Sabtu, 31 Disember 2022

Ceritera Hujung Minggu Disember 2022

Assalamualaikum dan selamat malam semuaaaa !

Alhamdulillah, sedar tak sedar rupanyaaaa harini dah pun 31hb Disember 2022. Tinggal berapa jam sajaaa lagi sebelum masuk ke tahun baruuuu fuhhh betul tak sangka rasa cepat sungguh tahun ni berlaluuu, kan? Haha apa apa pun bersyukur sangat sangat masih dipanjangkan umur hingga ke saat ini 🤲  Moga kita terus dipanjangkan umur untuk berbuat kebaikan di atas muka bumi ini, inshaAllah amin amin.

Sebelum tahun bersilih yang baru, marilah aku kongsikan serba sedikit kesibukan aku di dalam bulan Disember ni yang agak padat dengan aktiviti di setiap hujung minggu aku dan jugaa hari hari biasa akuuu haha. Rindunyaaaa wehhh nak update blog macam dulu tapi masa mencemburui kitaa gituhhh jadinyaaa marilah kita throwback serba sikit dekat sini supaya dapat jadikan kenangan di masa depan nanti hihi 🫣

3hb Disember 2022




Aku mulakan bulan Disember 2022 dengan jemputan ke majlis perkahwinan kawan aku di Taman Herba, Kepala Batas. Terkejut jugak masa dapat jemputan tu tak sangkaaa tahun ni dia akan menamatkan zaman bujang diaa haha. Alhamdulillah seronok tengok kawan kawan dan mengorak langkah untuk membina keluarga sendiri. Kenduri dia best sebab banyak pilihan makanan sampingan disamping menu utama nasi minyak haha 😂

10hb Disember 2022


Diikuti rapat dengan majlis perkahwinan sepupu aku di pihak perempuan. Dia dah akad nikah bulan 8 lagi tapi majlis nyaaa baru nak berlangsung dalam bulan ni. Alhamdulillah syukur dapat sponsor kain bajuuuu untuk kenduri hihi, bolehlah tambah koleksi bajuuu dalam almari ahahaha. Lepas habis kenduri ni, kesihatan aku dah agak mula tak stabil sebab tiba tiba demam panas sangat pakej sakit tekak, pening kepala dan lain lain. Dapat lah MC sehari tak silap aku sebab tak tahan sangat nak ke kerja haritu, pi cek rupanya tonsil punyaaanyaaa haha 😂 

17hb Disember 2022


Minggu seterusnya, masih majlis perkahwinan haha. Kalini, rakan belajar satu Master dengan akuuu. Alhamdulillah, tumpang gembira jugaaa dia dah bertemu jodoh. Moga tahun 2023 nanti kami berempat dimurahkan rezeki untuk dapat kerja tetap pulak inshaAllah amin amin, sama sama kita doakan 🤲 Sangat random ya plan nak ke majlis dia sebab hari Jumaat baru gerak dari Penang, pukul 9 malam macam tu sampai KL lepastu esok nyaa terus gerak pergi kenduri, Ahad balik Penang semula haha 😂 Alhamdulillah yang penting dapat tunaikan janji nakpi kenduri dia hihi 🥳

24hb Disember 2022


Tarikh yang kami nantikan sejak beberapa bulan yang laluuu, Alhamdulillah berlangsung dengan baik walaupun beribu halangan yang datang menjelma. Syukur sangat sangat semuanya dipermudahkan, Alhamdulillah 😇 Allah saja yang tahu remuknyaa hati aku sebelum majlis atas sebab sebab tertentuu tapi kena kuat untuk majlis ni. Nahhh, jangan risau, bukan majlis aku hahaha. Majlis pertunangan adik lelaki akuuu. Masih jelas dalam ingatan aku, awal tahun ni aku pernah kata dekat diaa yang kalau nak kahwin dulu, kahwin lah, aku tak kisah. Tup tup, 5 bulan lepastu, bagitau Abah kata nak bawak rombongan pi merisik dan bertunang haha 😆 InshaAllah doakan majlis di pihak kami nanti dipermudahkan yaaa.


25hb Disember 2022


Antara benda yang paling tak terjangka nak ada untuk tahun ni. Ahahha kawan baik aku bertunang!!! Alhamdulillah, so happy for her 😭❤️ Sebab dalam circle kenalan baik aku, dua orang dah kahwin, sorang dah jadi mak orang sorang lagi otw nak jadi mak orang. Jadi kami dok baling dadu siapa orang seterusnyaaa hahaha 🤣 Alhamdulillah seronok sangat sangat tengok kawan kawan dah mengorak langkah bersama pasangan masing2. Wuwuwu lepasni harapnyaaa masih ada peluang nak melepak sama sama lagi amin amin 🤲 InshaAllah tahun depan jugaaa majlisnyaaa, awal sikit dari majlis adik lelaki akuu ehek

31hb Disember 2022


Akhirnyaaaa, minggu terakhir dan hari terakhir untuk bulan Disember dan jugaa untuk tahun 2022 🥳 Menjalankan tugas di luar pejabat bersama masyarakat setempat acece gituuu bunyi macam orang penting 🤣 Alhamdulillah berpeluang jadi wakil untuk mempromosikan Fakulti Farmasi UiTM di Masjid Abdullah Fahim sempena Majlis Ambang Tahun Baru 2023. Seronok juga lah sebab dah lama rasa tak beraktiviti di luar kan, tahun ni banyak duduk depan laptop sajaa sebab sambung belajar haha 😂

Begitulahhhh serba sedikit perkongsian cerita untuk bulan Disember 2022 ni. Sungguh tak sangkaaaa, cepat sungguh masa berlaluuu kann. InshaAllah, ada rezeki minggu depan akuuu upload serba sedikit pencapaian untuk tahun 2022 ni, doakan aku rajin yaaa haha 🤭 Untuk blog ni, target aku masih sama untuk tahun depan, sebulan satu entry. Untuk aku jadikan kenangan di masa hadapan. Rasa sayang sangat nak tutup terus blog ni. Jadi, aku cuba set target supaya tak jadi bersawang sangat hahaha. Doakan supaya aku konsisten yaaa untuk tahun 2023 nanti hihi 🥲 Dannn untuk yang mengenali aku di luar, atau terserempak di mana mana (acah orang kenal kan, haha), tegurlah akuuu dan bagitau kenal dari blog haha I am more than happy to be friends with youuu or to assist you with anything gituuu 🤗  

Penutup kata untuk entry kalini, Alhamdulillah untuk semua yang berlaku pada tahun 2022. Aku bersyukur sangat sangat beberapa target yang aku dah list kan berjaya dicapai 🤲 Yang belum tu, akan ku bawa ke tahun 2023, inshaAllah ✅ Terlalu banyak kenangan manis untuk aku kenangkan di tahun 2022 ini, kenangan pahit dan sedih pun ada jugak tapi aku jadikan ia sebagai pemangkin semangat dan pengajaran untuk hidup aku. Dah nama pun hidup kan, tipulah kalau takda ujian dan cabaran, kita kena tengok dari sudut yang berbeza laaa kan 😬 Moga tahun 2023 ni aku dimurahkan rezeki dengan pekerjaan tetap dan juga kesihatan yang baik untuk terus bersama dengan keluarga akuu, inshaAllah amin amin, doakan akuuu ❤️

Sampai sini duluuuu entry untuk kalini, jumpa lagi di lain entry, di tahun baru 2023 ☺️

Salam sayang,
Alyaa ❤️

Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Isnin, 28 November 2022

Keputusan Semester 2 dan Semester 3 MPharm

Assalamualaikum dan selamat malam.

Wahhhhhh akhirnyaaa setelah hampir dua bulan lebihhh aku meninggalkan blog tercintaaa, kembali lagi dalam sesi menaip entry untuk harini 😂 So, apa khabar semuaaa? Acece konon macam ada yang baca blog dia tuuu 🤪 Haha, nampaknya aku masih gagal untuk kekalkan momentum sebulan satu entry untuk tahun ni. Bolehlah kita bawak azam ni ke tahun depan pulak ahaha. Berbaki sebulan saja lagi sebelum kita menjengah ke tahun baru, masuk entry ni aku baru ada 8 entry. Perlukan 4 lagi entry untuk cukupkan 12 entry bagi tahun 2022. Marilah kita tengok dapat capai ke tidak 4 entry lagi tuuuu. Ikutkan yang ada dalam draf entry tuuu cukup jaaa tapi banyak kisah2 yang dah berlalu yang belum aku sempat kongsikan di sini macam entry kalini ehek. Takpelah akan aku kongsikan jugak untuk tatapan bacaan aku di kemudian hari 😉

Ok marilah kita teruskan dengan entry kalini. So, seperti tajuk di atas, kalini aku nak kongsikan pengalaman aku tengok keputusan Semester 2 dan Semester 3 akuu. Disebabkan aku dah publish entry “Unofficially done with Semester 2 MPharm” dan juga “Unoficially done with Semester 3 MPharm” sebelum ni, maka rasa tak lengkap kalau takda entry tentang keputusan semester berkenaan kan hehe. Masa semester 1 sebelum ni aku dah upload dua dua nya jadi rasa macam rugi pulak tak update untuk lagi dua semester ni. Bolehlah pergi baca entry lepas pasal pengalaman Semester 2 dan Semester 3 aku haha 😂 

