Friday, May 10, 2013

Operation ENT.

Alhamdulilah, aku dah pun selamat menjalani pembedahan ear, nose and throat (ENT) bahagian telinga pada Selasa lepas. Syukur semuanya berjalan dengan lancar walaupun awalnya macam ada kekalutan sedikit.

Maaf kerana lambat memaklumkan perkara ini. Iyelah, lepas operation tu aku lemah sangat. Badan pun nak taknak ja nak bangun. Mak kata rasa takut tengok masa tu, lemah lain macam. Tapi apa2pun, alhamdulillah semuanya okey.




Outfit masa hari operation tu putih pink. Semua staff kat situ kira boleh recognise la siapa yang ada operation haritu bila pakai outfit ni. Dalam pukul 8 lebih lagi nurse dah datang lawat tengok check semua, maklumankan yang aku ada operation harini blabla. Haha. Banyakla. Oh, masa ni diorang dah hantar baju untuk salin. Asalnya aku pakai tshirt biasa saja.

Around pukul 9.45 a.m, aku dipanggil untuk hearing test. Aku kena undergo ujian bunyi untuk tentukan apa yang dapat aku dengar dan sebagainya. Actually, aku dengar ja semua bunyi tu cumanya ada jelas ada tak jelas. Dua dua belah pulak tu. Confirm doktor pun pening dengan keputusan test aku tu. Hehe.

Dalam pukul 10.30 macam tu taksilap aku la, nurse dari bahagian operation theatre datang bilik aku. Gulp ! Masa ni rasa nyawa dah melayang lah. Dengup jantung pun lain macam sudah. Allah saja tau macam mana rasa masa tu. Mulut duk istighfar, mengucap apa semua dah.

Nak diikutkan, aku boleh ja jalan nak pi OT, tapi depa tak bagi, suruh jugak aku duduk atas kerusi roda. Kena bukak cermin mata pulak tu. Dan aku dipakaikan topi. Ala, topi yang masuk bilik pembedahan tu. Masa tu dah tawakal dah. Apa nak jadi pun jadi lah. Aku tau Allah ada dengan aku.

Oh ya, yang mengenai kekecohan tu, pasal rambut aku nih hah. Time hearing test, doktor suruh potong lagi sikit rambut tu. Memang kelam kabut lah mak abah cari gunting shaver apa semua. Mana sempat dah. Last2, nurse ward mai cukuq, gunting rambut aku. Sikit ja pun nak buang. Takut nganggu masa operation katanya. Jadi, mcm lewat sikt aku masuk operation theatre.

Dah sampai OT, aku kena baring atas katil yang dah disediakan. So, nurse2 kat OT tu pun dah kalut2, bukak baju aku apa semua. Badan aku habis diselimutnya. Masa tu baru aku tau, takboleh pakai apa langsung time operation. Uhuk3

Masuk OT, memacam bunyi dah ni dengaq. Disebabkan hal tadi tu, jadi masuk2 ja teruih kena bius. Perghhh, pakai drip paling aku tak suka baq hang. Sakit. Tapi kita buat rilek, cool ja kan. Hehe. Dah biasa dengan jarum apa semua ni. Masa ni aku macam dah lemah sikit sebab almaklumlah kena puasa kan 12 jam. Lembik kemain lagi. Dalam samar, aku nampak depa duk siap2kan aku letak butang sana letak butang sini. Dekat dada pun ada lekat ah, untuk ECG mak kata.

Dan last sekali, sebelum aku pengsan tak sedar diri, aku dalam kesamaran terasa mereka menolak aku, ehemm3, ada nurse lelaki handsome situ*dush3, sempat lagi* ke bilik pembedahan yang mana doktor tengah tunggu kat situ. Masuk situ kira sedar lagi, tapi macam mamai2 dah. Benda yang aku masih boleh tangkap time tu, "Adik, angkat kepala atas sikit". Sebab masa tu aku dipindahkan ke satu lagi katil. Lelaki2 gagah tadi la angkat aku. Haha. Dah la aku ni kategori berat kau. Kesian mereka. Ihiks3. *angkat cadar dengan aku ja pun*. Haha.

Dan perkara terakhir aku dengar, "Adik, mengucap dik. Selawat banyak banyak. Ingat Tuhan. " iaitu semasa aku hendak dibekalkan dengan oksigen. Alhamdulillah, lepas tu aku dah langsung tak sedarkan diri. Sedar2, semua dah siap dibuat. Macam magik pulak, hihi.


Alhamdulillah, pukul 10.30 pagi masuk operation theatre, pukul 3.15 petang keluar dengan sakitnya. Lama kan ? Agak lah. Apa2pun syukur padaNya. Aku selamat.

Dan sekarang selamat sudah berada di rumah. InsyaAllah, akan update lagi dan lagi lepas ni. Cumanya aku boleh update pakai tabs, laptop cannot see meh. Haha. Yang tu aku cerita lain kali. *Haha tu aku gelak dalam hati ja tau, nak gelak kuat2, sakit. Sobsob*









posted from Bloggeroid


Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

1 comments:

Mas Zull said...

assalamualaikum nurul...moga cepat sembuh yer...;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
COPYRIGHT 2011/2012. ALL RIGHT RESERVED BY ALYAA IBRAHIM