Isnin, 7 Februari 2011

Kuliah Cinta...

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Kuliah Cinta?

wah.. petang2 ini nak berkuliah tentang cinta pulak..

hehe.. taklah...

rasa-rasanya semua dah tahu yang KULIAH CINTA tu ialah sebuah filem yang dilakonkan oleh 
ERRA FAZIRA  dan YUSRY ABDUL HALIM..

kalau dulu2 kira hebat la filem ini coz menceritakan tentang percintaan antara Erra dan Yusry..

filem ini diakhiri dengan perkahwinan sebenar antara mereka berdua..

wah! memang best and gah la wedding diorang..

kalau tak salah nurul,

wedding diorang tu...

WEDDING OF THE YEAR...

Seronok sangat tengok Erra pakai gaun, cantik aje.. orang nya pun cantik, so kalau pakai apa2 un cantik je kan? (teringin la pulak nak pakai gaun masa wedding nanti.. hahaha)


amacam? cantikkan Erra.. ni masa wedding Erra ngan Yusry masa tahun 2003...


yang ni pulak masa Erra berkahwin buat kali kedua dengan Engku Emran..
sweet je diorang kan? suka sangat tengok.. =)

walaupun jodoh antara Erra dengan Yusry tak panjang, nurul harap diorang masih boleh berkawan antara satu sama lain..

so, Erra dah pun bertemu dengan jodohnya dah sedang berbahagia dengan kehadiran cahaya mata mereka..



ENGKU ALEESYA ENGKU EMRAN

tapi, bagaimana pula dengan Yusry?

nurul harap dan mendoakan agar Yusry cepat2 bertemu jodohnya buat kali kedua..

agak-agaknya berapa umur Yusry? *wonder*

okey then, berbalik kepada cerita asal..

dalam KULIAH CINTA ini, Erra@Jojo telah bersahabat baik dengan Yusry@ Faramy sejak mereka di zaman sekolah menengah lagi..

Jojo menaruh hati kepada Faramy sepanjang perkenalan mereka..

tetapi, seseorang telah menghalang Jojo dan Faramy iaitu Ayu..

-sorry to say that nurul memang tak berapa suka sikit ngan watak Ayu ni.. Gedik semacam je..-

Johan pula muncul untuk bersama dengan Johanna@Jojo..

Konflik berlaku, Faramy mulai jealous dengan hubungan Johan ngan Jojo..

cerita berakhir di saat Jojo akan pergi untuk pertukaran pelajar di Australia..

pada masa tulah, Faramy meluahkan isi hatinya...

The End...

Begitulah serba sedikit ceritanya.. Ceritanya best sebab yela siapa sangka yang dari persahabatan yang baik boleh menimbulkan perasaan sayang dan cinta..

Kawan2 sekalian.
Semua orang mahu diri mereka disayangi dan menyayangi kan?

Begitu juga dengan nurul.. Cuma buat masa sekarang ini, nurul rasa belum masanya untuk nurul disayangi dan menyayangi seseorang.

Nurul masih mencari dan mengintai peluang yang ada untuk masa depan nurul.. 

InsyaAllah, jodoh kita akan sampai pabila tiba masanya..

so, kepada sesiapa yang masih single and available tu, percayalah jodoh kita telah pun ditetapkan..

dan kepada sesiapa yang frust dalam bercinta tu, jangan risau.. mungkin ada hikmahnya, kan?

Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk umat-Nya.

oklah... sekian sahaja daripada nurul..

harap maaf kalau entry kali ini terlalu panjang.. hehe...



LAST BUT NOT LEAST....

TO ALL GUYS OUT THERE...

::BE GENTLEMEN, MAKE THE FIRST STEP::
(takkanlah perigi nak cari timba pulak kan? hehe..)






Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
COPYRIGHT 2011/2012. ALL RIGHT RESERVED BY ALYAA IBRAHIM