Bila keputusan Semester 2 aku diumumkan? Keputusan Semester 2 MPharm aku diumumkan pada 9 September 2022. Namun begituuu, ada kejadian yang tidak diingini berlaku pada hari kejadian HAHA. Semangat ya sis tunggu pukul 9 pagi nak semak keputusan sebab masa try bukak dekat apps macam takdapat nak akses haha rupanya bersebab! Aku rupanyaaa ada tunggakan yuran untuk semester 3 (semester semasa aku waktu tu) makanyaaa tidak lah dapat aku tengok keputusan semester 2 aku pada haritu. Aku sebenarnya macam terkejut jugak sebab sepanjang tempoh aku belajar dari Diploma, aku tak pernah lagi kena sekat keputusan aku atas apa jua sebab sekali pun tambah2 disebabkan oleh yuran haha. Dipendekkan cerita, bendahari jana bil kami asing asing untuk semester 3 jadinya aku baru bayar 1/2 bil yang dijana. Ingatkan nak bayar lambat sikit lah sebab aku agak sibuk masa semester 3 tambah2 di minggu minggu akhir semester. Tangguh punya tangguh last sekali itulah hasilnyaa, keputusan semester 2 DISEKAT ! Haha. Ada lah jugak pengalaman kan keputusan semester kena sekat dengan UiTM 🤣 

Lepas saja tauu disebabkan yuran belum bayar, hari yang sama jugak aku buat permohonan untuk pembayaran yuran guna KWSP. Setiap semester memang aku guna KWSP untuk selesaikan yuran aku terus dengan UiTM sebab aku rasa lagi mudah dengan cara macam ni. Dipendekkan cerita lagi, dah namanyaa pun bayar pakai KWSP kan, mestilah ambik masa kurang kurang dua minggu haha. Aku dah macam cacing kepanasan masa ni sebab aku nak sangat tauuu samada aku lulus atau gagal untuk semester 2 tu. Sebab dalam banyak2 semester, memang semester 2 adalah semester paling ngeri buat akuu 😭 Demi nak kasi fokus untuk Viva MPharm aku, makanyaaa aku tanya pensyarah akuuu tentang keputusan aku haha. Aku dapat tau yang kami semua lulus semester 2 dengan jayanyaa Alhamdulillah Alhamdulillah, seronok betul rasa masa tuu syukur hihi. Struggle nyaaa semester 2 tuuu Allah sajaa yang tauuu 😭

Kenangan clerk case di KK Anika, Klang waktu semester 2


Antara cabaran semester 2. Discuss cases through online session, guna MTeams.

Ok, teruskan untuk semester 3 punya keputusan pulakkkk! Haha yang ni lawak sikit sebabnyaaa kami taktauuu pun tarikh sebenar bilaaa keputusan semester akhir kami ni akan keluar haha. Dia macam tahu tahu eh result dah keluar gituu surpriseee 🤣  Masa ni kalau ikutkan aku tengah tunggu giliran untuk temuduga kerjaa haha, agak tak tentu arah jugaklah bila dapat tau result keluar harituu jugak haha sebaik result ok jeee tak la kacau mood haha Alhamdulillah 🤲  Rasa berbaloi laa penat lelah di hujung semester tuu lepastuuu habiskan tenaga betulkan format thesis, kumpul data, pergi workshop, berjaga malam, ahhh semuaa alahh rasa berbaloi haha 😂 

Result ni sajaaa yang cantik, bolehlah tunjuk sini haha 😆 

Alhamdulillah, berjayaaaa tamatkan semester 3 dengan jayanyaaa hihi. Masih terasa macam mimpi, hingga ke harini, yang mana status TM naik dekat keputusan akhir aku. Tak sangka mampu habiskan Masters in Clinical Pharmacy, seolah mimpi menjadi kenyataan, bakal memegang skrol nama sendiri dan tersemat indah perkataan SARJANA FARMASI KLINIKAL 😍 Allah saja yang tahu betapa berlikunyaaa aku untuk sampai ke tahap ni, tanpa iringi doa dari semua ahli keluarga, sahabat handai, para pensyarah dan mereka yang mengenali aku secara langsung dan tidak langsung, dan juga tanpa rahmat dariNya, aku tak rasa aku mampu habiskan apa yang aku mulakan dulu. Bagi orang lain, laluan yang aku pilih ni nampak macam mudah kan, tapi bagi aku tidak. Sebab aku bukanlah insan yang cemerlang dalam pelajaran, banyak turun naiknya, namun aku tak kan berhenti mencuba di setiap langkah yang aku ambil. InshaAllah, doakan aku dimurahkan rezeki untuk sambung ke peringkat seterusnya, PhD in Pharmacy (Pharmacy Practice), inshaAllah amin amin hihi (berangan duluuuu 🤪)

Kenangan masa hantar hardbound thesis 5/10/2022 🥳

Ok, rasanya sampai sini duluuu perkongsian untuk harini, entry pendek sajaaa untuk panaskan enjin balik setelah sekian lamaa menghilangkan diri hahaha 🤣 InshaAllah jika diberikan kerajinan lagi akan aku update lagi entry lepasni untuk cukupkan entry yang ke 12 akuuu, moga tercapai azam blogging aku tahun ni hahaha amin amin 🤭

Jumpa lagi di lain entry, bye. 

Salam sayang,
Alyaa ❤️

Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Khamis, 22 September 2022

Unofficially done with Semester 3 MClinPharm ^-^

Assalamualaikum dan selamat pagi semuaaaaa…

Akhirnyaaaa aku kembali setelah senyap hampir sebulan lebih dari update entry dekat sini 🤣 HAHA, aku plan nak update lama dah sebenarnyaaa tapi dek kerana kekangan waktuuu dan rasa malas yang agak menebal dalam diri ini makanyaaaa terpaksaaa lah aku langkau satuu bulann dari update entry dekat blog ni haha. Tiba2 rasa macam janggal yaaa nak taip balik dekat sini, padahal baruuu jaa sebulann lebih tak hapdate blog ahaha. Dalam tak update tuuu sempat juga la aku tinjau2 sini sambil baca entry2 lama untuk dapatkan kembali semangat begituuu 🤪

Ok, untuk entry harini, seperti ditajukk, Alhamdulillah Alhamdulillah aku akhirnyaaaa secara tidak rasminyaaaaa dah berjaya tamatkan pengajian semester 3 aku dalam Sarjana Farmasi Klinikal ini. Kenapa tidak rasmi?! Sebab keputusan belum keluar HAHA 🤭

Harini, 22 September 20222, cukup seminggu lepas aku mengharungi hari Viva Voce akuuu untuk pembentangan projek Master aku. Haaa, jangan ingat buat coursework takda projek kena buat yaaa hihi 🫣 Alhamdulillah, secara keseluruhan aku boleh katakan yang aku dah buat yang terbaik, the rest aku tawakal saja pada Allah. Disebabkan semester akhir ni adalah fully research mode, makanya penilaian 100% berdasarkan final assessment on dissertation, viva presentation dan juga supervisor (penyelia) punya report. Harapnyaaa dapatlah result yang memberangsangkan semester ni haha inshaAllah amin 🤲


So, semester 3 ni macam mana? Haha, I would say survive and surviving 🤣 Begitulaaa ringkasan untuk semester akhir ni ehek. Aku bukak semester baru haritu dalam keadaan kurang sihat, aku on off demam, cerry berry ( aku suspect mcm kena covid lagi sekali tapi tak buat test pun masa tu haha, tapi takdalah teruk sampai masa aku kena covid tahun lepas tu). Alhamdulillah, slowly recovered lepastu dan di minggu ke 3 semester baru, baru aku berkesempatan google meeet dengan supervisor akuuu. Plan asal nak jumpa di kampus tapi keadaan aku masa tu masih tidak mengizinkan, jadinya terpaksa la jumpa atas talian saja. Ada la glitch sana sini di awal semester baru aku haritu sebab aku mcm sedikit lost macam mana nak mulakan proses data collection ni. Masa yang ada agak terhad sebenarnya untuk kami, jadi kalau timeline dah lari memang akan rasa sedikit serabut nyaaa tuuu 😩

Btw, saja nak kongsi dekat sini. Kalini untuk projek Master, aku try jump ke qualitative study pula sebab konon nak cabar diri laa belajar benda baruu hahaha sebabnyaa dua projek yang lepas; masa Diploma dan Degree, aku dah buat quantitative studies, so aku teringin nak try qualitative study pulak nanti boleh lah aku dapat view dua dua method ni macam mana dan tengok which one preferable untuk aku di masa hadapan nanti haha 😆. Disebabkan masa yang terhad, walaupun banyak yang aku dapat belajar, tapi aku rasa masih banyak lagi benda yang aku boleh belajar dalam tempoh masa yang panjang lagi, tapi takpelah lepasni aku try explore lebih laa kalau nak teruskan minat buat qualitative ni sebab so far hati masih terpaut pada SPSS berbanding Nvivo haha 😝

Semester 3 ni aku rasa macam cepat jugak berlaluu, sebab tahu tahu dah kena submit haaa gituuu. Padahal baru jeee habis collect dataa haha. Banyak benda yang jadi sampai aku rasa macam nak give-up jugak lah sikit haha 😂 Nak dapat kerjasama peserta kajian aku yang rata-ratanya adalah golongan warga emas ni susah juga sebenarnya, tambah pulak buat temubual melalui panggilan telefon saja, ramai lah yang tak mahuuu. Aku siap dicop sebagai scammer tauu bila aku nak mintak no akaun untuk transfer duit saguhati dari geran, lepas kena macam tu terus aku bagitau ja kita ada saguhati tapi perlukan no akaun, kalau tak sudi kongsi memang kita tak dapat nak serahkan sagu hati tu. Kebanyakan diorang faham jeee lah bila aku cakap gitu, Alhamdulillah syukur. Aku koyak jugak la sekali tu bila temubual dah selesai, nak bercakap dengan anak tanya pasal ubat mak dia, sekali dia marah mak dia depan2 sebab jawab panggilan aku dan layan aku punya soalan, aduhai dua hari aku koyak fikirkan benda tu hahaa 🥹 Dok fikir apa salah akuuu, aku cuma nak buat kajian sajaa gituuu feeling kekecewaan ahaha

