Memaparkan catatan dengan label MPharmUiTM. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label MPharmUiTM. Papar semua catatan

Khamis, 22 September 2022

Unofficially done with Semester 3 MClinPharm ^-^

Assalamualaikum dan selamat pagi semuaaaaa…

Akhirnyaaaa aku kembali setelah senyap hampir sebulan lebih dari update entry dekat sini ðŸĪĢ HAHA, aku plan nak update lama dah sebenarnyaaa tapi dek kerana kekangan waktuuu dan rasa malas yang agak menebal dalam diri ini makanyaaaa terpaksaaa lah aku langkau satuu bulann dari update entry dekat blog ni haha. Tiba2 rasa macam janggal yaaa nak taip balik dekat sini, padahal baruuu jaa sebulann lebih tak hapdate blog ahaha. Dalam tak update tuuu sempat juga la aku tinjau2 sini sambil baca entry2 lama untuk dapatkan kembali semangat begituuu ðŸĪŠ

Ok, untuk entry harini, seperti ditajukk, Alhamdulillah Alhamdulillah aku akhirnyaaaa secara tidak rasminyaaaaa dah berjaya tamatkan pengajian semester 3 aku dalam Sarjana Farmasi Klinikal ini. Kenapa tidak rasmi?! Sebab keputusan belum keluar HAHA ðŸĪ­

Harini, 22 September 20222, cukup seminggu lepas aku mengharungi hari Viva Voce akuuu untuk pembentangan projek Master aku. Haaa, jangan ingat buat coursework takda projek kena buat yaaa hihi ðŸŦĢ Alhamdulillah, secara keseluruhan aku boleh katakan yang aku dah buat yang terbaik, the rest aku tawakal saja pada Allah. Disebabkan semester akhir ni adalah fully research mode, makanya penilaian 100% berdasarkan final assessment on dissertation, viva presentation dan juga supervisor (penyelia) punya report. Harapnyaaa dapatlah result yang memberangsangkan semester ni haha inshaAllah amin ðŸĪē


So, semester 3 ni macam mana? Haha, I would say survive and surviving ðŸĪĢ Begitulaaa ringkasan untuk semester akhir ni ehek. Aku bukak semester baru haritu dalam keadaan kurang sihat, aku on off demam, cerry berry ( aku suspect mcm kena covid lagi sekali tapi tak buat test pun masa tu haha, tapi takdalah teruk sampai masa aku kena covid tahun lepas tu). Alhamdulillah, slowly recovered lepastu dan di minggu ke 3 semester baru, baru aku berkesempatan google meeet dengan supervisor akuuu. Plan asal nak jumpa di kampus tapi keadaan aku masa tu masih tidak mengizinkan, jadinya terpaksa la jumpa atas talian saja. Ada la glitch sana sini di awal semester baru aku haritu sebab aku mcm sedikit lost macam mana nak mulakan proses data collection ni. Masa yang ada agak terhad sebenarnya untuk kami, jadi kalau timeline dah lari memang akan rasa sedikit serabut nyaaa tuuu ðŸ˜Đ

Btw, saja nak kongsi dekat sini. Kalini untuk projek Master, aku try jump ke qualitative study pula sebab konon nak cabar diri laa belajar benda baruu hahaha sebabnyaa dua projek yang lepas; masa Diploma dan Degree, aku dah buat quantitative studies, so aku teringin nak try qualitative study pulak nanti boleh lah aku dapat view dua dua method ni macam mana dan tengok which one preferable untuk aku di masa hadapan nanti haha 😆. Disebabkan masa yang terhad, walaupun banyak yang aku dapat belajar, tapi aku rasa masih banyak lagi benda yang aku boleh belajar dalam tempoh masa yang panjang lagi, tapi takpelah lepasni aku try explore lebih laa kalau nak teruskan minat buat qualitative ni sebab so far hati masih terpaut pada SPSS berbanding Nvivo haha 😝

