Jumaat, 15 Jun 2012

Hari Jumaat yang bahagia !


Hari yang paling bahagia kepada aku sebagai pelajar Semester 3 adalah hari Jumaat. Ini kerana aku dan rakan2 sekelas malahan satu batch takpayah ke Bertam sebab kami takde kelassss ! Oh yeah! Penat dah selama baru 4 hari ulang alik dari Bertam ke Permatang Pauh disebabkan kesilapan kelas dibatalkan dan sebagainyaa. Minggu ni saja, 2 hari pergi Bertam semata-mata untuk attend kelas dari 8 pagi hingga 10 pagi, tapi bas yang bawak pulang kami ke main campus hanya akan ada pada pukul 12.30 tengah hari. Fuh, sabar jelah sepanjang minggu ni.

Dan harini, Hari Jumaat... Akhirnyaaa, kami dapat meluangkan full day di Permatang Pauh. Tapi, ada satu benda yang juga membuatkan aku sangat tak suka bila kami takdak kelas, tapi ada benda lain yang mengacau. Haha. Apakah itu? Oh no ! Sudah tentulah Kokurikulum untuk Semester 3 ni. Kesatria Negara Part 3 hari Jumaat ! Sumpah sakit hati bila tengok jadual koku ni. Wuawuaaaa~ Dah lah petang pukul 5 baru start. Dan di buat di hadapan Pusat Islam di main campus, Permatang Pauh niii. Arggggh!! Stress lagi kot. Sebabnyaaa kami dari platun kat Bertam sangat tak suka diadakan koku di sini kerana ada KOMANDER ! 

Maaflah ye wahai komader semuaa. Dah dua sem kami di kampus Bertam untuk koku, kami rasa aman tanpa kalian yang memekik2 dan sebagainyaa. Kami tak anti, cuma takleh nak ngam saja bila ada orang suka jerit2, tempik2, tambah2 kalau perempuan. Buruk kot.! Haha. Dah2, kang lagi banyak aku cakap pasal komander ni, banyak pulak benda yang tak baik aku semburkan. Haha.

Oklah, aku dah nak gerak ni. Nak uruskan pasal hal kolej dan nak buat persediaan untuk menyibukkan diri dengan assignment dan segala bagai. Haha. Jumpa lagi petang nanti ! :)




Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

3 ulasan:

maszull berkata...

assalamualaikum Nurul...kesian nyer n gud luck yer...:)

AlyaaIBH berkata...

@AyueJean

insyaAllah, nanti saya join. tq invite. :)

AlyaaIBH berkata...

@maszull

waalaikumsalam. thank you. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
COPYRIGHT 2011/2012. ALL RIGHT RESERVED BY ALYAA IBRAHIM