Ahad, 10 Jun 2012

Selamat mendaftar sudah !


Alhamdulillah, semalam aku dah selamat mendaftar di Kolej Kristal B, UiTM Pulau Pinang sebagai pelajar semester 3 Diploma Farmasi. Semester yang rasanya akan memberikan lebih banyak cabaran dari yang sebelumnya kerana semester ini kami dah jadi SENIOR ! Hoho. Kami memang akan menjadi tumpuan adik2 MB nanti sebab nak cari buku dan sebagainyaaa. Haha. Tak percaya? Tunggu saja nanti. Oh ya, aku sebenarnya masih di rumah ni dan baju belum packing sepenuhnyaa lagi. Nampak tak disitu yang aku amat malas nak balik sanaaa. Haha. Nanti2lah aku packing. Tak banyak dah. Sikit je lagi tuu. 

Erm, pasal housemate dan roomate, alhamdulillah masih sama dari semester lepass. Cumanyaa kali ni aku dapat tingkat bawah sikit dari sem lepas. Sem lepas tingkat 9, sem ni tingkat 5. Dan, classmates aku banyak dapat tingkat atas dari aku. So, aku dah gitau awal2 yang apa2 datang cari aku kat bawah. Aku malas nak naik atas. Haha. Biarlah. Selama ni asyik aku ja cari mereka, pergi ke bilik mereka, turun bawah. Jadi, kali ni diorang pulak kena datang kat aku. Lagipun, sem ni aku nak banyak fokus pada pelajaran. Aku ada Farah dan Aiman yang boleh tolong aku. Pah pun ada. So, aku rasa sem ni aku kena fight balik semua benda yang aku tertinggal walaupun aku tau susahh sangat subjek semester ni. Semester ni aku belajar apa? Nantilah kalau aku rajin, aku update balik. Oklah, nak bagitau yang tu je memandangkan semalam memang aku tak update kan? Manyaak busy laa. Lepasni, takde dah la aktiviti blogwalking aku. Uhuk3. Babai. ~

Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
COPYRIGHT 2011/2012. ALL RIGHT RESERVED BY ALYAA IBRAHIM