Jumaat, 3 September 2021

Ijazah Sarjana Muda Farmasi UiTM (Degree Farmasi) ✨

Assalamualaikum dan selamat pagi semuaaa ✨

Kembali kita lagi dalam entry yang baruuu haha. Aku tak tau kenapa aku tetiba rasa rajin nak update entry kali ni haha tapi sebabkan aku rasa tak lama ja lagi keputusan UPU untuk lepasan STPM/Asasi/Diploma akan diumumkan, jadi aku rasa macam bertanggungjawab nak share sikit pasal Ijazah Sarjana Muda Farmasi a.k.a Degree Farmasi ataupun in English we called as Bachelor of Pharmacy (Hons.) gituuuu. Untuk pengetahuan, aku dah hampir 3 tahun tinggalkan BPharm ni jadi maafkan akuuu kalau entry ni macam boring sikit hahaha; itulah dulu masa zaman belajar malas nak update blog sekarang baru rasa sedikit kerajinan 🤪

Kalau nak taip panjang panjang aku rasa macam tak cukup masa nak share dekat sini (sekarang agak sibuk dan kekangan masa haha) tapi aku akan cuba sehabis baik untuk taip dan kongsi secara kasar apa yang bakal ditempuh sepanjang 4 tahun pengajian nanti. Aku cerita secara kasar dan general sajalah sebab kalau cerita satu per satu nanti tak terbaca dalam satu entry ni hehe. Kalau nak baca lebih lanjut boleh pi baca dekat blog junior akuuu, banyak informasi pasal BPharm dekat sanaaa, ini entry Ijazah Sarjana Muda Farmasi (Kepujian) UiTM di blognyaaa. Dan jugaaa boleh ke  SINI untuk bacaaa dengan lebih detail tentang silibus BPharm dll. Dan ada banyaakk lagi blog yang berbicara tentang Degree Farmasi dan juga kisah hidup pelajar farmasi ni (kalau ingat nanti aku selitkan dalam entry ni). Can go and check them out okay ! 😗

Sarjana Muda Farmasi UiTM; UiTM Puncak Alam

Jadi untuk entry aku, aku akan cerita berdasarkan tahun pengajian; dari Tahun 1 hingga Tahun 4 pengajian. Sebab apa? Sebab kalau aku cerita by semester memang penat aku nak menaip dan hampa yang nak membaca nanti HAHA. Dan seperti biasa; disclaimer sesiap; aku bukanlah student yang pintar dan cemerlang juga punya CGPA yang mantap haha, aku hanyalah seorang pelajar biasa yang punya cita cita yang tinggi begituuu. Walaupun aku bukanlah pelajar yang pintar, tapi aku rasa aku perlu bercerita di blog ni untuk bacaan tatapan bakal junior yang akan masuk BPharm ni; untuk tidak mengulangi kesilapan yang aku buat duluu dan boleh dapatkan result yang lebih cemerlang dari akuu hihi. 

Tanpa bertangguh lagi, mari kita teruskan kepada entry kita untuk harini. Dan jugaaa disclaimer lagi sekali; ini aku share berdasarkan pengalaman aku, apa yang aku lalui dan pelajari serta kurikulum pengajian waktu aku belajar dulu. Kalau sekarang dah berubah aku mintak maaf sesiap, mungkin akan berubah sana sini dalam kurikulum pengajian sekarang. (Maaf jugak kalau rasa pishang baca entry akuu haha saja nak update untuk kenangan hihi)

