Sabtu, 24 Februari 2018

Latihan Sangkutan Komuniti dan Industri UiTM Farmasi (Community and Industry Attachment UiTM Pharmacy)

Assalamualaikum dan selamat pagi semua !

Wehuuu ~ Alyaa kembalii lagi setelah 10 hari menghilang tak update blog. Haha, macam mana lah nak capai azam 2018 untuk menjadi seorang penulis blog yang tegar 😋 Ok, secara ringkas nya, ada beberapa perkara yang berlaku dalam tempoh 10 hari ni sampai buatkan aku hilang mood, minat, semangat dan kekuatan. Bunyi macam poyo sikit lah, tapi ini memang serius sobs, nampak benda yang berlaku macam kecil di mata orang lain tapi di mata aku sangatlah besar kesannya. InshaAllah ada kekuatan nanti aku taiplah dekat sini nak berkongsi walaupun aku confirm bakal kena gelak dengan kawan2 aku yang baca blog ni HAHA 😂

Alright, basically tujuan entry kalini bukanlah nak cerita apa yang berlaku dalam tempoh 10 hari lepas. Cumanya, aku nak update sikit mengenai Latihan Sangkutan Komuniti dan Industri (Community and Industrial Attachment) yang dah selesai aku laluinya tahun lepas (2017). Dah lama sebenarnya terlintas nak update pasal benda ni tapi itulah asyik bertangguh saja kan 😅 Ini pun gigih jugak nak menaip sebab FB buat throwback last day community attachment tahun lepas dan alang2 junior aku pun, batch Rx14 dah selamat selesaikan attachment mereka kalini, jadi aku pun sesaja nak menaip dekat sini.

Sebelum aku mulakan, maafkan aku andai kata ada bahasa rojak dalam entry kalini. Aku cuba sehabis baik untuk tak campur adukan bahasa, aku cuba okay haha kalau tak mampu capai tahap yang diharapkan, maafkan dakuu 😨 

Baiklah, aku mulakan dulu dengan Latihan Sangkutan Komuniti. Latihan Sangkutan Komuniti ni tujuannya nak dedahkan para pelajar kursus farmasi terhadap cara kerja sebenar di farmasi komuniti (retail pharmacy) atau dalam bahasa mudahnya di kedai-kedai farmasi yang kita selalu nampak dekat signboard kedai XXX Pharmacy, haaa gitulah. Tempoh diberi selama sebulan (4 minggu) dan tempat pilihan untuk latihan sangkutan komuniti ni boleh pilih dimana yang pelajar nak, samada dekat atau jauh dari rumah. Untuk aku, semestinya aku pilih yang dekat di rumah, atas beberapa faktor lah terutamanya nak selalu ada dengan family aku incase ada apa2 yang berlaku kan, acece padahal malas nak sesusah duduk jejauh 😝 Aku pilih untuk ber latihan sangkutan di Siang Pharmacy cawangan Kepala Batas. Dekat sangat dengan rumah aku tapi takdalah dekat sampai jalan kaki tu taklah, masih kena memandu ke sanaa HAHA 🙈 

Alhamdulillah, banyak pengalaman dapat masa dekat sini, dari buat housekeeping sampai bagi ubat dekat pesakit. Cabaran yang paling ketara bila berada di farmasi komuniti ni adalah kemahiran berkomunikasi (communication skill) terutamanya dalam menterjemah medical term/jargon kepada layman terms (bahasa yang mudah difahami) kepada pelanggan/pesakit. Jujurnya, aku tabik kepada farmasis (pharmacist) yang menceburi bidang komuniti farmasi ni. Sangat mencabar bagi aku dan tak semua orang mampu buat. Sebulan aku di sana, macam2 ragam yang aku jumpa dan tengok, kekadang terhibur sendiri bila teringat balik HAHAHA 🙆

Antara salah satu lagi cabaran sebagai ahli farmasi di farmasi komuniti.
Tengok gambar atas ni pun aku rasa nak tergelak haha sebab teringat kalau di farmasi komuniti selalu sangat lah ada pesakit/pelanggan yang akan cari ubat tapi bagi hint macam " Ala, ubat bulat2 tu warna putih, pakcik lupa nama ubat, tapi pakcik ingat kotak dia, rupa ubat dia" Nahhhh, itulah antara lagi cabarannya sebagai farmasis di farmasi komuniti yang aku belajar masa sebulan tuu. Kalau pakcik gini bertuah, dapatlah dikenalpasti oleh farmasis yang berada di situ, kalau tak dukacitanya kebanyakannya tak berani nak jual sebab takut risiko tersalah bagi ubat. Besar kesannya tau kalau farmasis di farmasi komuniti ni tersalah jual ubat dekat pesakit/pelanggan, jadi jalan selamat untuk tak jual dan minta pesakit/pelanggan untuk datang semula dengan nama ubat yang betul ataupun bawak bekas ubat/strip ubat yang dah habis tu. 

