Memaparkan catatan dengan label Perkahwinan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Perkahwinan. Papar semua catatan

Sabtu, 3 November 2012

Kalau dah jodoh, tak kemana ! Tahniah Farid K. dan Diana D. :)




Alhamdulillah, tahniah diucapkan kepada pasangan pengantin baru, Farid Kamil dan Diana Danielle yang baru sahaja selamat diijabkabulkan pada 9.15pagi tadi di Hotel Flamingo By The Lake Ampang. Mereka telah dinikahkan oleh Ustaz Haji Daim iaitu Pegawai Tadbir Agama Daerah Gombak.

Benarlah kata orang, kalau dah jodoh tak kemana. Selama hampir 3tahun menjalinkan hubungan, pasangan ini bersetuju untuk mengikat tali pertunangan pada 2 September lalu dan memberi khabar gembira bahawa mereka akan melangsungkan perkahwinan pada hari ini.

Majlis resepsi untuk pihak perempuan akan diadakan pada 30 November 2012 manakala untuk pihak lelaki diadakan pada 12 Disember 2012. Semoga majlis yang dirancang berjalan dengan lancar ! ^___^

Tahniah lagi sekali kepada pasangan baru ini. Semoga cepat dapat baby yang comel dan selamat meneruskan pengajian kepada Diana D. :)

Gambar dulang hantaran :






Yang selebihnyaa boleh lihat di  SINI

Kad perkahwinan Farid K. dan Diana D.



Yang selebihnyaa boleh tengok di  SINI



Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Sabtu, 5 Mei 2012

Gambar Sekitar Majlis Perkahwinan Awal Ashaari dan Scha Alyahya



Alhamdulillah. Akhirnya Awal Ashaari atau nama sebenar Ahmad Awaluddin Ashaari & Sharifah Nor Azean Syed Mahadzir Al-Yahya (Scha al-Yahya) selamat di’ijabkabulkan sekitar 9.20 malam ini di Putrajaya.
Dengan sekali lafaz, Scha al-Yahya & Awal Ashaari selamat bergelar suami isteri dalam satu majlis ringkas yang di’hadiri kira kira 250 orang jemputan yang terdiri daripada kaum keluarga rapat pengantin dan wakil media.
Pengantin perempuan menerima mas kahwin sebanyak RM2,050 manakala jumlah wang hantaran di’rahsiakan daripada pengetahuan umum. Scha al-Yahya menghantar 9 dulang hantaran berbalas 7 dulang.
Majlis pernikahan mereka malam ini berlangsung di Hotel Pullman Lakeside, Putrajaya manakala resepsi perkahwinanmereka bakal berlangsung pada 6 Mei ini di Putrajaya International Convention Centre (PICC).
Pasangan tersebut di’ijabkabulkan sendiri oleh bapa Scha al-Yahya iaitu Syed Mahadzir Al-Yahya dengan disaksikan oleh jurunikah daripada Jabatan Wilayah Agama Islam (JAWI), Mohd Salman Idrus.








Sumber : Rotikaya dan Chegu Zubir

p/s: lain2 gambar boleh dilihat di laman web Rotikaya sendiri. Banyak gambar yang boleh didapati di sana. Ini hanya sebahagian daripadanya. :)

Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Jumaat, 4 Mei 2012

Debaran Berakhir. Tahniah Scha dan Awal. :)




Alhamdulillah, dengan sekali lafaz sahaja Scha Al-Yahya atau nama sebenarnya Sharifah Nor Azean Syed Mahadzir Al- Yahya telah sah menjadi milik Awal Ashaari atau nama sebenarnya Ahmad Awaluddin Ashaari. Syukur ke hadrat IIlahi semuanya berjalan dengan lancar. 