Tahun 1 Degree Farmasi 😉

Secara asasnya, Tahun 1 punya pengajian adalah tahun untuk kita diajar asas kepada dunia farmasi. Kenapa aku katakan begitu? Sebab bila tengok balik subjek untuk semester 1 dan semester 2 memang semuanya adalah subjek basic untuk difahami sebelum menempuh cabaran yang lebih besar di Tahun 2 dan ke atas nanti haha. Walaupun begitu, jangan ambik mudah ya adikadik sekalian. Untuk semester 1 memang kebanyakan pelajar boleh score cemerlang, namun akan kecundang sikit bila dah masuk ke semester 2 sebab subjek di semester 2 walaupun nampak macam subjek ASAS tapi agak berat untuk dibawa dan disampaikan dengan baik kalau tak fokus betul betul (cakap berdasarkan pengalaman uhuk). Jika untuk pelajar lepasan Diploma (tak kira samada dari Diploma Farmasi, Diploma MLT, Diploma Mikrob dan sebagainya); boleh dapat pengecualian subjek untuk subjek Agama dan English Semester 1 serta Kokurikulum. Macam aku dulu; waktu Diploma ambik National Kesatria 1-3, jadinya semuaa aku dapat pengecualian, jumlah 5 subjek saja dapat pengecualian gitu. Antara semester 1 dengan semester 2 mana yang lagi susah? Semestinya lah semester 2 haha. Sebab masa aku dulu; aku ambik 22 jam kredit (credit hours) untuk semester 2 dengan jumlah subjek sebanyak 9 subjek haha boleh bayang sendiri la kekalutan waktu tu. Nasihat aku untuk Tahun 1 ni; fokus betul betul dapatkan the very best of CGPA kalau boleh; you will know eventually bila dah di penghujung entry aku nanti ni haha. 

Bergambar bersama classmates waktu lepas habis lab session bersama pensyarah hehe awal awal lab session kan mestilah semangat lebih hiks 😆

Alang alang aku ada sebut pasal jam kredit (credit hours) dekat atas tuu, jadi aku cerita sikit lah yaaa. Untuk Degree Farmasi ni, maximum jam kredit (credit hours) yang dibenarkan untuk ambik adalah 24 jam kredit sahaja. Untuk setiap semester, perlu belajar subjek teras (core subject), subjek elektif (elective subject), dan juga subjek universiti (university subject) macam English dan Agama. Macam mana penetapan jam kredit ni dibuat? Ok, bila dah sah jadi pelajar BPharm nanti, masa semester 1 kita akan dibekalkan dengan course outline dari kita Semester 1 sampailah Semester 8 (boleh cuba tengok contoh course outline ni dekat dalam blog yang aku dah bagitau dekat atas tu); jadi dari situ kita dah boleh plan kita punya subjek untuk semester akan datang (yang ini untuk subjek elektif kebiasaannya). Boleh ke ambik sampai maximum jam kredit? Haha mestilah boleh kalau mampuuu gituuu, tengoklah aku punya jam kredit masa semester 2 tuu sampai 22 jam kredit haha acah kuat lah konon nak bawak sekali kecundang jugak ahaha (true story 🤣). 

Sedikit tambahan lagi, disebabkan aku adalah bekas pelajar Diploma Farmasi yang masuk ke Degree Farmasi, jadi antara subjek cabaran bagi akuuu (dan aku percayaaa untuk kebanyakan rakan rakan bekas Diploma Farmasi macam aku haha) adalah subjek Organic Chemistry I dan II, Pharmacology AND MEDICINAL CHEMISTRY , Biochemistry serta Pharmaceutics haha. Kalau perasan semua berkaitan dengan Chemistry kann ehek 😆; begitulah lumrah menjadi pelajar dalam School of Pharmacy hihi; kena master sebetulnya untuk subjek Kimia (Chemistry). Don’t worry; slowly but surely; ramai ja kawan kawan aku dapat survive dengan jayanyaaaa dan score terbaik hehe. Menarik sebenarnya kalau betul betul fokus belajar subjek Kimia ni tambah tambah bila dah belajar later on dengan drug molecule structure; masa ni rasa macam woww begituu jee twist molecule dah jadi ubat lainn haaa gituuu. Sebab tuuu kalau boleh dari Tahun 1 lagi belajar lebih sikit untuk chemistry related subject ni supaya nanti dah naik tahun tak akan jadi susah pada kita hihi. 

