Hari ini ingat nak bincang sikit tentang topik ini. Entahlah tiba-tiba pulak rasa macam best je nak cakap pasal ini.
LELAKI HENSEM@KACAK SEBAGAI PASANGAN HIDUP???
Pentingkah lelaki hensem ini sebagai pasangan hidup bagi kaum Hawa di luar sana? Agak-agaknya penting sangat ke? Entahlah, lain orang lain pendapatkan. Ikut pendapat masing-masinglah. Tetapi, bagi nurul, tak penting sangat lelaki hensem ni. Yela, bukan nurul nak mengata dekat kaum Adam ini, tapi berdasarkan apa yang nurul alami dan fahami sepanjang 18 tahun hidup di muka bumi ini, rasa-rasanyalah kebanyakan lelaki hensem@kacak ini susah sikit nak percaya. Nak tahu kenapa? Sebabnya, ialah mereka kan jejaka2 yang hensem, so.. mesti ramai perempuan2 yang kat luar sana nak mengenali mereka dengan lebih "rapat".. You got what I mean right? Tapi, tak semua lelaki hensem@kacak ni macam tu. Nurul pun akui, ada juga lelaki hensem@ kacak ni yang pandai jaga diri dan pasangan nya. Tapi, susah sikit la nak cari. So, kepada wanita-wanita di luar sana yang sudah berpunya, jagalah pasangan masing-masing sebaik mungkin. Terutamanya, yang pasangannya HENSEM sangat. Bukan senang kita nak mencari pasangan yang boleh memahami kita sebaiknya.. Kalau boleh tu, kurangkanlah sedikit sifat CEMBURU yang tak tentu pasal tu. Buat rosakkan hubungan je. Siasat dulu apa yang berlaku, jangan main serang terus. Takut-takut nanti kita yang merana taw..
Lagi satu, kepada sesiapa yang masih dalam pencarian untuk mencari pasangan hidup, dan ada impian untuk bertemu dengan 'Prince Charming', nurul nasihatkan jangan terlalu mengharap untuk berjumpa dengan pasangan yang betul-betul sempurna. Kita hanyalah manusia biasa dan sering akan ada kelemahan pada diri masing-masing. Carilah lelaki yang bukan sahaja baik dari segi paras rupa, tetapi yang boleh menjaga kita di waktu susah dan senang. Dan yang paling penting, BERSYUKURLAH dengan apa sahaja yang ditakdirkan untuk kita. Tak kiralah samada pasangan kita itu, Gemuk, Kurus, Hitam, Putih, Muka Jerawat atau sebagainya.. Percayalah, semua yang ditakdirkan untuk kita itu ada hikmahnya. Dan ingatlah Perempuan yang baik akan mendapat lelaki yang baik dan sebaliknya.
Berbalik kepada isu utama kita, Nurul berpendapat bahawa dalam mencari pasangan hidup ini, tak perlulah kita mencari pasangan yang Hensem sangat. Yela, kalau cari yang hensem, Nurul berani jamin Tahap Kecemburuan Tinggi. Tapi, ini semua hanyalah pendapat Nurul semata-mata. Tak ada kena mengena antara hidup ataupun mati. Nurul juga akui inginkan seorang lelaki yang bertanggungjawab, jujur, memahami nurul dan boleh menerima nurul seadanya. Dan yang paling penting, seorang yang patuh pada agama Islam. Bukanlah nak kata pak ustaz, tapi cukuplah sekadar si dia mampu membimbing kita ke arah jalan yang diredhai Allah. Tapi, Nurul tahu susah untuk mencari lelaki yang betul2 sempurna macam ini. Apa-apa pun kita hanya mampu berserah kepada Allah dalam hal-hal yang macam ini. Allah Maha Mengetahui disebalik kejadian yang ditentukan-Nya.
Setakat ini sahaja yang nurul ingin kupaskan. Kesimpulannya, Yakinlah dengan jodoh yang ditetapkan untuk kita.
Sekian....

0 ulasan:
Catat Ulasan