Semester 3 ni aku rasa macam cepat jugak berlaluu, sebab tahu tahu dah kena submit haaa gituuu. Padahal baru jeee habis collect dataa haha. Banyak benda yang jadi sampai aku rasa macam nak give-up jugak lah sikit haha 😂 Nak dapat kerjasama peserta kajian aku yang rata-ratanya adalah golongan warga emas ni susah juga sebenarnya, tambah pulak buat temubual melalui panggilan telefon saja, ramai lah yang tak mahuuu. Aku siap dicop sebagai scammer tauu bila aku nak mintak no akaun untuk transfer duit saguhati dari geran, lepas kena macam tu terus aku bagitau ja kita ada saguhati tapi perlukan no akaun, kalau tak sudi kongsi memang kita tak dapat nak serahkan sagu hati tu. Kebanyakan diorang faham jeee lah bila aku cakap gitu, Alhamdulillah syukur. Aku koyak jugak la sekali tu bila temubual dah selesai, nak bercakap dengan anak tanya pasal ubat mak dia, sekali dia marah mak dia depan2 sebab jawab panggilan aku dan layan aku punya soalan, aduhai dua hari aku koyak fikirkan benda tu hahaa ðŸĨđ Dok fikir apa salah akuuu, aku cuma nak buat kajian sajaa gituuu feeling kekecewaan ahaha

Alhamdulillah, fast forward aku berjaya siapkan temubual dan transkrip temubual untuk dianalisis guna NVivo. Ni belum cerita pasal belajar NVivo ni, yelah dah tukar qualitative kan kenalah tahu nak analyse data guna software apa. Nasib baik latest feature dia senang jugaklah nak faham dan terimakasihh UiTM sediakan free NVivo softwaree hihi 😇. Jujurnya, aku antara yang paling terkebelakang jugak lah semester ni sebab orang lain dah mula write up dissertation aku masih menggigil nak siapkan analysis dan discussion coding dengan SV. Tapi Alhamdulillah, bersyukur jugak sebab SV akuu sangat sangat lahhh membantuuu dalam proses siapkan projek dan dissertation ni ðŸĨđ Cuma aku rasa aku dapat buat lebih baik lagi untuk capai expectations SV aku jika ada peluang dan ruang yang lebih untuk aku explore dan sembang dengan lebih lama dengan sorang2 peserta akuuu supaya aku dapat cungkil lebih banyak benda dari peserta kajian aku. 

Namun aku bersyukur kurang kurang terhasil jugak satu dissertation untuk Master ni setelah pelbagai perkara ditempuh untuk siapkan dia ðŸĪē. Percayalah, tanpa sokongan SV aku dan orang sekeliling, tak mungkin siap dissertation ni dalam tempoh seminggu ++ sebab seminggu sebelum submission aku ke Port Dickson dengan SV aku sebab ada workshop, masa ni aku masih drafting Chapter 4- Results aku dan tgh discuss dengan SV depan depan macam mana nak construct Chapter 5 - Discussion. Masa ni semua benda terumbang ambing, makan ikut dan, tidur pun tak lena haha tak sanggup rasa nak ulang kembali proses ni ðŸĨē

Oklah, aku rasa sampai sini duluuuu lahh entry untuk kalini, terpanjang pulak yaaa. Haha, takpelah untuk tatapan aku di kemudian hari supaya aku tak lupa apa yang aku lalui masa pengajian Master aku ni. Kenangan seumur hidup orang kata hihi. Oh btw aku sekarang tengah dalam proses buat correction untuk dissertation aku sebelum hantar untuk hardbound kan diaaa. Doakan semuanya berjalan lancar buat kami semua yaa !!! 😘 InshaAllah, bila bila rajin nanti akuu up lagi entry pasal submission hardbound pulakk haha 😆

Jumpa lagi di lain entry, bye.

Salam sayang, 
Alyaa ❤️

Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Isnin, 20 Jun 2022

Unofficially done with Semester 2 MPharm

Assalamualaikum dan selamat malam semuaaaa 😘

Alhamdulillah ketemu lagi kita dalam entry baruuuu untuk bulan baruuu hihi. Sesungguhnya aku sedang mencuba untuk kekalkan prestasi sebulan satu entry haha 😆 supaya blog ini tidak bersawang sangat 😂 Takpelahhh kalau takda yang singgah blog ni pun, sajaaa aku nak simpan kenangan aku dalam sini nanti bila bila aku rasa rinduuu (eh tiber haha) bolehlah aku jenguk dekat sini balik ataupun jika ada mana-mana entry aku yang masih boleh membantu bagi maklumat untuk orang lain, rasa sayang nak buang semuaa gituu tiber jadi sentimental dan emosi haha 😝 (Tapi aku harap entry aku yang lama-lama tidak dibaca orang lah haha kalau tidak aku kena delete semuaa, biasalah zaman-zaman muda cringe sikit entry pun haha) 

