Assalamualaikum dan selamat pagi.
Alhamdulillah, diri ini makin sihat. Lepas saja balik dari Parit Buntar haritu, terus ke klinik semula nak cek perkembangan. Dan nasib tak baik, sebab doktor kata PENAT. Bukan penat buat keje tu, penat yang nafas tak berapa nak seragam tu. Dah agak dah penat, cuma takut nak habaq kat mak. Huhu. Risau mak marah. So, doktor suruh ambik gas. Errr, nebulizer kalau tak silap. Yang letak kat mulut tu. Hewhew. Lepastu, doktor bagi ubat penat. Setakat ni okey lagi. Cuma batuk tak berapa nak hilang sangat. Tak pantang minum ais memang la. Hehe. So, nak update tu je. Rasa macam dah lama tak update kan. Huhu. Jumpa lagi nanti. :)
Rabu, 28 November 2012
Semakin sihat. Alhamdulillah.
Ahad, 25 November 2012
Selamat Hari Lahir, Ainaa
Assalamualaikum.
Sekarang tengah ada di Kerian, Perak untuk sambut hari lahir sepupu aku, Ainaa. Yang ada dalam gambar tu lahh. Hihi. Budak ni pendiam gilaaaa, penat nak pujuk dan bersembang dengan dia. Tapi dah dalam perjalanan nak balik pun. Sebab abang aku nak balik Shah Alam malam ni. Hehe. So, nak update yang tu saja. Hihi. Nak test saja ni. Test apa ? Ehemm. Tengah try Samsung Galaxy Note 2 abah aku punyaa nih. Kihkih. Best ooo. Rasa nak beli satu kat aku. Oopppss. Banyak pulak duit aku. Hoho. Babai.
Published with Blogger-droid v2.0.9
Getting Worst. T___T
Demam semakin kebah. ALHAMDULILLAH.
Selsema makin TERUK.
Everyday akan bersin, bersin, dan bersin.
Hidung sakit tak payah ceritalah. Menderita jugak.
Dan yang paling tak bestnyaaa dan teruknyaa.
Batuk makin menjadi jadi. Ubat dah telan banyak dah.
Tapi, still. Tak hilang2. Makin teruk ada.
Sebabnyaaa...
ADA KAHAK !
Yeahhh. Aku memang benci sikit bila batuk ada KAHAK.
Sebab aku takdapat bernafas dengan baik lepas tu. Uhuk3
Sampai sekarang pun, still kena kawal bila batuk, risau tak cukup nafas. :'(
So, memang tak dapat nak update sangat blog.
Dahlah taklama lagi nak masuk belajaq dah.
Aaargghhh, tak kira. Nak update jugak pasal vacation tu.
Sila tunggu ya. HAHA.
Ok bye. Nak rehat dulu.
*gambar google*
Khamis, 22 November 2012
Renungan Bersama. #1
Iklan ni memang terbaiklahh ! HAHA. Tiba2 teringin nak tengok balik iklan asal dia. Hihi.
Semoga kita semua sentiasa berada di bawah lindunganNya. Amin. :')
*Gambar dari FB*
Bila semangat hilang. =_=
*Google* |
Idea nak update blog sangat sangatlah banyak dan mencurah curah. Tapi, bila semangat nak menaip tak dak, semuanya hilang. Lalu dibawa angin sepi. Uhuk3. Banyak benda nak dikongsikan di blog ni especially part pergi bercuti haritu. Tapi, macam tak terupdate jugak. Aishh. Dengan masalah laptop lagi, memang sangat mencabar minda dan emosi kala ini. Kesihatan pulak makin teruk. Erm. Mungkin perasaan aku saja kot, ubat dah telan banyak walaupun terpaksa. Hmmmphh. Aku akan cubalah untuk update jugak story aku bercuti haritu. Tapi, sikit2 saja, taip panjang panjang bukan ada yang nak baca, buat habeh tenaga saja. HAHA. So, babai.. Jumpa lagi bila aku update nanti. :)))
Isnin, 19 November 2012
Demam
Assalamualaikum dan selamat malam
Wahhh. Sudah hampir seminggu ya aku tak update blog ni. Sunyi semacam saja trafik kat sini. Ermm.. Takpelah, tak kisah pun. Hihi.
