Memaparkan catatan dengan label asasi UIA. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label asasi UIA. Papar semua catatan

Isnin, 7 Mei 2012

...Kisah Aku dan UPU...

Assalamualaikumm semuaa..

Aish, tibatiba pulak terasa nak buat entry pasai Kisah Aku dan UPU ni. Haha. Mungkin sebab tak lama lagi result UPU untuk budakbudak SPM ni nak keluar kan. So, aku pun terasa la nak kongsi kisah aku yang berlaku kirakira setahun lalu. *kejapnya masa berlalu* Setahun dulu, aku masih terlalu muda  untuk buat keputusan sebegini. Dan sekarang, aku yakin yang keputusan untuk ambik Diploma Farmasi tak salah. :) So, silalah baca kisah aku di bawah ini yang dikarang dengan spontannya..

----------------------------------------------------------------------------

Hari tu, 6 Mei 2011 *taklupatarikhkeramat tuu* , aku dengan gigihnya nak buat semakan, walaupun masa tu jantung rasa macam nak luruh ja nak tau dapat mana kan. Err. Nak buat macam mana, result SPM tak sehebat orang lain kan. Haha. So, dengan semangatnya aku pun buatlah semakan setelah memasukkan no IC dan sebagainyaa. Bila terpapar ja keputusan UPU tu, aku jadi TERGAMAM. Sebabnya aku dapat kod kursus E2060-Diploma Farmasi UiTM. Aku masa tu rasa nak rebah ja bila dapat tau. Mulamula of course aku seronok sebab dapat universiti kan. Tapi, bila tengok Diploma tu, aku jadi lemah. Entah, aku sendiri pun taktau kenapa. Masa tu jugak, abah aku call tanya dapat apa, padahal abah aku dah tau dah aku dapat Diploma Farmasi kan. Aku dengan lemahnya,sambil tahan air mata dari mengalir, katalah dapat Diploma Farmasi kat UiTM. Abah kemain seronok tau bila aku dapat ni sebabnya abah aku yang beriya sangatsangat nak aku masuk Diploma Farmasi ni. Masa isi UPU pun, abah yang suruh letak diploma ni, sebab kalau tengok balik aku punya permohonan dulu, mostly aku letak ASASI tau. Alihalih boleh kena dekat DIPLOMA. Masa tu, pasrah tak terkata dah ni. Takpalah terima hakikat la, rezeki aku untuk diploma dulu.

Lepastu, aku online FB, bukak group ex-schoolmate aku dulu, diorang tanya dapat mana, dapat mana. Masa tu, lagilah rasa down sebab daripada banyakbanyak comment, sorang pun tak kata dapat DIPLOMA FARMASI. Aku masa tu dah rasa taktahan dah ni air mata. Comment2 yang aku baca semuanya kata diorang dapat ASASI. Asasi UiTM la, Asasi UM la, Asasi UIA la. See, kalau korang la ada kat tempat aku masa tu, macam mana perasaan korang. Seriuslyy cakap memang down sangatsangat. Taklama lepastu, mak call. Err, masa ni memang taktahan dah. Habis menangis bagai dekat mak. Kata sedih la takdapat asasi, itu la ini lah. Haha, sabar ja mak dengar aku mengadu. Okey, macam dah panjang pulak. So, end up abah balik, abah pujuk aku. Abah kata mungkin ni rezeki aku yang sepatutnya. Lagipun, bukan ka akak nak masuk farmasi. Kata abah aku. Betul jugak apa yang abah aku cakap tu. Sejak dari tingkatan 4 lagi aku dah beralih minat ke farmasi. Dan aku dapat rasakan farmasi adalah bidang yang terbaik buat aku. Panjang jugak masa yang aku ambik untuk buat keputusan. Dan makin lama, aku makin dapat terima kenyataan itu. Kenyataan yang menyatakan bahawa aku memang sepatutnya diletakkan dalam kalangan pelajarpelajar farmasi.


