Memaparkan catatan dengan label MPharm. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label MPharm. Papar semua catatan

Khamis, 22 September 2022

Unofficially done with Semester 3 MClinPharm ^-^

Assalamualaikum dan selamat pagi semuaaaaa…

Akhirnyaaaa aku kembali setelah senyap hampir sebulan lebih dari update entry dekat sini ðŸĪĢ HAHA, aku plan nak update lama dah sebenarnyaaa tapi dek kerana kekangan waktuuu dan rasa malas yang agak menebal dalam diri ini makanyaaaa terpaksaaa lah aku langkau satuu bulann dari update entry dekat blog ni haha. Tiba2 rasa macam janggal yaaa nak taip balik dekat sini, padahal baruuu jaa sebulann lebih tak hapdate blog ahaha. Dalam tak update tuuu sempat juga la aku tinjau2 sini sambil baca entry2 lama untuk dapatkan kembali semangat begituuu ðŸĪŠ

Ok, untuk entry harini, seperti ditajukk, Alhamdulillah Alhamdulillah aku akhirnyaaaa secara tidak rasminyaaaaa dah berjaya tamatkan pengajian semester 3 aku dalam Sarjana Farmasi Klinikal ini. Kenapa tidak rasmi?! Sebab keputusan belum keluar HAHA ðŸĪ­

Harini, 22 September 20222, cukup seminggu lepas aku mengharungi hari Viva Voce akuuu untuk pembentangan projek Master aku. Haaa, jangan ingat buat coursework takda projek kena buat yaaa hihi ðŸŦĢ Alhamdulillah, secara keseluruhan aku boleh katakan yang aku dah buat yang terbaik, the rest aku tawakal saja pada Allah. Disebabkan semester akhir ni adalah fully research mode, makanya penilaian 100% berdasarkan final assessment on dissertation, viva presentation dan juga supervisor (penyelia) punya report. Harapnyaaa dapatlah result yang memberangsangkan semester ni haha inshaAllah amin ðŸĪē


So, semester 3 ni macam mana? Haha, I would say survive and surviving ðŸĪĢ Begitulaaa ringkasan untuk semester akhir ni ehek. Aku bukak semester baru haritu dalam keadaan kurang sihat, aku on off demam, cerry berry ( aku suspect mcm kena covid lagi sekali tapi tak buat test pun masa tu haha, tapi takdalah teruk sampai masa aku kena covid tahun lepas tu). Alhamdulillah, slowly recovered lepastu dan di minggu ke 3 semester baru, baru aku berkesempatan google meeet dengan supervisor akuuu. Plan asal nak jumpa di kampus tapi keadaan aku masa tu masih tidak mengizinkan, jadinya terpaksa la jumpa atas talian saja. Ada la glitch sana sini di awal semester baru aku haritu sebab aku mcm sedikit lost macam mana nak mulakan proses data collection ni. Masa yang ada agak terhad sebenarnya untuk kami, jadi kalau timeline dah lari memang akan rasa sedikit serabut nyaaa tuuu ðŸ˜Đ

Btw, saja nak kongsi dekat sini. Kalini untuk projek Master, aku try jump ke qualitative study pula sebab konon nak cabar diri laa belajar benda baruu hahaha sebabnyaa dua projek yang lepas; masa Diploma dan Degree, aku dah buat quantitative studies, so aku teringin nak try qualitative study pulak nanti boleh lah aku dapat view dua dua method ni macam mana dan tengok which one preferable untuk aku di masa hadapan nanti haha 😆. Disebabkan masa yang terhad, walaupun banyak yang aku dapat belajar, tapi aku rasa masih banyak lagi benda yang aku boleh belajar dalam tempoh masa yang panjang lagi, tapi takpelah lepasni aku try explore lebih laa kalau nak teruskan minat buat qualitative ni sebab so far hati masih terpaut pada SPSS berbanding Nvivo haha 😝

Semester 3 ni aku rasa macam cepat jugak berlaluu, sebab tahu tahu dah kena submit haaa gituuu. Padahal baru jeee habis collect dataa haha. Banyak benda yang jadi sampai aku rasa macam nak give-up jugak lah sikit haha 😂 Nak dapat kerjasama peserta kajian aku yang rata-ratanya adalah golongan warga emas ni susah juga sebenarnya, tambah pulak buat temubual melalui panggilan telefon saja, ramai lah yang tak mahuuu. Aku siap dicop sebagai scammer tauu bila aku nak mintak no akaun untuk transfer duit saguhati dari geran, lepas kena macam tu terus aku bagitau ja kita ada saguhati tapi perlukan no akaun, kalau tak sudi kongsi memang kita tak dapat nak serahkan sagu hati tu. Kebanyakan diorang faham jeee lah bila aku cakap gitu, Alhamdulillah syukur. Aku koyak jugak la sekali tu bila temubual dah selesai, nak bercakap dengan anak tanya pasal ubat mak dia, sekali dia marah mak dia depan2 sebab jawab panggilan aku dan layan aku punya soalan, aduhai dua hari aku koyak fikirkan benda tu hahaa ðŸĨđ Dok fikir apa salah akuuu, aku cuma nak buat kajian sajaa gituuu feeling kekecewaan ahaha

