Tuesday, May 29, 2012

Bila isu K-Pop Jadi Sebutan !


Okay, sebelum apa2, sila ketepikan semangat politik anda semua ya. Aku nak bercakap hanya sebagai belia masa kini. Lagipun, kita kan rakyat Malaysia, selagi boleh nak bersuara, tetap nak bersuara walaupun takdak siapa nak mendengar rintihan kita. Betul kan. Erm.. Sekarang ni, boleh dikatakan setiap kali aku bukak facebook, aku akan nampak orang dok share2 pasal isu K-Pop yang buat konsert Masa Himpunan Belia Negara 2012 di Putrajaya hari tu dan pakat-pakat nak menyalahkan Perdana Menteri Malaysia sendiri sebab benarkan artis Korea ni masuk Malaysia dan buat konsert. Lepas tu mula nak sabitkan berkaitan dengan politik bagai, mentang-mentanglah PRU dah dekat kan. Okay stop, aku malas nak bincang isu politik ni sebab ini bukan bidang aku dan aku masih belum layak nak berbicara soalnyaa. 

Cuma apa yang aku nak bagitau kat sini, cuba korang renungkan dan fikir balik kenapa PM kita, jemput artis Korea a.k.a K-Pop ni mai Malaysia dan buat konsert masa HBN haritu. Aku kata macam ni bukan bermakna aku sokong tindakan ini dilakukan sebab aku sendiri tak minat korea. Tapi masalahnyaaa, rakyat Malaysia sendiri especially belia remaja sekarang ramai yang meminati K-Pop ni. Korang tak percaya? Cukuplah hanya buat pemerhatian di sekeliling korang. Paling kurang pun mesti akan ada dua tiga orang yang minat dan fanatik dengan K-Pop ni. Itu baru yang di sekeliling korang, tak masuk lagi di sekitar kawasan korang, di sekitar mukim, kampung, daerah, dan juga negeri korang. Paling-paling busuk pun 100+ orang dalam satu negeri tau. Malaysia pulak ada berapa negeri? 14 negeri kan termasuk Wilayah sekali. Hah, cubalah darab tengok dapat berapa. Lepastu, comparekan dengan belia yang hadir pada masa konsert itu dijalankan. Agak-agak lebih kurang atau lebih banyak lagi bilangannyaa? Wallahualam, sebab aku sendiri tak ambik tau pun pasal semua benda ni. Bukan tak cakna, cumanyaa tak rasa perlu. Aku di Penang dan himpunan tu di Putrajaya. So, perlu ke aku nak sibukkan diri ambik tau pasai semua ni kan. Contoh terdekat la aku bagi kat kampus aku tu hah, berapa ramai yang minat Korea, tanyalah artis mana dan nama, mesti diorang kenal. Tapi kalau tanya aku dan geng3 yang tak minat Korea ni, memang taklah kami nak kenai. 

Tapi aku tau, bukan semua orang yang minat dan fanatik gila-gila dengan Korea ni. Ada ja yang saja suka-suka nak melayan cerita-cerita Korea, artis-artis Korea sebabnyaa nak menutup rasa bosan yang membelenggu di jiwa. Aku tau, lagipun ada ja 3,4 orang kawan aku yang layan saja-saja ja. Ok, lagi satu mengenai pemakaian artis Korea masa konsert tu, ramai yang dok cakap2 belakang. Masalahnyaaa kat negara mereka, memang dah cara pemakaian macam tu, nak buat macam mana. Bila dah mai Malaysia, mestilah diorang ikut style diorang tuu. Cuma bila aku tengok gambar atas tu, memanglah terlampau seksi, kalau biasa2 saja macam orang biasa tengok, mungkin boleh terima lagi. 

Rajin pulak orang yg buat jadual ni. Huhu.


Oh ya, bila aku bukak page bahagian gambar atas tu tadi, ada yang comment:
takpayah tengok kat konsert, kat tepi jalan pun banyak yang pakai macam ni. 

Hah, ayat macam sentap, tapi takboleh dinafikan. Ada jugak kebenarannyaa. Apa2pun, aku dah malas nak bukak cerita pasal benda ni. Penat dah nak bercakap isu yang macam ni bila melibatkan satu2 perkara. Ya, ini mungkin salah satu cara mereka untuk tarik minat belia untuk ke himpunan tu serta nak meningkatkan keyakinan pemerintahan mereka terhadap rakyat tapi bukan begini caranyaa. Bila dah isu macam ni ditimbulkan dan dibesar2kan serta pihak yang terlibat hanya berdiam diri, maka masa depan negara nanti akan tergugat. So, bagi aku hanya Allah saja yang tahu apa yang akan terjadi masa akan datang. Mungkin benar yang dunia ni sudah mahu kiamat. Wallahualam. 


Komen Imam Muda mengenai HBN 2012

p/s: entry kedua pasal Korea lepas entry pasal Running Man tuu. Btw, gambar semua import dari FB.

Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

4 comments:

~~zana@pb~~ said...

Assalammualaikum, akak minat juga K-Pop ni, walau dah tua2 sekadar layan halwa telinga. Namun bg anak2 muda diluar tu, kalau nak minat pun biarlah berpada2. Jgn sampai dressing mereka pun nak diikut. Ada batasan setiap apa yg kita lakukan.

maszull said...

assalamualaikum Nurul...skg semuanya sibuk ngan K-Pop ni...:)

Cinta Misteri said...

As'kum..sory CiM tk mnt k-popop ni. Kt M'sia ada byk bkt2 yg tktau bila diorg nk ketengahkn. Yg brbkt pun susah nk dbw keluar, tp yg kt luar plak sng2 je dbw masuk.

Zie Madini said...

tak pernah minat kpop...hikhik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
COPYRIGHT 2011/2012. ALL RIGHT RESERVED BY NURUL ALYAA