Monday, May 7, 2012

Kuatkan Semangat Wahai Sahabat. T__T

Aku pun taktahu lah macam mana nak aku mulakan entry ni kerana saat aku menaip ni, hati aku masih rasa sebak lagi. Sedih itu mesti, tapi aku tahan. Aku kena kuat, untuk beri semangat kepada sahabat aku. Untuk makluman, ibu kepada ex-housemate aku semasa sem 2 dulu iaitu Nurfarahin Malik telah pergi menemui PenciptaNya pada pagi tadi sekitar jam 3.38 pagi tadi. Sebenarnya, aku tak tahu exact waktu arwah ibunya menghembuskan nafasnya yang terakhir kerana sekitar jam 3.41 pagi, Farah ada menghubungi aku untuk memaklumankan berita sedih ni dan katanya ibunya baru saja meninggal. Jadi, aku assume around waktu2 tu jugak. SubhanaAllah, sungguh ku tidak menduga. Cepat benar rasanya. Sesungguhnya inilah kuasa Allah. Yang menghidupkan dan yang mematikan. 

#google#
Berita yang ibunya dimasukkan ke CCU [Critical Care Unit] baru sahaja aku maklumkan kepada rakan2 sekitar jam 5 petang hari Ahad setelah pagi Ahad itu aku mendapat SMS dari Farah menyatakan yang ibunya berada di CCU. Sebenarnya, aku pernah tahu tentang kisah sakit yang dihadapi ibunya sebelum ni sebab dia selalu jugak bercerita dekat aku masa dalam bilik, ataupun masa dia rasa pilu sangat bila takdapat balik N9. Banyak juga yang dia mengadukan, aku mendengar dengan penuh tekun sebab aku memang boleh jadi pendengar yang setia. Aku faham keadaan dia. Pernahh suatu hari, kakak dia call maklumkan yang ibunya masuk hospital. Dia mintak pendapat samada hendak pulang atau tak. Aku nasihatkan sebaik mungkin kerana kalau tak salah, waktu itu kami akan menghadapi minggu yang sukar yang penuh dengan quiz dan test. Alhamdulillah, setelah beberapa panggilan dibuat, ayahnya menyarankan untuk tidak pulang pada waktu itu. Aku tahu masa tu dia risau sangat, tapi dia still nampak cool.

Mulamula aku dapat berita yang arwah ibunya ditempatkan di ICU oleh salah seorang rakan baiknya, Liyana Nabilah , kalau taksalah hari Jumaat malam. Lepastu, dlm pukul 1 pagi(kiranya dh masuk hari Sabtu), aku mesej tanyakan keadaan her mum macam mana. Lama gak tak reply, sampailah malam tu barulah dia call dan kitaorang borak sama2 pasal condition mak dia. Tapi, takpayah aku bagitau ye condition mak dia sebelum ni. Huhu.

bertudung hitam itulah Farah. sentiasa senyum selagi mampu.
Dan pagi tadi, masa aku tengok khusyuk baca novel, tiba2 phone bunyi. Aku pelik. Siapa call pagi2 macam ni. Bila tengok nama Farah, terus aku angkat tak fikir panjang. Masa dia bagitau tu, nak luruh rasa handphone dari tangan ni. Ya Allah, kuatkanlah sahabatku ini untuk menerima cubaanMu ini. Aku tahu ini merupakan antara ujian terbesar dalam hidupnya, Ya Allah. Ringankanlah beban keluarga mereka Ya Allah. Engkau tempatkanlah arwah ibunya dalam kalangan orang yang beriman dan soleh. Al-Fatihah.. :'(

p/s: masih terngiang2 lagi di telinga aku soalan yang farah pernah tanya dekat aku masa kami sembang haritu. aku harap kau bersedia farah. ibumu dah cukup menderita. biarlah ibumu tenang di sana pulak. sama2 kita doakan semoga arwah dicucuri rahmatNya dan marilah sama2 kita sedekahkan al-Fatihah untuk roh ibunya. Al-Fatihah.. :'(

Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

3 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
COPYRIGHT 2011/2012. ALL RIGHT RESERVED BY ALYAA IBRAHIM