Isnin, 7 Mei 2012

Emak Masuk Hospital. T__T

Assalamualaikum dan selamat petang.

Rasanya harini banyak betul entry aku yang sedih2 kan. Huhu. Kalini nak buat short entry saja untuk maklumkan yang emak aku terpaksa dimasukkan ke wad dengan kadar segera selepas doktor mendapati bahawa suhu badan emakku terlalu tinggi dan badan mula naik kemerah2an. Abah cerita masa sampai hospital, badan mak aku lemah sampai kena naik wheelchair. Dan kebetulan masa tu, wad penuh. Tapi lepas jumpa doktor di hospital, doktor paksa jugak nurse2 cari wad yang kosong sebab keadaan mak dah teruk. So, mendengarkan itu pun aku dah risau.

Saat aku menaip ni, emakku masih di wad dan aku takdapat lagi tengok mak aku sebab tengah tunggu adik balik dari sekolah. Malam nanti baru nak gerak ke sana. Okeylah, aku chow dulu. Nak kemas barang2 mak aku. Tadi mak aku masuk hospital sehelai sepinggang. Jumpa lagi nanti. Doakan mak aku cepat sembuh ye. Aminn. Babai. 


Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

8 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
COPYRIGHT 2011/2012. ALL RIGHT RESERVED BY ALYAA IBRAHIM