Jumaat, 25 Februari 2011

MENGAPA KERAP BERTEMU LELAKI YANG SALAH?

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Nak update lagi blog.. Hehe..

Tajuk untuk kali ini ialah:

MENGAPA KERAP BERTEMU LELAKI YANG SALAH?



Pasti sekarang ini ada di antara kita yang tertanya-tanya mengapa seringkali dipertemukan dengan lelaki yang salah? Dan lebih yang menyakitkan hati, kebanyakan lelaki yang datang layak digelar buaya dan lelaki mata keranjang (opps! Terlebih suda..) sedangkan kita benar-benar tulus untuk memberikan cinta serta mengharapkan hubungan terjalin hingga ke tahap yang lebih serius. Sekarang, mari kita baca 5 alasan mengapa kerap bertemu lelaki yang salah..

1. TERLALU TERDESAK

Hidup kita tidak pernah berhenti dari memikirkan soal cinta. Tambahan lagi apabila kita melihat teman-teman lain begitu bahagia bersama pasangan masing-masing. Terdetiklah rasa cemburu dan akhirnya kita membuka ruang dan peluang kepada sesiapa sahaja yang hadir. Tambahan lagi apabila ada yang memanggil kita dengan panggilan sayang. Hati kita mulalah berbunga-bunga. Tanpa berfikir panjang, kita terus menerimanya sebagai kekasih. Hati-hati, ya! Kata-kata memang mudah diucapkan tetapi apabila terlalu mudah berkata-kata ia boleh jadi tidak akan bernilai lagi.

2. TERLALU SUNYI

Kita terlalu sunyi hinggakan hampir seharian masa kita dihabiskan seorang diri. Bukan itu sahaja kita juga kurang berkawan dengan orang dan habiskan masa bersama keluarga. Situasi beginilah yang membuatkan kita  mudah didekati oleh lelaki-lelaki yang tidak bertanggungjawab. Lelaki yang sebegini memang gemar menghimpit gadis-gadis yang suka bersendiri ini kerana lebih mudah untuk dirayu. Tiada gunanya kita terus menyendiri. Hidup ini luas dan penuh dengan keseronokan maka kecapilah ianya dengan mudah.

3. BUAT-BUAT JUAL MAHAL

Kita sering mengatakan yang kita punya prinsip dan tidak akan sesekali membenarkan sesiapapun menyakiti hati kita. Namun itu hanya di mulut sahaja tetapi hakikatnya tidak. Kita menyatakan sedemikian kerana keegoanmu. Kita mahu orang lain melihat kita bagus. Oleh kerana itulah bila lelaki cuba mendekati kita, pada dasarnya kita nampak jual mahal tapi sebenarnya tidak. Malah kita membuka seluas-luas peluang pada lelaki yang datang untuk mendekati kita. Jangan sangka lelaki tidak tahu kerana lelaki memang sudah mahir menilai mana perempuan yang benar-benar jual mahal atau yang buat-buat jual mahal.

4. GAYA SEPERTI MENGGODA

Ada kalanya kita tidak sedar gaya serta jelingan kita yang membuatkan lelaki-lelaki buaya terpanggil untuk mendekati kita. Seperti yang kita sedia maklum, lelaki-lelaki buaya memang tidak akan melepaskan peluang apabila peluang ada di depan mata. Nampak sahaja ada sedikit respons pasti digunakan sebaiknya. Oleh itu, jagalah penampilan kita serta mata apabila memandang seseorang.

5. TERLALU INGIN MENUNJUK

Kita terlalu bercita-cita tinggi dan mengimpikan kekasih yang hebat supaya orang lain memuji serta kagum dengan keupayaan kita memiliki kekasih yang sempurna. Faktor inilah yang ada kalanya boleh merosakkan masa depan kita. Asal datang sahaja lelaki kaya, kita akan terus menerima tanpa menyiasat terlebih dahulu statusnya. Tidak salah mengimpikan kesenangan namun jangan terlalu mengharapkan kesenangan itu datang dari pasangan kita. Carilah kesenangan sendiri supaya ianya berkekalan dan orang akan terus kagum dengan kita kerana usaha yang datang dari kita sendiri..



Okeylah.. Semoga apa yang dikongsi ini dapat digunakan sebaiknya oleh semua orang..

Sekian..



Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
COPYRIGHT 2011/2012. ALL RIGHT RESERVED BY ALYAA IBRAHIM