Assalamualaikum selamat malam
Daripada Abu Ayub r.a. bahawa Rasulullah SAW. bersabda, Sesiapa yang berpuasa di bulan Ramadhan, kemudian mengiringinya dengan puasa sunat enam hari di bulan Syawal, pahalanya seperti berpuasa setahun. (Hadis Riwayat Muslim)
Alhamdulillah, harini dah 11 Syawal 1435H, hari Khamis. Syukur, aku berpeluang untuk mengerjakan puasa sunat 6 bulan Syawal harini. Sebenarnya baru mula harini, haha. Orang lain dah nak habis kan puasa 6, aku baru nak bermula. Takpalah, asalkan ada niat nak habiskan puasa 6 bulan Syawal tahun ni, moga Allah permudahkan, amin ;)
Ok, dalam entry ni aku nak bercerita sikit pasal puasa sunat bulan Syawal atau bahasa pasar orang sebut puasa 6. Kiranya selepas sebulan berpuasa di bulan Ramadhan, kita teruskan puasa 6 di bulan Syawal, dan insyaAllah besar ganjaran pahala yang menanti kita, yang mana diibaratkan seperti setahun kita berpuasa. Siapa yang tak mahu bukan? Sungguh, Islam itu indah
Aku baru start harini, maknanya aku masih berbaki 5 hari. InsyaAllah, rancangnya nak habiskan dalam minggu depan terus 5 hari. Kenapa tak sambung esok dan seterusnya? Sebabnya aku punya tugasan dan kerja yang perlu dilaksanakan. Jangan risau, tak dinyatakan pun untuk kita puasa berturut-turut 6 hari dan para ulama' pun sudah sepakat yang puasa 6 hari bulan Syawal ni dilakukan secara terputus (tidak berturut-turut). Sebenarnya, lebih afdal dilakukan antara 2 Syawal hingga 7 Syawal. Tapi, almaklumlah terleka dengan program hari raya, jadinya sekarang baru berkesempatan, hihi.
Oh sedikit tambahan, amalan sunat yang kita kerjakan saban hari ni adalah untuk menampung kecacatan atau kecelaan kepada amalan fardhu kita, dan semoga segala amalan kita diterima olehNya, amin. Sebagai penutup entry yang ringkas malam ni, aku menyeru dan menyarankan rakan-rakan seagama dengan aku untuk turut serta dalam mengerjakan puasa sunat 6 hari bulan Syawal ini, semoga kita dapat sama2 kumpul pahala selagi boleh. =)
Credit- *Kedua-dua gambar ihsan dari Mr Google* |
Sumber bacaan : SINI
0 ulasan:
Catat Ulasan