untuk aku. Hehe. :) 


Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Khamis, 17 Januari 2013

Tragedi 16.1.2013



Andai itu takdirnya. Siapalah kita untuk menghalangnyaa. Tanggal 16 Januari telah menyaksikan satu peristiwa hitam dalam hidup aku. Lihat saja gambar di atas. Cukup unruk menyelesaikan segala tanda tanya korang.

Ya, untuk berlaku jujur. Memang aku accident semalam. Sangat tragis selama 20 tahun hidup aku. Aku pun takpasti kejadian tu berlaku macam mana. Sedar sedar orang dah hentam aku. Kemek habis kereta Myvi tu hah. Nasib badan sungguh la kan.

Laporan polis dah pun selesai dibuat pagi tadi. Legaa. Sekarang takpasti lagi keadaan tu macam mana. Kat mana aku accident ? Dekat jalan belakang pintu UiTM tu hah. Aku pun taksangka sebenarnya, tiba2 saja kan. Terkejut tu masih ada. Fobia drive kereta memang sangat2 terasa lah kan. Act, aku masih trauma sekarang. Memang takboleh nak tengok motor yang duduk dekat2 dengan kereta atau sebagainya. Huhu

Hmmph, aku update sampai sini dululah. Takdak mood nak update pepanjang. Macam tak seronok ja nak baca kan. Aku nak taip pun rasa tak best. Sobsobs. Semoga kejadian ini memberi pengajaran yg setimpal buat aku. InsyaAllah. :')

posted from Bloggeroid


Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Rabu, 2 Januari 2013

Selamat kembali ke sekolah !


Assalamualaikum, hai kawan kawan !

Esok dah 2.1.2013 kan? So, masanya untuk adik adik semua kembali ke sekolah ! Yeayyy ! HAHA. Kepada sepupu2 aku yang dah pun pulang ke asrama, selamat kembali kepada kehidupan dan rutin harian yang lama. Haha. Rilex k, pengalaman duduk asrama memang tiada galang gantinya. Sangat best, so sila enjoy, nanti dah tua mesti teringat kembali. Kuikui. Dan kepada mereka yang sekolah harian, terutamanya adik gendut aku, Ami selamat masuk ke Tingkatan 4. Pilih pakej mata pelajaran elok2. Jangan nanti menyesal pulak. Ingat, pilih kombinasi yang betul. Kalau rasa takboleh carry, bincang elok2 dengan emak dan abah. InsyaAllah, mereka sokong apa yang hang nak buat nanti. :) 

Dan kepada tiga orang sepupu aku, yang dua daripadanya berada di sekolah asrama penuh, SMS Kepala Batas dan SMSTSSS, Izzati dan Yana, serta Ashraf di SMK Pokok Sena, semoga berjaya menempuh sesi pembelajaran sebagai pelajar Tingkatan 5. Selamat meniti hari sebagai calon SPM 2013. Ingat, SPM tu sangat sangat lah penting. Even nak masuk degree nanti pun, SPM akan ditengok juga. (melalui pengalaman okey). Buat yang terbaik, kalahkan kakak Alyaa dan maksu Ila. Untuk Yana dan Izzati, kak Alyaa tau hampa dua boleh dapat straight As. Usaha lebih lagi okey. Come on lah, baka SBP kan hebat2 semuanya. Hehe. Dan kepada Ashraf, whatever it is, you know yourself better than us, right? Buat yang terbaik. Even takdapat straight As pun takpa, its okay. As long as you pass all the subjects so that you can further studies. Come on, jadi anak sulung yang terbaik, tunjukkan kepada mama dan abah yang Ashraf pun boleh berjaya walaupun Ashraf ni nakal. Lagipun, Ashraf kan lelaki. Dapat 5As pun dah boleh pergi jauh. InsyaAllah. :)

Kepada rakan2 degree, selamat menempuh peperiksaan akhir kalian. Semoga berjaya aku ucapkan. Korang mesti boleh punyaa. Haha. Dan kepada rakan2 seperjuangan aku, selamat menyibukkan diri untuk kita kerana test, quiz dan assignment menanti untuk kita melangsaikan mereka. Semoga Allah sentiasa bersama kita untuk menghabiskan semester akhir di UiTM ini. :) Amin..

p.s : selamat bekerja juga untuk mereka yang akan berkerja esok. buat kerja elok2 hokey. 






Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Selasa, 1 Januari 2013

Goodbye 2012, Welcome 2013.


Hyep everyone !

Just one short entry to welcome 2013 !

What a surprise ! 

It's happened ! 2013 is coming.. :)

Btw, thank youuu so much 2012.

You have give the best memories for me and friends ! 

:)

Well, i really wish i can list all the sweet memories along 2012.

But, i can't. There are so much to be remember about 2012.

So guys, see you soon. I promised to update more about this after i've done all the works. 

See you soon guyss.

Happy New Year 2013 ! :))


Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
COPYRIGHT 2011/2012. ALL RIGHT RESERVED BY ALYAA IBRAHIM