Alhamdulillah, fast forward aku berjaya siapkan temubual dan transkrip temubual untuk dianalisis guna NVivo. Ni belum cerita pasal belajar NVivo ni, yelah dah tukar qualitative kan kenalah tahu nak analyse data guna software apa. Nasib baik latest feature dia senang jugaklah nak faham dan terimakasihh UiTM sediakan free NVivo softwaree hihi 😇. Jujurnya, aku antara yang paling terkebelakang jugak lah semester ni sebab orang lain dah mula write up dissertation aku masih menggigil nak siapkan analysis dan discussion coding dengan SV. Tapi Alhamdulillah, bersyukur jugak sebab SV akuu sangat sangat lahhh membantuuu dalam proses siapkan projek dan dissertation ni 🥹 Cuma aku rasa aku dapat buat lebih baik lagi untuk capai expectations SV aku jika ada peluang dan ruang yang lebih untuk aku explore dan sembang dengan lebih lama dengan sorang2 peserta akuuu supaya aku dapat cungkil lebih banyak benda dari peserta kajian aku. 

Namun aku bersyukur kurang kurang terhasil jugak satu dissertation untuk Master ni setelah pelbagai perkara ditempuh untuk siapkan dia 🤲. Percayalah, tanpa sokongan SV aku dan orang sekeliling, tak mungkin siap dissertation ni dalam tempoh seminggu ++ sebab seminggu sebelum submission aku ke Port Dickson dengan SV aku sebab ada workshop, masa ni aku masih drafting Chapter 4- Results aku dan tgh discuss dengan SV depan depan macam mana nak construct Chapter 5 - Discussion. Masa ni semua benda terumbang ambing, makan ikut dan, tidur pun tak lena haha tak sanggup rasa nak ulang kembali proses ni 🥲

Oklah, aku rasa sampai sini duluuuu lahh entry untuk kalini, terpanjang pulak yaaa. Haha, takpelah untuk tatapan aku di kemudian hari supaya aku tak lupa apa yang aku lalui masa pengajian Master aku ni. Kenangan seumur hidup orang kata hihi. Oh btw aku sekarang tengah dalam proses buat correction untuk dissertation aku sebelum hantar untuk hardbound kan diaaa. Doakan semuanya berjalan lancar buat kami semua yaa !!! 😘 InshaAllah, bila bila rajin nanti akuu up lagi entry pasal submission hardbound pulakk haha 😆

Jumpa lagi di lain entry, bye.

Salam sayang, 
Alyaa ❤️

Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Sabtu, 9 Julai 2022

Trip to Pulau Pangkor !

Hai, Assalamualaikum dan selamat petang semuaaaa

Kembali lagi kita dalam entry baru di bulan yang baruuu haha. Sementara tengah ada mood dan semangat nak update blog ni, baik aku teruskan menaip. Nanti kang dah mula sibukk balik mula lahhh aku rasa malas nak update eh haha. Rindunyaaa nak update entry banyak2 dekat sini dan aku ada quite a long list of entry untuk nak menaip dekat sini. Harap sangat dapat update semua entry yang aku dah plan nak taip tu dekat sini, inshaAllah aku cuba  teruskan niat tu nanti haha. Kisah throwback pun throwback lah janji dapat update entry dekat sini ehek. 

Ok, tanpa berlengah lagi ayuh ke tajuk yang sebenarnyaaaa hihi. Alhamdulillah, baru baru ni aku berpeluang untuk jejakkan kaki ke Pulau Pangkor bersama dengan keluarga akuuu. Dah lama sebenarnyaaa Ayah aku dok sebut nak ke Pulau Pangkor ni, tapi disebabkan aku agak sibuk dengan belajar, tugasan dan sebagainyaaa maka tertangguh la segala niat dan nawaituu ituu. Tapi adalah sekali tuuu masa aku dekat Puncak Alam, ayah aku dengan kakak akuuu pergi jugak sat ke sana bawak Maklang, Maksu dan sepupu aku dua orang tapi depa pi balik hari sajaa tak jalan mana pun pusing2 dekat kompleks jual beli area jeti saja. Jadi, aku niat kali ni biar jadi jugak plan nak tidur dekat Pulau Pangkor ni bolehlah explore pantai2 dan aktiviti yang boleh dibuat masa dekat sana. 


Aku ke sana hari Ahad dan Isnin. Tidur untuk satu malam saja dekat Pulau Pangkor, sebab hari Sabtuuu tuu Ayah aku ada jumpa adik beradik dekat Manjung, jadinya dah kebetulan ke sana, aku usahakan jugak nak lajak ke Pulau Pangkor hihi. Kebetulan pulak aku baru saja kan habiskan semester 2 harituu jadinyaaa kira macam End of Semester (EoS) trip laaa haha. Aku bersyukur berjayaaa jugakk jayakannn trip kalini walaupun singkat tapi penuh dengan aktiviti hihi. 

Disebabkan macam agak random nak ke Pulau Pangkor ni, makanya aku hanya book tempat tidur saja yang lain semua beli masa hari kejadian haha. Macam tiket feri, ikutkan boleh beli online tapi aku pi dekat kaunter baru beli tiket. Kami naik dekat Marina jetty, sebab dah kebetulan dekat dengan tempat tidur kami malam Sabtu tuu. Lagipun, Marina jetty ni dekat sikit nak ke Pulau Pangkor, plus minus dalam 10-15 minit ja perjalanan dalam feri. Tiket hala pi dan balik adalah RM14 untuk harga dewasa, tiket balik tu kena simpan elok2 memang akan diberikan semasa kita nakpi ke Pangkor nanti. Dan kena estimate jugak masa nak balik tu pukul berapa sebab dah kena isi masa sesiap masa nak beli tiket pi Pangkor tu. Btw, tuuu harga tiket masa aku pi Pulau Pangkor bulan Jun haritu (hujung bulan). Sekarang dah ada harga baru untuk tiket feri ke Pulau Pangkor dari Marina jetty, perjalanan sehala RM 10, kiranya pi dan balik dalam RM20 (phew, banyak jugak naik yeee huu).

Masa sampai dekat Pulau Pangkor tuuu, rasa kagum sangat sebab cantiknyaaaa pemandangan dekat sini 😭❤️ Tengok sajaaa gambar awal tuuu, masa tuu baru dekat jeti jaaa tauu dah cantik begituuu haha sorry sis sangat kagum dengan kecantikan pemandangan dekat sanaaaa haha. So, tiket aku tengahari dalam pukul 12.15pm macam tu sebab tu ja waktu paling awal yang ada masa kami sampai dalam pukul 10 lebih gitu tapi ok jaaa kami tunggu tak rasa lama sangat pun huhahuha tup2 dah beratur masuk feri hihi. Untuk sesapa yang nak naik dekat Marina jetty tu dah boleh ushar dulu waktu perjalanan feri ke Pulau Pangkor, dalam FB depa ada tak silap akuu. Macam aku, sebab awalnyaa macam takmau rush2 pepagi tu jadinya Ayah aku kata rilek2 jaa kita pi kalini, maka ku turuti begituu. Sat ja dalam pukul 15 minit perjalanan dalam feri tu terus sampai Pulau Pangkor. Alhamdulillah, semuanya dipermudahkan, dapat tempat duduk semua. Haha, aku baru tau rupanya walaupun dah beli tiket yang ada no seat tapi bila dah naik dalam feri tu, semuanya jadi free seating, boleh saja nak duduk dekat mana2 seat yang ada. 


Sampai saja jeti, terus cari kereta sewa sebab nak pi check-in tempat penginapan.  Bab kereta sewa ni macam sedih sikit la aku nak cerita haha sebab rasa macam kena scam tapi takpelah benda dah jadi kan, kita kena enjoy sajalah hahaha. Yang penting semua selamat masa tuu ahaha. Tips aku kalau boleh, order kereta online awal sikit sebelum sampai ke sana, kalau macam nak random jugak, kena pilih bebetul kereta masa tuu. Nasib baik kami tak guna sangat kereta dekat sana sebab tempat penginapan kami dekat saja untuk jalan2 dan ke pantai. Lepastu rasa macam membazir isi minyak sampai RM30 (sebab orang tu suruh isi banyak tu) haha takpe lah lesson learned gituuu 🤪 

Aku pilih untuk stay dekat Anjungan Beach Resort dekat kawasan Teluk Nipah setelah membaca segala review dan pengalaman orang di kebanyakan tempat penginapan dekat kawasan Pulau Pangkor ni. Overall, aku berpuas hati terutama kawasan dia yang agak strategik di mana dari situ hang boleh berjalan kaki saja menyusuri kedai kedai di tepi jalan dekat kawasan Teluk Nipah tuu dan juga dapat terus ke pantai dia. Jadi tak gaduh nak guna kereta apa semua. Nak makan pun, ada kedai kedai berdekatan situ jugak kalau malas nak keluar ke pekan. Plus point, dia ada swimming pool yang bagi akuu best dan besar, ramai orang boleh gunaa dan tak dalam sangat haha sesuai lah untuk orang yang water confident dia agak kurang hihi. Aku seronok sebab semua orang happy termasuk Ayah aku semua seronok dapat main pool sebab rasa macam lama sangat tak main pool kan, jadi bagi aku worth the money lah. Bilik dia pun bagi aku okay cumanyaaaaaa dia punya aircond macam tak berfungsi sangat sebab rasa panasss bethol yaaa bila masuk bilik tuuu tapi bila tidur malam takda lah rasa panas sangat sebab malam kan, tapi kalau siang hari memang berpeluh. Aku ambik family room sebab kami ada 4 orang jadi dapatlah family room dekat tingkat 1, kena panjat tangga sikit. Bagi yang ada orang tua aku nasihatkan mintak bilik bawah kalau boleh masa book bilik tuuu. Bilik aku bila masuk akan ada tangga lagi, style bilik ada dua tingkat, dekat bawah katil queen dan tandas serta balkoni kemudian naik tangga ada dua single beds serta ada cermin la untuk tengok view luar haha. 



