Memaparkan catatan dengan label SPM 2012. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label SPM 2012. Papar semua catatan

Jumaat, 17 Mei 2013

Rezeki

Assalamualaikum. Salam Maghrib

Facebook
Alhamdulillah, keputusan UPU untuk lepasan SPM 2012 dah keluar kan? Aku tahu ada yang kecewa bila tak dapat course pilihan hati bukan ? Tak kurang juga ada yang tak dapat langsung UPU. Sedih, ya aku tahu sedih tu macam mana. Aku pernah juga menangis suatu masa dulu bila mana takdapat course pilihan hati tapi after all still alhamdulillah sebab aku dapat diploma jugak kan. Syukur. :)

Ok, untuk yang tak dapat UPU langsung ni, aku harap kalian sabar dengan ujian Allah ni. Perit memang perit, tapi kuatkan hati ya. Mungkin ada lagi pilihan yang lebih baik Allah sediakan untuk korang semua. Kawan aku pernah ada yang takdapat UPU dengan keputusan SPM 7A tapi nasib baik dapat matrikulasi, dan alhamdulillah sekarang dah sambung Ijazah Farmasi di USM (jeles aku. haha). 

"Janganlah berputus asa dari rahmat Allah." [azZumar:53]

"Seseorang itu tidak dibebani lebih dari kesanggupannya." [alBaqarah:233]

"..(maka bersabarlah) kerana boleh jadi kamu tidak sukakan sesuatu padahal Allah menjadikan kebaikan yang banyak padanya." [anNisa' :19]

Percaya pada rezeki Allah. Banyakkan berdoa memohon agar Allah tetapkan hati untuk buat keputusan yang terbaik untuk masa depan anda. Yang takdapat UPU, buatlah rayuan. InsyaAllah, ada rezeki dapatlah. Untuk yang dapat UPU tapi keliru nak pilih yang mana, istikharah lah. Mohon petunjuk Allah kerana sebagai manusia kita hanya mampu merancang, Allah yang menentukan. :)

Yang kata kawan dapat 2A, 3A dapat UPU kita 7A, 8A tak dapat UPU, itu semua rezeki sebenarnya ya. Rezeki kita Allah dah tetapkan yang sebaik baiknya. Apa2pun, semoga berjaya untuk semua ya ! :)




Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Khamis, 16 Mei 2013

Keputusan Permohonan UPU Lepasan SPM & Setaraf 2013/2014



Assalamualaikum. 


InsyaAllah, kalau tiada aral melintang keputusan permohonan UPU lepasan SPM dan Setaraf bagi sesi 2013/2014 akan dikeluarkan pada 17 Mei 2013 iaitu pada hari Jumaat ni. 

Jadi, kepada lepasan SPM 2012 yang asyik merungut lambatnya keluar UPU kali ni bersiap sedialah ya. Persiapkan diri untuk menerima apa sahaja keputusan. Redha dan tawakal kerana itu adalah yang sebaik baik ketetapan oleh Allah untuk kita. 

Dijangkakan keputusan akan keluar pada pukul 12pm 17/5/2013. Jadi, harap bersabarlah kalau tetiba server down dan sebagainya. Hehe. Btw, kepada mereka yang berjaya untuk UPU kalini, TAHNIAH diucapkan ya. Kepada yang gagal, jangan kecewa dan berputus asa. Ada banyak peluang lagi di luar sana untuk kalian sambung belajar. Dan kepada yang berjaya, belajar baik2, dapatkan pointer baik baik tau. :)

p/s : Tarikh ni belum rasmi lagi dari bahagian UPU, tapi berdasarkan desas desus yang ada, insyaAllah akan dikeluarkan pada minggu ini iaitu minggu ke 3. 



Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Selasa, 6 November 2012

Good Luck Wishes !

Complication of good luck wishes from seniors to juniors. :)

Assalamualaikum. 

Rasanya masih belum terlambat untuk wish good luck kepada calon2 SPM 2012.

Terutamanya yang berada di MRSM Kuala Berang, Terengganu

Juga di SMK Tengku Intan Zaharah, Dungun, Terengganu

dan di SMK Dato' Onn, Butterworth, Pulau Pinang.

Semoga berjaya dalam SPM 2012 ! 

Do the best ! Give your best shot this time !

And remember Allah always ! Pray to Him.

InsyaAllah. Everything went smoothly later. :)

From :

Your seniorita ! :)



Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Rabu, 11 April 2012

Dasar Penajaan JPA Bagi Tahun 2012 [UPDATE]

Assalamualaikum.

Merujuk kepada entry Dasar Penajaan JPA Bagi Tahun 2012, JPA telah pun mengeluarkan satu kenyataan akhbar oleh YAB Timbalan Perdana Menteri Merangkap Menteri Pelajaran, YAB Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin.

Kenyataan akhbar demikian boleh dibaca di laman web esilav2 atau klik saja di SINI.

Makluman ini ditujukan khas kepada para pelajar lepasan SPM 2011 dan yang sewaktu dengannya. Alhamdulillah, nampaknya makin murah rezeki adik2 dan generasi akan datang. Bersyukurlah ye wahai adik-adik sekalian. :)

#petikan dari kenyataan akhbar#
#saja gedik nak letak nama kat situ#

p/s: psssst.. dapat 9A+ confirm2 dapat biasiswa. Bestnyaa, mesti adik2 yg nak ambik SPM 2012 kena push ngan parents nanti. Hihi. :)
Sekian.



Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
COPYRIGHT 2011/2012. ALL RIGHT RESERVED BY ALYAA IBRAHIM