Jadi, keputusan dibuat dan masa aku bagitau mak dan abah, mereka sangat seronok. Masa tu, aku rasa memang.. memang inilah salah satu perkara yang boleh buat mak dengan abah aku gembira. Lagipun rasanya lebih berkat kalau aku ikut nasihat abah aku. Dengan gigihnya, satu hari tu aku update status kat FB setelah orang tertanya-tanya kemana aku nak sambung belajaq. Tak percaya, meh tengok printscreen yang aku buat ni. Hihi.

berguna jugak pakai timeline FB ni. :)
Jadi, starting tu, aku pun buat preparation bagai. Tempoh yang dibagi pulak tak lama untuk buat penerimaan, buat bayaran. semakan, cetakan bagai. Medical checkup tak kira lagi tuu. Fuhh. Memang kelam kabut jugak lah time tuu. Tapi, alhamdulillah.. Semuanya selesai pada waktunya. Dan Allah Maha Besar, memang tak terjangka yang akan ada sorang juga member a.k.a sahabat aku dari kelas 5D dulu yang accept offer yang sama macam aku. Masa tu, memang rasa terharu sangatsangat. Iyelah, lama kot aku lost contact dengan dia. Last2, dia bagitau dia dapat sama aku. Itupun dia yang contact aku. Katanya dapat no aku dari majalah sekolah. Haha. Thanks majalah sekolah. ^__^  Bila dah dapat tau, masa tu bertambah semangat nak masuk UiTM sebab dah lamaa sangat takjumpa sahabat tuu. Serius, rindu masa tuu. Saat2 akhir nak SPM, kitaorang jadi baik, rapat. Annual dinner pun sekali. Sumpah best! <3 *ok,dah lari tajuk.haha*

Dan alhamdulillah, sampai sekarang setelah setahun, aku mampu untuk jadi diri aku sekarang ini. InsyaAllah, tinggal lagi 2 tahun untuk habiskan belajar. Setahun belajar di UiTM, setahun berpraktikal di Hospital. :)

----------------------------------------------------------------------------

Haha. Rasa macam panjang pulak kisah ni. Tapi takpalah. Selagi boleh, aku ingin taip semua kat sini supaya kenangan2 yang ada pada aku masih boleh dibaca suatu hari nanti. Manalah tahu tiba2 hilang ingatan ka, apa ka. Hidup ni kita tak dapat jangka kan? Hihi. So, sampai sini dululah aku merapu meraban. Silalah baca ye kalau rajin. Haha. :) Babai..

p/s: ini auto-publish entry. :)


Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Sabtu, 7 April 2012

Pilihan Antara UPU, Matrikulasi KPM atau Form 6.

Assalamualaikum semuaa..

Okeylah, kali ni Alyaa nak buat entry yang serius sikit. Dan amaran awal, entry ni mungkin PANJANG dari biasa. Jadi, meh kita mulakan. Rasanya every year akan ada ja yang nak debatkan hal ini. Well, tujuan Alyaa buat entry dan post ni bukanlah nak berdebat atau nak menangkan yang mana2. Cuma, apa yang Alyaa nak sampaikan ini berdasarkan pengalaman sendiri dan juga beberapa pendapat daripada rakan2 yang mengalaminya serta hasil carian Alyaa sendiri di Google. Sesungguhnya pakcik Google banyak membantu Alyaa dalam membuat entry ini. Sebenarnya, Alyaa berani mati ja buat entry ni sebab sahih2 lepas ni mesti yang akan condemn punya. Tapi, sukacita dimaklumkan yang Alyaa tak memenangkan mana2 pihak or salahkan sapa2. Dan entry ini sangatlah umummm.. 

Sumber: Google Images

So, berbalik kepada tajuk asal entry kali ini. Pilihan Antara UPU, Matrikulasi atau Form 6. Disebabkan Alyaa ni bukanlah orang yang pandai nak describe semua ini secara detail, jadi Alyaa ingat nak share maklumat yang Alyaa dapat dari TheOtherKhairul untuk korang semua. Rasanya daripada sini korang mampu nak paham serba sedikit. Pape pun, Alyaa nak maklumkan yg IPTA/UPU ni boleh dipecahkan kepada Diploma dan juga Asasi/Foundation. Kat bawah ni, pro dan contra untuk setiap satunya.. 