Bila dah sampai dekat jeti, dah ambik kereta sewa, kami singgah makan dulu dekat area jeti tu jugak, makan goreng2 saja untuk nak lapik perut waktu tengahari sementara nak check in dekat Anjungan. Bila dah check in, rehat rehat dulu, semayang apa semuaa kemudian terus turun mandi kolam, sebabnya waktu pi agak limited kan jadi tak leh leka sangat haha. Sebelum mandi kolam tuuu kami pi jalan keluar dulu ke kedai2 tepi jalan sambil cari apa benda yang boleh dimakan an diminum haha. Waktu jalan2 petang ni lah datangnyaaa idea tetiba kakak akuuu nak main aktiviti naik bot pusing kawasan dan juga snorkelling. Haha agak cemas yaaa sebab tak bawak barang sangat pun datang harituu haha. Lepas berbincang dan tengok harga apa semua kami pun setuju ja ambik trip awal pagi esoknyaa haha waktu tu rasa lega jugak ambik tiket balik Marina pukul 345pm hihi sempatlah slot in mana2 aktiviti yang sempat haha. Otw balik nak mandi kolam tu sempatlah shopping sikit barang2 nak bawak ke snorkelling esok nya tuuu macam beg kalis air untuk letak barang dan jugak waterproof case untuk phone adik dengan kakak aku lepastuuu beli selipar yang macam stoking tuuu fuhhh function yaa stoking tuuu walaupun harga agak keras haha. Tapi sayang sempat pakai sekali jaaa sebab time snorkelling tu dah terkoyak rabak kasut tuuu huu, ok lah janji dapat protect kaki masa kena batu2 tajam bawah air tuuu haha. 


Lewat petang sikit, kami pi tengok sunset dekat pantai situ, Pantai Teluk Nipah. Sebab Ayah aku mintak nak tengok sunset bila sampai Pulau Pangkor harituu, jadi kita turuti hihi. Alhamdulillah ada rezeki tengok sunset masa tuuu walaupun nampak macam nak hujan jaa masa kami main kolam tu. Tercapai la cita cita Ayah aku nak tengok sunset selepas kami kecewa tak dapat tengok dekat Pulau Langkawi haha. Cantik sangat sunset masa tuuuuuu, sampai sekarang tengok gambar balik rasa macam tak percaya tengok depan mata haha luls. Aku dengan adik aku pun sempat lah buat kerja gilaaa, mandi laut waktu Ayah aku menikmati sunset petang tuu haha. Seronok wehh mandi pantai situuuu 😭 



Lepas mandi pantai dan tengok sunset apa semua tu, kami terus makan malam sesiap dekat gerai2 tepi jalan yang berdekatan dengan Anjungan ni. Banyak jaa gerai yang hampa boleh pilih dekat area situuu, hati hati pilih dan pastikan ada duit cash yang cukup dekat tangan tauuu haha. Dekat Pangkor ni susah nak guna cashless transaction, lesson learned jugak dekat sini hahaha padahal beringat dah nak keluarkan duit sebelum ke Pangkor ni. Tapi jimat lah sebab takleh shopping sangat hihi. 





Dipendekkan cerita, keesokan pagi nyaaa, bersiap sedia lah kami untuk buat aktiviti pantai. Malam tu tidur lena juga lah memasing sebab dah penat kann haha. Dekat Anjungan ni, bilik harga sekali dengan sarapan pagi. Makanan pulak untuk main course kena pilih menu sesiap dan akan dihantar ke meja bila turun makan sarapan dan yang ala carte boleh makan secara buffet ambik sendiri jee. Bagi aku, ok lah pilihan makanan dia, tak boleh nak expect lebih  lah kan kita bayar pun yang sewajarnyaa tambah pulak lepastu nak buat aktiviti kan tak boleh nak makan banyak sangat haha. Masa check-in awal tu aku pilih nak breakfast dalam pukul 8.30 pagi jee malas lah nak makan awal2 kann sekali bila dah book nak naik bot tuuu kenalah awalkan sesi sarapan ke pukul 7.30 pagi haha. Alhamdulillah, syukur jugak perut bagi kerjasama haritu. 🤣





Dalam pukul 8.30 pagi macam tu aku dengan family aku berkumpul dekat centre point dia dan buat bayaran penuh. Nasib baik boleh transfer online tauu kalau tak memang tak jadi lah plan nak naik bot untuk pusing pulau dan snorkelling ni haha. Alhamdulillah, kami sampai awal jadi masa memula tuu driver boat tu kata hantaq pi snorkelling duluuu baru bawak pusing kawasan sebab dia kata nanti ayaq surut dah jadi tak best pulak nak snorkelling, maka kami turutkan sajaaa. Kami sampai tempat snorkelling tu kiranya jadi orang kedua sebab first yang sampai trip yang ada dua orang perempuan. Seronok jugak laaa pi awai ni kurang2 boleh slow2 turun ke te tengah laut haha almaklumlah kannn kita punyaa water confidence kurang sikit 🤪 


Alhamdulillah, overall semua orang enjoy masa buat aktiviti ni. Dapat bagi makan ikan wehh syokkk betui tengok ikan mai dekat kitaaa haha tapi lama lama rasa macam geli laa takut dia gigit kitaaa 😂 Adik aku punya water confidence tinggi jadi dia memang bebetui enjoy wehhh haha mungkin sebab first time jugak kan kami pi buat aktiviti ni satu famili. Aku selalu merengek kat dia laaa haha nak have fun jugak tapi penakut kahkah tapi ok jee aku pun enjoy masa buat aktiviti ni sebab aku fikir bila lagi kannn nak snorkelling sesama makaaa dalam penakut kita gagahkan. Aku bukan apaaa cepat panik rasa macam nak putuih nyawa kalau sensorang haha 😆 Lepas dah puas duduk kawasan snorkelling tu, kami pun call boat untuk mai ambik kami dan bawak pusing pulau. Sebaik gak kami duduk lama dekat kawasan snorkelling tu sebab nak pusing2 atas bot tuuu sat sajaaa haha. Syukur semua dipermudahkan takda yang muntah loya bagai atas bot (pro tip: makan lah ubat tahan muntah sebelum tu haha 😛)


Turun dari boat, terus balik ke Anjungan sebab nak siap2 untuk check-out dah. Oh btw, satu benda yang cam tak best sikit pasal Anjungan ni sebab waktu check-out agak awal dalam pukul 11 pagi macam tuu, aku dah biasa selalu tiduq mana mana akan check-out pukul 12pm tapi takpelah kita turutkan sajaaa huuu. Otw balik ke Anjungan, singgah beli makanan dulu dekat gerai area situu, haha strategik la bagi aku Anjungan ni sebab dari situ senang nak gerak ke kawasan pantai pakai terus jeee swimsuit apa semua tu. Kami masa tuu siap tak pakai selipar, pakai kasut getah untuk snorkelling tu jaa (beli gak sana sebab kan tak plan nak snorkelling haha ok lah function dapat jaga kaki dari luka waktu snorkelling), orang tengok jaaa kamii masa tuuu haha kami buat donno ajeee 🤪 Lepas beli makan, sampai Anjungan terus turun swimming pool dia untuk kali terakhir haha (sempat yeee walaupun nak check-out dah pukul 11am). Dapatlah dalam 20 minit macam tu mandi kolam, terus lelaju naik bilik untuk packing barang dan sesiap untuk check-out. 