Alhamdulillah, fast forward aku berjaya siapkan temubual dan transkrip temubual untuk dianalisis guna NVivo. Ni belum cerita pasal belajar NVivo ni, yelah dah tukar qualitative kan kenalah tahu nak analyse data guna software apa. Nasib baik latest feature dia senang jugaklah nak faham dan terimakasihh UiTM sediakan free NVivo softwaree hihi 😇. Jujurnya, aku antara yang paling terkebelakang jugak lah semester ni sebab orang lain dah mula write up dissertation aku masih menggigil nak siapkan analysis dan discussion coding dengan SV. Tapi Alhamdulillah, bersyukur jugak sebab SV akuu sangat sangat lahhh membantuuu dalam proses siapkan projek dan dissertation ni ðŸĨđ Cuma aku rasa aku dapat buat lebih baik lagi untuk capai expectations SV aku jika ada peluang dan ruang yang lebih untuk aku explore dan sembang dengan lebih lama dengan sorang2 peserta akuuu supaya aku dapat cungkil lebih banyak benda dari peserta kajian aku. 

Namun aku bersyukur kurang kurang terhasil jugak satu dissertation untuk Master ni setelah pelbagai perkara ditempuh untuk siapkan dia ðŸĪē. Percayalah, tanpa sokongan SV aku dan orang sekeliling, tak mungkin siap dissertation ni dalam tempoh seminggu ++ sebab seminggu sebelum submission aku ke Port Dickson dengan SV aku sebab ada workshop, masa ni aku masih drafting Chapter 4- Results aku dan tgh discuss dengan SV depan depan macam mana nak construct Chapter 5 - Discussion. Masa ni semua benda terumbang ambing, makan ikut dan, tidur pun tak lena haha tak sanggup rasa nak ulang kembali proses ni ðŸĨē

Oklah, aku rasa sampai sini duluuuu lahh entry untuk kalini, terpanjang pulak yaaa. Haha, takpelah untuk tatapan aku di kemudian hari supaya aku tak lupa apa yang aku lalui masa pengajian Master aku ni. Kenangan seumur hidup orang kata hihi. Oh btw aku sekarang tengah dalam proses buat correction untuk dissertation aku sebelum hantar untuk hardbound kan diaaa. Doakan semuanya berjalan lancar buat kami semua yaa !!! 😘 InshaAllah, bila bila rajin nanti akuu up lagi entry pasal submission hardbound pulakk haha 😆

Jumpa lagi di lain entry, bye.

Salam sayang, 
Alyaa ❤️

Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Isnin, 20 Jun 2022

Unofficially done with Semester 2 MPharm

Assalamualaikum dan selamat malam semuaaaa 😘

Alhamdulillah ketemu lagi kita dalam entry baruuuu untuk bulan baruuu hihi. Sesungguhnya aku sedang mencuba untuk kekalkan prestasi sebulan satu entry haha 😆 supaya blog ini tidak bersawang sangat 😂 Takpelahhh kalau takda yang singgah blog ni pun, sajaaa aku nak simpan kenangan aku dalam sini nanti bila bila aku rasa rinduuu (eh tiber haha) bolehlah aku jenguk dekat sini balik ataupun jika ada mana-mana entry aku yang masih boleh membantu bagi maklumat untuk orang lain, rasa sayang nak buang semuaa gituu tiber jadi sentimental dan emosi haha 😝 (Tapi aku harap entry aku yang lama-lama tidak dibaca orang lah haha kalau tidak aku kena delete semuaa, biasalah zaman-zaman muda cringe sikit entry pun haha) 

Ok, tanpa melalut dengan lebih panjang lagi marilahhhhh kitaaa teruskan tujuan utamaa kenapa entry ini dibuat hahaha 👀 Seperti yang dinyatakan di tajuk atas, Alhamdulillah Alhamdulillah aku dah punnn selamat habiskannn semester 2 aku dengan tidak rasminyaaa hari Jumaat (10/6/2022) yang laluuu. Kenapa tidak rasmi? Haha semestinyaaaa sebab result masih belum keluar HAHAHA. Please semuaaa yang baca entry ni doakan kami semuaa (satu batch aku) lulusss semuaaa assessment semester ni amin amin ðŸĪē