Matrix

Under kerajaan - Tak perlu bayar. Siap dapat elaun lagi. (Pro)

Nak masuk susah (Contra)
Cepat tamat pengajian - Terus masuk degree. (Pro)
Subject yang compact dan pembelajaran yang laju (Contra)
Kurang praktikal (Contra)
Perlukan result yang gempak. Or else, akan di tendang. (Contra)
Matrik, korang dapat 3.5 pun belum tentu boleh pergi jauh. (Super Contra)
Lepasan Matrik tak boleh di gunakan untuk dapatkan kerja. (Contra)


Asasi / Foundation

Kalau under IPTS, kena bayar sendiri / Biasiswa. Loan or Pinjaman PTPTN dan MARA mostly not available. (Contra)

Nak masuk susah (Contra)
Cepat tamat pengajian - Terus masuk degree. (Pro)
Kurang praktikal (Contra)
Perlukan result yang gempak. Or else, akan di tendang. (Contra)
Kalau lulus, tempat / course (kos) untuk degree lebih terjamin berbanding Matrik. (Pro)
Sijil Asasi / Foundation tak boleh digunakan untuk dapatkan kerja. (Contra)


Diploma



Masa pembelajaran yang panjang - Mostly 3 hingga 4 tahun. Tapi sambung degree dengan hanya 2 tahun. (Not so contra)
Lebih praktikal dari Asasi dan Matrik dan Form 6 etc. (Pro)
Lebih peluang kerja - Matrik + Ijazah vs Diploma + Ijazah, Diploma + Ijazah akan menang. (Pro)
Ilmu lebih banyak dari Asasi dan Matrik - Diploma, kadang-kadang minor course lagi banyak dari major. (Pro)
Pembelajaran lebih relax. (Pro)
Mungkin melekakan. (Contra)
Diploma boleh di gunakan untuk dapatkan pekerjaan tak seperti Matrik dan Asasi.

Form 6



Tempoh pengajian yang singkat (Pro)
Pembelajaran yang sukar, cepat dan compact. (Contra)
Korang score 4 flat dalam kelas aliran sains, sure korang boleh masuk apa course sains yang korang nak. (Super Pro)
Nak fly ke mana-mana pun tak der hal bila result 3.5 science stream. MARA sure sayang korang. (Super Pro)
STPM adalah peperiksaan yang paling sukar di asia. (Pro? Contra?)
STPM candidates akan sentiasa di dahului berbanding Matrik. (Pro)
STPM science stream, korang dapat pointer dalam 2.75 pun korang mungkin dah boleh kalahkan matrik yang pointer 3.2-3.4 (Pro).


Sebenarnya ada banyakk pilihan lagi macam Sijil, Politeknik, Tahmidi(USIM), Maktab Perguruan, SPA dan lain2 lagi. Tapi, kali ni Alyaa nak fokus yang ni dulu. Untuk yang lain2, insyaAllah Alyaa akan buat untuk entry lain. Untuk yang ini, banyak yang budak2 lepasan SPM peningkan. Tak tahu nak pilih yang mana lah, apalah. Berbagai2 lagi persoalan yang timbul.

Bagi mereka yang pening antara pilihan UPU dan juga Matrikulasi KPM, korang tenung balik apa kebolehan dan minat korang selama ni. Andai kata korang masih rasa kabur2 lagi dengan minat ataupun tak dapat seperti yg kita isi di UPU, jalan yang terbaik adalah pergi ke Matrikulasi. Sekurang-kurangnya di matrikulasi, korang akan nampak ke mana arah minat korang dan aim korang selama ni. Tapi, apa yang Alyaa nak tekankan di sini, fokus betul2 semasa di matrikulasi seandainya kita ingin menebus kembali kesalahan waktu SPM. Alyaa tak kata Alyaa sokong sepenuhnya utk korang masuk Matrik sebabnya korang sendiri boleh tengok kan pro dan contra yg kat atas tu. Dan, sila abaikan perkataan SUSAH BELAJAR semasa di matrikulasi kalau kita dah tekad nak masuk ke sana. Kita ni, nak belajar memang lah susah. Even dari sekolah lagi, mana pernah ada subject yang senang sebab kita ni masih lagi bertatih. Satu contoh Alyaa ambik dari mak saudara sendiri. Dia cakap dia masuk matrik sebab asalnya dia taktau apa minatnya walaupun result SPM dia memang gempak sangatlah. Kat sana, baru dia nampak arah mana yang dia patut pergi. Satu contoh lagi yang rasanya rata2 orang dah tahu, iaitu Fatin Liyana. Fatin Liyana sendiri masuk matrik sebab tak jelas dengan minatnya masa tu. Kalau korang tak kenal sapa Fatin Liyana ni, bolehlah search atau pun direct ke blog dia, http://honeykoyuki.blogspot.com/. Kat situ macam2 pengalaman yang FL ceritakan. Plus, FL pernah masuk paper Rabu lepas. Sape tak kenal lagi, taktahulah. Apa2pun, ianya depends kepada diri sendiri sebenarnya.. Pokok pangkal semua pilihan kita akan berbalik kepada diri kita jugak. 