Lepas check-out terus plan nak ke Masjid Seribu Doa. Sebabnya awal pagi sebelum turun sarapan tu, Ayah aku cakap dia ada tengok video viral orang pi situu jadi dia nak pi laaa tengok haha aku okay jaaa sebab masa ada masa sebelum nak naik feri. Tapi, begitulah hanya mampu merancang, tup2 tersadai sejam lepas checkout sebab kereta sewa ada masalah 😭 Makaaaa, berjemuran lah kami dekat kawasan Coral Beach, atas sikit dari Anjungan Beach Resort ni. Nasib baik pemandangan dekat situ cantik maka dapatlahh cuci mata dan ambik gambar serta video haha. Sempat jugaaa makan makanan yang dibeli (sini nak makanan kawasan terbuka kena tengok kira kanan jugak sebab ada banyak monyet 😅)


Nasib baik orang yang bagi sewa kereta tu bertanggungjawab dan cepat selesaikan masalah, jadi dapat lah pusing 2-3 tempat sebelum gerak ke jeti. Rancangan nak ke Masjid Seribu Doa tuu diteruskann dan siap kami semayang lagi dekat sana haha Alhamdulillah berpeluang jugak bawak Ayah aku ke sana dan semayang teruih sesiap. Oh sebelum sampai ke masjid tu, singgah sat dekat Pantai Pasir Bogak untuk bergambar dekat buaian diaa haha sini punn cantik sangat pemandangan diaaaaa 😭 Rasa tenang betul weh tengok pantai pantai dekat siniii 😍 Dekat kawasan Pantai Pasir Bogak ni pun ada tempat best untuk menginap cumanya kata orang susah sikit nak cari makanan kawasan situ, kena keluar ke Teluk Nipah jugak, tapi bagi akuuu okay jeee kalau nak dapat vibes privacy dan ketenangan 😋








Lepas dah semayang, dah pusing tengok keindahan masjid ni, sempat lah baca sejarah dekat pintu masuk depan sekali. Ayah aku kata ada Masjid Seribu Selawat jugak dekat sini, aku cakap ada (sebab memang aku dah survey buat itineri sikit sebelum sampai Pangkor), pastu aku ajak ja lah pi sementara masih ada masa kann. Maka, setelah mengikut maps, sampailah kami ke masjid ke-2 iaitu Masjid Seribu Selawat. Jujurnya, dua dua masjid sangat cantik. Kagum betul dengan senireka kedua-dua masjid ni 😍 Ayah aku tak payah cakap lah memang seronok betul diaaaa dapat pi jenjalan masjid ni 😂



Habis ja pusing masjid ni, ngam ngam pukul 3 petang, kami pun bertolak terus ke jeti sebab tiket pukul 3.45 petang dan kena ada awal dekat tempat menunggu sana. Alhamdulillah, dipermudahkan segala urusan, Ayah aku drop kami dan bag dulu, lepastu pi letak kereta sat, tup tup dah dapat panggilan untuk masuk ke ruangan menunggu untuk tiket 3.45 petang, phew sebaik hihi. Trip kalini tak shopping barang apa pun haha just go to have fun dan enjoy ourself jeee Alhamdulillah duit pun tak susut sangat 😂  Dalam feri, dapat duduk lepastuu sempat lah terlelap sat tahu tahu dah sampai Marina Jetty haha. 



Sekian sajaaaaa trip ke Pulau Pangkor untuk kalini. HAHA maaf laaaa yeee panjang pulak entry kalini, boleh skip untuk tidak membaca yaaa 🤣 Al-maklumlah lama tak menaip panjang rasa macam gian pulak dengan nak masukkan gambar-gambar yang ada lagi hihi. InshaAllah, lepasni kalau rajin lagi aku up pulak entry pasal ke Pulau Langkawi masa lepas habis semseter 1 duluu (plan asal nak buat yang ni dulu, tapi sebab masih segar ingatan trip Pulau Pangkor ni, maka up yang ni duluu 😆). Buat yang sudi baca entry ni sampai habis, TAHNIAH diucapkan haha. Sampai sini duluuu aku taip, jumpa lagi di lain entry, inshaAllah. Oh btw buat yang belum pergi ke Pulau Pangkor, pergilahhh yaaa walaupun sekali hehe best inshaAllah hehe 😉 


Salam sayang, 
Alyaa ❤️


Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Isnin, 20 Jun 2022

Unofficially done with Semester 2 MPharm

Assalamualaikum dan selamat malam semuaaaa 😘

Alhamdulillah ketemu lagi kita dalam entry baruuuu untuk bulan baruuu hihi. Sesungguhnya aku sedang mencuba untuk kekalkan prestasi sebulan satu entry haha 😆 supaya blog ini tidak bersawang sangat 😂 Takpelahhh kalau takda yang singgah blog ni pun, sajaaa aku nak simpan kenangan aku dalam sini nanti bila bila aku rasa rinduuu (eh tiber haha) bolehlah aku jenguk dekat sini balik ataupun jika ada mana-mana entry aku yang masih boleh membantu bagi maklumat untuk orang lain, rasa sayang nak buang semuaa gituu tiber jadi sentimental dan emosi haha 😝 (Tapi aku harap entry aku yang lama-lama tidak dibaca orang lah haha kalau tidak aku kena delete semuaa, biasalah zaman-zaman muda cringe sikit entry pun haha) 

Ok, tanpa melalut dengan lebih panjang lagi marilahhhhh kitaaa teruskan tujuan utamaa kenapa entry ini dibuat hahaha 👀 Seperti yang dinyatakan di tajuk atas, Alhamdulillah Alhamdulillah aku dah punnn selamat habiskannn semester 2 aku dengan tidak rasminyaaa hari Jumaat (10/6/2022) yang laluuu. Kenapa tidak rasmi? Haha semestinyaaaa sebab result masih belum keluar HAHAHA. Please semuaaa yang baca entry ni doakan kami semuaa (satu batch aku) lulusss semuaaa assessment semester ni amin amin 🤲

Aku sebenarnya rancang nak publish entry ni awal lepas saja habis semester harituuu tapi sesungguhnya kita hanya mampu merancang haha, aku bebetul rehat dan bersosial sat sepanjang satu minggu cuti semester ni 😆 Yaaaaa, cuti semester kami hanyalah satu mingguuu haha takpelah janji habis belajar awal ihiks. So, apa yang aku belajar untuk semester 2 ni? Banyak sebenarnyaaa haha, tapi if there is one word to describe this semester, I would choose adapting 😉 Hahaha dalam banyak2 perkataan, aku rasa adapting is the perfect choice of words untuk menggambarkan keseluruhan semester aku ni.  Dari mula semester 2, macam macam perkara dan benda yang jadi 😫 Perancangan asalnya untuk kami lalui 18 minggu latihan sangkutan klinikal (clinical attachment), terpaksa dipendekkan kepada 3 minggu sahaja dan kemudiannya adalah sesi teaching and learning (TnL) online. Bagi aku, agak mencabar sebab bila dah masuk MPharm ni, level dah tak sama macam belajar waktu BPharm dulu, expectations pensyarah pun dah lain untuk kami semua 😅 Secara ringkasnya, aku banyak belajar benda baruuu dalam semester 2 ni walaupun macam dalam keadaan yang agak huru hara bagi aku haha. Tidak lah aku berniat nak ceritakan semuanyaaa dekat sini nanti kang lain pulak jadinyaaaa hahaha bukan boleh tau zaman2 canggih sekarang ni, bahayaaa kalau salah share sikit haha. Yg nak tau cerita lanjut boleh lah pm aku tepi ihiks 😋


Semester 2 aku ni kira agak sibuk sebenarnya, Mula dari 3 minggu latihan sangkutan klinikal (clinical attachment) di HTAR, Klang kemudian nya dalam tempoh 3 minggu tu juga ada proposal submission dan juga defense proposal presentation, lepastuu mulalah TnL secara online yang libatkan 2 minggu untuk setiap rotation. Result semester 1 akuuu juga keluar waktu aku semester 2 ni sebenarnya haha tapi pasal result aku dah sentuh kat entry sebelum sebelum ni jadinya tak sentuh dah la dalam entry kalini haha 😆 Kalau tanya aku, aku rate semester 2 ni tahap susah la jugak ahahaha mungkin sebab background aku sebelum ni kan jadi nak capai tahap Masters tu surely agak mencabar bagi aku. Tambah pula aku antara yang muda dalam servis berbanding rakan2 sekelas yang lain tapi Alhamdulillah depa semua sangat membantuuu bila aku blur ataupun bila antara kami yang blur tak dapat jawab soalan ataupun masa nak siapkan slide presentation tuuu haha 😂 Semester ni jugak emosi memang turun naik laaaa, terutama tiap kali lepas oral case presentation, haha memang koyak dan menangis tu sebati dalam diri orang cakap bila dah masuk belajar Masters ni haha. Rasa kuat macam mana sekali pun mesti akan ada masa rasa down tuuu sampai ehek. Alhamdulillah, aku bersyukur dah lepas fasa tuuuu haha tak sanggup rasa nak ulang semula saat2 ituu 😖

Belum cerita pasal adhoc sesi viva klinikal yang asalnyaaa plan untuk diadakan secara online tiba tiba diubah secara fizikal haha. Tapi Alhamdulillah nasib baik diberitahu sebulan awal sempat jugak la buat persediaan untuk tempat tinggal dan sebagainya bagi yang terlibat kan. Bersyukur jugak berjaya tempuh dua sesi Viva Klinikal seperti yang direncanakan oleh fakulti dan pensyarah buat kami 😬 Bercerita pasal viva, untuk sesi pertama aku jadi pelajar pertamaaaa tauu haha nervous tuuu takyah cerita laa, malam sebelum tu tak berapa boleh tidur, study punn macam dah tak berapa nak masuk otak haha. Untuk sesi kedua tu aku jadi pelajar terakhir, nervous jugakkk laaaa sebab tak boleh expect soalan apa nak keluar ditambah kena kuarantin tanpa boleh pegang phone masa tuu. Pheww.



Apa2pun, aku bersyukur, semuanyaaaa dah berakhir buat masa sekarang ni. Doakan aku dan kawan2 sekelas akuuu berjaya lulus dengan jayanyaaa untuk semester 2 kalini 🤲  Berdasarkan tahap kesusahan semester ni, aku berdoa dan berharap untuk cukup sekadar lulus, itu punnn dah buat aku bersyukur sangat sangat tauuu, jadi please semua yang bacaaa entry niii doakannn kamii hihi terimakasihhh 😘 Aku rasa sampai sini dahulu untuk entry kalini inshaAllah kalau aku rajin lepasni aku cubaaa update entry lagi. Hihi. Aku rasa nak update entry pasal jenjalan lahh pulakk baru rasa semangat sikit nak menaip kannn haha. Oh btww, saat akuuu publish entry ni, Alhamdulillah aku dah masuk semester akhir, semester 3 untuk Master in Clinical Pharmacy aku ni. Doakan jugaaaa kami dapat habiskan semester research ni dengan jayanyaaa dan dapat submit semuanyaa on time, inshaAllah amin amin 🤲

Jumpa lagi di lain entry, bye.

