Hai, saya budak baru dilukis. Hehe. |
Assalamualaikum semua..
Alhamdulillah, bersyukur kita pada hadrat Illahi sebab masih diberi kesihatan yang baik untuk hari ini. Juga masih diberi kesempatan untuk menghirup udara yang segar dimuka bumi Tuhan ini. Makin lama, umur kita makin menginjak dewasa. Begitu jua aku. Namun adakah pernah kita terfikir, di manakah kita pada masa akan datang? Takpayah bertahun. Cukuplah sekadar bertanya, " Sempatkah aku hidup lagi 5 saat akan datang?" Ya, persoalan yang kerap kali bermain di benak fikiran aku. Setiap saat aku berfikir, adakah akan ada peluang kedua tiap kali aku melakukan dosa? Kali itu terus aku bermusahabah diri. Memang aku bukan sempurna kerana yang sempurna hanyalah Dia Maha Pencipta. Tapi, aku masih lagi belajar. Belajar mengenal dunia yang nyata di samping akhirat yang menunggu aku. InsyaAllah, aku berharap aku akan berubah sikit pada masa akan datang. InsyaAllah, aminn.
Oh ya, macam dah lari tajuk pulak yaa. Huhu. Okey, hari ini dah pun masuk 1 Jun 2012. Jadi, kita pun dah meninggalkan bulan May dengann bangganyaa. Haha. Ermm. Masuk saja bulan Jun, bermakna masa untuk kembali ke universiti ! Oh, tidakk, rasa macam tak percaya saja yang cuti ni dah nak habis. Err, lepas ni dah takleh nak on9 lama-lama dah. Sebabtu rasa lain tuu. Huhu. Naik semester baru nanti mungkin dah kurangkan penggunaan internet. Al-maklumlah, nak cari fokus baru. Nak buat yang terbaik. Serik dah dengan kesilapan yang lalu. Hoho. Kan tadi dah cakap nak berubah sudaah. Hehe. Harapnyaa perubahan yang berlaku mampu menaikkan semangat aku untuk belajar lagi. InsyaAllah, aminn.. :)
Apa2pun, selamat datang bulan Jun dan bulan Rejab(baru saja bukak tirai) ! Semoga kita boleh jadi baik start bulan ini dan akan datanggg. :)
1 ulasan:
sekejap je erkkk dah 1/2 thn...
Catat Ulasan