Memaparkan catatan dengan label VaksinCOVID19. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label VaksinCOVID19. Papar semua catatan

Sabtu, 31 Julai 2021

Kit Ujian Kendiri COVID-19 (COVID-19 Self Test Kit)

Assalamualaikum dan selamat petang semuaaa !!! 😘

Wahh, tak sangka hari ni dah hari terakhir dalam bulan Julai. Fuh, sekejap sangat rasa ya. Jadi harini hari Sabtu, aku terasa macam nak update entry dekat blog harini. Mungkin entry ringkas saja. Harini terasa macam nak update pasal Kit Ujian Kendiri COVID-19 (COVID-19 Self Test Kit) yang tengah hangat dan viral diperkatakan di seluruh pelusuk dunia sejak kebelakangan ini, tibeh. 

Bak kata rakan rakan dan senior pharmacist aku; benda ni macam pisang goreng sekarang ni 😂, lakuuu sungguh haha pening kepala jugak nak fikirkan stok stok yang baru masuk ja mesti akan habis sat jaa, ibarat macam masa mula mula COVID-19 muncul di Malaysia duluuu, laku keras pelitup muka (face maskk) sampai semua tempat yang jual habis stokk haha. Kenapa tiba tiba rasa nak update entry ni? Semestinya lah sebab aku rasa tanggungjawab aku untuk sebarkan kebaikan dan naikkan sales rakan rakan aku di retail pharmacy, tak gituuu? 😆Haha takda lah sajalah nak share dekat sini, mana tahu dapat bagi ilmu dekat orang lain juga melalui entry kalini hihi.

Jadi, apa benda Kit Ujian Kendiri COVID-19 (COVID-19 Self Test Kit)? 😮 Bahasa mudahnya, ini adalah satu inisiatif yang dibuat dan dihasilkan bagi membolehkan masyarakat/penduduk di seluruh negara terutamanya Malaysia membuat ujian sendiri di rumah sekiranya mengalami simptom-simptoms COVID-19 ataupun untuk dapatkan keputusan segera bila mana telah dikenalpasti sebagai kontak rapat atau sebagainya. 

Sumber gambar: Google

Kenapa aku katakan benda ni benda viral dan hangat diperkatakan? Sebab benda ni ikutkan dah digunakan di luar negara cuma baru diluluskan penggunaannya di Malaysia ni. Alhamdulillah, setelah agak lama menanti akhirnya diberikan kelulusan untuk digunakan secara meluas di Malaysia. Nak luluskan sesuatu alat untuk digunakan bukan mudah ya. Ianya melibatkan beberapa pihak dan beberapa ujian sebelum dikeluarkan untuk digunakan oleh orang ramai.  

Setakat yang diumumkan, terdapat 6 jenama yang diluluskan untuk penggunaan oleh KKM dan juga Medical Device Authority (MDA).  MDA ni apa? Kenapa perlu gunakan yang ada kelulusan MDA baru boleh guna? Ok, seperti National Pharmaceutical Regulatory Agency (NPRA) yang mengawal selia ubat-ubatan, kita juga ada badan/pihak berkuasa yang mengawal selia alat-alatan perubatan (medical devices); yang mana kewujudan mereka ni sama penting saja dengan NPRA. Penting untuk menggunakan alatan alatan perubatan yang ada kelulusan MDA ni sama penting dengan menggunakan ubat yang ada kelulusan NPRA. 

6 jenama yang diluluskan penggunaan di Malaysia (Senarai akan dikemaskini dari semasa ke semasa)

Bagaimana cara nak guna Kit Ujian Kendiri COVID-19 (COVID-19 Self Test Kit) ni? Nak cerita dekat sini macam panjang sangat, jadi boleh lah pergi ke website sini Kit Ujian Kendiri COVID-19 untuk melihat video demonstrasi cara menggunakan kit ujian kendiri ni. InshaAllah kalau tengok betul betul video tu dan baca betul betul manual yang disediakan mudah ja proses nak buat tuu 😇

Dekat mana boleh beli? Setahu aku sekarang ni dekat mana mana farmasi retail (kedai farmasi) dah mula jual dah kit ujian kendiri ni sejak diumumkan diluluskan sebelum ni. Mungkin akan beberapa farmasi dah habis stok, almaklumlah macam aku cakap tadi, barang panas macam pisang goreng 😂 Kalau nak mudah, aku rasa dekat aplikasi MySejahtera pun dah ada link untuk beli test kit ni. Pendapat aku, belilah kt mana mana pun asalkan test kit tu diluluskan oleh KKM dan MDA yaaa.