Salam sayang,
Alyaa ❤️

Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Rabu, 25 Mei 2022

Selamat Hari Rayaaaa semuaaa !

 Assalamualaikum dan selamat malam semuaaaa

Kembali lagi kita pada bulan baru dan entry yang baruuu hahaha. Nampaknyaaa cubaan nak kekalkan satu bulan satu entry tidak berjaya ya haha. Hanya mampu buat untuk bulan Februari dan March pastuu April terlekaaa dengan kerja2 yang banyak terus tak singgah dah update entry dekat sini haha. Ok, marilah kita cuba pulak untuk bulan Mei dan seterusnyaaa ni ihiks. 

Harap masih belum terlambat untuk akuu ucapkan Selamat Hari Rayaaaa, Maaf Zahir dan Batin buat semuaaa yang mengenali akuu di sini ataupun di luar sana. Sepuluh jari aku susun mohon kemaafan andai ada salah dan silap, terlebih dan terkurang bicara dan sebagainya. Sesungguhnya aku hanya insan biasa yang sering melakukan kesilapan. 

Apa macam Raya korang tahun ni? Semua terkejut dan tergempar tak?! Haha, dah jadi Hurry Raya ya untuk tahun ni, tahu tahu eh Rayaaa dah esoknyaa haha, Alhamdulilah sempat 29 Ramadhan kita untuk tahun ni. Syukur atas segala nikmat masa, kesihatan dan segalanya sepanjang Ramadan yang lalu. Moga kita dipanjangkan umur untuk ketemu Ramadhan yang akan datang, amin amin 💖

Credit: Google Images 😆

Hari Raya aku berlalu seperti biasa tahun ni, cumanya spesial sikit tahun ni sebab abang aku balik beraya dekat sini dengan anak dan isteri dia. Seronok sikit la sebab rasa meriah, dah lama rasanya rumah aku ni tak meriah lepas mak takdak. Abah pun aku tengok seronok jaa Raya tahun ni, Alhamdulillah. Setelah dua tahun tak dapat beraya bersama, tahun ni berpeluang jugak.

Aku tak bercadang nak taip entry yang panjang untuk kali ni haha sebab masih sibuk dengan tanggungjawab sebagai seorang pelajar gituuu makanyaaa sampai sini duluuuu entry akuu. InshaAllah, ada masa nanti aku taip lagi entryy yang panjang dekat sini. Act, aku ada banyakkk nak luahkan dekat sini haha tapi masa sangat mencemburui aku tiber kan ehek. 

Btw, korang punya puasa enam dah habiss ke? Haha, aku masih dalam perjuangan, moga sempat laa nak habiskan dengan izinNyaa amin amin. Sebelum aku tutup entry ni, aku mohon doakan aku berjaya dalam pengajian Master akuuu please. Banyak dugaan dalam aku tak sedar haha inshaAllah aku kuat cuma kadang2 terlebih sikit rasa koyak tuuu haha.

Ok, jumpa lagi di lain entry, selamat habiskan hari hari dalam bulan Syawal, jaga diri semuaa, ingat COVID-19 masih adaaa tauu, kes HFMD pun banyak dahh sekarang ni, please jaga diri dan anak anak. Ingatlah slogan "Kita jaga kita" 😂💓 

Salam sayang,

Alyaa 💓




Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Selasa, 29 Mac 2022

Temuduga Sarjana Farmasi UiTM (Interview Master in Pharmacy UiTM)

Assalamualaikum semuaaa, selamat malam 😋 

Berjumpaa lagi kitaaa di entry baruuu haha. Sekarang ni adalah hari Selasa. 29 March 2022. 11.15pm

Ok, aku sebenarnya saja lah bukak blog malam ni sebab macam takda mood nak siapkan kerjaaa (haha please jangan tiru perangai buruk ini 😆), Tiba2 aku macam perasann ada satu draft post yang aku peram agak lamaa. Entry tu bertarik 23 Julai 2021. Haha. Bila baca balik rasa macam oklah, nak publish entry ni jadi marilah kita baca apa yang akuuu tulis waktuuu tuuu. Mungkin boleh jadikan panduan untuk orang lain nanti. Tapi, serius entry ni memang aku rasa aku taip lepas aku dah lepas interview untuk Master rasanyaa haha. Jangan komen lebih sebab idea time waktu tuu saja ada sekarang dah kosong sikit haha 😝

_____________________________________________________
(Entry ditaip pada tarikh yang dinyatakan)

Hi Assalamualaikum semuaaa, 

Waktu aku menaip entry ni, harini bertarikh 23 Julai 2021, hari Jumaat. Kenapa aku kena mention aku taip entry ni pada berapa haribulan? Haha sebabnyaaa aku taktahu lah bila waktu yang sesuai untuk aku publish entry ni. Jadinya sebelum aku terlupa apa benda yang aku nak taip dan nak share dekat sini, baik aku buat sesiap entry ni, nanti dah tiba masanya aku akan update entry ni dan publish sajaaaa hihi. (Buat yang tertanya kenapa nak sambung Masters, nanti inshaAllah entry baru akan menyusul lepas dari entry yang ni, tengok pada kerajinan okay haha)

Jadiii, seperti tajuk yang tertera di atas, dalam entry kalini aku nak share sikit tentang Temuduga Sarjana Farmasi UiTM. Kenapa aku nak share? Sebab sepanjang aku google dan buat carian di internet, sangatlah susahhhh untuk jumpa orang share pengalaman tentang temuduga Master in Pharmacy UiTM ni. Yang ada kebanyakannya adalah tentang Master in Business Administration (MBA) dan juga lain lain. Haha, mungkin yang course Pharmacy ni tak ramai yang nak sambung kan jadinya tak adalah yang nak share tak gituu. Haha, jadinya dah alang alang aku pun ada pengalaman sikit (sikit sajaa nah tak banyak pun 😂)  , maka aku rasa aku share sajalah, mana tau entry ni akan berguna di masa hadapan haha; seperti mana entry Diploma Farmasi aku tuuu. Waktu taip tuu tak sangka pun ramai akan baca haha luls. Ok, sebelum tu, aku disclaimer siap siap nah, apa yang aku taip dalam entry ni adalah berdasarkan pengalaman aku sajaaa tiada kaitan dengan mana mana individu dan juga institusi 😉 Dan aku juga akan cerita sesiap proses nak mohon ke pengajian Pascasiswazah (Postgraduate Studies) UiTM ni, jadi mungkin agak panjang sikit entry ni (Warning awal ya ni haha awas ‼️)

Untuk sambung ke Pascasiswazah (Postgraduate Studies) dengan UiTM, kena lah buat permohonan terlebih dahulu di website IPSis. Tapi, sebelum tuuu kena beli no pin dekat BSN dahuluu ya bernilai RM 50 untuk pengajian siswazah, sama macam no pin yang kita beli masa nak masuk Universiti masa muda muda dulu acece. Macam mana nak beli? Paling mudah di ATM, sangat mudah cuma kena tahu la nak tekan apaa haha senang sajaa, aku pun beli melalui situu sajaa, ataupun di kaunter BSN; cuma aku tak galakkan sangat laaa beli di kaunter sebab ramai lagi yang nak buat urusan melalui kaunter ni jadinyaaaa akan ada ramai orang yang beratur panjang haha melainkan kalau BSN di kawasan rumah hampa tak ramai orang maka boleh lah teruskan niat ituu hihi. Awas ya ‼️ Fikir duluu betul betul samada nak sambung ke tidak belajar ni kalau tidak membazir sajaaa RM 50 kamuu ituu haha 😂 


Kemudian, masuk ja website IPSis tuu dan masukkan no IC dan no pin BSN tuu (resit/slip yang ada no tuuu kena jaga betul betul nah), isi lah maklumat maklumat yang diperlukan seperti yang dikehendaki berserta pilihan kursus yang mahu di sambung. Tapi nasihat aku, baik sediakan dahulu referee report seperti yang diminta disediakan tuu sebelum buat permohonan online. Sebab nanti masa dah masuk untuk isi online tu, memang kena isi juga maklumat referee kita ituu, kiranyaaa kena prepare before hands gituh. Referee report ni apa benda? Referee report ni adalah report/laporan yang perlu disediakan oleh orang lain untuk kita,  kira macam orang ni rekomen la kita untuk layak sambung postgraduate studies tak. Perlukan dua; satu yang wajib yang berlatar belakangkan academician (biasanya orang letak former lecturer waktu zaman Undergraduate) dan juga optional, yang dari industri (rakan sekerja/ majikan terdahulu). Ada borang yang mereka ni kena isi, jangan risau ada disediakan dalam website tu nanti. Alhamdulillah, aku bersyukur former lecturer aku sokong keputusan aku untuk sambung belajar dan sanggup jadii referee akuuu (fuh, memang salah satu petanda dah ni haha)

Selesai segala proses permohonan online tu, terus siapkan yang hardcopy pulak benda benda yang perlu disediakan untuk dihantar kepada fakulti pilihan kita (nanti alamat disediakan jangan risau, make sure tulis betul nah alamat tu), dokumen perlu pengesahan disahkan benar dan hantarlah melalui pos lajuu hehe. Dah pos tuuu jangan lupa track parcel kita nak make sure sampai dan tak tersangkut dekat mana mana (lepas seminggu hantar baru aku buat tauu haha jangan ikut please 🙂)  

Langkah seterusnyaaa tunggulah sehingga dipanggil temudugaa hihi. Macam mana nak tau samada kita kena lalui temuduga ke tidak? Ok, waktu nak isi tu, kalau perasan dekat gambar atas tu kan, ada senarai pilihan kursus kan, dekat situ ada juga dinyatakan samada kursus pilihan kita tu perlu temuduga atau tak. Lama tak nak kena tunggu sebelum kena panggil temuduga? Aku pun tak tau lama mana tapi kalau ikut timeline aku, aku mohon dalam awal bulan 5, dapat panggilan temuduga dalam awal bulan 7, maybe around 1 months jugak la dari tarikh permohonan. Tapi bergantung la, kalau hang mohon dekat dekat dengan tarikh temuduga yang dirancang oleh fakulti, mungkin tak perlu tunggu lama, begituu. 

