Assalamualaikum dan selamat malam semua.
Ok, disebabkan tajuk entry pun Spontan Hari Khamis jadi apa yang ditaip kebanyakannya keluar dari otak terus dan disampaikan kedalam entry. Haha. Takdak masa nak fikir2 dah ni. Hehe. Oh ya, aku buat entry ni pun curi2 je ni sebabnya sekarang ni aku tengah proses mengemas bilik dan ruang atas rumah dengan kakak aku. Haha. Sambil mengeluarkan peluh yang boleh dikatakan agak banyak. Ok, geli pulak cakap pasal peluh. Muehehe. So, sambung kepada entry.
Dalam aku dok mengemas dengan kakak aku dekat atas ni, adik aku dengan bahagianya tengah melayan televisyen di bawah. Macam best ceritanya. Aku ingatkan tengok drama Melayu ke hape ke rupa2nya tengok Liga Ilmu di Astro Oasis. Fuh, sejak bila adik aku rajin bukak Astro Oasis pun aku taktau. Haha. Apa2pun, Liga Ilmu ni memang best ! Tajuk malam ni yang aku dengaq ialah Penceraian.. Salah siapa? Lelaki atau Perempuan? Perghh.. Memang berdebat sakan la Imam Muda dengan Ustazah Pilihan ni. Banyak juga ilmu dan manfaat bila tengok debat ni. Hehe.
Masa dok taip entry ni pun masih dok tengok lagi debat ni. Tak jemu kot dengar diorang debat. Daripada dengar debat lain yang boleh bawak dosaa tuu, baik dengar yang ni. Haha. So, sampai sini dulu. Nak sambung tengok televisyen sambil mengemas ! Hihi. :)
p/s: sekali sekala layan debat ilmu ni apa salahnyaaa kan. hehe. ^^ [gambar dari google]
0 ulasan:
Catat Ulasan