Sabtu, 23 Jun 2012

Jadual penuh dan padat !

Assalamualaikum dan selamat petang semua. 

Apa khabaq? Maaflah ye, aku baru dapat update blog sekarang. Macam yang aku tulis tajuk tu lah, minggu ni dan hujung minggu ni aku sangat lah sibuk dengan program-program yang ada. Susah dah nak blogwalking bagai ni. Study pun tak mula-mula lagi. Adoi. Ni nak update cepat2.



Oh ya, aku rasa aku pernah mention kot yang hari Jumaat, iaitu semalam aku ada program dari pagi sampai malam. Fuh, hari Jumaat kali ni sangat menyeksakan okeyy. Penat dan sakit tu masih terasa sampai sekarang. Teruklah kalau tiap-tiap minggu macam ni.

Apa yang teruk sangat kami buat hari Jumaat? Pagi tu, kami ada program Burn Your Calories anjuran SOPHYS. Fuh, memang burn betul lah kan semua anggota badan ni. Bukan calori yang burn, tapi sunburn ! Habis muka jadi kemerahan dan gelap. Wuawuaa. Aku pulak gatai-gatai nak pi main netball semalam, match friendly saja lah ! Tapi, menang kot. Haha. Main bawah sinaran matahari yang amatlah terik, sebabtu lah burn habis. Ngeh3. Dan, alhamdulillah, kelas aku jadi juara keseluruhan untuk semua game semalam. Tak sia-sia aku jadi manager tak bertauliah semalam sebab uruskan player2 kelas aku tuh. Haha

Petang tu pulak kan, macam biasa ada Kesatria Negara 3. Hah, part ni lah yang membuatkan anggota badan kami menjadi totally sakit. Pagi tu, separuh ja baru. Petang dah kira fully pain ! Tahan sajalah. Nak tau kenapa? Satu sebab masa kami kena berkumpul dekat padang kawad depan PI tu. Ada yang mai lambat, tapi taknak buat denda yang jurulatih suruh. End up, semua platun kena denda kecuali komander. Kena pumping kot ! Sakit betui hati. Pumping atas tar pulak tuu, dengan surface yang berbatu lagi. Sakit tangan masa tu tak payah ceritalah kan. 

Lepastu, kami dah nak start belajar TTS. Tapi, sebab apa tah, aku lupa dah, kami kena denda jugak. Pumping lagi. :( Cuma tempat ja lain sikit. Dan kali ni, matahari tu memang betul2 terpacak atas kepala aku. Bahang masa tu hanya Allah saja yang tau. Memang betul-betul rasa kena dera masa tu. Dah habis kena denda, jurulatih terus buat warm up. Warm up yang memang betul2 cara TTS. Susah kot. Aku follow dari pumping sampai push up ja, yang belakang2 lepas tu, aku tak follow dah sebab banyak gunakan pergerakan di bahagian lutut, Aku kalau bab -bab exercise guna lutut ni aku problem sikit. Sebab aku pernah jatuh tangga dulu, then macam effects sikit lah. Tapi, aku tak pi jumpa doktor pun lagi. Haha. Malas tau tak.

Dan kami akhiri TTS dengan muka yang sangat layuuu. Aku tak join pun padahal. Komander panggil rehat tepi khemah sebab muka nampak pucat. Hoho. Tapi, aku dapat merasai keletihan member-member aku rasa. Perit kot TTS kali ni. Aish, macam manalah nk hadapi lagi 12 minggu? Sabar jelah.. :(

Malam pulak, sepatutnya ada program. Tapi, atas sebab-sebab tertentu, kami tak jadi join. Ingatkan boleh rehat, tapi ada kerja lain menanti aku. Betapa busynyaaa aku sekarang ni. Uhuk3.

Okeylah, nak update pasal harini pulak. Tapi, kat entry lainlah ye. Malam ni pulaklah aku cerita. Itupun kalau rajin. Haha. Babai...

Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

1 ulasan:

Misya Mialen berkata...

Hihih.klu kawad kesatria tu mau x nay x hitam muka.dlu sy pn mcm tu.sy x suka kwd.tp trpaksa.haha.bila dkenang zmn tu best pula.take ur rest n take ur time

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
COPYRIGHT 2011/2012. ALL RIGHT RESERVED BY ALYAA IBRAHIM