Sebelum majlis bermula, dengar kata Awal sangat gelabah sampai boleh dikatakan basah songkok yang dipakainyaa. Haha. Oh ya, aku tak tengok pun siaran langsug tu sebabnya tak dak pun dekat Astro aku. Wuawua~ Sedih kot. Semangat aku tunggu nak tengok siaran langsung tuu. Erm, takpalah takdak rezeki nak tengok akad nikah tuu. Sobss. :'(

Persediaan untuk akad nikah.
Menanti untuk acara pembatalan air sembahyang.
Setakat ni saja aku update. Kalau ada berita lagi lepas ni aku update lagi. Almaklumlah, kalau dah minat, mestilah nak update setiap masa. Haha. Sekali lagi, TAHNIAH diucapkan kepada pasangan sama cantik dan sama padan ini. Selamat pengantin baru dan semoga berbahagia selalu. :)

Terbaru: Awal selesai solat sunat dan sedang menuju ke arah isterinya, Scha untuk upacara sarung cincin dan pembatalan air sembahyang.
Gambar di ambil dari twitter farafauzana @REALFAFAU

Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Perkahwinan Scha Al-Yahya dan Awal Ashaari


Tinggal beberapa minit sahaja lagi sebelum pasangan bahagia, Awal Ashaari dan Scha Al-Yahya akan disatukan dalam majlis akad nikah yang akan diadakan sekitar jam 9 malam. Siaran langsung akad nikah pasangan ini dapat ditonton di saluran Astro Ria dan Astro Awani. 

Bukan itu sahaja, Astro Ria juga telah lebih awal menyiarkan rangkaian program-program istimewa yang berjudul Seia Sekata SchAwal yang memaparkan perjalanan kisah cinta pasangan bahagia ini semenjak 13 April lalu.
Fanpage Scha Alyahya
Waaah, kelas gitu. Majlis akad nikah pun ada siaran langsung. Hihi, tiba2 teringat masa majlis akad nikah Dato' Siti Nurhaliza. Erm. Apa2pun, semoga semuanya selamat saja sepanjang majlis pada malam ini. Well, aku memang minat dengan mereka berdua ni tambah2 Scha. Fuh. lakonan dalam Awan Dania tu memang berkesan la. Terbaikk. Lakonan Awal pun apa kurangnya, ada aura tersendiri gituu.

So, kepada mereka berdua, selamat pengantin baru diucapkan. Semoga kekal hingga ke akhir hayat. Takmau gaduh2, takmau cerai2. Nanti jadi tak sweet pulak. Hihi. Oh ya, rasanya ramai yang tau kan yang si Awal ni propose Scha masa program Propaganza. Haha, Syok gilaaa dapat bear besar. Hikhik.

Fanpage Scha Alyahya

Besarnyaaa awakk. Haha. #fanpage Scha#
Err, oklah. Lepas mereka akad nikah nanti, aku update lagi okey. Eh jap, tentang bulan madu mereka, katanya memilih New York sebagai destinasi pilihan. Takpa2, satgi aku cerita lain pasai bulan madu ni.

To Awal Ashaari, jangan gugupgugup, baca bismillah banyak2. Haha. Bajet ada yang baca. Oklah, gerak dulu, mau tengok siaran langsung akad nikah mereka. So sweet la both of u. Kbai. :)

#google#

Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Ahad, 22 April 2012

Perkahwinan: Bukan mudah nak lepaskan...

Semua ibu bapa mahukan yang terbaik untuk anak mereka terutamanya untuk anak perempuan mereka ataupun anak dara yang telah mereka pelihara sejak dari kecil. Anak lelaki pula bagi mereka sudah cukup besar untuk buat keputusan berbanding dgn anak perempuan. Oleh sebab itu, dlm banyak2 perkara tambah2 bila bercakap tentang perkahwinan, ibu bapa lebih mementingkan hal anak perempuan. Ini kerana, kelak mereka akan berjauhan dengan anak perempuan yang mana akan ikut suami bila dah kahwin..