Lain pulak kes yang kita memang dah minat certain course dan dapat pilihan, sebagai contoh kita minat dalam bidang fisioterapi. Dan rezeki, masa result UPU kita dapat DIPLOMA FISIOTERAPI. Namun, kita terhalang dengan asakan rakan2 yg memperlekehkan diploma dan mengajak ke matrikulasi. Okey, di sini korang kena tekadkan diri dan tetapkan pendirian. Walaupun kita nampak contranya yang mana diploma ni mengambil masa yang lama, tetapi ianya berbaloi kerana kita tahu arah dan minat kita ke mana. So, jalan selamat ialah ke Diploma itu. Apa yang Alyaa perhatikan di comment2 yg Alyaa jumpa, ramai yang risaukan tentang jumlah PTPTN yang perlu dibayar bila ambik diploma + ijazah nanti. Actually, jgn risau. Kalau korang score betul2 waktu sem 1, paling kurang 3.5 >, insyaAllah, korang semua boleh dapat tawaran biasiswa JPA. Alyaa bukan cakap sesedap rasa saja, sebabnya abang Alyaa sendiri dapat biasiswa JPA nih masa Diploma Chemical Engineering. Dan, keputusan dia tepat untuk keluar dari Matrikulasi Perlis dan apply UiTM untuk second intake. Kenapa abang Alyaa pergi Matrik? Macam yang Alyaa kata sebelum ni, abang Alyaa dapat tawaran UiTM untuk first intake. Tapi, tapi berkenan dgn minat nya yg ke arah kimia ni. Sb tu, masuk Matrik. Di sana, dia tak rasa dia boleh carry after 1 sem. So, abah decide malah abah sendiri yang apply kalau taksalah, untuk abang. Sb abah tahu abang minat course2 kimia nih. Alhamdulillah, rezeki milik dia walaupun dia lewat sikit masuk. And now, he's studying in Sarjana Muda Kejuruteraan Kimia (Kimia dan Proses) melalui penerapan semester akhir Diploma UiTM. 

Manakala untuk Asasi/Foundation, kebanyakan pendapat menyatakan bahawa ianya lebih kurang dengan Matrikulasi. Elaun dapat, tempoh pembelajaran singkat, cepat sambung degree dan lain2 lagi. Cuma yang bezanya, asasi ni belajar di Universiti dan peraturan agak longgar. Untuk asasi UiTM, sekarang ni dah pun diperkenalkan sistem baru yang mana Alyaa kurang pasti bila berkuat kuasa sistem ini. Barangkali pada intake yang akan datang. Maklumat ni Alyaa dapat dari kawan Alyaa sendiri yang dah pun tamat asasi UiTM baru2 ni. Dan kebanyakan asasi UiTM ini akan berpusat di UiTM Puncak Alam kecuali untuk Asasi TESL dan Asasi Law. Kalau tak salah, both asasi ni ditempatkan di UiTM Kuantan. Bila dah masuk asasi ni, korang kena betul2 adapt dengan cepat persekitaran di sana. Sebab,  korang tak punya masa untuk homesick bagai ni. Takut effect pulak korang belajar kan. Untuk asasi UIA pula, terlalu banyak jenis asasi jika nak disenaraikan di sini. Korang semua boleh google atau boleh terus ke laman web UIA. Asasi UIA ni unik sikit sebabnya korang boleh tukar course asasi tu semasa sesi taaruf week. Contohnya kawan Alyaa dapat Asasi Engineering and Computer, minat memang minat tapi ayahnya mintak dia tukar dan sekarang dia berada di UIA untuk Asasi Sains Bersekutu kalau tak salah. Same goes dengan kawan Alyaa yang kenal kat Batu Pahat dulu. Masa masuk ditawarkan Asasi Sains Hayat(if xsalah la), alih2 masa contact balik dia bagitau dah tukar ke Asasi Pergigian. Cuma, yang kurang best sikit nak dengar, semasa masuk tu korang kena ada exam ape tah untuk nak tentukan sama ada korang punya asasi setahun, setahun setengah atau dua tahun. Mostly kawan2 Alyaa dapat untuk setahun setengah. Tapi, ada jugak yang bestnya di UIA ni, korang terus diserap masuk ke UIA untuk degree. So, berbaloi lah jugak kan. :) Selain tu, UM juga ada asasi, tapi nak masuknya sangat susah, dan kebanyakannya yang ke sana adalah antara yang the bestlah setakat info yang Alyaa dapat. PASUM adalah nama glamour diorang. Ermm.. Banyak lagi Uni yang sediakan asasi ni, tapi yang ni je Alyaa dapat kongsi. Tapi, kalau rasa2 ada nak tanya asasi di Uni lain, silalah tanya. InsyaAllah, akan dapat dijawab dengan seadanya. 