Ok, tanpa melalut dengan lebih panjang lagi marilahhhhh kitaaa teruskan tujuan utamaa kenapa entry ini dibuat hahaha 👀 Seperti yang dinyatakan di tajuk atas, Alhamdulillah Alhamdulillah aku dah punnn selamat habiskannn semester 2 aku dengan tidak rasminyaaa hari Jumaat (10/6/2022) yang laluuu. Kenapa tidak rasmi? Haha semestinyaaaa sebab result masih belum keluar HAHAHA. Please semuaaa yang baca entry ni doakan kami semuaa (satu batch aku) lulusss semuaaa assessment semester ni amin amin ðŸĪē

Aku sebenarnya rancang nak publish entry ni awal lepas saja habis semester harituuu tapi sesungguhnya kita hanya mampu merancang haha, aku bebetul rehat dan bersosial sat sepanjang satu minggu cuti semester ni 😆 Yaaaaa, cuti semester kami hanyalah satu mingguuu haha takpelah janji habis belajar awal ihiks. So, apa yang aku belajar untuk semester 2 ni? Banyak sebenarnyaaa haha, tapi if there is one word to describe this semester, I would choose adapting 😉 Hahaha dalam banyak2 perkataan, aku rasa adapting is the perfect choice of words untuk menggambarkan keseluruhan semester aku ni.  Dari mula semester 2, macam macam perkara dan benda yang jadi ðŸ˜Ŧ Perancangan asalnya untuk kami lalui 18 minggu latihan sangkutan klinikal (clinical attachment), terpaksa dipendekkan kepada 3 minggu sahaja dan kemudiannya adalah sesi teaching and learning (TnL) online. Bagi aku, agak mencabar sebab bila dah masuk MPharm ni, level dah tak sama macam belajar waktu BPharm dulu, expectations pensyarah pun dah lain untuk kami semua 😅 Secara ringkasnya, aku banyak belajar benda baruuu dalam semester 2 ni walaupun macam dalam keadaan yang agak huru hara bagi aku haha. Tidak lah aku berniat nak ceritakan semuanyaaa dekat sini nanti kang lain pulak jadinyaaaa hahaha bukan boleh tau zaman2 canggih sekarang ni, bahayaaa kalau salah share sikit haha. Yg nak tau cerita lanjut boleh lah pm aku tepi ihiks 😋


Semester 2 aku ni kira agak sibuk sebenarnya, Mula dari 3 minggu latihan sangkutan klinikal (clinical attachment) di HTAR, Klang kemudian nya dalam tempoh 3 minggu tu juga ada proposal submission dan juga defense proposal presentation, lepastuu mulalah TnL secara online yang libatkan 2 minggu untuk setiap rotation. Result semester 1 akuuu juga keluar waktu aku semester 2 ni sebenarnya haha tapi pasal result aku dah sentuh kat entry sebelum sebelum ni jadinya tak sentuh dah la dalam entry kalini haha 😆 Kalau tanya aku, aku rate semester 2 ni tahap susah la jugak ahahaha mungkin sebab background aku sebelum ni kan jadi nak capai tahap Masters tu surely agak mencabar bagi aku. Tambah pula aku antara yang muda dalam servis berbanding rakan2 sekelas yang lain tapi Alhamdulillah depa semua sangat membantuuu bila aku blur ataupun bila antara kami yang blur tak dapat jawab soalan ataupun masa nak siapkan slide presentation tuuu haha 😂 Semester ni jugak emosi memang turun naik laaaa, terutama tiap kali lepas oral case presentation, haha memang koyak dan menangis tu sebati dalam diri orang cakap bila dah masuk belajar Masters ni haha. Rasa kuat macam mana sekali pun mesti akan ada masa rasa down tuuu sampai ehek. Alhamdulillah, aku bersyukur dah lepas fasa tuuuu haha tak sanggup rasa nak ulang semula saat2 ituu 😖

Belum cerita pasal adhoc sesi viva klinikal yang asalnyaaa plan untuk diadakan secara online tiba tiba diubah secara fizikal haha. Tapi Alhamdulillah nasib baik diberitahu sebulan awal sempat jugak la buat persediaan untuk tempat tinggal dan sebagainya bagi yang terlibat kan. Bersyukur jugak berjaya tempuh dua sesi Viva Klinikal seperti yang direncanakan oleh fakulti dan pensyarah buat kami 😎 Bercerita pasal viva, untuk sesi pertama aku jadi pelajar pertamaaaa tauu haha nervous tuuu takyah cerita laa, malam sebelum tu tak berapa boleh tidur, study punn macam dah tak berapa nak masuk otak haha. Untuk sesi kedua tu aku jadi pelajar terakhir, nervous jugakkk laaaa sebab tak boleh expect soalan apa nak keluar ditambah kena kuarantin tanpa boleh pegang phone masa tuu. Pheww.