Jujur cakap, berjauhan dengan parents untuk menuntut ilmu tak akan sama dengan berjauhan dengan parents untuk ikut suami. Biarpun aku masih tiada pengalaman tentang ini, tapi hasil soal selidik dan pemerhatian aku, itulah kenyataannya. Nak tau kenapa? Sebabnya saat kita melangkah keluar dari rumah, kita telah pun memegang title sebagai isteri dan masa tu kita wajib taat pada suami kita dan saat tu jugak syurga kita telah beralih dari bawah tapak kaki ibu ke bawah tapak kaki suami. Berbanding dengan anak lelaki, mereka akan menjadi ketua keluarga kelak dan memimpin isteri. Namun begitu, anak lelaki tidak boleh melebihkan isteri dari ibu sendiri dalam apa jua keadaan sekalipun sebabnya ia merupakan tuntutan dalam Islam.

Jadi,berbalik kepada tajuk asal, ibu bapa khususnya ibu akan berasa sedih dan sayu bila nak lepaskan anak mereka ke tangan orang lain. Normal kita lihat bila majlis akad nikah, di sisi pengantin perempuan mesti akan ada si ibu (bagi yang ada) dan bila pengantin lelaki dah melafazkan akad nikah, air mata ibu akan menitiskan dengan sendirinyaa tanpa dipinta. Begitu juga dengan si ayah, namun si ayah ni kadang2 pandai menyembunyikan air muka mereka. Betul.. Hihi.

Disebabkan ini juga kaum ibu akan lebih memandang serius bila anak2 perempuan ambik keputusan nak dirikan rumah tangga. Sampai ada tu parents nakkan bakal menantu yang kaya raya supaya hidup anak mereka senang lenang. Tak kurang juga yang mahukan bakal menantu ada pendidikan yang tinggi serta kerja yang bagus. Well, bagi aku cukuplah seseorang itu ada pendidikan agama yang cukup dan mampu menanggung keluarga yang dibina kelak. Oh, rasanya macam dah over pulak bercerita pasal kahwin ni. Dah2, nanti aku sambung lagi. Sapa yang nak baca lagi, tunggu next next entry laa. Haha

Babai.. :)


...duadua google..

Published with Blogger-droid v2.0.4

Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Isnin, 27 Februari 2012

Tahniah Ana Raffali dan Aznaim. ^___^

Assalamualaikum semua.

Alhamdulillah, nampaknya makin ramai artis2 di tanah air ni sudah mendirikan rumah tangga. Kalau entry sebelum ini berkenaan Lisa dan Yusry, tapi kali ini ingin bercerita tentang Ana Raffali dan pasangannya, Aznaim yang baru sahaja mendirikan rumah tangga pada 25 Februari yang lalu. Waah, dalam diam2 eh, Ana Raffali ni menjalinkan hubungan. Hihi. Macam sweet je. =p 

Erm, papepun tahniah jugak kepada Ana Raffali sebab telah melakukan penghijrahan yang besar dalam hidupnya sebelum bergelar isteri. Rasanya ramai yang dah sedia maklumkan Ana Raffali dah mula memakai tudung. Niat ikhlas Ana Raffali ini diterima oleh semua orang. Alhamdulillah. Comel je Ana Raffali pakai tudung. Hihi. =p

Okeylah, tak nak cerita panjang2 sebab ramai yang dah tahu cerita tentang pernikahan Ana Raffali ni kan. So, jom tengok gambar je... ^____^










sumber: Beautifulnara


SELAMAT PENGANTIN BARU KEPADA ANA RAFFALI DAN AZNAIM
SEMOGA BERBAHAGIA HINGGA KE AKHIR HAYAT. 

Sekian. =p


Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Majlis Resepsi Lisa dan Yusry..

Assalamualaikum semua.

Kali ini nak share gambar resepsi perkahwinan Lisa dan Yusry.

Dua-dua nampak manis dalam gambar. Hihi.... =p

...Enjoy.... ^-^






sumber: BeautifulNara

Sekian.

Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Tahniah Lisa Surihani dan Yusry. ^__^

Assalamualaikum semua. 

Selamat Pengantin Baru Alyaa ucapkan kepada pasangan Lisa Surihani dan Yusry. 

Semoga berbahagia ke akhir hayat. ^__^










p/s: Ramai yang frust bila Lisa Surihani pilih Yusry. Hahaha.. >.<


Sekian.

Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
COPYRIGHT 2011/2012. ALL RIGHT RESERVED BY ALYAA IBRAHIM