So, yang terakhir untuk entry kali ini ialah Form 6. Sebenarnya, Alyaa tak berapa ada pengalaman atau cerita sangat tentang Form 6 ni. Tapi, yang pastinya... Kalau korang dapat score masa STPM, insyaAllah dapat masuk U terus. Ini antara apa yang Alyaa search di google lah. Dan waktu pengajian pulak dalam 1 tahun setengah macam tu je. Ermm. Alyaa ada kawan yang ambik Form 6 ni. Tapi, tak berapa nak pasti sebab dah jarang hubungi dia. Kalau korang nak tahu jugak, bolehlah ke blog yg Alyaa cakap kat atas tadi tuu. Baca comment kat entry itu dan korang akan tahu kenapa STPM ni bagus dan baik sebab major kat situ ada pengalaman yang bagus2.

Errr.. Rasanya macam dah terlampau panjang kan entry ni. Biasalah, kalau kita betul2 nak make sure yang kita dah buat the best decision, kenalah berkorban sikit mata tu untuk baca benda2 yang panjang macam ni. Kebanyakan blog atau artikel2 yang ada pun pasal ni, memang panjang2 belaka. Tak percaya? Try search google. Memang berpinar mata2 ni. Haha. Okay, rasanya dah nak stop kat sini. Btw, Alyaa mintakkk maaf sangat2 kalau dalam entry ni ada yang tak memuaskan hati korang. Yela, Alyaa ni pun manusia biasa, mudah berkata2 dan berbicara. Dan, actually memang susah nak puaskan hati semua orang kan? Hihi.. =p

Eh, jap2. Ada lagi sikit. Alyaa just nak ingatkan je yang korang jangan sesekali mudah berputus asa untuk mencari ilmu kerana ilmu ni terlalu luas dan terlalu banyak yang boleh kita terokai. Dan yang penting, jangan lupa Allah. Percaya kepada semua qada dan qadar yang dah ditentukan buat kita. Rezeki setiap dari kita mungkin berbeza2. Semuanya dah tersurat di Loh Mahfuz lagi. 

INGATLAH! SESUNGGUHNYA, ALLAH ITU ADALAH SEBAIK-BAIK PERANCANG. KITA HANYA MAMPU MERANCANG, TAPI ALLAH YANG MENENTUKAN SEMUANYA. :)

Papepun, semoga berjaya Alyaa ucapkan kat korang. Semoga berjaya dalam pilihan masing2. Percaya pada diri dan yakin kepada takdir Allah untuk kita, insyaAllah semuanya akan okey. :)

Sekiannn..

Update: Maaf kalau ada yang tidak setuju dengan entry ini. Entry ni hanyalah berdasarkan pengalaman peribadi aku dan tidak libatkan mana mana pihak. No hard feelings, buat pilihan yang terbaik untuk masa depan anda semua. Orang lain hanya boleh bantu untuk nasihatkan sajaaa hihi. Semoga berjayaa semuaa !!!

Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
COPYRIGHT 2011/2012. ALL RIGHT RESERVED BY ALYAA IBRAHIM