Thursday, May 31, 2012

Sayang, Cinta dan Sahabat . :)


Aku memang sayangkan engkau,
mana mungkin untuk aku menipu diri aku,
setiap kali aku berhadapan dengan engkau,
namun aku sedar, aku bukan sesiapa untukmu,
dan aku juga rasa aku takperlu untuk menjadi sesiapa yang untuk bersamamu.

Aku hanya perlu untuk menjadi diri sendiri,
walaupun sukar namun aku gagahkan.
Aku bukan sesiapa pun,
hanya seorang gadis biasa yang dambakan kebahagiaan,
tapi bukan hanya engkau saja yang mampu beriku kebahagiaan,
kerana aku tahu masih ramai lagi yang mampu bahagiakan aku.

Aku bersyukur kerana Allah S.W.T masih sayangkan aku.
masih menerima hambaNya yang lemah ini.
Sayang aku kepadamu tak akan lebih,
dari sayangku kepadaNya,
kerana Dia telah banyak menolong aku kala susah dan senang

Makin lama aku makin sedar,
aku bukan sayangkan kau,
cuma aku rasa selesa tiap kali kita bersama,
bergurau senda dan bergelak ketawa,
berasa selesa di sisi, bagi aku,
bukanlah bermaksud cinta atau sayang,
cuma aku senang engkau berada di sisi
hanya sebagai seorang SAHABAT. :)

#google#

Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

1 comments:

Dieyna said...

carilah sahabat sejati, kerana anda takkan sunyi...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
COPYRIGHT 2011/2012. ALL RIGHT RESERVED BY NURUL ALYAA