Thursday, June 14, 2012

Spontan Hari Khamiss. ~


Semua orang ingin berubah. Begitu juga dengan diri aku. Namun begitu, aku terkilan dengan beberapa orang rakan terdekat aku yang sukar ingin menerima perubahan yang berlaku pada diri aku. Ya, aku mengaku yang sebelum ni aku bukanlah baik sangat, tapi tak salah kan kalau kita cuba untuk jadi baik dan cuba rasa ingin dihormati dengan cara yang lebih mulia. Memang aku dikenali ramai di sini dan orang hormatkan aku sebagai seorang ketua. Namun, bukan begitu yang aku mahukan. Aku mahu orang pandang dan hormat aku sebagai seorang perempuan juga. Dulu aku memang kasar sebab aku yang berbadan agak chubby ni dikatakan kurang sesuai untuk berkelakuan lemah lembut. Namun, aku sedar sebesar mana pun fizikal kita, keayuan dan kelembutan sebagai seorang gadis perlu dipertahankan. InsyaAllah, sama-samalah kita perbetulkan mana yang salah. :)

p/s: dah nama pun spontan hari khamis, jadi yang ditaip ni semuanyaa spontan dari otak. fresh lagi ni. :)

Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

3 comments:

maszull said...

assalamualaikum Nurul...biarlah apa org nak kata janji kita x terikut perangai mereka tu..:)

Rosalia said...

nice :)

miszexora said...

Mulut orang mmg kita xdapat nk tutup.
So, just ignore what they wanna say.
mmg la it's easy to say than to do it.. but at least u try =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
COPYRIGHT 2011/2012. ALL RIGHT RESERVED BY NURUL ALYAA