Bila dah buat dapat keputusan positif, apa perlu buat? Ok, update terkini yang aku ada baca, dah boleh buat pelaporan di aplikasi MySejahtera. Bukak saja aplikasi MySejahtera lepastu akan ada satu icon tanda "COVID-19 Self Test", tekan situ, keluar pilihan pilihan jenama yang ada; kemudian lapor kan result anda. 

Sumber gambar: Twitter

Akan diupdate rasanya senarai test kit ni

Lepastuuuu buat apaa? Haha macam biasa kena tunggu assessment dari COVID assessment centre (CAC) kemudian boleh ditentukan perlu kuarantin di rumah atau di pusat kuarantin. Untuk CAC, tak silap aku di kawasan Lembah Klang sekarang ni dah boleh buat secara virtual dan kena update kesihatan hari hari. Tak silap aku la maaf nahh kalau salah. Yang penting sekiranya rasa tidak boleh bernafas atau rasa badan sangat lemah, cepat cepat lah ke unit kecemasan hospital berdekatan tempat tinggal kalian yaa jangan tangguh tangguh la sbb setiap masa ituu berharga !!! 💪

Sumber: Twitter KKM

Ok, rasanya sampai sini duluuu aku taip entry untuk harini. Saja taip entry santai santai sambil tengok sukan Olimpik dekat unifi@TV haha 😎 Semoga entry ni bermanfaat buat semua dan buat aku jugaa inshaAllah. Sama sama kita ambil langkah berjaga jaga dalam mencegah virus COVID-19 ni, jaga SOP, pakai pelitup muka, penjarakan fizikal jangan lupaaa dan keluar rumah bila perlu yaa. 

Maklumat lebih lanjut untuk dibaca dan difahami boleh layari laman web SINI ataupun mana mana website yang sahih nahh 😅

Salam sayang,
Alyaa 💓


Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Isnin, 15 Mac 2021

Suntikan Vaksin COVID-19: Alhamdulillah, saya telah di-vaksin! [Pfizer BioNTech]

Assalamulaikum dan selamat malam semua !

Alhamdulillah, Alya kembali menaip lagi hehe 🤪 Entry ringkas saja mungkin untuk kalini haha. Ingat lagi dengan entry yang sebelum ni berkenaan vaksin COVID-19? Alhamdulillah entry kalini berkisar berkenaan diri aku yang telah selamat menerima suntikan dos pertama vaksin COVID-19 baru-baru ini 💉Alhamdulillah, segala proses dipermudahkan olehNya. Aku akan cerita serba sedikit proses semasa penerimaan suntikan vaksin fasa pertama ini.

Seperti yang ramai sedia maklum, vaksin fasa pertama ini adalah untuk barisan hadapan (frontliners) dari KKM 👩‍⚕️ dan juga non-KKM yang terdiri daripada polis, tentera, RELA dan sebagainya yang berkenaan.  


Aku merupakan seorang ahli farmasi di fasiliti KKM buat masa ini, makanya aku layak menerima suntikan vaksin ini pada fasa pertama. Alhamdulillah, segala puji Allah, nama aku tersenarai agak awal untuk menerima suntikan vaksin ini setelah pelbagai rintangan dan cabaran yang dilalui hehe. Tak boleh aku ceritakan dengan lebih lanjut berkenaan hal ini cukuplah pihak yang terlibat sahaja yang mengetahui hehe. Apapun yang terjadi, aku percaya yang ianya berlaku atas izin dariNya dan ada la hikmah tu atas semua benda yang terjadi 😊


