Wednesday, May 23, 2012

Debat Alam Maya !

Assalamualaikum semua. 

Okey, aku tau sekarang ni orang dok kecoh pasal Debat PTPTN tu kan. Haha.. Chill okey? Aku bukannya nak cakap pasal debat PTPTN ni. Aku nak cakap pasal debat jugak, cuma debat tentang isu yang lain. Nak dipendekkan cerita, baru2 ni ada seorang junior aka student lepasan SPM 2011 la kan, post dekat wall group Halatuju Lepasan SPM. Eh sat, jangan tanya kenapa aku boleh tersesat masuk sana okey walaupun aku dah agak lama meninggalkan zaman SPM ni. Haha. Apa yang dia post? Meh tengok apa yang aku print screen kan. 
Dilema yang agak teruk . =='

Lebih kurang begitulah soalan dan luahan perasaan yang dipost di group itu. Aku pulak dah awal2 baca post ni kan tergerak lah jugak hati nak baca dan komen di situ. Tapi kan dalam situasi macam ni, aku kena berhati2 sikit mengeluarkan kata2 sebab sekiranya kata2 itu tajam, aku bukannya nak meredakan permasalah remaja ini malah lebih membebankan kepala otaknya. So, dengan berhati2 aku pun taiplah comment ni :

Banyak juga orang like ! :)

Itulah antara komen yang terawal masuk dekat post tu. Itupun tiga empat kali fikir nak tekan enter. Haha. Bukannya apa, aku ni kadang2 boleh bagi nasihat, cuma kadang2 tu katakata yang aku keluarkan agak berbisa. So, macam orang katalah, berfikir dulu sebelum berkata-kata. Haha. So, lepas banyak kali jugak berbalas komen dengan si empunya post tu, akhirnya dia bersetuju untuk berbincang baik2 dengan parents dia namun dia tetap dengan keputusan untuk ke matrikulasi.

Agak menarik isu ini. Hehe.
Err, mesti korang macam pelik sikit kan, apa kaitan yang aku ceritakan di atas dengan tajuk entry kali ni. Well, sebenarnya post adik ni boleh dikatakan macam Debat Alam Maya ! sebab masing2 tampil dan mengeluarkan pendapat masingmasing. Namun begitu, dalam mengeluarkan kata2 untuk beri nasihat ataupun pendapat, kita harus waspada dengan apa saja yang kita ungkapkan. Sebabnya nanti kesan tu akan dapat kan kita balik. Faham tak maksud aku? Haha. Macam mana boleh jadi debat? Entahlah, nak terangkan macam tak sure macam mana tiba2 post ni boleh jadi isu hebat. Haha. Walaubagaimanapun, admin group ni sendiri setuju yang perbincangan ni menarik dimana kematangan bakal mahasiswa dan mahasiswi dapat dicungkil. Apa yang aku boleh simpulkan di sini, belajar di mana2 pun sama. Tak kiralah samada di IPTA, IPTS, matrikulasi, kolej, politeknik, IPG mahupun Form 6. Semuanya ada kelebihan dan kekurangan masing2. Yang penting, niat kita untuk belajar tu kena kuat. If masuk matrikulasi, asasi dan Form 6 tapi tak perform dengan baik, merana juga masa depan. Aku cakap benda betul ni. Aku dah jumpa ramai orang yang terpaksa repeat balik ambik diploma bila dah gagal dalam jalan pintas ni. Jalan pintas untuk ke degree memang banyak, cuma cara kita nak adapt tu yang bergantung kepada kita. Kawan2 aku yang berjaya pun ramai jugak dalam laluan pintas ni. Sebabtu aku kata, apa2pun berbalik kepada diri kita sendiri. Tanya diri, 'mampukah aku untuk harungi dugaan2 yang lebih berat akan datang?', if hati kata boleh dan proceed saja. Abaikan kata2 orang. Mulut manusia memang akan sentiasa bercakap tak kira masa. 


Nasihat aku kat sini untuk adik2 lepasan SPM 2011, buat pilihan yang betul. Jangan menyesal di kemudian hari dengan keputusan anda. Ingat, halatuju dan masa depan anda , anda yang pilih ! Bukan kami yang ada di sekeliling anda yang tentukan. Kami di sekitar sini hanya mampu memberi nasihat mana yang baik, mana yang tidak. Terutama sekali bila bercakap tentang Form 6. Kalau anda rasa anda boleh, tolonglah proceed sebab sistem sekarang pun dah lain kan. Lebih mudah. Tapi, kalau rasa xmampu, jangan proceed. Banyak lagi cabang yang ada untuk diceburi. 

Oh, aku rasa macam agak panjang entry ni ditaip. Hehe.. Err, sepatutnya dah dipublish awal lagi post ni, tapi sebab sibuk sangat ambik port pasal debat PTPTN kat Twitter tadi, itu yang jadi lambat publish. Haha. Apa2pun, entry ini hanyalah sekadar pandangan aku sebagai seorang mahasiswi di universiti. Tak berpihak kepada mana2 pihak. Sekian. :)

Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

2 comments:

Yuyu Ashari said...

yes, agree gile dengan yg buat post kat grup tu. ramai sgt org perlekehkan matriks ni. n kite rasa jugak, memang dia berani sbb lantang suarakan pndapat dia. salute !

AlyaaIBH said...

@Yuyu Ashari

betul tu. bukan semua orang berani buat macam tu kan. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
COPYRIGHT 2011/2012. ALL RIGHT RESERVED BY NURUL ALYAA