Apa2pun, aku bersyukur, semuanyaaaa dah berakhir buat masa sekarang ni. Doakan aku dan kawan2 sekelas akuuu berjaya lulus dengan jayanyaaa untuk semester 2 kalini ðŸĪē  Berdasarkan tahap kesusahan semester ni, aku berdoa dan berharap untuk cukup sekadar lulus, itu punnn dah buat aku bersyukur sangat sangat tauuu, jadi please semua yang bacaaa entry niii doakannn kamii hihi terimakasihhh 😘 Aku rasa sampai sini dahulu untuk entry kalini inshaAllah kalau aku rajin lepasni aku cubaaa update entry lagi. Hihi. Aku rasa nak update entry pasal jenjalan lahh pulakk baru rasa semangat sikit nak menaip kannn haha. Oh btww, saat akuuu publish entry ni, Alhamdulillah aku dah masuk semester akhir, semester 3 untuk Master in Clinical Pharmacy aku ni. Doakan jugaaaa kami dapat habiskan semester research ni dengan jayanyaaa dan dapat submit semuanyaa on time, inshaAllah amin amin ðŸĪē

Jumpa lagi di lain entry, bye.

Salam sayang,
Alyaa ❤️

Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Selasa, 29 Mac 2022

Temuduga Sarjana Farmasi UiTM (Interview Master in Pharmacy UiTM)

Assalamualaikum semuaaa, selamat malam 😋 

Berjumpaa lagi kitaaa di entry baruuu haha. Sekarang ni adalah hari Selasa. 29 March 2022. 11.15pm

Ok, aku sebenarnya saja lah bukak blog malam ni sebab macam takda mood nak siapkan kerjaaa (haha please jangan tiru perangai buruk ini 😆), Tiba2 aku macam perasann ada satu draft post yang aku peram agak lamaa. Entry tu bertarik 23 Julai 2021. Haha. Bila baca balik rasa macam oklah, nak publish entry ni jadi marilah kita baca apa yang akuuu tulis waktuuu tuuu. Mungkin boleh jadikan panduan untuk orang lain nanti. Tapi, serius entry ni memang aku rasa aku taip lepas aku dah lepas interview untuk Master rasanyaa haha. Jangan komen lebih sebab idea time waktu tuu saja ada sekarang dah kosong sikit haha 😝

_____________________________________________________
(Entry ditaip pada tarikh yang dinyatakan)

Hi Assalamualaikum semuaaa, 

Waktu aku menaip entry ni, harini bertarikh 23 Julai 2021, hari Jumaat. Kenapa aku kena mention aku taip entry ni pada berapa haribulan? Haha sebabnyaaa aku taktahu lah bila waktu yang sesuai untuk aku publish entry ni. Jadinya sebelum aku terlupa apa benda yang aku nak taip dan nak share dekat sini, baik aku buat sesiap entry ni, nanti dah tiba masanya aku akan update entry ni dan publish sajaaaa hihi. (Buat yang tertanya kenapa nak sambung Masters, nanti inshaAllah entry baru akan menyusul lepas dari entry yang ni, tengok pada kerajinan okay haha)

Jadiii, seperti tajuk yang tertera di atas, dalam entry kalini aku nak share sikit tentang Temuduga Sarjana Farmasi UiTM. Kenapa aku nak share? Sebab sepanjang aku google dan buat carian di internet, sangatlah susahhhh untuk jumpa orang share pengalaman tentang temuduga Master in Pharmacy UiTM ni. Yang ada kebanyakannya adalah tentang Master in Business Administration (MBA) dan juga lain lain. Haha, mungkin yang course Pharmacy ni tak ramai yang nak sambung kan jadinya tak adalah yang nak share tak gituu. Haha, jadinya dah alang alang aku pun ada pengalaman sikit (sikit sajaa nah tak banyak pun 😂)  , maka aku rasa aku share sajalah, mana tau entry ni akan berguna di masa hadapan haha; seperti mana entry Diploma Farmasi aku tuuu. Waktu taip tuu tak sangka pun ramai akan baca haha luls. Ok, sebelum tu, aku disclaimer siap siap nah, apa yang aku taip dalam entry ni adalah berdasarkan pengalaman aku sajaaa tiada kaitan dengan mana mana individu dan juga institusi 😉 Dan aku juga akan cerita sesiap proses nak mohon ke pengajian Pascasiswazah (Postgraduate Studies) UiTM ni, jadi mungkin agak panjang sikit entry ni (Warning awal ya ni haha awas ‼️)