Macam mana proses untuk dapatkan vaksin ini? Mudah, langkah yang PERTAMA adalah kena daftar dahulu ✅ Ada beberapa cara untuk daftar, paling mudah adalah melalui apps Mysejahtera. Aku juga melalui proses yang sama kena daftar di apps MySejahtera dan tunggu sehingga tiba masa tarikh keluar untuk dipanggil cucuk vaksin. Masa isi tu pastikan semua maklumat lengkap bersama dengan maklumat kesihatan diri dan tempat tinggal. Penting untuk letakkan tempat tinggal yang betul dalam apps sebab nanti lokasi suntikan vaksin adalah berdasarkan fasiliti PPV yang terdekat dengan anda.




Selepas dah dapat tarikh di apps MySejahtera melalui ‘push notifications’(pastikan enable dulu fungsi ini di telefon pintar anda), bolehlah buat persediaan mental dan fizikal sebelum tiba hari yang ditunggu hehe 😂 Kena pastikan betul betul waktu di apps MySejahtera tu tertera pukul berapa dan kena ikut waktu yang ditetapkan, jangan awal sangat dan jangan lewat sangat. Lepas dah dapat tarikh, akan ada satu bahagian link yang kita kena tekan untuk buat pengesahan kedatangan kita pada tarikh yang ditetapkan. Secara kasarnya, semua nanti akan dibuat secara digital. Maksudnya di sini, pengesahan kedatangan melalui apps MySejahtera, kemudian akan ada QR code yang kita akan kena scan bila tiba di tempat suntikan, seterusnya membuat pengesahan penerimaan suntikan vaksin dan sehinggalah proses pemerhatian selesai selama 30 minit dan juga untuk melaporkan kesan sampingan (AEFI) kemudian nanti.  Semuanya dilakukan menggunakan telefon pintar (smartphone) kita untuk mengurangkan contact bersama petugas petugas yang bertugas di tempat pemberian vaksin itu. Melainkan jika pendaftaran dilakukan secara manual untuk ibu bapa/saudara mara kita yang tiada telefon pintar, barulah segala proses yang aku nyatakan tadi akan dilakukan secara manual. Jangan risau nanti bila dah tiba fasa untuk orang awam, kerajaan akan keluarkan kenyataan berkaitan proses semasa penerimaan vaksin nanti. Kat sini aku nyatakan secara kasar secara melalui pengalaman aku sendiri. Maaflah tak dapat nak sertakan gambar di setiap proses yang dinyatakan sebab asyik melayankan perasaan nervous waktu tuuu hehehe 🤪 


Sakit ke tak? Alhamdulillah, boleh dikatakan pain score waktu kena inject tu adalah dalam 1/10 haha ✅ Bergantung kepada threshold pain (kadar tahan sakit) pada diri sendiri. Lain orang lain pengalaman yang dilalui. Tapi setakat ni rata rata aku tanya pada kawan dan rakan rakan sekerja kebanyakan mengatakan tiada langsung kesan sakit dialami waktu disuntik vaksin. 

Ada kesan sampingan tak? Setakat yang aku tahu melalui penceritaan rakan rakan terdekat di fasiliti mereka serta fasiliti aku, memang ada kesan sampingan yang biasa (yang dilaporkan ketika vaksin hasilkan) dialami oleh kami yang dicucuk. Antara yang biasa (common) adalah sakit di bahagian tempat suntikan, kemerahan, ataupun bengkak, demam, rasa mual atau muntah, pening kepala, sakit badan, letih/lesu dan juga gatal gatal. Ini adalah antara common side effects seperti yang dilaporkan oleh Pfizer (brand yang kami dapat untuk fasa 1 ni). Macam aku sendiri, aku alami rasa pening dalam 15 minit selepas terima suntikan tapi sejurus aku keluar dari bilik pemerhatian baru aku rasa pening tu, waktu dalam pemerhatian aku macam okay sajalah siap bergelak ketawa lagi dengan yang lain haha dan sempatlah rakam kan gambar sekeping dua sebagai kenangan 🤣 Sempatlah aku rehat dalam 10 minit dalam kereta sebelum memandu pulang ke rumah. Jadi nasihat aku kalau boleh pergi lah berdua ketika terima suntikan tu incase apa2 terjadi kan dapatlah hubungi waris terdekat. Just in case. Jangan risau, macam aku cakap, lain orang lain kesannya. Aku hanya alami pening dan dalam tempoh 48jam dah lega setelah ambil Paracetamol hehe. Berbanding dengan rakan rakan yang lain, aku alhamdulillah tak alami rasa sakit yang sangat di bahagian cucuk tu, kiranya boleh tidur ganas laaa hihi. Ramai rakan aku kata sakit lah di bahagian suntikan tu bila waktu nak tidur, kena hati hati takut tertindah gitu. Sebab tu aku kata apa yang kita rasa tak semestinya orang lain rasa dan tak semestinya apa yang orang lain rasa tu kita akan rasa haaaaa. 

