Ahad, 23 Jun 2013

Jerebu oh Jerebu

Assalamualaikum, selamat petang.


Jerebu, oh jerebu. Sememangnya namamu sungguh popular kala ni. Sana sini menyebut namamu, menyerumu, memanggilmu, memarahimu. Oh, sungguh hebat kamu wahai jerebu. Sampaikan di twitter, facebook, instagram malahan blog menceritakan mengenaimu. Mengalahkan artis popular gituu. Hai la jerebu, kenapalah engkau dah merebak sampai Malaysia sekarang ? Kami di sini tidak memerlukanmu wahai jerebu. Kami aman damai di sini dengan udara yang segar bugar sebelum ini.

Oh okay, cukuplah sandiwara aku dekat atas. Haha. Spesial tak spesial jerebu ni, aku boleh menaip puisi hah. Hah, puisi la sangat kan. So, apa khabar semua harini? Macam mana keadaan cuaca dan jerebu di tempat anda semua? Penang setakat ni alhamdulillah, masih okay dan masih maintain seperti sedia kala. Bersyukur hendaknya. Ya, harini memang tidak ku nafikan yang berita mengenai jerebu ni tersebar luas ke sana sini. Dari gambar2 yang aku dapat dan lihat boleh dikatakan di kebanyakan tempat sekarang ni, jerebu semakin menebal. Allah, semoga semuanya baikbaik saja hendaknya. Moga Kau sentiasa melindungi mereka2 yang terlibat, Ya Allah. 


Jarak penglihatan semasa memandu memang agak terhad jugaklah ketika jerebu melanda ni sebab susah nak nampak kereta kereta dekat depan. Jerebu ni sebenarnya boleh jadi salah satu punca berlakunya kemalangan. Semoga kita semua dijauhkan dari perkara2 ini hendaknya. Amin. Aku bersyukur sebab jerebu taksampai Penang lagi dan harap2nya taksampailah sebabnya confirm nanti susah nak drive. Dah la kereta dekat jalan tu pun boleh kira banyaknya hah.

Dan, aku juga ada mendengar berita bahawa Kawasan Muar dan Ledang di Johor telah pun diisytiharkan darurat kerana jerebu yang melanda di kawasan sana melebihi API 750 pada pukul 7 pagi tadi. SubhanaAllah, memang di tahap yang sangat tidak sihat kalau dah sampai 700++ ni. Moga rakyat Johor dan rakan2 aku yang sedang menetap mahupun belajar di sana sentiasa menjaga diri kalian dan janganlah keluar rumah kalau tiada perkara yang mustahak. Banyakkan minum air dan pakai mask masa nak keluar rumah. Juga berhati2 semasa memandu. Ayuh kita doakan semoga mereka baik2 saja. 

Jerebu di kawasan Shah Alam, KL, Seremban dan sekitarnya juga boleh tahan teruk aku dengar tadi. Kawan2 yang disana, tolong3 jaga diri okey. Member aku dah ada yang sesak nafas, batuk2 dah ni. Risau pulak aku mendengarnya. Begitu juga di mana2 kawasan yang dilanda jerebu seperti Terengganu dan Kelantan yang dengar khabarnya jerebu dah sampai kesana. 

Dan, waktu ini, sebaiknya sama2lah kita mendoakan agar Allah turunkan hujan untuk mengurangkan masalah jerebu yang melanda Malaysia ni. Ingat, jangan salahkan mana2 pihak akibat jerebu ini, kerana sesungguhnya ini adalah sebahagian dari ujian Allah untuk kita hadapinya. Sama2lah kita panjatkan doa agar masalah jerebu ini dapat diselesaikan dengan secepatnya. 

p/s: [ Gambar ehsan dari uncle Google]

Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

1 ulasan:

Kacira berkata...

harap2 semuanya baik2 je..
btw salam perkenalan :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
COPYRIGHT 2011/2012. ALL RIGHT RESERVED BY ALYAA IBRAHIM