Alhamdulillah, buat masa sekarang ni boleh dikatakan kebanyakan kerja aku hampir selesai. Kerja apa? Kerja mengemas dan membeli barang barang keperluan untuk dibawa balik ke kolej esok. Esok? Eh, awalnyaa. Haha. Itulah, rancangan asalnyaa memang begitu. Aku dengan kawan aku, Aqilah nak pergi mendaftar dulu pada pagi esok sebelum pergi ke kenduri kahwin abang kawan aku esok. Mungkin dalam pukul 10 pagi aku keluar dari rumah, dan pergi daftar. Harapnyaa sebelum tengahari selesailah sesi mendaftar semua sebab nak balik makan kenduri. Nanti kang orang ramai susah pulak. Hoho. Oh ya, mungkin aku drive sendiri kot esok. Apa2pun, tunggu dululah macam mana. Takut kakak aku nak guna kereta pulak kan. Dan hari Ahad baru aku pergi kolej dengan mak dengan abah aku. Bukan apa, aku taktau dapat bilik mana dengann roomate sapa. Buatnya diorang buat macam sem 1 dulu, tak ka naya. Tak mau ar aku duduk dengan orang yang aku tak kenai sangat. Memanglah boleh get along nanti, tapi take time kot. Kalau satu fakulti aku tapi kelas lain2, aku boleh lagi kot terima. Haha. Tengoklah dulu macam mana. Lagipun memang dah plan dengan classmate nak daftar sekali. Harap2nyaa bilik dah ditentukan. Aku ni jenis susah sikit kalau nak kena main pilih2 ni. Maklumlah, aku ni tak glamour. Sapa yang nak duduk sekali dengan aku. Haha. Lagi satu, aku dah fobia dengan konsep 'boleh pilih roomate' ni. Tak guna nak cerita kat sini dan ungkit kisah dulu. Takut hati ni terluka balik. Hoho.
Oh ya, aku dah lama tak buat doodle ni. Mungkin berehat dulu buat masa ni. Nanti kalau aku dah bosan balik, baru aku start lukis semula. Hehe. Err, lepas ni dah masuk balik susah lah aku nak update pakai laptop balik. Mungkin pakai tablet saja kot lepas ini. Sebenarnyaa kan, aku kan, banyaakk sangat idea nak taip entry ni tapi aku tak punya banyak waktu hari ini dan selepas ni. Nantilah aku karang dulu, then aku publish terus. Kalau tak pun, aku buat auto publish. Doa2kan lah aku ada masa nak buat entry hasil penulisan aku sendiri. Hehe. Oklah, aku nak gerak dulu. Ada kerja yang masih belum selesai. Sikit2 saja lagi mau tengok. InsyaAllah, petang ni ada kenduri tahlil arwah nenek belah mak. Harap dapat pergi. Hehe. Babai semua.
p/s: terimakasih pada yang sudi singgah blog aku dan tinggalkan jejak serta komen. maaf takdapat blogwalking balik dan balas comment tu semua. nanti aku free, aku balas semua nuh. :)
0 ulasan:
Catat Ulasan