Yang penting, apa sahaja yang kita rasa sejurus lepas menerima suntikan Vaksin COVID-19 ni tak kisah lah brand apa sekali pun, kena pastikan buat laporan di MySejahtera sebab nanti akan ada satu link yang kita kena isi bawah details vaksin yang kita terima tu untuk laporkan sebarang kesan yang kita rasaa. Sekiranya didapati kita alami kesan yang agak luar biasa dari orang lain, apps MySejahtera akan menasihati kita untuk melawat klinik kesihatan yang berdekatan supaya mendapatkan rawatan sekiranya kesan yang dirasai tersebut berpanjangan. 



Saat aku publish entry ni, harini merupakan ke 9 aku selepas menerima suntikan. Alhamdulillah setakat ini tiada apa yang serius 😇 InshaAllah jika tiada apa apa halangan, hujung bulan ni aku akan dapat suntikan dos vaksin yang ke-2. Moga yang baik baik sahaja hendakNya, amin.  Walaupun dah cucuk vaksin, aku masih lagi mengamalkan SOP seperti yang ditetapkan sebab bagi aku benda ni masih lagi penting sebelum semua orang awam menerima suntikan dan membentuk herd immunity kemudian hari. Sebab tu kadang-kadang aku rasa aku macam ada hak untuk marah orang yang tak ikut SOP ni tambah tambah bab pakai mask, buat sambil lewa saja 😤 Gerammm tauuu hehe tetiba emosi pulak disini. Bila ada yang tanya aku kenapa aku setuju ambik vaksin ni sebab yang pertama mestilah disebabkan kerja aku ✅ Aku terlibat berdepan dengan pesakit hampir saban hari yang tidak aku ketahui status kesihatan mereka. Jadi, aku ambik sebagai perlindungan. Setuju untuk cucuk vaksin juga merupakan antara ikhtiar ✅ yang aku buat dalam membantu memutuskan rantaian jangkitan COVID-19. Bak kata slogan “Jadilah pemutus, bukan pencetus”, maka aku seruuu semua yang baca entry ni buatlah keputusan yang terbaik buat diri sendiri dan jangan lupa mendaftar untuk pastikan anda dapat tarikh yang awal untuk suntikan vaksin nanti !^-^


Aku rasa sampai di sini dulu entry untuk kalini, rasanyaaaa macam dah terlebih panjang pulaa haha asalnya kata nak taip pendek pendek saja. Takpelah manatau nanti ada orang baca entry ni, dapatlah juga pengetahuan sikit bila baca kat sini kann. Walaupun senduu ja orang baca blog zaman sekarang ni tapi takpa aku akan terus menaip di sini selagi mampu untuk kenangan aku di masa depan dan juga sebagai mengisi hobi aku untuk menaip panjang panjang di blog haha. Takda readers pun takpaaaa hihi. Sekian dulu dari aku, jumpa lagi di lain entry.

Disclaimer: Gambar gambar infografik diambil dari SINI (WEBSITE COVID19)

Salam sayang,
Alyaa ❤️

Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
COPYRIGHT 2011/2012. ALL RIGHT RESERVED BY ALYAA IBRAHIM