Gembira bukan masing masing haha nasib baiklah ada gambar kenang-kenangan 😉

Tahun 2 Degree Farmasi 🤩

Ok, tahniah sekarang dah naik ke Tahun 2 Degree Farmasi ! 🥳 Haha, masa ni akan rasa macam senior sikit la sebab akan ada junior baruu yang masuk bawah kitaaa hahaha. Untuk semester 3, jumlah jam kredit adalah 24 jam kredit (yaaa, maximum jam kredit yaaa ) uhuk dengan jumlah subjek sebanyak 10 subjekk hihi bayangkan kelam kabut nyaaa masa tuuu tapi jarang risauu ramai jaaa boleh score dengan baik. Yang penting; bila semester kita ada banyakkk sangat subjek kann; pengurusan masa (time management)  adalah sangat penting. Kena pandai susun keutamaan (priority) yang mana perlu disiapkan terlebih dahulu, yang mana boleh letak tepi sat; subjek mana nak tengok duluu untuk test nanti (mind youuu subjek sampai 10 ni kadang nak habiskan dalam 14 minggu kuliah memang akan cramp habis dan selalu test memang akan tarikh dekat dekat); jadi sekali lagi nak tekankan pengurusan masa tuu sangatlah penting ‼️ 

Subjek subjek di Semester 3 ni bagi akuuu semuaa nyaaa beratt hahaha, tapi kalau aku dapat kongsi sini, top 3 subjek agak susah bagi aku adalah Pharmaceutical Immunology, Principles of Pathology and Peripheral Nervous System and Pharmacotherapeutics (Pharmaceutics II susah jugak ya tapi PNS lagi berat bagi akuuu haha). Untuk pengetahuan juga, mula semester 3 ni dah kena start ambik bahasa ketiga (third language) dari Level 1 sampailah Level 3 (masa semester 5). Untungnya jadi pelajar UiTM ni adalah kerana kita didedahkan untuk belajar bahasa ketiga ni; cuma kena minat sikit la dengan bahasa yang kita pilih kalau tidak nanti kita akan rasa berat nak pikul. Yang penting kenaaa enjoyyy masa ambik bahasa ketigaaa nii sebab masa ni la you get to enjoy other than pharmacy things hehehe 😜 Pilihan third language yang adaa?! Untuk BPharm, seingat akuuu ada Bahasa Mandarin (ramai yaaa berebut nak masuk kelas Mandarin, Alhamdulilah rezeki aku dapat masuk haha), Bahasa Jepunn dan juga Bahasa Perancis, serta Bahasa Arab (ni tak pasti rasa macam ada, ingat ingat lupaaa hihi)

Masih sempat ya selfie sesambil discuss dalam lab haha 😆 

Masuk semester 4, jam kredit dah jadi bawah 20 jam kredit. Subjek kebanyakan bearable lah tapi aku tak score jugak punnn sebab aku ni banyak main haha takdalah aku banyak aktif ke arah lain jadinyaaa belajar macam tak berapa nak balance sangat huuu. Mungkin kalau boleh undur masa, aku nak buat yang lebih baik dalam BPharm ni haha gituu. Selain tuuu banyak isu peribadi dan isu kesihatan yang buatkan fokus aku hilang terus untuk Tahun 2 ni. Lagi pula, masa Tahun 2 ni aku dah mula duduk di luar kampus, ingat boleh survive la hidup di luar (takda kenderaan pun masatu tapi buat keputusan berani mati sebab tak yakin akan dapat kolej); jadi memang banyak terjejas pelajaran aku. Banyak pengajaran lah aku dapat sepanjang hidup di luar di Tahun 2 ni tambah tambah bila hang kena independent sendiri untuk pi kelas, balik kelas, study, urus persatuan lagi haa gituu. Kalau tanya aku; memang Tahun 2 dalam Degree Farmasi ni adalah tahun pengajian yang paling teruk bagi akuu; perit sampai rasa takmau ulang lagi dahhh sebab tak terbayang penatnya ulang alik naik bas, tunggu bas, bangun awal, balik lambat hurmm kenangan sungguh yaaa (tibeee emosii hehe sorry 😣) Jadi, nasihat akuuu bagi adik adik yang bakal masuk nanti jika peluang duduk di kolej, fight lah sehabis baikk tambah tambah kalau takda transport untuk hidup di luar nanti. (Musim COVID-19 ni masih belajar di rumah, cabaran nya jadi lain lah pulak yaaa)

