Ahad, 30 Jun 2013

Piala FA 2013 : Tahniah Kelantan !

Assalamualaikum, selamat petang.


Wahhh, lambatnya update pasal Piala FA ni, kecewa ka Alyaa ? Haha. Idok ler, teman letih benor semalam. Habis game ja terus tidur. Tak fikir pasal benda lain dah, nampak katil saja. Haha. 

So, malas nak panjangkan entry, nampaknya untuk musim ni, Kelantan berjaya mengekalkan piala FA di tempat mereka. Alhamdulillah, tahniah untuk mereka. Tak kecewa ka Alyaa ? Sejujurnya, sedikit kecewalah, TAPI aku tahu ada hikmah disebalik semua ni. Sebab apa? Cuba bayangkan kalau JDT menang, agak2 boleh bayang tak apa yang akan berlaku, apa yang akan hangat diperkatakan ? Hah, aku ni mungkin paraniod sikit tapi itu semua takmustahil akan berlaku SEKIRANYA JDT menang. Boleh bayang sendiri lah macam mana, takpayah aku explain lelebih. Haha



Apa2pun, memang Kelantan tepati jangkaan aku untuk menang lagi kalini. Almaklumlah, mereka ni 'orang lama', JDT ni masih 'orang baru' lagi. JDT bijak mengawal permainan cumanya masih belum rezeki untuk mereka menjaringkan gol. Dan agak sayang, Safee dikeluarkan awal dalam perlawanan semalam. Aku pun taktahu apa motif nya dia dikeluarkan awal semalam. HAHA

So, sekali lagi TAHNIAH untuk Kelantan , The Red Warriors atas kejayaan mengekalkan Piala FA untuk musim 2013 ini. Semestinya mereka tidak mengecewakan ribuan peminat mereka dari seluruh pelusuk negeri terutamanya Pantai Timur. Kepada JDT, cuba lagi untuk musim akan datang. Jangan mudah mengalah kerana anda masih baru lagi. Dan semestinya sebagai penyokong, kami percaya kepada kekuatan anda, #LuaskanKuasamuJohor ! 

p/s : Nampaknya ERAFm terpaksa akur dengan kekalahan ini lantas kena memainkan lagu lagu dari Kelantan dari 6 pagi hingga 10 pagi. Haha. Itulah, main cabar lagi dengan THR Gegar. Kihkih


Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
COPYRIGHT 2011/2012. ALL RIGHT RESERVED BY ALYAA IBRAHIM