Kepada mereka yang ternanti, *eh, ada kaa? * HAHA. Sebenarnya, aku tak berapa sihat ataupun bahasa senangnya aku DEMAM ! Sangat tragis, balik balik dari bercuti saja terus demam. Hambikk kau !
duadua gambar dari uncle google |
Aku dah balik Penang dah pun Jumaat haritu, tapi dek kerana sangatlah taklarat nak menaip bagai, makanya terbengkalailah blog ni. Haha. Online FB dengan Twitter pun pakai phone saja. Malas on laptop.
So, semalam baru pi klinik, dan jumpa doktor comel*ehem3*. Baru ambik ubat dan makan. Padahal demam since balik haritu lagi. Biasalah orang degil nak makan ubat macam aku ni, dah teruk baru nak pi klinik ambik ubat. Kihkih.
Erm, sekarang dah getting better, cumanya kena rehat banyak. Blood pressure tak normal, bunyi pernafasan dan corak pernafasan pun tak stabil. Lain macam saja. Uhuk3
In shaa Allah, kalau takat nak update blog ni, boleh lagi lah kot lepas ni. Sebab dah takleh keluaq pi mana mana kan. Haha.
Kepada kawan2, mohon doakan agar aku cepat sembuh dan sihat ! Amin. :)
p/s: Jadi pelajar farmasi, taksemestinya aku suka dengan ubat2an ni especially bila kena makan ubat. Huhu.
Isnin, 12 November 2012
Bercuti ! Yeayyyy ! ^______^
Alhamdulillah, setelah berperang dengan diri untuk tau keputusan exam dan menghabiskan paper MUET hujung minggu lalu, makanya sekaranglah masa untuk BERJIMBA ! BERCUTI ! Haha. Rancangan nak bercuti ni sebenarnya dah lama dirancang oleh parents sebab kebetulan mak dengan abah nak cuti time ni kan, jadinya ia tiada kaitan langsung antara result exam dan MUET tu. Kuikui. Kebetulan saja tu maa.
So, aku berkemungkinan untuk tidak menghupdate blog selama beberapa hari. Itupun kalau tidak ada sangat wireless internet connection tu. Kalau dapat update pakai bloggeroid, aku try update. InsyaAllah. Biarpun aku tau takdak yang nak tau. namun aku nak hupdate jugak. Atleast blog ni masih hidup, tak terabai sangat kan . HAHA
Oh ya, nak tau aku bercuti di mana? Sekarang ni aku berada di Port Dickson. Berehat rehat dan bersiar siar dulu, beli apa yang patut. Hehe. Aku sampai Kuala Lumpur hari Sabtu lebih kurang pukul 9 malam. Sebab bertolak lepas habis MUET kan, itu yang lambat. Lepas tu hari Ahad, semalam pergi Gentinggg Highlandss. Yuhuuuuuuu. Best ooo. Yang tu aku update kat entry lain sat lagi.
Ermmm.. Nak update apa lagi eh ? Tu ja kot. Sebabnyaa sekarang sangat letih yang teramat sangat sangat. Memang tipulah kan kalau pi bercuti tak penat langsung. Bukan selalu dapat pi jalan jalan oo, biasa nya cuti2 aku terperap ja kat rumah. Sobsobs. Jadinyaa, tak kisah pun kalau letih kalini. Haha. So, babai ~ :))
*sumber gambar Mr Google*
Ahad, 11 November 2012
MUET November session is done ! :)
10/11/12. Tarikh yang sangat cantik dan menarik serta kebabooom lah untuk mereka yang ingin meraikan sesuatu dan mengisytiharkan berita gembira. Dan untuk aku, tarikh ini merupakan penanda berakhirnya penyeksaan sementara kepada aku iaitu MUET ! Haha.
Alhamdulillah, semuanya berakhir dengan baik. Walaupun paper MUET ni boleh dikatakan agak senang bagi aku, namun dek kerana aku ni bukanlah seorang yang pro English, bukan juga TESL student, dan juga tak prepare sangat untuk MUET kali ni, jadinyaa paper itu kelihatan agak SUKAR ! Uhuk3.