Antara aktiviti aku dulu; menjadi SMF Farmasi 😝

Lepas habis bincang, kita buat apa? Ya, kita selfie hihi ✌️

Ok, aku rasa agak panjang untuk entry kali ni. Jadi aku akan split jadi dua entry Part 1 dan Part 2 untuk memudahkan bacaan begituuu. Tapi sebelum aku akhiri entry kalini, aku nak share tentang penglibatan akuuu masa aku di Tahun 1 dan Tahun 2. Belajar kena belajar, bersosial punn kena jugakk begituu haha tapi jangan ulang kesilapan aku lah yaaa haha 😆 Tak pandai urus masaaa pastuuu keputusan semester punnn kelaut China Selatan ihiks. 

First event akuuu join waktuuu aku Tahun 1 Degree Farmasi ialah National Pharmacy Sports Carnival (NPSC), waktuu tuuu diadakan di USM, Pulau Pinang. NPSC ni national event yang kumpulkan semua pelajar Degree Farmasi dari semua IPTA dan IPTS yang dibawah naungan MyPSA. Banyak acara sukan dipertandingkan masa NPSC ni. Aku main game apa?! Akuu main petanque sajaa haha. Kemudian dapat join National Gathering Pharmacy Students (NoGAPS) di AIMST University. National event juga libatkan perjumpaan besaran antara pelajar farmasi lepastu buat aktivit sekali gituu. Aku masih lagi junior waktuuu nii tapi dapat peluang joinnn dannn sangat lah best bagi akuu aktiviti yang disediakannn haha, tolonglahhh joinn jika berpeluang hihi (Khabarnya penganjuran tahun ni secara virtual)

Gambar kenangan selepas event pétanque NPSC 2015 ☺️

Gambar kenangan untuk NoGAPS 2015 😗

Di peringkat UiTM, aku terlibat dengan Rx Sports Day. Sukan diadakan dalam kampus untuk Fakulti Farmasi; perlawanan antara batch ada 4 batch kesemuanyaa termasuk juga Alumni yang hadir untuk main futsal. Aktiviti dalam fakulti juga termasuk program orientasi PharmilyUiTM (kira macam sesi senior kenal dengan junior gitu), program Pharmafiesta, Pharmville dan lain lain lagi. Kemudian masuk pulak Sukan Antara Fakulti; main bowling dengan seniors (ya aku sorang ja junior hahaha dahsyat kann 🤣)

Batch aku terlibat untuk RX Sports Day 2016 😚

PharmilyDay UiTM

Fuh, baikkk, sampai sini duluuuu, jumpa lagi di entryy Part 2 yaaa. Tahniah sebab dah berjayaa baca sampai setakat ini hehe. Maaf lah kalau rasa macam tak berilmiah entry ni hahaha almaklumlah dah 3 tahun tinggal BPharm jadi mampu share apa yang masih ingat sajalahhh yang lain boleh refer blog orang lainn hihi.

Jumpa lagi di lain entry.

Salam sayang,
Alyaa ❤️

Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Jumaat, 27 Ogos 2021

Pengalaman menjadi speaker untuk sesi perkongsian [My 7years journey: From Diploma to RPh]

Hi Assalamualaikum dan selamat petang semuaaaaa

Alhamdulillah ketemu lagi kita dalam entry yang baruuu untuk harini. Haha, walaupun aku tauuu takda orang yang akan baca entry baru aku pun, tapi still akuu rasa nak update dan share dekat sini apa apa perkara yang aku rasa menarik untuk dikongsi begituuu. Mungkin akan berkisar berkenaan isu semasa, isu peribadi, isu viral haha tengok lah pada tahap kerajinan idea akuu untuk menaip masa ituu.

