Bertemu lagi kita dalam entry yang baruu yey alhamdulillah masih lagi gigih menaip di sini untuk tatapan di masa hadapan 😀Jadi, dalam entry kalini aku akan buat sambungan sikit lagi dari entry yang lepas iaitu mengenai Latihan Sangkutan Komuniti dan Industri akuu yang dah selamat dijalankan pada tahun lepas (2017).
Okay, untuk Latihan Sangkutan Industri juga kami diberi pilihan untuk pilih mana2 saja company yang bersesuaian dengan kursus kami, atau dalam erti kata lain; kami perlu ber latihan sangkutan di syarikat/kilang farmaseutikal (pharmaceutical company) sebolehnyaa lah. Sebab tujuan latihan sangkutan industri ni adalah nak dedahkan kami, para pelajar farmasi terhadap dunia pembuatan uba-ubatan di kilang-kilang di Malaysia ni. Supaya kami boleh tahu dengan lebih jelas dan lihat sendiri segala proses dan gerak kerja di kilang sebabnya secara teorinya kami dah belajar dalam subjek Pharmaceutical Industry sewaktu di semester 6 (latihan sangkutan diadakan pada waktu cuti semester 6).
Namun begitu, kelonggaran diberikan kepada kami sekiranya tak dapat buat latihan sangkutan di sektor farmaseutikal, ialah kan dalam Malaysia ni berapa saja farmaseutikal yang ada, lepastu tak cukup nak menampung jumlah kami yang ramai ni. Belum termasuk ada syarikat yang taknak terima pelajar untuk berlatihan sangkutan di syarikat mereka atas sebab2 tertentu. Jadinya, kami boleh cari mana2 kilang yang ada yang terlibat dengan Good Manufacturing Practice (GMP) macam kilang buat produk herba, tradisional kampung, kosmetik dan lain-lain lagi.
Okayyy, dipendekkan cerita, aku sendiri telah memilih Institut Perubatan dan Pergigian Termaju (IPPT), Bertam, Kepala Batas, Pulau Pinang sebagai tempat untuk aku ber latihan sangkutan selama 6 minggu. Itupun setelah beberapa usaha dilakukan untuk dapat dekat tempat lain, tapi tiada rezeki maka menapak lah aku ke sini. Jujurnya, aku rasa aku buat keputusan yang sangat tepat haha. Pengalaman yang aku dapat dekat sini sangatlah berharga dan tak ternilai. Pengalaman dan ilmu yang dapat dekat sini sebenarnya lebih kepada clinical dan bukan industri (pembuatan) sebab fokus utama penubuhan IPPT ni pun sebenarnya sebagai Clinical Research Centre (CTC). Tempat ni ibarat macam mini hospital, haaa gituu cuma ward ada satu ja dengan jumlah katil lebih kurang 20 buah katil.
(Ehsan: Google) |
Selama 6 minggu berlatihan sangkutan di sini, aku belajar banyak benda, dan juga terokai benda baru dalam bidang Farmasi ni, iaitu Farmasi Nuklear (Nuclear Pharmacy). Tak silap aku, IPPT ni adalah institusi kedua yang menawarkan rawatan farmasi nuklear ni selepas Institut Kanser Negara (IKN). Salah satu cabang farmasi yang menarik minat aku walaupun laluan nak menjadi seorang nuclear pharmacist tu bukanlah semudah yang disangka HAHA. InshaAllah ada rezeki di masa depan, bolehlah ceburkan diri dalam bidang ni inshaAllah dengan izinNya hehe. Okay, mesti tertanya aku buat apa dekat sini kan? 😎 Lepas lapor diri di Pusat Penyelidikan Haiwan (Animal Research Centre), aku dan tiga lagi kawan aku terus bergerak ke Pusat Penyelidikan Klinikal (Clinical Research Centre) di bangunan hadapan IPPT, macam yang boleh nampak dalam gambar tu, itu bangunan CRC, bangunan ARC di belakangnya jauh sikit dari CRC.