Untuk paper reading, awal awal pagi lagi, bagi aku boleh tahan jugaklah senang. Cumanya artikel yang dikeluarkan sangat banyak dan font dalam tu macam kecik sikit. Namun, alhamdulillah untuk paper reading aku rasa aku dah lakukan yang terbaik. Tawakal saja untuk resultnyaa nanti. :)
Untuk paper writing pulak , ermmm. Worst ! Worst ! Tapi, boleh buat lah. Cumanya aku tak cukup masa sikit lah. Part soalan dua tu, macam tak berapa nak kukuh supporting details aku. Sobsob. :(
Dan last sekali, listening test. Boleh jawab kebanyakannya dan ada juga yang blur blur. Kurang jelas dengan apa yang mereka sebutkan. So, pasrah sajalah.
Overall, aku taktau nak conclude macam ni. Ada susah dan senang. Senang tu maknanya aku boleh jawablah. Tapi bagi aku mostlyy susah sikit. Uhuk3. Itulah orang suruh study taknak study. T___T Apa2pun, aku tak target banyak. Dapat band 3 pun dah bersyukur sangat sangat. Tapi kan, aku rasa macam dapat band 2 saja. T_________________T Jadinya, by hook or by crook, aku kena prepare untuk ambik MUET sesi akan datang bersama kawan kawan yang lain. Pasghaaahhh. Memang aku yakin result tak berapa nak elok sangat. Nasiblah abah faham yang aku ni dah tak berapa nak hebat English macam dulu.
So, nak update yang tu sajalah. Kepada mereka yang tak ambik MUET lagi, goodluck nuh. Untuk yang akan ambik sessi depan, Mac 2013. Tunggu aku nuh, kita buat sekali tapi aku sebagai repeaters jelah. Hehe. :)
Jumaat, 9 November 2012
Debaran berakhir dengan kegembiraan. :') Alhamdulillah.. :)
Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Kalimah yang tidak henti henti aku ucapkan setelah menerima keputusan Peperiksaan Akhir UiTM Semester 3. :') Bersyukur yang teramat sangat, sangat dan sangat. Takpernah nak menyangka akan begini keputusannya.
Seperti yang diketahui umum, harini 9 November 2012, iaitu hari keputusan peperiksaan akhir yang lalu diumumkan. Berdebar sangat sangat sebelum tengok keputusan ni. Walaupun tak target tinggi, namun ingin sekali merasa DL, aku kuatkan diri untuk bukak email yg datangnya dari UiTM lebih kurang pukul 3 pagi semalam.
Selingan sebentar *. Merenung kembali quote di atas, If you can dream it, you can do it. Ya, lebih kurang berbalik kepada apa yang berlaku pada aku. Memang keputusan begini yang aku impikan, namun aku kurang yakin yang aku mampu melakukannya. Hihi. Alhamdulillah, sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui. :)
Dan bersyukur jugak, segala penat lelah, berkorban semuanya sewaktu final dulu, berbaloi dengan keputusan begini. Syukur, lebih baik dari sem2 sebelumnya, malah boleh dikatakan sangat baik kepada aku.
Kepada mereka yang rajin baca entry aku sebelum final dulu, mereka tau yang aku ni bukanlah student yang bijak pandai. Walaupun aku dari MRSM, namun aku bukanlah produk yang baik. Pointer exam di MRSM pun takpernah lebih 3.50. Anugerah Penghormatan Pengetua, langsung tak pernah dapat.
Jadi aku rasa, keputusan kali ni, adalah sangat, sangat dan sangatlah terbaik. Walaupun ada ja member yang lagi baik, namun, ramai menyatakan result aku ni dah cukup CEKANG. Hehe. Alhamdulillah. :')
Kepada emak dan abah, keputusan ini untuk emak dan abah. Harap mampu mengembirakan emak dan abah. Akak tau CGPA tu tak cukup lagi, insyaAllah sem depan akak akan cuba lagi buat yang lebih baik dan baik. Doakan akak ! :) Dan doaku akhirnya termakbul bila dapat melihat emak dan abah dapat senyum gembira atas keputusan aku. Terimakasih Ya Allah. :))))
Terimakasih yang tak terhingga aku ucapkan kepada mereka mereka yang terlibat, terutamanyaa housemates, Fatin, Paan, Farah dan Aiman begitu juga roomates Akidah, Aliya, dan Atiqah. :) Sesunguhnya segala pertolongan yang korang hulurkan hanya Allah sahaja yang mampu membalasnyaa. Terima kasih sudi melayan karenah aku sepanjang final exam haritu. Serius rasa rindu korang sekarang ni. :')
Dan akhir sekali, syukur aku panjatkan ke hadrat Illahi atas kurniaan rezeki dan nikmat yang tidak terhingga ini. Dan kepada emak dan abah, terimakasih sebab layan akak, ambik antaq akak pi kampus, bagi duit untuk makan semua.