Jadi, harini aku cuma nak berkongsi entry ringkas (harapnya ringkas lah yeee 🤪) tentang ✨pencapaian✨ aku untuk bulan ni haha. Disclaimer siap siap; sesungguhnyaaa aku hanyalah insan biasa; bukanlah top student mahupun top achiever; aku hanyalah mid range student yang hanya ber-impian besar haha. Bak kata orang, berangan itu percuma, jadi marilah kita berangan hari hari hihi

Ok, berbalik kepada entry harini; seperti tajuk di atas, aku nak kongsikan cerita minggu lepas iaituu aku telah dijemput buat pertama kalinyaaa untuk menjadi speaker dalam satu talk santai petang anjuran Fakulti Farmasi UiTM Bertam. Informal invitation sebenarnya dari my former lecturer masa zaman Diploma duluu, hehe. Asalnyaa DrN tanya melalui DM Instagram (curlas kan kawan dengan lecturer di media sosial haha, lecturer saya juga pembaca blog saya hiks 😆) tentang nak buat sharing session dengan adik adik junior yang bakal masuk ke program BPharm untuk sesi akademik akan datang ni. 

Mulanyaaa aku agak keberatan; almaklumlah seperti disclaimer di atas; aku ni orang biasa biasa saja; tak pandai mana tapi boleh lah, aku bersyukur dengan pinjaman yang Allah beri ni untuk aku; boleh membawa aku ke tempat yang aku berada sekarang ni 😂 Dari Instagram membawa ke Whatsapp sebab lagi mudah nak berkomunikasi; aku kadang jarang sikit nak tengok DM atau pun bukak Instagram tambah tambah waktu tengah sibuk macam sekarang ni. Ya, aku agak sibuk sekarang ni; nanti ada masalah aku cerita kenapa aku sibuk; kalau aku rajinnn hahaha.

Dari Whatsapp berbincang lah waktu bila aku freee sebab nak tetapkan masaa untuk buat sharing sesison tuuu. Aku jujurnyaaa hanyalah free waktu hujung minggu aku; iaitu hari Jumaat dan Sabtuuu. Itupun kalau takda kerja yang nak kena buat laaa kan haha. Jadinya, tarikh 21/8/2021 bersamaan hari Sabtu yang lepas; berlangsung sharing session tersebut. Sebelum nak sampai ke tarikh tuuu, nervous tak payah cerita laa tapi DrN chill ja bagitauu “Its okay, santai santai jeee” haha maka aku pun cubalah untuk rilekrilek. Soalan pun dan disediakan untuk aku dua hari sebelum hari kejadian. Aku sempat belek belek macam tuuu saja sebab macam aku cakap tadi memang tak free sangat nak buat kerja lain kalau dah bukan hari hujung minggu. Nak ditambah kekalutan pulak; aku tiba tiba kena buat shift PPV di klinik akuu hari Sabtuuu; nasib baik Y/M bertimbang rasa dia bagi aku buat slot hari Jumaat fuh nasib baik kalau tidak memang terpaksa tunda la sharing session ni hihi 😜

First time guna Microsoft Teams dekat laptop; terkial aku ya haha sat microphone problem sat camera pulak haha macam macam ya

Aku cadangnyaaa nak buat slide presentation  tauuu untuk sharing session tuu yalah mudah sikit kann dari nak bercakap sajaa tapi aku tak sempat nak buat; sempat cari gambar jeee masukkan dalam slide haha. Kepada DrN; jika baca entry ni, maafkannnn sayaaaa haha, memang betul tak sempat nak buat dan prepare slide haha acah dalam kepala boleh kot sharing session tanpa ada slide haha 😂 Jujurnyaaaa, ni first timeee aku dijemput jadi speaker untuk bercakap dan berkongsi pengalaman jadinya memang macam haywire sikit lah aku tak prepare sangat ahaks; suruh bagi biodata punn sampai sudah aku tak bagi (yeee sibuk nau minggu tu sampai lupa habis semua benda 🤣), end uppppp DrN kenalkan akuuu sebagai seorang blogger !!! 😩😩 Hahaha tercyduk sikit aku waktuu tuu sebabnyaa aku pun baru sangat ja aktif balik dekat blog tahun ni haha. Jadi selamat datang saya ucapkan kepada semua pembaca baru blog sayaa lahh tibehh rasa femes ahaks, moga segala bacaan di sini membawa manfaat buat semuaa. Hihi