Ok, seterusnya ayuh sembang pasal temuduga. Perlu ke prepare temuduga untuk sambung belajar ni? Bagi akuu, bergantung pada kemampuan. Kalau rasa kita jenis rilek rilek ja selalu sangat dah hadap interview sebelum sebelum ni mungkin tak perlu lah nak bersedia sangat sebab soalan soalan nak sambung belajar ni tenang tenang saja haha. Tapi kalau hang macam aku yang takpernah kena interview langsung sebelum ni (mind you, masuk kerja kontrak KKM tak perlu interview hokey haha), jadinyaaa aku agak super gelabah sejak dari hari pertama aku tahu yang kursus aku nak masuk ni kena interview ahaks. Masa dah dapat email dari fakulti untuk ditemuduga lagi laaaa tak senang duduk akuu hahaha macam cacing kepanasan, tiduq punn tak lenaa, fuh nasib baik la gap dari tahu kena temuduga hingga tarikh kena temuduga tu dalam seminggu ja kalau tak, lagi lama aku hadap tak cukup tiduq pi kerja ni haha. Kalau tanya aku, memang aku prepare, tapi prepare gitu gitu ja sebab tak sempat noks; aku kena kerja straight seminggu hah minggu sebelum tuu memang carca merba sikit la time ni jadinya aku dah pasrah la nak jadi apa pun jadi lah masa temuduga nanti, prepare setakat yang mampuu saja begituuu.

Alhamdulillah, setelah pelbagai onak dan duri ditempuh, selesai jugaaa proses temuduga akuuu tuu. Takda lah cemerlang sangat, so so sajaaa aku punya interview sebabnya aku masih dalam mood mamai waktu tu (jadual temuduga online macam lari sikit jadi aku sampai terlena sat tunggu giliran haahaha teruk betul perangai kan 🤣) Jadi apa soalan yang aku dapat waktu temuduga tuu? (Some of questions ni aku dah expect nak kena tanya tapi masih gagap sis haha kita hanya mampu merancang, bukan? Hihi)

Antara soalan temuduga aku:

1) Perkenalkan diri
2) Your experience sikit tentang your profesion (Ini memang kantoi busuk aku gagap teruk sebab macam taktau nak jawab proper macam mana haha bukan taktau jawapan nyaaa haha 😆) 
3) Financial planning (HLP or self sponsored)
4) Your future planning lepas habis Masters ni
5) My current work status (sebab aku kan kontrak, nanti macam mana nak sambung belajar in term of study leave etc - kena explain bebetul bagi panel faham yee)

Aku rasa itu sajalah kot soalan yang ditanya waktuu tu, tak banyak pun sebab aku ni dah calon yang ke berapa dah kena interview masa tu haha. Cumanya adalah selingan sikit masa interview tu. Agak dukacita, yang kursus aku nak masuk tu, fakulti terpaksa batalkan untuk intake akan datang sebab tak cukup permohonan pelajar yang nak masuk belajar tahun ni. Jadi, aku diberi dua pilihan untuk tukar kursus (aku aim untuk ke Masters in Pharmacy Practice, diberi pilihan untuk tukar ke Masters in Clinical Pharmacy) atau tukar mod pengajian ke Masters by Research. Waktu diminta buat pilihan ni, aku nampak agak rakus la sebab tak sempat tunggu panel explain lebih, aku dah potong cakap (please jangan ikut benda ni, iolls so gelabah masa tu haih 🤧) kata yang aku nak tukar kursus ja. Niat aku nak sambung Masters ni, aku target memang nak buat kerja kursus (coursework) sajaaa, memang takmau by research lagi atas sebab sebab tertentuu hahaa. 

Fuhh, panjang dah aku rasa entry kalini. Rasanya sampai sini saja kot yang aku nak berkongsi pasal proses permohonan untuk sambung belajar Masters dan proses temuduga Masters Pharmacy UiTM ni haha. Maaf sesangat kalau rasa macam sikit ja share pasal temuduga ni, yang tuu je kee?! Seriuslah ?! Haha yupp macam aku cakap dekat atas sikit jaa pengalaman aku temuduga ni tapi aku nak share jugak la kurang kurang boleh dapat overview macam mana temuduga ni. Lagi pulaaa, interview kalini dibuat secara atas talian sajaaa, mungkin takmau ambil masa yang banyak kot haha. Memang laa tajuk tulis Temuduga Sarjana blabla tapi kang jadi pendek sangat pulak entry ni kalau nak sembang pasal temuduga sajaa hiks. InshaAllah, bila tiba masanya aku akan upload entry ni, doakan aku dapat sambung belajar Masters in Clinical Pharmacy ni dengan jayaaanyaa nah amin 🤲

Salam sayang,
Alyaa ❤️

Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Selasa, 22 Mac 2022

Keputusan Peperiksaan UiTM Semester 1 MPharm

Assalamualaikum dan selamat malam semuaaa

Kembali lagi dalam entry baruuu dan di bulan yang baruu ( dah di penghujung bulan dahhh haha ). Rasa macam chipsmore betul sekarang, kejap ada kejap takda haha tapi aku tengah cuba untuk kekalkan misi satu bulan satu entry sekurang-kurangnya supaya takda la bersawang sangat blog tercintaa ini gituu 🤪  Dalam hidup ni kita mestilah ada target, tak gituu. Haha tak capai takpa janji kita berusahaa; phew lain maciam mukadimah untuk entry kalini ehek 😂

Okay, aku sebenarnya tengah stress sekarang ni sebab baru lepas kena tiau (baca: kena marah) waktu aku buat pembentangan pagi tadi, jadi aku macam malassss nak buat kerja berkaitan belajar dulu buat sementara waktuu jadinya sampai aku dekat blog sini hehe 😜 Don’t worry aku bukan nya kena marah sensorang, classmates aku yang lain pun kena jugak haha maka sama sama lah kami stress bersama harini 🤣  Ada la menangis sikit dan tidur sampai beberapa jam lepas pembentangan tadi ahaha.  Tapi disebabkan banyak lagi kerja aku nak kena siapkan, jadi aku tak boleh nak stress lelama laaa jadi aku ingat nak singgah sini sat, taip satu entry kemudian nanti aku sambung la buat kerjaaa. Begitulah kehidupan jadi sebagai pelajar ya; tambah jadi pelajar postgrad dalam bidang Farmasi ni 😂 In fact, mana mana postgrad punn sama laa, stress dan menangis tu dah jadi sebati dalam diri kan kawan-kawan postgrad? 😫

#throwback gambar masa awal awal semester 1, semangat masih jitu masa ni haha 😜

Alright, selesai sesi luahan rasa haha, kembali kepada tajuk entry aku harini. Seperti tajuk di atas dan seperti semua orang dah tau, baru baru ni result UiTM dah pun diumumkan. 15/3/2022, tarikh keramat. Fuh, waktu tahuu tarikh ni result nak keluar kan, tak keruan dah rasa sebab yelahhh kami yang postgrad MPharm ni dah habis paper dalam awal bulan 2/22, tunggu lama jugak nak dapat result ni 😂 Sebab kalendar kurikulum kami kan tak sama dengan orang lain jadinyaaa begitulah haha. Bagi pelajar lain diorang baru jeee habis exam dalam hujung bulan 2 gitu, jadi agak cepat lah bagi diorang result ni (hasil bacaan di Twitterjaya haha 😂) Nevertheless, tujuan aku nak buat entry sini adalah untuk nak share sikit lah keputusan aku. Sikit sajalahh sebab result kita pun cukup cukup makan sajaa haha. 