Sesungguhnyaa kejayaan ni hasil sumbangan ramai orang dan Allah S.W.T. Alhamdulilllah. :') Terima kasih Ya Allah.
Rabu, 7 November 2012
Twitter Najwa Latiff dihack ?
Gambaran kasar tentang twitter Najwa Latiff yg dihack. |
Assalamualaikum dan selamat malam semua.
Hyep ! Hyep ! Hehe. So, kalini nak update pasal Najwa Latiff a.k.a Wawa yang fofular dengan lagu Cinta Muka Buku tuuu. Ya, Wawa atau nama sebenarnya Imratul Najwa memang tengah menduduki peperiksaan SPM 2012 sekarang ni. Tapi, itu bukan isunya kat sini. Cumanya aku nak tanya, betul kah twitter Wawa dihack oleh orang seperti yang dalam gambar atas tu ?
Ya Allah. Budak tu dahlah tengah SPM elok elok tak kacau orang, yang orang nak penaya dia pasaipa. Kalau tak minat, tak payahlah ambik tau pasai dia. Aku ni bukanlah minat fanatik sangat sangat, tapi boleh boleh ja. Lagu dia mostly boleh lagilah diterima telinga aku.
Kesian lah kat dia. Somehow, dia pun teringin jugak nak express apa yang dia rasa masa tengah SPM untuk fans2 dia, ini tak, habis dihacknyaa oleh orang ni. Dengar kata bukan twitter ja, FB pun sekali, dan email pun. Ya Rabbi, kalau dah sampai email pun depa hack, bagi aku itu dah melampau. Mula2 tu aku ingatkan main2 ja sebab ada satu tweet tu hackers tulis macam ni "Saya suka makan HACKS dan saya telah diHACKED". Lebih kurang mcm tu tweetnya. Ingatkan main main, adeh.
Antara luahan kakak Najwa aka Wawa dan juga admin. |
So, kepada hacker yang terlibat, pulangkan kembali akaun twitter Najwa tu, biarkan dia hidup dengan aman sat sepanjang tempoh dia nak SPM ni. Kesianlah kat dia aih.
Kepada Najwa, teruskan perjuangan dalam SPM 2012 ni. Biarkan hacker tu dengan kerja dia. Lantaklah asalkan dia tak kacau periuk nasi Najwa sudah. Ok? Jumpa di Batu Pahat nanti. Kihkih.
Nov 9. Please stay away from me.
ATTENTION. (Recent Announcement)
Final Examination Result for Semester 1 2012/2013 will be sent through email to all students (applicable for Diploma, Pre Diploma and Matriculation only) on 9th November 2012. The Final Examination Result can also be accessed through Student Portal beginning 9.00 am, 9th November 2012.
Examination result will be sent to your registered email account in Student Portal and ISISWA email account. Hence, do update your latest handphone number and email address before 9th November 2012 through Student Portal. It is advisable not to use Hotmail as your registered email account.
Nov 9, please. please. Don't come so fast. I'm not ready yet to face the results. Dear UiTM, why so early you revealed the result? Me so scared you know. I know, I've done so bad in previous final examination. So, i can't expect what the result is. And whatever it is, I need to be strong to continue the life. Since I get to used with bad results previous semester, so for the third semester, I don't expect too much, aim too much. Afraid that it will effect me later. All I can do is keep praying to Him, hoping for the best. May all my effort be paid off later. InsyaAllah. :)
Selasa, 6 November 2012
Tak pandai langsung ! T___T
Yuhuuuuuuuuu. Assalamualaikum dan selamat malam.
Mula sekali terima kasih kepada Nurfarhan Abu Bakar sebab bagi idea untuk aku update entry lagi. Haha. Sebenaqnya aku memang ada niat jugak nak update pasal ni, tapi macam blur blur lagi kan. Hehe. So, kepada Nurfarhan, jangan fikiaq bukan bukan. Entry ni bukan nak pekenakan hang dah. Aku dah cuci tangan sekarang. Hihi.