It was a good session for me la. Sebab I got to share my experiences; my current works, my future plan too (you guys are lucky to know it first sebab it was part of the questions HAHA). Aku enjoy every bit of the moment walaupun rasa macam aku hanya bercakap dengan DrN jee masa tuu haha. I am glad to help as an Alumni, to share what I know, to give a lil bit exposure on the next reality especially bila nak masuk later on into BPharm haha. Also dia my part telling that you do you; do what you’re best at; don’t bother orang nak fikir you masuk diploma you loser ke apa kee just no, let them be tauuu as long as your parents support youu its more than enough. Your aim is to make your parents proud of youuu in whatever things that you do. 

Bila kena jawab soalan beza BPharm dengan DipPharm terus aku *hembus nafas, tarik nafas* HAHAHA

I do hope all 120++ participants that day dapat gain something from the sharing session. Maaf andai kata ada salah dan silap nampak macam banyak mengarut etc percayalah saya memang tak bersedia langsung waktu tuu haha main cakap jeee benda yang terlintas dalam kepala. Maafkann jugaaa sebab lebih banyak bercakap BM dari English ahaha akan ku ubah lepasni inshaAllah hihi 😆 InshaAllah, jika berkesempatan lepasni aku akan update sikit lah pasal BPharm dan halatuju nya haha doakan sistur rajin yaa dan ada masa lebihan. Ni taip entry pun sesambil saja tunggu nak balik dari shift Methadone minggu ni hihi.

Dengan post yang agak panjang ini; aku akhiri dengan satu motivational quotes ✨’If you can’t do great things, do small things in a great way’✨


Sesi bergambar secara virtual hihi



Jumpa lagi di lain entry, inshaAllah

Salam sayang,
Alyaa ❤️

Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Sabtu, 31 Julai 2021

Kit Ujian Kendiri COVID-19 (COVID-19 Self Test Kit)

Assalamualaikum dan selamat petang semuaaa !!! 😘

Wahh, tak sangka hari ni dah hari terakhir dalam bulan Julai. Fuh, sekejap sangat rasa ya. Jadi harini hari Sabtu, aku terasa macam nak update entry dekat blog harini. Mungkin entry ringkas saja. Harini terasa macam nak update pasal Kit Ujian Kendiri COVID-19 (COVID-19 Self Test Kit) yang tengah hangat dan viral diperkatakan di seluruh pelusuk dunia sejak kebelakangan ini, tibeh. 

Bak kata rakan rakan dan senior pharmacist aku; benda ni macam pisang goreng sekarang ni 😂, lakuuu sungguh haha pening kepala jugak nak fikirkan stok stok yang baru masuk ja mesti akan habis sat jaa, ibarat macam masa mula mula COVID-19 muncul di Malaysia duluuu, laku keras pelitup muka (face maskk) sampai semua tempat yang jual habis stokk haha. Kenapa tiba tiba rasa nak update entry ni? Semestinya lah sebab aku rasa tanggungjawab aku untuk sebarkan kebaikan dan naikkan sales rakan rakan aku di retail pharmacy, tak gituuu? 😆Haha takda lah sajalah nak share dekat sini, mana tahu dapat bagi ilmu dekat orang lain juga melalui entry kalini hihi.

Jadi, apa benda Kit Ujian Kendiri COVID-19 (COVID-19 Self Test Kit)? 😮 Bahasa mudahnya, ini adalah satu inisiatif yang dibuat dan dihasilkan bagi membolehkan masyarakat/penduduk di seluruh negara terutamanya Malaysia membuat ujian sendiri di rumah sekiranya mengalami simptom-simptoms COVID-19 ataupun untuk dapatkan keputusan segera bila mana telah dikenalpasti sebagai kontak rapat atau sebagainya. 

Sumber gambar: Google

Kenapa aku katakan benda ni benda viral dan hangat diperkatakan? Sebab benda ni ikutkan dah digunakan di luar negara cuma baru diluluskan penggunaannya di Malaysia ni. Alhamdulillah, setelah agak lama menanti akhirnya diberikan kelulusan untuk digunakan secara meluas di Malaysia. Nak luluskan sesuatu alat untuk digunakan bukan mudah ya. Ianya melibatkan beberapa pihak dan beberapa ujian sebelum dikeluarkan untuk digunakan oleh orang ramai.  

