Assalamualaikum, selamat malam
Hai, siapa yang tengok perlawanan pukul 8.45 malam tadi antara Pahang Darul Makmur dengan Johor Darul Takzim? Oh, aku semestinya tengok perlawanan yang dinantikan nantikan ini setelah timbul kekecohan pada hari yang mana sepatutnya berlawanan berlangung tapi telah ditunda pada hari ini. Haha.
Nak salahkan mana mana pihak pun tak boleh. Lagipun, aku nak kata lelebih pun bukan aku yang berada di stadium pada malam tu. Jadi hanya mereka yang ada di sana saja tahu apa yang berlaku dan hanya Allah saja tahu siapa salah, siapa betul.
Apa2pun, perlawanan dah pun tamat sebentar tadi. Walaupun separuh masa pertama agak mencemaskan, dengan Pahang muncul memberi 2 jaringan gol dan JDT ketinggalan tanpa satu pun jaringan gol. Akhirnya, pada separuh masa kedua, JDT bangkit dan menjaringkan satu gol untuk menjadikan perlawanan terikat kepada aggregat 2-2. Sampai akhir perlawanan, keputusan diumumkan bahawa JDT layak ke final setelah kelebihan gol di tempat lawan.
So, tahniah Johor Darul Takzim ! I'm soooo proud of youu walaupun tadi aku macam merajuk sikit time separuh masa pertama. Haha. Padahal badan tengah letih, mengantuk penat apa semua. Tengok game macam mengejutkan juga tadi. Dalam hati, still menaruh harapan agar JDT menang. Aceceh. Haha
Kepada Pahang, you've done yr best. Kalah menang adat pertandingan kan. Aku tau member2 aku ramai sokong Pahang kat Twitter tu. Tapi aku buat dunno je bila memasing nak kata JDT main kotor lah , pengadil bias la itulah inilah. Hah, memacam lagi. Ibarat rumah dah siap, pahat masih berbunyi.
Maaf kalau ada yang terasa dengan aku. Selamat malam. (: Tahniah sekali lagi JDT. Semoga berjaya berjumpa dengan Kelantan nanti. ^__^
0 ulasan:
Catat Ulasan