*google* |
So, meh kita teruskan untuk agenda entry malam ni. *pheww. mcm nak meeting tuu*. Berkaitan dgn tajuk entry tu Tak pandai langsung ! bukanlah berkaitan dengan peperiksaan, keputusan ataupun sebagainya. Sila letak itu semua ketepi ya. Aku sekarang nak bercerita mengenai ketidakpandaian aku untuk bermain musical instruments seperti trumpet, piano, gitar dan yang sewaktu dengannya. Kalau kompang tu, bolehlah jugak. Haha. Ya, ya. Itu pengakuan jujur dari aku. Eh, lagipun ni kan blog aku. So, lantaklah nak taip apa pun kan. Hehe. Jangan marah.
Tapi, itu kenyataan yang sangat pahit untuk dikongsi di sini. Walaupun begitu, tetap aku telan sebabnya aku memang nak berkongsi kat sini. Hehe. Well, ada orang tuuu kan (akutauorangtuakanbaca) dia pandai men alat2 musik ni. Dia pandai men trumpet pulak tu. Fuhhh. Dahsyaattt meh. Nak dijadikan cerita, sepaaruh dia *HAHA* pun boleh main musical instrument. Aku tak ingat pulak separuh dia boleh main apa. Macam mana aku boleh tau? Haritu masa makan kat McD, depa ada bersembang pasal musical instruments tu, maklumlah dua dua dari SBP, kita MRSM jah. T__T. Orangg tuu masuk orkestra, separuh dia pulak Pancaragam. Hah, serasi kan? Hewhew. Bestlah. Dan masa depa dua dok bersembang tu, aku SENYAP jelah. Nak celah pun, kita taktau apa2. Last2, aku layan ja MyExperia aku. Lagi best. Muehehe.
*google* |
Oooooppss ! Cerita sikitsikit dah, satgi tak pasai ja aku kena serang. Padahal tadi kat atas tu kata dah cuci tangan kan. Ngeh3. Maafkan saya kawan. Itu selingan ja untuk entryy kali ni. :) Haha. Disebabkan tu, aku terasa sangat sangat kerdil bila orang tanya pandai main alat muzik ke tidak. Rasa macam tak sempurna hidup kalau tak pandai main alat musik. Kahkah. Tapi, aku ada jugaklah main gitar kat rumah ni. Cumanya tak berapa nak terer sangat. Petik petik macam tu bolehlah. Kihkih.
Jadi, aku ingat kalau ada jodoh, aku nak separuh aku nanti yang pandai bermain musical instruments ni. Salah satu pun takpa. Tak kisah. *berangan sat* HAHA. InsyaAllah. Harapnya begitulah kan. Apa2pun, jodoh itu di tangan Allah. Dia Maha Mengetahui apa yang terbaik buat kita. Aku berserah pada takdir untuk kebahagiaan masa depan aku. Semoga Dia kirimkan yang terbaik untuk aku, untuk memimpin aku ke jalan yang benar, jalan yang diredhaiNya. :)
Oh, btw yang separuh dia tu memang wujud, cumanya itu hanya usikan aku untuk kawan aku yang pandai main trumpet tu.. Sorrylah kawan, aku memang suka usik hang. Kadang2 spontan ja idea tu mai. Mintak maaf la nuh. Hehe. InsyaAllah, lepas ni try takmau buat dah. Cuba sehabis baik. *gigih* Untuk makluman, kawan aku nih single lagi meh, tapi taktau la available ke dak. Haha. *Ampun2*
Rasanya sampai sini dululah kot. Penat dah nak mengarang ayat bagai. Macam nak SPM pun ada. Haha. Panjang umur, ketemu lagi untuk entry seterusnyaa. :))
*google* |
Good Luck Wishes !
Complication of good luck wishes from seniors to juniors. :)
Assalamualaikum.
Rasanya masih belum terlambat untuk wish good luck kepada calon2 SPM 2012.
Terutamanya yang berada di MRSM Kuala Berang, Terengganu
Juga di SMK Tengku Intan Zaharah, Dungun, Terengganu
dan di SMK Dato' Onn, Butterworth, Pulau Pinang.
Semoga berjaya dalam SPM 2012 !
Do the best ! Give your best shot this time !
And remember Allah always ! Pray to Him.
