Saturday, May 12, 2012

Hotel Ancasa, Kuala Lumpur. ^__^


Alhamdulillah, selamat sudah sampai di Kuala Lumpur. Sekarang ni, sedang merehatkan diri di Hotel Ancasa, Kuala Lumpur. Well, mesti ada yang pelik kan kenapa sebelum ni aku cakap aku nak pi Shah Alam, tapi aku berada di Kuala Lumpur sekarang kan? Haha. Sebenarnya, Shah Alam tu adalah destinasi esoknya. Harini terpaksa stay di Kuala Lumpur sebab hotel2 di Shah Alam kebanyakannya dah penuh. Almaklumlah, kan ramai yang nak menghadiri konvokesyen keesokannya. 

So, Hotel Ancasa adalah yang terbaik sebabnya parents aku memang dah biasa stay sini. Tapi, ambik satu bilik saja. Mana taknya, bilik2 di sini mahal kot. Pokai la kalau ambik banyak2 bilik. Nak stay semalam saja pun. Hihi. Oh ya, insyaAllah, esok awal2 pagi akan bergerak ke Shah Alam. Kalau ikut, abang aku punya sidang, sidang tengahari dalam pukul 12.30 tengahari, tapi abang aku nak buat photoshoot dulu pagi2 tu. Takut tak sempat pulak nak photoshoot kalau sampai sana lewat. Haha. 

Photoshoot ni adalah satu acara yang wajib okey. Nak buat kenang-kenangan. Before this, kakak aku konvokesyen, lepas tu maksu aku dan sekarang abang aku pulak. InsyaAllah, dua tahun lagi aku pulak. :) Doa2kan lah ye. Hihi. Eh jap, ada benda kelakar yang aku nak bagitau ni. Sampai2 saja KL tadi, terus abah suruh on GPS. Sumpah lawak doe tambah2 aku ni mana pernah bukak GPS walaupun ada tablet tu. Disebabkan, takut sesat jadi GPS banyak membantu. Tapi kan, kadang2 GPS ni macam bengong sikit. Haha. Kami ada dua tablet, tablet aku dah habis bateri, so terpaksa pinjam bateri tablet adik aku since tablet dia takleh bukak GPS. Ngeh3.

Okeylah, sampai sini dulu aku boleh update. Nak kena rehat awal malam ni, esok nak gerak awal. Hihi.

p/s: Adira, Shila Amzah dengan Hazama keluar dari Konsert Mania malam ni. Tak berkesempatan lah nampaknya Shila Amzah nak masuk final. Huhu. 

p/s/s: gambar google. ~

Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

4 comments:

Ardini Izzati said...

Wahh bestnya :)

AlyaaIBH said...

@Ardini Izzati

hihi. bestlah jugak. :)

Hanif Idrus said...

Selamat merehatkan badan ....
salam kenal..
Datang dari segmen
http://hanifidrus.blogspot.com/2012/05/kemas-kini-bloglist-dan-segmen.html
komen disini senang saya masukkan blog anda dalam bloglist saya..
Lupa lak..I follow sekali….
Tujuan bloglist…memudahkansaya datang bw ke blog anda!!!
Thanks be my friend

maszull said...

assalamualaikum Nurul...bestnya..:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
COPYRIGHT 2011/2012. ALL RIGHT RESERVED BY NURUL ALYAA