Untuk sambung ke Pascasiswazah (Postgraduate Studies) dengan UiTM, kena lah buat permohonan terlebih dahulu di website IPSis. Tapi, sebelum tuuu kena beli no pin dekat BSN dahuluu ya bernilai RM 50 untuk pengajian siswazah, sama macam no pin yang kita beli masa nak masuk Universiti masa muda muda dulu acece. Macam mana nak beli? Paling mudah di ATM, sangat mudah cuma kena tahu la nak tekan apaa haha senang sajaa, aku pun beli melalui situu sajaa, ataupun di kaunter BSN; cuma aku tak galakkan sangat laaa beli di kaunter sebab ramai lagi yang nak buat urusan melalui kaunter ni jadinyaaaa akan ada ramai orang yang beratur panjang haha melainkan kalau BSN di kawasan rumah hampa tak ramai orang maka boleh lah teruskan niat ituu hihi. Awas ya ‼️ Fikir duluu betul betul samada nak sambung ke tidak belajar ni kalau tidak membazir sajaaa RM 50 kamuu ituu haha 😂 


Kemudian, masuk ja website IPSis tuu dan masukkan no IC dan no pin BSN tuu (resit/slip yang ada no tuuu kena jaga betul betul nah), isi lah maklumat maklumat yang diperlukan seperti yang dikehendaki berserta pilihan kursus yang mahu di sambung. Tapi nasihat aku, baik sediakan dahulu referee report seperti yang diminta disediakan tuu sebelum buat permohonan online. Sebab nanti masa dah masuk untuk isi online tu, memang kena isi juga maklumat referee kita ituu, kiranyaaa kena prepare before hands gituh. Referee report ni apa benda? Referee report ni adalah report/laporan yang perlu disediakan oleh orang lain untuk kita,  kira macam orang ni rekomen la kita untuk layak sambung postgraduate studies tak. Perlukan dua; satu yang wajib yang berlatar belakangkan academician (biasanya orang letak former lecturer waktu zaman Undergraduate) dan juga optional, yang dari industri (rakan sekerja/ majikan terdahulu). Ada borang yang mereka ni kena isi, jangan risau ada disediakan dalam website tu nanti. Alhamdulillah, aku bersyukur former lecturer aku sokong keputusan aku untuk sambung belajar dan sanggup jadii referee akuuu (fuh, memang salah satu petanda dah ni haha)

Selesai segala proses permohonan online tu, terus siapkan yang hardcopy pulak benda benda yang perlu disediakan untuk dihantar kepada fakulti pilihan kita (nanti alamat disediakan jangan risau, make sure tulis betul nah alamat tu), dokumen perlu pengesahan disahkan benar dan hantarlah melalui pos lajuu hehe. Dah pos tuuu jangan lupa track parcel kita nak make sure sampai dan tak tersangkut dekat mana mana (lepas seminggu hantar baru aku buat tauu haha jangan ikut please 🙂)  

Langkah seterusnyaaa tunggulah sehingga dipanggil temudugaa hihi. Macam mana nak tau samada kita kena lalui temuduga ke tidak? Ok, waktu nak isi tu, kalau perasan dekat gambar atas tu kan, ada senarai pilihan kursus kan, dekat situ ada juga dinyatakan samada kursus pilihan kita tu perlu temuduga atau tak. Lama tak nak kena tunggu sebelum kena panggil temuduga? Aku pun tak tau lama mana tapi kalau ikut timeline aku, aku mohon dalam awal bulan 5, dapat panggilan temuduga dalam awal bulan 7, maybe around 1 months jugak la dari tarikh permohonan. Tapi bergantung la, kalau hang mohon dekat dekat dengan tarikh temuduga yang dirancang oleh fakulti, mungkin tak perlu tunggu lama, begituu. 