InsyaAllah. Everything went smoothly later. :)
From :
Your seniorita ! :)
Isnin, 5 November 2012
Nasi beriani ! Yeayyy ! :)
Alhamdulillah, berjaya jugak masak nasi beriani ni.
Walaupun plating hampeh gila babeng, tapi hado aku kisah. Janji masuk perut, sedap sudah. Hehe.
Oh ya, malam ni belajaq masak cucur udang cara mak pulak. Hehe. Menjadi la jugak. Alhamdulillah.
Nanti bolehlah cuba masak yang lain pulak.
Tak sabaq nak tunggu kakak cuti. Boleh masak masak dengan dia !
Oklah, nak update yang tu saja. Byebye. ! ;-)
Gangguan Streamyx = Hidup tak sempurna !
Dunia di hujung jari. Ya, memang benar. Dunia memang di hujung jari di zaman yang serba canggih dan berteknologi ini.
Tapi, bila internet ada gangguan ataupun wifi kat rumah atau di kolej bermasalah, itulah yang menyukarkan banyak benda dan berlaku masalah. Ibarat di telan mati mak, diluah mati bapa. *eh?adakaitanka?hewhew*
Haha. Berfalsafah pulak meh. Dah2, aku cuma nak bagitau yang semalam ada gangguan streamyx kat rumah aku nih hah. Tiba tiba ja kena limited access. Aishhh. Mau meracau jugak semalam. Dahla tengah syok2 nak bertweet, tiba2 tak leh post. Bbrrr.
Disebabkan itu jugalah, aku takdapat nak update blog, dan meneruskan kerja2 construction aku tu. InsyaAllah, tak ada apa2, malam ni boleh sambung balik nak siapkan semuanya tu. Malas dah tangguh.
Ya, biarpun buruk hasil design aku kat blog sendiri, tapi aku berpuas hati meh ! Mau pecah kepala jugak fikir nak buat apa, coding coding bagai. Nasiblah ada tempat untuk dirujuk ! :)
So, nak update yang tu ja. Almaklumlah, sejak sejak cuti ni, memang internet menjadi kawan baik aku. Jadi, bila dia tak dak, rasa macam sunyi ja. Ceh ! Alasan. Ya2, betullah. Hidup rasa tak sempurna seketika. Seketika jelah sebab masa final dulu boleh ja takdak internet. Haha.
Jadi, lepas ni boleh update lagi dan lagi ! Yeayyyy ! ^____________^
Sabtu, 3 November 2012
Kalau dah jodoh, tak kemana ! Tahniah Farid K. dan Diana D. :)
Alhamdulillah, tahniah diucapkan kepada pasangan pengantin baru, Farid Kamil dan Diana Danielle yang baru sahaja selamat diijabkabulkan pada 9.15pagi tadi di Hotel Flamingo By The Lake Ampang. Mereka telah dinikahkan oleh Ustaz Haji Daim iaitu Pegawai Tadbir Agama Daerah Gombak.
Benarlah kata orang, kalau dah jodoh tak kemana. Selama hampir 3tahun menjalinkan hubungan, pasangan ini bersetuju untuk mengikat tali pertunangan pada 2 September lalu dan memberi khabar gembira bahawa mereka akan melangsungkan perkahwinan pada hari ini.
Majlis resepsi untuk pihak perempuan akan diadakan pada 30 November 2012 manakala untuk pihak lelaki diadakan pada 12 Disember 2012. Semoga majlis yang dirancang berjalan dengan lancar ! ^___^
Tahniah lagi sekali kepada pasangan baru ini. Semoga cepat dapat baby yang comel dan selamat meneruskan pengajian kepada Diana D. :)
Gambar dulang hantaran :
Yang selebihnyaa boleh lihat di SINI
Kad perkahwinan Farid K. dan Diana D.
Yang selebihnyaa boleh tengok di SINI
Kredit : http://www.ohbulan.com
Under Construction !
My blog is under construction right now !
Do leave your comment or link in my chatbox or entry so that I can hit you back later on !
I just want to change the mood for this blog.
It has been long time since I make over the blog. And sorry for the inconvenience ! :)
We will be right back soon . Very soon.
*Phewww.. Bajet ada orang masuk blog ni baca entry dia. Eh, aku punya sukalah. Kang ada cakap kat mana2 cacat kata aku tak reti design blog pulak kan. So, biaqlah orang tau. Senang *
-3.00 A.M, Malaysia Time-
Jumaat, 2 November 2012
SKYFALL 007 .
