Selamat menyambut Maulidur Rasul buat semua orang Islam di Malaysia ini..
Maulidur Rasul disambut apabila sampai 12 Rabiulawal setiap tahun..
Maulidur Rasul disambut untuk mengingati keputeraan Nabi Muhammad s.a.w. Baginda telah dilahirkan pada 12 Rabiulawal Tahun Gajah bersamaan 23 April 571M.
Pada tahun ini, tanggal 12 Rabiulawal bersamaan dengan 15 Februari 2011M. Pelbagai acara diadakan untuk memperingati keputeraan baginda Nabi Muhammad s.a.w.
Antaranya perarakan, ceramah, forum dan sebagainya. Rasanya semua umat Islam di Malaysia ini pernah melibatkan diri dalam semua acara ini kan? Besar pahala yang kita dapat apabila kita mengingati junjungan besar kita, Nabi Muhammad s.a.w.
Perarakan..
Ceramah Maulidur Rasul...
Majlis Sambutan Maulidur Rasul..
Pelbagai acara juga telah diaturkan untuk sambutan Maulidur Rasul pada tahun 2011 ini.Sambutan tahun ini akan disempurnakan oleh Yang Dipertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin. Sambutan akan dimulakan dengan perarakan dari Putrajaya hingga ke Masjid Negara. Semua yang terlibat akan berhimpun di Masjid Negara untuk mendengar ceramah. Sambutan Maulidur Rasul peringkat kebangsaan ini biasanya diadakan di Kuala Lumpur. Namun, ada juga di sesetengah tempat yang meraikan juga Maulidur Rasul ini walaupun dalam keadaan yang sederhana.
*Senyum* Nurul masih ingat lagi masa menyertai perarakan sempena Maulidur Rasul semasa di bangku sekolah menengah. Seronok sangat-sangat bila mengenangkannya. Hati kita menjadi tenang setiap kali mengalunkan selawat ke atas junjungan besar kita, Nabi Muhammad s.a.w.
Sekarang, izinkan nurul untuk menceritakan serba sedikit tentang Maulidur Rasul ini.
SEJARAH MAULIDUR RASUL
Menurut sejarah, sambutan Maulidur Rasul telah dimulakan oleh orang Fatimiyah di Mesir dan disambut secara besar-besaran semenjak tahun 969M lagi. Sambutan ini dimulakn dengan pemberian khutbah yang mengingatkan akan kemuliaan Rasulullah dan manisan seperti madu kesukaan Rasulullah diedar-edarkan pada akhir acara.
Walaubagaimanapun, sambutan ini telah diharamkan atas arahan pemerintah buat sementara waktu dan lemudiannya dibenarkan semula oleh pemerintah yang lain. Pada abad ke-7, Maulid kembali disambut secara rasmi di bandar Irbil di bawah pemerintahan seorang Sunni bernama Muzafar Al-Deen Abi Sa'd Kawakbri Ibn Zein Ed-Deen 'Ali- Ibn Tabakatikin. Beliau telah menjadikan hari sambutan Maulid sebagai cuti rasmi agar orang ramai dapat menyambut perayaan yang diadakan sempena dengan tarikh bersejarah ini. Selain itu, beliau juga telah mengarahkan agar ternakan disembelih dan dagingnya dibahagikan kepada orang ramai. Namun, malangnya sambutan Maulidur Rasul ini telah dicemari dengan amalan bidaah. Keadaan ini telah menyebabkan berlaku perselisihan pendapat antara ulama' tentang sambutan Maulidur Rasul ini.
HUKUM SAMBUTAN MAULIDUR RASUL
Seperti yang telah kita maklum, perayaan Maulidur Rasul ini merupakan satu perayaan yang kontroversi. para ulama' berbeza pendapat akan kebolehan perayaan ini. Ada yang membolehkan dan sebaliknya. Kita sebagai masyarakat awan tersepit antara dua pendapat. Yang mana harus kita turuti. Sedangkan kedua-dua belah pihak terdiri daripada ulama-ulama yang hebat dan tidak boleh ditolak lagi kewibawaan mereka.
Okey, dibawah ini merupakan hujah dan dalil yang membolehkan Sambutan Maulidur Rasul. So, harap selepas ini tiada lagi tanda tanya tentang sambutan untuk junjungan besar kita, Nabi Muhammad s.a.w
1) Allah berfirman:
Maka orang-orang yang berfirman kepadanya (Muhammad s.a.w.) memuliakannya, menolongnya dan mengikuti cahaya yang terang yang diturunkan kepadanya (Al-Quran) mereka itulah orang-orang yang beruntung. (Surah Al-Araf: Ayat 57)
Keterangan:
Tujuan maulid diadakan adalah untuk memuliakan Nabi Muhammad s.a.w. Maka perayaan maulid masuk dalam umum ayat tersebut.
2. Firman Allah:
Dan ingatlah mereka dengan hari-hari Allah. (Surah Ibrahim: Ayat 5)
Keterangan:
Al-Baihaqi di dalam “Syakbu Al-Iman” daripada Ubai bin Kaab daripada Nabi s.a.w., sesungguhnya baginda menafsirkan “hari-hari Allah” ialah hari-hari nikmat dan kurniaan Allah. Al-Alusi dalam Ruh Al-Ma’ani menjelaskan lagi dengan katanya “kelahiran Nabi Muhammad s.a.w. merupakan nikmat yang paling besar”.
Sekian sahaja dari nurul untuk entry kali ini.. Diharapkan entry kali ini dimanfaatkan sepenuhnya oleh semua orang dan ingatlah tentang pengorbanan yang dilakukan oleh baginda untuk umatnya.
Akhir kata, Selamat Menyambut Maulidur Rasul buat semua..
Sumber rujukan : Blog [Ayah Aiman]
3 ulasan:
Selamat Menyambut Maulidur Rasul juga :)
btw, vote ainaa dlm contestblogpalingcomel boleh ? toce2 :)
http://maniastory.blogspot.com/
lama dah tak masuk perarakan..huhu
Cik Ainaa Mania: insya-Allah. sya vote nanti.. =)
Azuan: sama la.. huhu..
Catat Ulasan