Alhamdulillah, result akuu LULUS semua theory paper (exam based subjek) 😭  Syukur Alhamdulillah, Masih rasa macam tak percaya ya sampai sekarang sebab aku still keluar masuk portal untuk tengok result aku betul ke ni lulus hahaha sampai tahap itu ya geng. Tapi Alhamdulillah segala puji bagi Allah atas rezeki yang dikurniakan. Aku percaya sangat ni semua atas doa doa yang dikirimkan buat aku oleh semua orang. Terimakasih buat semua yang sudi mendoakan kejayaan aku (acah macam hebat ya result kamu, Alya 🤪), tanpa doa kalian tak mungkin aku dapat harungi semua ni. Jujurnya, perjalanan semester 1 aku penuh dengan ranjauu jugak terutamanyaa masa blok 2 haha. Jadi bila aku tengok result aku sendiri, aku rasa puas sebab aku tau tak senang nak capai semua ni. Tak, result aku tak se-cemerlang yang korang bayangkan punn tapi Alhamdulillah sangat cukup dah bagi aku 🥰 

Bukan selalu boleh tunjuk sini kan haha 😂

Sebelum result keluarkan, jujurnya memang aku tak tau aku boleh lulus ke tak sebabnyaaa semua paper yang aku haritu meang susahhh, tambah pulak kena jawab exam secara online, lain cabaran diaa banding dengan duduk dalam dewan peperiksaan. Phew, the pressure is real ya waktu tuu 😭 dengan line internet yang boleh tahan nak bermanja, kena proctoring (on camera guna Google Meet/Webex/Teams), dan lain lain lagi.  Sehari sebelum result keluar tu memang tak keruan lah aku, ibarat makan tak kenyang, mandi tak basah haha. Siap aku godek godek lagi tau result waktu DipPharm dengan BPharm dulu nak yakinkan diri sendiri boleh ni nak lulus semua paper walaupun result BPharm aku boleh tahan hauk haha iykyk la kann 🤪 Dulu time Undergrad, dapat C tu bersyukur dah sebab masih dikira sebagai lulus paper tu, masuk MPharm ni dan semua Masters dalam UiTM ni, memang passing mark/grade ialah B. Gilaa wehh waktuu tahuu tuu memang taktau nak rasa apaa haha cuma mampu berharap dan doa lulus saja, dah laaa sem 1 haritu aku ambik semua paper teori untuk MPharm ni dengan jumlah keseluruhan jam kredit 20; ada 5 subjek dan setiap satu tu adalah 4 jam kredit; memang berat laaa ceritaa diaa 😩

Tapi apa apa pun aku bersyukur dah lepas dahh satu fasaaa yang agak panjanggg di semester 1. Sekarang, Alhamdulillah dah di semester 2. Masih sama, struggle hari hari demi nak meet the expectations sebagai seorang pelajar masters 😮‍💨 Lepas kena tiau pagi tadi adalah rasa macam macam kan, tapi dah sejauh ni melangkah kita kenalah teruskan, tak gituu ahaha. Well, aku seronok je belajar ni sebab bagi aku lagi banyak hang belajar, lagi banyak hang perasan hang taktau banyakkk benda 🤗 Tambah dalam bidang aku ni, hari hari sebenarnya adalah hari untuk hang belajar sebab bidang kesihatan ni semakin hari semakin banyak perubahan yang perlu kita cakna gituh. Tiber sembang ilmiah kan hehe

Oh sedikit selingan, ni kira kali pertama la aku check result aku pukul 9 pagi dan di student portal/mobile apps MyStudent haha. Sebelum sebelum ni dari Diploma sampai Degree memang aku tunggu SALAM UiTM sajaaa, tengahmalam dah dapat blast email haha good old daysss 🤣  Dedulu jugak siap ada yang share link tauuu untuk tengok result awal haha gigih betul dedulu sebab nebes nak tunggu result punya pasal 😆

Oklah, cukup sampai sini duluuu aku update. Rasa macam dah panjang sangat dahhh entry kalini. Hahaha, terimakasih sudi baca sampai akhir 😆 InshaAllah lepasni kalau aku rajin lagi, aku update pasal jadual aku di semester 2 ni. Nanti dah habis belajar bolehlah aku baca balik bila bila kan haha.  Mohon tembakan doa dari semuaa untuk aku survive semester 2 pulakk yaaa!! Terimakasihh hehe 😘

Jumpa di lain entry.

Salam sayang,
Alyaa ❤️

Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Khamis, 17 Februari 2022

Ceritera Blok 2, Semester 1 MClinPharm

Assalamualaikum dan selamat malam semua !

Kembali lagi ke entry baruuu oleh Alya yey haha 😂 Kemain ya last entry cakap nak update tentang throwback tahun 2021 tapi sudahnyaaa kelaut haha, sorry la yaaa so sibuk jadi pelajar sampai tak sempat nak menaip panjang dekat blog. Walaupun zaman sekarang di tahun 2022 ni orang dah tak baca blog sangat, tapi still aku akan menaip jugak dekat sini selagi ada kudrat dan semangat nak menaip acece. Lagipun, aku pun jenis suka baca blog orang taip kongsikan pengalaman depa jadi why not aku do the same mana tau ada info info menarik aku terkongsikan dekat sini haaa boleh buat habuan orang lain membaca jugak gituuu.

Soo, kalini nak cerita apaa?! Haha macam di tajuk atas laaa yaaa kalini aku nak kongsi tentang kisah belajar aku untuk blok 2, semester 1 ni supaya nanti bila dah kerja lain aku boleh baca balik semua kisah yang aku lalui sepanjang belajar ni haha 😆 Waktu aku menaip sekarang ni, aku dah masuk semester baru dah (haha, cepat bukan? 😋) jadi ada laaa beberapa bahagian yang aku dah lupaa sebenarnyaa, almaklumlah kapasiti otak tak besaq mana nak simpan memori2 yang tak best ni eh tiberh kan. 

Lepas saja habis final exam paper ke-3 aku pada 10/12/21 yang lalu, selang dua hari tak silap aku, kami terus mula blok 2. Penat memang penat tapi begitulah lumrah belajar kan haha kenalah hadap. Mulanya, aku sangkakan blok 2 ni akan jadi lebih tenang la berbanding blok 1, ya lah kalini ada 2 subjek saja berbanding 3 subjek sebelum ni. Dalam hati berkata "InshaAllah, boleh ni buat lebih baik dari blok 1" hahaha namun sangkaan kuuu meleret 😭 Blok 2 lagi terukkk dia punyaa mental breakdown tuuu. Jujur cakap, seminggu wehh aku rasa macam depressed sampai rasa tak sanggup nak habiskan blok 2 ni, tanyalah classmates aku, depa tauu betapa down nyaa aku waktu tuu haha. 

Tapi Alhamdulillah, slowly get up after that, kuatkan balik semangat, ingat pengorbanan orang sekeliling yang dah sokong keputusan aku nak sambung belajar ni, ingat balik hutang2 yang ada nak kena langsaikan (jadi kena cepat2 habis belajar dan dapat kerja), maka aku teruskan melangkah haha perit pun kena hadap la dah keputusan sendiri kan ehek. Lagipun minggu yang aku macam down gilaaa tuuu banyak benda lain yang jadi kat aku itu yang banyak tak ketahuan sikit jadinya haha.

Saat aku menaip ni jugak aku rasa bersyukur sangat dah lepas 'sengsara' blok 2 ni hahaha, yang mana tau ja tauu (aku dan classmates lah haha), tak gamak aku nak cerita in detail dekat sini sebab aku tak rasa perlu punn, cukup lah aku tau yang aku dah lepas (harapnyaaa tak kena ulang la yaa 😰) semua benda yang jadi masa blok 2 ni hihi. 

Mesti hampa macam heran kan teruk sangat ka blok 2 ni? Haha, dari segi masa aku akui blok 2 ni relaks sikit la berbanding blok 1 sebab blok 2 ni kadang kelas pukul 10 baru mula, masa blok 1 dulu seawal 8 pagi dah kelas, 6 petang kadang baru habis. Tapi, walaupun rileks still kami slot in masa yang ada untuk buat proposal research. Ya, kawan-kawan, jangan ingat buat master by coursework ni takda research  yaaa, masih adaaa haha. Oh yaaa, untuk blok 2 ni juga kami dapat balik ke kampus yey! 😍 Bayangkan 4 bulan belajar online, bila jumpa first time classmates depan2 terus rasa macam wahhh dapat bersosial tiberh. Alhamdulillah, classmates aku dalam online pun begitu, depan2 pun begituuu syukur semua baik baik hihi. 


Kalau tanya aku apa yang best blok 2 ni adalah masa dapat jumpa classmates depan2 laa haha, dapat buat labwork sama sama. Almaklumlah setelah sekian lama tak buat labwork kan, jadi rasa semangat sikit laaa nak masuk lab buat labwork tuu ahaha. Cumanya yang aku boleh ringkaskan utk blok 2, kami ada banyakkkk juga on-the-spot assignment serta presentation dan jugaaa macam biasa lahh exam setiap 2 minggu kecuali untuk subjek yang ada labwork tuu, markah penilaian ketiga (third assessment) kami dinilai dari presentation akhir. Fuhhh, cemas jugak part presentation ni haha untuk subjek Pharmacokinetics (Pk) tuu, siap turun fakulti tauu jumpa Prof Mansor untuk bincang pasal slides, first time laa aku buat sepanjang belajar dari Diploma sampai Masters ni haha, usung laptop gais ke bilik pensyarah, punya lahhh nervous nak kena tiau masa presentation ahaha, but after all Alhamdulillah, both presentation went so well, arghhh I am so proud of myself tiberh 😆

Alhamdulillah, final exam pun dah settle, struggle jugak sebenarnyaaa utk blok 2 ni, walaupun hanyaaa dua subjek ja perlu fokus tapi fuhh mencabar yaaa soalan final exam diaaa huwaa nak teriak bila teringat balik haha. Susah yaaa soalan clinical level masters fuh pecah peluh huuu.

Aku rasa sampai sini duluuu aku update, inshaAllah ada masa dan waktu nanti aku akan update lagi. Doakan perjalanan aku habiskan Master ni dipermudahkann nah dan doakan result semester 1 akuu baik baik sajaa nahh haha ghisauu yaa dengan performance diri sendiri.  Dan doakan jugaaa aku dipermudahkan rezeki kerja baruu  hehe moga doa doa kalian dan juga aku termakbul amin amin 💪

Jumpa lagi di lain entry.

Salam sayang, 
Alyaa 💓

Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
COPYRIGHT 2011/2012. ALL RIGHT RESERVED BY ALYAA IBRAHIM