Yuhuuuuuuuuuuuuuuuu... Sepatutnya semalam lagi aku dah patut update pasal SKYFALL 007 ni. Tapi, macam malas lagi sebab taktau nak pasal apa. Oh ya, aku bawak adik aku pi tengok SKYFALL ni semalam, 1 November bersamaan dengan tarikh release cerita ni dekat cinema.
Memang sebelum keluaq lagi cerita ni, aku nak sangat sangat pi tengok. Well, I minat James Bond tau ! Haha. Takdalah minat sangat. Tapi, bolehlah tahan. Sebab lakonan agak mantap dalam movie2 sebelum ni. Hewhew.
So, semalam lepas ambik adik aku sekolah semua, baru tengok tiket wayang. Mak aihhh, lamanyaaa cerita ni. 2jam 23 minit kau ! Memang hmmmmphhh sangatlah. Lepas bincang, bersuara, tengok bajet semua, maka bersetujulah kami untuk ke Megamall Penang Pacific. And yeahhh, memang akulah yang nak kena drivenyaa. Adik aku duk sebelah, mengeruhhhh ja kerja. Haha.
Nak aku review filem SKYFALL ni kah? Tak payahlah. Better search google nak tau pasal review, sinopsis dan so on. Aku bukan nya pandai sangat pun nak review2 semua nih. Kang, aku baca faham, orang lain baca nga alip nga alip(nganga). Muehehe.
Rating aku untuk filem ni 3.5 bintang lah ! Sebab aku rasa movie James Bond sebelum ni best lagi. Haha. Mungkin disebabkan cerita ni terlalu lama bagi aku, so kepala makin lama makin condong. Nasiblah takdak orang sebelah aku dalam cinema time tu. Haha.
Eh, yang itu ja kot nak update. Btw, ni first time aku tengok filem yang keluaq first day kat wayang. Semangat kau nak tengok walaupun macam upset sikit dengan cerita dia. Haha.
Meroyan ? Mimpi ? Angau ? Ahh. Sudahh.
Assalamualaikum dan selamat petang !
Yuhuuuuuuuuuu. Petang petang macam ni taktau nak buat apa. Dengan hujan yang mencurah curah di luar sana membuatkan mata begitu layu. Ngeh3. So, terhasillah luahan di twitter seperti yang tertera di atas.
Ya, aku tak tipu. Aku memang mengalami apa semua benda yang aku luahkan kat twitter tu. Sejak2 event haritu, aku asyik mimpi benda yang sama. Wajah Mr A bermain2 di mimpi aku bersama sama dengan beberapa orang wanita yang aku kenal, dan ada yang aku tak kenal dan takpernah berjumpa langsung.
Entahlah, mungkin itu balasan untuk aku sebab selalu sangat fikirkan pasal Mr A ni, padahal dia bukannya ada kaitan dengan aku pun. Haha. Tapi, Mr A ni orang yang aku kenal, rapat tu tidaklah, tapi bolehlah.
Mimpi aku memang berkaitan dengan Mr A nih. Entah, aku rasa ni petunjuk untuk aku yang menyatakan Mr A ni dah nak berkahwin tak lama lagi dan aku tak perlu lagi nak berfikir pasal dia. Hah, mcam tu lah lebih kurang firasat aku tiap kali aku bermimpi benda yang sama. Uhuk3.
Dan ya, lepas mimpi2 ni menghantui aku, aku dah tak fikir dan tak nak fikir pun pasal Mr A nih. Tapi, dah lama aku tak fikir pun , mimpi tetap datang jugak. Aishh.
Jadi, konklusinyaa stop fikir atau ingat pada Mr A nih. Tak menyenangkan tidur aku. Aishhh. Dan alhamdulilah, kalau betul jodoh Mr A dah sampai, aku doakan mereka berbahagia hendaknya. Jangan lupa jemput aku untuk makan nasi minyak hokeyy ! Haha
Oklah, sampai sini dulu merepek, merapu, meraban bagai. Jumpa lagi nanti. Yehaaaaaaaaaaaa..