Aku sebenarnya rancang nak publish entry ni awal lepas saja habis semester harituuu tapi sesungguhnya kita hanya mampu merancang haha, aku bebetul rehat dan bersosial sat sepanjang satu minggu cuti semester ni 😆 Yaaaaa, cuti semester kami hanyalah satu mingguuu haha takpelah janji habis belajar awal ihiks. So, apa yang aku belajar untuk semester 2 ni? Banyak sebenarnyaaa haha, tapi if there is one word to describe this semester, I would choose adapting 😉 Hahaha dalam banyak2 perkataan, aku rasa adapting is the perfect choice of words untuk menggambarkan keseluruhan semester aku ni.  Dari mula semester 2, macam macam perkara dan benda yang jadi ðŸ˜Ŧ Perancangan asalnya untuk kami lalui 18 minggu latihan sangkutan klinikal (clinical attachment), terpaksa dipendekkan kepada 3 minggu sahaja dan kemudiannya adalah sesi teaching and learning (TnL) online. Bagi aku, agak mencabar sebab bila dah masuk MPharm ni, level dah tak sama macam belajar waktu BPharm dulu, expectations pensyarah pun dah lain untuk kami semua 😅 Secara ringkasnya, aku banyak belajar benda baruuu dalam semester 2 ni walaupun macam dalam keadaan yang agak huru hara bagi aku haha. Tidak lah aku berniat nak ceritakan semuanyaaa dekat sini nanti kang lain pulak jadinyaaaa hahaha bukan boleh tau zaman2 canggih sekarang ni, bahayaaa kalau salah share sikit haha. Yg nak tau cerita lanjut boleh lah pm aku tepi ihiks 😋


Semester 2 aku ni kira agak sibuk sebenarnya, Mula dari 3 minggu latihan sangkutan klinikal (clinical attachment) di HTAR, Klang kemudian nya dalam tempoh 3 minggu tu juga ada proposal submission dan juga defense proposal presentation, lepastuu mulalah TnL secara online yang libatkan 2 minggu untuk setiap rotation. Result semester 1 akuuu juga keluar waktu aku semester 2 ni sebenarnya haha tapi pasal result aku dah sentuh kat entry sebelum sebelum ni jadinya tak sentuh dah la dalam entry kalini haha 😆 Kalau tanya aku, aku rate semester 2 ni tahap susah la jugak ahahaha mungkin sebab background aku sebelum ni kan jadi nak capai tahap Masters tu surely agak mencabar bagi aku. Tambah pula aku antara yang muda dalam servis berbanding rakan2 sekelas yang lain tapi Alhamdulillah depa semua sangat membantuuu bila aku blur ataupun bila antara kami yang blur tak dapat jawab soalan ataupun masa nak siapkan slide presentation tuuu haha 😂 Semester ni jugak emosi memang turun naik laaaa, terutama tiap kali lepas oral case presentation, haha memang koyak dan menangis tu sebati dalam diri orang cakap bila dah masuk belajar Masters ni haha. Rasa kuat macam mana sekali pun mesti akan ada masa rasa down tuuu sampai ehek. Alhamdulillah, aku bersyukur dah lepas fasa tuuuu haha tak sanggup rasa nak ulang semula saat2 ituu 😖

Belum cerita pasal adhoc sesi viva klinikal yang asalnyaaa plan untuk diadakan secara online tiba tiba diubah secara fizikal haha. Tapi Alhamdulillah nasib baik diberitahu sebulan awal sempat jugak la buat persediaan untuk tempat tinggal dan sebagainya bagi yang terlibat kan. Bersyukur jugak berjaya tempuh dua sesi Viva Klinikal seperti yang direncanakan oleh fakulti dan pensyarah buat kami 😎 Bercerita pasal viva, untuk sesi pertama aku jadi pelajar pertamaaaa tauu haha nervous tuuu takyah cerita laa, malam sebelum tu tak berapa boleh tidur, study punn macam dah tak berapa nak masuk otak haha. Untuk sesi kedua tu aku jadi pelajar terakhir, nervous jugakkk laaaa sebab tak boleh expect soalan apa nak keluar ditambah kena kuarantin tanpa boleh pegang phone masa tuu. Pheww.



Apa2pun, aku bersyukur, semuanyaaaa dah berakhir buat masa sekarang ni. Doakan aku dan kawan2 sekelas akuuu berjaya lulus dengan jayanyaaa untuk semester 2 kalini ðŸĪē  Berdasarkan tahap kesusahan semester ni, aku berdoa dan berharap untuk cukup sekadar lulus, itu punnn dah buat aku bersyukur sangat sangat tauuu, jadi please semua yang bacaaa entry niii doakannn kamii hihi terimakasihhh 😘 Aku rasa sampai sini dahulu untuk entry kalini inshaAllah kalau aku rajin lepasni aku cubaaa update entry lagi. Hihi. Aku rasa nak update entry pasal jenjalan lahh pulakk baru rasa semangat sikit nak menaip kannn haha. Oh btww, saat akuuu publish entry ni, Alhamdulillah aku dah masuk semester akhir, semester 3 untuk Master in Clinical Pharmacy aku ni. Doakan jugaaaa kami dapat habiskan semester research ni dengan jayanyaaa dan dapat submit semuanyaa on time, inshaAllah amin amin ðŸĪē

Jumpa lagi di lain entry, bye.

Salam sayang,
Alyaa ❤️

Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
COPYRIGHT 2011/2012. ALL RIGHT RESERVED BY ALYAA IBRAHIM