Waaaaah, lama kan rasanya tak cerita pasal The Apperentice Asia kat blog ni. Almaklumlah, sibuk katakan. Balik petang, awal malam lepas Maghrib tu memang rasa sayup2 nak tiduq dah. Haha. Tapi, sebab rasa nak tengok sesangat harini, aku gagahkan diri untuk tengok jugak. Kihkih
Dan akhirnyaaaaa, setelah Nik melangkah keluar dari Team Apex minggu lalu, nampaknya kemenagan berpihak kepada mereka untuk minggu ni. Yeayy ! Tahniah3. Entah kenapa aku suka benar dengan Team Apex ni. Aku pun taktau kenapa, padahal Apprentice yang aku takberapa suka iaitu Celina ada di situ tapi aku still support group ni. Kahkah.
So, minggu ni tugasan mereka ada lah untuk menyediakan hospitaliti untuk pelanggan VIP yang datang ke Hilton Kuala Lumpur. Mereka kena sediakan servis bilik dan housekeeping. Untuk team Apex, Sam dan Alex bertanggungjawab untuk kedua dua tugasan ni. Apa yang boleh aku simpulkan, kedua2 mereka sangatlah bagus dalam menyelesaikan peranan mereka WALAUPUN Sam agak sopan santun dan berhati hati buat kerja walaupun terus didesak oleh Alex. Haha. Kelakar jugak tengok Sam lap satu satu ni. Kehkeh. Untuk team Mavericks, Nazril dan Dian bertanggungjawab untuk peranan ni.
Untuk penyambut tetamu, untuk Team Apex, Celina jadi penyambut tetamu, untuk Team Mavericks Jonathan dan Andrea. Part ni paling tak syok pasai Celina sebab dia selalu sibuk nak call Sam dengan Alex. Memang bila tengok pun rasa rimas ooo. Aku yang tengok rasa menyampah, HAHA. Kat yang jadi pemerhati masa tu pun siap comment kata Celina senyum tak ikhlas. Muehehe. Pandai Kat observe nuh. Untuk team Mavericks, penyambut tetamu mereka kena banyakkk sangat bersabar sebab pelanggan mengeluh terlalu ketara. Mereka sediakan bilik lambat sangat, mana tak mengeluh, dah la tetamu VIP kan. Haha
Dan untuk penyingkiran, sama sekali aku tak sangka yang Nash a.k.a Nazril akan tersingkir untuk minggu ini. Wuawua, frust jugak sebenarnya tapi dah memang jelas itu salah dan silap Nash, jadinya kenalah terima akibatnya, bukan. Tapi sayangnyaa, semua calon2 dari Malaysia dah terkeluarrrrr. :( Takpelah, dah takada rezeki kan. Macam biasa, bila masuk bilik mesyuarat, mestilah kena bertengkar mulut bagai kan, sampailah Tony berkata :-
I'm enough hearing all this. Therefore, Nash ! You're fired !
Alasan yang diberikan oleh Tony sangat mudah. Nash banyak melakukan kesilapan sejak dari tugasan yang pertama dan dia takmau perintisnya kerap melakukan kesilapan. Hmm. dah nama manusia bukan, silap dan salah tu memang kawan karib lah. Haha
So, sampai sini dulu bebelan aku. Sudah mau berehat dan lena. Masih berbaki dua hari untuk minggu ni. Haha. Aku lupa nak buat post pasal minggu ke 3 kan. Esok , okayyy ? *janji3*
p/s: Test oral dan written dah habissss pagi dengan petang tadi. Yeayyyy ! :)
0 ulasan:
Catat Ulasan