Khamis, 1 November 2012
Karnival Peningkatan Sains dan Teknologi (PESAT) 2012
Assalamualaikum dan selamat malam
Alhamdulillah, pada 30/10/2012 aku dan tiga rakan yang lain diberi peluang untuk bersama sama menjayakan Karnival Peningkatan Sains dan Teknologi ( PESAT) 2012. Bersyukur dapat menjadi sebahagian daripada penyertaan PESAT kali ni. Banyak pengalaman dan pengetahuan baru yang aku dapat sepanjang berada di PESAT kali ni.
Cerita mulanya, lecturer aku mencari student pharmacy yang stay kat Penang untuk tolong beliau di booth masa PESAT tu. Dan daripada budak2 Penang yang ada, Muner pilih aku untuk bertanggungjawab memilih rakan2 yang lain. Terima kasih Muner sebab teringat aku ni orang Penang. Hewhew. Dan hasilnyaa setelah berbincang dan berSMS dengan Sir Fauzi, lecturer aku, beliau mintak 4 orang kesemuanya sekali. Nasib menyebelahi aku, dalam beberapa jam lepas tu ja, aku dah dapat cari 3 orang. Dan orang terakhir, dapat hari yang seterusnya. Allah permudahkan kerja aku. Syukur.
Disebabkan masa Sir Fauzi mintak cari orang tu kami tengah sibuk nak final exam part 3, makanya Sir Fauzi kata lepas habis paper 19/10 baru dia contact aku balik untuk makluman seterusnyaa. Beliau tak mahu nganggu kami study. Bagus benar beliau. Haha.
Hai ! Selamat berkenalan semua.. Saya comel kan? Hewhew. |
So, habis paper ja terus Sir contact aku bincang blablabla dan sampailah pada 29/10/2012. Rancangan asalnya, kami tak terlibat pun untuk settings up booth farmasi petang Isnin tu. Memang malam tu aku ada tanya Sir tentang penyediaan booth ni, tapi dah Sir tak reply, aku buat taktau jelah. Dah tu, sedang aku diulit mimpi waktu pagi tu, tuptup dapat mesej dari Sir mintak datang dewan petang nanti untuk setup booth. Masa baca mesej baru perasan yang Sir ada call aku sebelum tu. Haha, sorry lah Sir, memang tak sedaq pun masa Sir call tu. Syok tidoq. Haha.
Makanya, petang tu pun aku ajak sekali Paan a.k.a Nurfarhan untuk join aku. Segan meh nak pi sorangsorang ni. Ajak Paan syok sikit, boleh usik2 dia. Haha. Dan yang takbestnyaa petang tu, Sir Fauzi Dali mai lambat gilaaaaaaaaa. Sejam jugaklah kan tunggu Sir.. Gggrrr. Sabaq jelah. Haha
Jadi, kita layan jelah gambaq masa 29/10/2012 & 30/12/2012 nih. :)
Yang ada macam botoi ayaq tu, tu bahagian injection, infusion. Sekali dengan vials dan ampoules semua kat situ. Syringe pun ada aih. Sebelah tu, bahagian inhaler. Ubat untuk pesakit asthma mostly. |
Sini bahagian lab aka makmal. Tempat coumpounding emulsion. Dua kali buat dengan Paan tapi tak jadi, last sekali fed up tunggu Sir. Haha. |
Fuhhh ! Tempat ni paling laku. Blood group test ! Ramai teramat. Lenguh nak melayannyaa. Sampai tak sempat nak sembang dengan Madam Suraya. :( |
Bahagian depan pameran ubat. Sumpah pening masa nak susun benda ni. |
Inilah kami ! Bertungkus lumus membantu lecturer2 di booth. :) |
Rasanya sampai sini lah dulu aku update. Apa2pun, memang enjoy masa PESAT ni walaupun letih sampai tak terkata masa kat blood test tu. Aishhh. Terimakasih pada semua yg terlibat. Kepada rakan2 yg sudi menerima perlawaaan aku. Hehe. Kepada Sir Fauzi, yang melayan mesej aku malam2 hari. Isk2. Dan untuk lecturer2 semua serta pembantu makmal. Sangat2 happening time haritu. Thankss a lot !
Harap dapat join lagi nanti. Hehe. Bye, Assalamualaikum.
p/s: Gambaq ada lagi. Tapi dekat FB lah. Malas nak letak banyakbanyak kat blog. :)
Langgan:
Catatan (Atom)