Sewaktu berada di unit Farmasi Nuklear berkesempatan berjumpa bersama pesakit bersama pegawai, En Ikhwan |
En Iskandar adalah pegawai farmasi yang bertanggungjawab menjaga kami sepanjang kami ber latihan sangkutan dekat sini. Baik orang nya HAHA. Disebabkan tadi dekat atas aku dah bagitau yang IPPT ni lebih kurang mini hospital kan, jadi unit yang ada pun lebih kurang macam persekitaran hospital, ada Unit Stor, Unit Farmasi Bekalan Wad, Unit Farmasi Bekalan Luar (Farmasi Satelit), Unit Farmasi Nuklear dan juga Unit Farmasi Onkologi. Kami diberikan jadual dan melalui setiap unit farmasi yang ada selama 5 hari kecuali Unit Farmasi Nuklear yang mana bila ada kes baru kami dipanggil pergi. Apa yang best dekat sini? Jujurnyaaa, staff dekat sini semua bebaik, staff nurse yang aku jumpa pun baikk, tegur ramah ja dekat surau hehe, cumanya biasalah bila jadi pelajar berlatihan sangkutan dekat sini, tugas yang dapat dilakukan pun taklah banyak sangat di unit2 yang kecil macam unit farmasi bekalan wad, almaklumlah tadi kan dah kata, ada pun satu wad yang bilangan katil pun hanya 20 hehe 😋 Tetapi di unit macam unit Stor seronok sebab selalu ada makan2 hiks dan juga bila ada indent tu boleh banyak belajar pasal item bukan ubat contohnya drip line, jarum yang ada banyak gauge tu, dan banyak lagi lah nak senarai memang banyak hihi. Di unit Farmasi Satelit pun best sebab dapat bergaul dengan ubat2, acece macam mengimbau zaman2 praktikal diploma dan waktu di OPD Hospital Putrajaya (kalau rajin nanti aku update pasal Hospital Putrajaya k) 😆
Hari terakhir kami di IPPT bersama staff Unit Stor, Abg Izzat dan Kak Yati 😘 |
Dann unit yang paling berdebar nak masuk tapi menyeronokkan adalah di unit Farmasi Onkologi. Hahaha, berdebarnya sebab dengar kawan-kawan yang sebelumnya cerita pasal kena masuk bilik bersih (clean room) untuk buat preparation untuk ubat kemoterapi. Kena buat sendiri hokayyy dengan pemantaun staff dalam bilik tuuu. Alhamdulillah, satu pengalaman baru jugak bagi aku. Dulu masa praktikal diploma, aku dah pernah bantu buat sebenarnya, cuma dah lama tak berapa ingat sangat dan sebelum ni ada orang akan hulur tangan untuk bantu, tapi masa kalini memang sensorang ja buat dengan tangan sendiri saja yang boleh lolos sarung tangan isolator tu HAHA. Memula tu rasa nak menangis jugak la sebab skill memang serius ke laut terus, tapi lama2 rasa seronok bila buat dan kalau boleh nak buat lagi hari2. Over nauuu 😜 Semoga di masa depan adalah rezeki jadi oncologist pharmacist acece gituu HAHAHA inshaAllah sama2 kita doakan amin 🙏
Masa dekat bilik persalinan (changing room) |
Ada lah juga gambar sekeping sebagai kenangan hehe 😇 |
So, apa lagi nak cerita ya? Rasanya macam dah banyakk dan panjang jaa entry kalini HAHA. Bukan selalu rajin buat entry panjang2 gini, tak gitu 😝 Apa2pun, alhamdulillah aku bersyukur sangat sebab module/silibus Farmasi UiTM ni buat latihan sangkutan ni untuk kami sebagai pelajar. Memang lah bila dapat tahu akan ada latihan sangkutan waktu cuti semester rasa macam berat sangat, maklumlah pelajar lain bercuti kami kena pula berlatihan sangkutan AHAHA. Tapi bila dengar cerita dari rakan2 baru dari USM, UKM masa dekat IPPT ni, rasa bersyukur sangat sekurang2nya kami dapat lalui latihan sangkutan aka praktikal ni di dua tempat yang berbeza selain dari hospital. Tapi, yalah belajar degree farmasi ni di mana2 pun okay, semua silibus ada pro and cons yang tersendiri, sebagai pelajar ambik mana yang baik sajalah, yang tak baik letaklah tepii 😄
Farmasi UiTM X Farmasi UKM bersama pegawai farmasi, Puan Nora dan kakak2 PPF yang sporting habis; Kak Aishah, Kak Nad dan Kak Syima |
Sewaktu pensyarah melawat ke IPPT. Bersama En Ikhwan dan Dr Mizaton 😚 |
Baiklahhh, rasanya sampai sini duluuu penutup untuk entry kalini dan juga untuk bulan Februari ni. InshaAllah, kalau rajin lagi lepasni, aku update lagi. Walaupun tiada orang yang nak baca, kurang2 nanti masa kerja kalau aku bosan2, bolehlah baca blog ni balik hehe 😋 Sekian saja dari akuu untuk perkongsian cerita kalini, jumpa lagi di lain entry, bye ! 😘
Alyaa Ibrahim