Ok, seterusnya ayuh sembang pasal temuduga. Perlu ke prepare temuduga untuk sambung belajar ni? Bagi akuu, bergantung pada kemampuan. Kalau rasa kita jenis rilek rilek ja selalu sangat dah hadap interview sebelum sebelum ni mungkin tak perlu lah nak bersedia sangat sebab soalan soalan nak sambung belajar ni tenang tenang saja haha. Tapi kalau hang macam aku yang takpernah kena interview langsung sebelum ni (mind you, masuk kerja kontrak KKM tak perlu interview hokey haha), jadinyaaa aku agak super gelabah sejak dari hari pertama aku tahu yang kursus aku nak masuk ni kena interview ahaks. Masa dah dapat email dari fakulti untuk ditemuduga lagi laaaa tak senang duduk akuu hahaha macam cacing kepanasan, tiduq punn tak lenaa, fuh nasib baik la gap dari tahu kena temuduga hingga tarikh kena temuduga tu dalam seminggu ja kalau tak, lagi lama aku hadap tak cukup tiduq pi kerja ni haha. Kalau tanya aku, memang aku prepare, tapi prepare gitu gitu ja sebab tak sempat noks; aku kena kerja straight seminggu hah minggu sebelum tuu memang carca merba sikit la time ni jadinya aku dah pasrah la nak jadi apa pun jadi lah masa temuduga nanti, prepare setakat yang mampuu saja begituuu.

Alhamdulillah, setelah pelbagai onak dan duri ditempuh, selesai jugaaa proses temuduga akuuu tuu. Takda lah cemerlang sangat, so so sajaaa aku punya interview sebabnya aku masih dalam mood mamai waktu tu (jadual temuduga online macam lari sikit jadi aku sampai terlena sat tunggu giliran haahaha teruk betul perangai kan ðŸĪĢ) Jadi apa soalan yang aku dapat waktu temuduga tuu? (Some of questions ni aku dah expect nak kena tanya tapi masih gagap sis haha kita hanya mampu merancang, bukan? Hihi)

Antara soalan temuduga aku:

1) Perkenalkan diri
2) Your experience sikit tentang your profesion (Ini memang kantoi busuk aku gagap teruk sebab macam taktau nak jawab proper macam mana haha bukan taktau jawapan nyaaa haha 😆) 
3) Financial planning (HLP or self sponsored)
4) Your future planning lepas habis Masters ni
5) My current work status (sebab aku kan kontrak, nanti macam mana nak sambung belajar in term of study leave etc - kena explain bebetul bagi panel faham yee)

Aku rasa itu sajalah kot soalan yang ditanya waktuu tu, tak banyak pun sebab aku ni dah calon yang ke berapa dah kena interview masa tu haha. Cumanya adalah selingan sikit masa interview tu. Agak dukacita, yang kursus aku nak masuk tu, fakulti terpaksa batalkan untuk intake akan datang sebab tak cukup permohonan pelajar yang nak masuk belajar tahun ni. Jadi, aku diberi dua pilihan untuk tukar kursus (aku aim untuk ke Masters in Pharmacy Practice, diberi pilihan untuk tukar ke Masters in Clinical Pharmacy) atau tukar mod pengajian ke Masters by Research. Waktu diminta buat pilihan ni, aku nampak agak rakus la sebab tak sempat tunggu panel explain lebih, aku dah potong cakap (please jangan ikut benda ni, iolls so gelabah masa tu haih ðŸĪ§) kata yang aku nak tukar kursus ja. Niat aku nak sambung Masters ni, aku target memang nak buat kerja kursus (coursework) sajaaa, memang takmau by research lagi atas sebab sebab tertentuu hahaa. 

Fuhh, panjang dah aku rasa entry kalini. Rasanya sampai sini saja kot yang aku nak berkongsi pasal proses permohonan untuk sambung belajar Masters dan proses temuduga Masters Pharmacy UiTM ni haha. Maaf sesangat kalau rasa macam sikit ja share pasal temuduga ni, yang tuu je kee?! Seriuslah ?! Haha yupp macam aku cakap dekat atas sikit jaa pengalaman aku temuduga ni tapi aku nak share jugak la kurang kurang boleh dapat overview macam mana temuduga ni. Lagi pulaaa, interview kalini dibuat secara atas talian sajaaa, mungkin takmau ambil masa yang banyak kot haha. Memang laa tajuk tulis Temuduga Sarjana blabla tapi kang jadi pendek sangat pulak entry ni kalau nak sembang pasal temuduga sajaa hiks. InshaAllah, bila tiba masanya aku akan upload entry ni, doakan aku dapat sambung belajar Masters in Clinical Pharmacy ni dengan jayaaanyaa nah amin ðŸĪē

Salam sayang,
Alyaa ❤️

Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
COPYRIGHT 2011/2012. ALL RIGHT RESERVED BY ALYAA IBRAHIM