Setakat yang diumumkan, terdapat 6 jenama yang diluluskan untuk penggunaan oleh KKM dan juga Medical Device Authority (MDA).  MDA ni apa? Kenapa perlu gunakan yang ada kelulusan MDA baru boleh guna? Ok, seperti National Pharmaceutical Regulatory Agency (NPRA) yang mengawal selia ubat-ubatan, kita juga ada badan/pihak berkuasa yang mengawal selia alat-alatan perubatan (medical devices); yang mana kewujudan mereka ni sama penting saja dengan NPRA. Penting untuk menggunakan alatan alatan perubatan yang ada kelulusan MDA ni sama penting dengan menggunakan ubat yang ada kelulusan NPRA. 

6 jenama yang diluluskan penggunaan di Malaysia (Senarai akan dikemaskini dari semasa ke semasa)

Bagaimana cara nak guna Kit Ujian Kendiri COVID-19 (COVID-19 Self Test Kit) ni? Nak cerita dekat sini macam panjang sangat, jadi boleh lah pergi ke website sini Kit Ujian Kendiri COVID-19 untuk melihat video demonstrasi cara menggunakan kit ujian kendiri ni. InshaAllah kalau tengok betul betul video tu dan baca betul betul manual yang disediakan mudah ja proses nak buat tuu 😇

Dekat mana boleh beli? Setahu aku sekarang ni dekat mana mana farmasi retail (kedai farmasi) dah mula jual dah kit ujian kendiri ni sejak diumumkan diluluskan sebelum ni. Mungkin akan beberapa farmasi dah habis stok, almaklumlah macam aku cakap tadi, barang panas macam pisang goreng 😂 Kalau nak mudah, aku rasa dekat aplikasi MySejahtera pun dah ada link untuk beli test kit ni. Pendapat aku, belilah kt mana mana pun asalkan test kit tu diluluskan oleh KKM dan MDA yaaa.

Bila dah buat dapat keputusan positif, apa perlu buat? Ok, update terkini yang aku ada baca, dah boleh buat pelaporan di aplikasi MySejahtera. Bukak saja aplikasi MySejahtera lepastu akan ada satu icon tanda "COVID-19 Self Test", tekan situ, keluar pilihan pilihan jenama yang ada; kemudian lapor kan result anda. 

Sumber gambar: Twitter

Akan diupdate rasanya senarai test kit ni

Lepastuuuu buat apaa? Haha macam biasa kena tunggu assessment dari COVID assessment centre (CAC) kemudian boleh ditentukan perlu kuarantin di rumah atau di pusat kuarantin. Untuk CAC, tak silap aku di kawasan Lembah Klang sekarang ni dah boleh buat secara virtual dan kena update kesihatan hari hari. Tak silap aku la maaf nahh kalau salah. Yang penting sekiranya rasa tidak boleh bernafas atau rasa badan sangat lemah, cepat cepat lah ke unit kecemasan hospital berdekatan tempat tinggal kalian yaa jangan tangguh tangguh la sbb setiap masa ituu berharga !!! 💪

Sumber: Twitter KKM

Ok, rasanya sampai sini duluuu aku taip entry untuk harini. Saja taip entry santai santai sambil tengok sukan Olimpik dekat unifi@TV haha 😎 Semoga entry ni bermanfaat buat semua dan buat aku jugaa inshaAllah. Sama sama kita ambil langkah berjaga jaga dalam mencegah virus COVID-19 ni, jaga SOP, pakai pelitup muka, penjarakan fizikal jangan lupaaa dan keluar rumah bila perlu yaa. 

Maklumat lebih lanjut untuk dibaca dan difahami boleh layari laman web SINI ataupun mana mana website yang sahih nahh 😅

Salam sayang,
Alyaa 💓


Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
COPYRIGHT 2011/2012. ALL RIGHT RESERVED BY ALYAA IBRAHIM