Jadi harapnya kalau ada sesiapa yang terlintas membaca entry aku ni, silalah ya, bawa bersama dengan anda nama ubat yang anda makan dan juga kekuatan ubat tu sebab ada ubat yang ada dua kekuatan; macam contoh Atenolol 50mg dan Atenolol 100mg. Lagi baik, bawak terus bekas/strip ubat (macam dalam gambar) yang ada details mengenai nama ubat dan sebagainya tu, alternatifnya kalau taknak, boleh snap gambar simpan dalam galeri gambar atau email, lagi memudahkan. Sekarang kan zaman teknologi, kenalah gunakan sebaiknya hehehe 😊 Cara ni lagi berguna daripada hafal bentuk/warna ubat sebab kadangkala bentuk/warna ubat ni boleh berubah tetapi bahan aktif (active ingredients) yang sama. Jangan lupa tauuu pesanan ni tiap kali nak pergi beli ubat dekat farmasi komuniti tu hehe demi kebaikan semua orang yang terlibat, gituuu 🙏

Di hari terakhir komuniti farmasi 😍
Gambar atas ni, adalah di hari terakhir kami berdua di Siang Pharmacy Kepala Batas 😎 Oh lupa nak bagitau atas tadi, aku ber latihan sangkutan berdua bersama dengan kawan aku, Farhan. Nasib baik lah dia ada, taklah rasa bosan sangat sebab boleh sembang2. HAHAHA, nak main handphone macam tak berapa sesuai sebab ada CCTV yang memerhati gitu. Lagipun rasa tak best lah kan, pergi ber latihan sangkutan ni bawak nama UiTM, mesti kena jaga bebaik tak boleh nak redah saja nanti kesan nya pada junior2 akan datang kalau senior2 sekalian buat perangai. Lebih kurang gitu lah pesanan yang kami dapat dari Puan Ezlina sebelum memulakan latihan sangkutan ni hehe. Oh lagi satu, Mr Ng (tengah) sekarang dah tak kerja di cawangan Kepala Batas ni, dengar cerita haritu masa pergi singgah farmasi, katanya dah pindah ke HQ di Jawi. Sekarang ada farmasis baru di sini.

Salah satu benda baru yang kami pelajari dari Siang Pharmacy ni adalah mengenai supplement (makanan tambahan). Serius, dekat sini banyakkk sangat supplement yang dijual dan semestinya lah boleh dipercayai hehe sebab dalam kategori 'drugstore' kann. InshaAllah, supplement/ vitamin yang dibeli di mana2 farmasi komuniti adalah dijamin selamat. Untuk warga Kepala Batas, Pulau Pinang, aku bolehlah nak rekemenkan Siang Pharmacy ni kalau ada rasa nak beli apa2 supplement/vitamin, cuma itulah kena sediakan duit lahh kan haha. Almaklumlah bila pilihan dah banyak ni, kenalah pilih yang kena dengan poket kita kannn, tak gituu?! 😹

Hari terakhir bersama staff Siang Pharmacy 😘 Terimakasih banyak bantu dan ajar kami 😊
Soooooo, patutkah aku sambung dalam entry ni jugak mengenai latihan sangkutan industri? Sebabbb tetiba aku rasa dalam entry ni dahhh panjang sangat aku membebel dan menaip pasal latihan sangkutan komuniti ni. Ingat nak menaip pendek2 saja, tapi rasa macam dah terpanjang pula, itulah bak kata orang, 'kita hanya mampu merancang' HAHA. Jadinyaaa, setelah difikirkan selama beberapa minit, untuk latihan sangkutan industri punya bahagian, aku akan sambung di entry yang seterusnya pulak, kang jadi panjang berjela sangat hah kalau nak sumbat juga dalam entry kalini hehe 😜 InshaAllah, bahagian kedua perkongsian kalini akan bersambung dalam masa terdekat, jangan risau mood rajin nak menaip tu masa ada. Akan aku gunakan sebaiknya mood ni untuk menaip apa benda yang terlintas di fikiran untuk aku luahkan acece gitu sekali.

Baiklah, sampai sini duluuu untuk perkongsian kalini, terimakasih sudi baca bebelan panjang akuuu dalam entry ni, jumpa lagi di Latihan Sangkutan Komuniti dan Industri Bahagian 2 di entry yang seterusnyaaaaa ! 😘😘😘 

Alyaa Ibrahim 

Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Rabu, 14 Februari 2018

Peperiksaan Kelayakan Mengamal Farmasi..

Assalamualaikum dan selamat pagi !

Hai, bertemu lagi kita sekali lagi. Hehe. Tiba2 terasa macam ada benda nak berkongsi dekat sini harini. Seperti tajuk di atas, aku nak berkongsi cerita pasal Peperiksaan Kelayakan untuk Mengamal Farmasi yang aku dah duduki pada 8 November 2017 yang lalu. Haha, untuk mereka yang bergelar pelajar jurusan farmasi macam aku mesti faham pasal peperiksaan ni kan betapa peritnya persediaan demi satu exam yang berdurasi 3.5 jam :')

Ok, sebenarnya peperiksaan kelayakan ni PENTING untuk aku dan mereka yang bergelar pelajar farmasi ni sebab Lembaga Farmasi Malaysia (LFM) dan tetapkan syarat untuk lulus peperiksaan kelayakan ni sebagai salah satu syarat untuk mendaftar Provisionally Registered Pharmacist (PRP) / Fully Registered Pharmacist (FRP). Ringkasnya, kalau tak lulus peperiksaan ni, tak boleh nak mohon untuk PRP langsung. Tak boleh mohon PRP, tak boleh la nak train jadi pharmacist, tak boleh la nak ada license dan tak laku lah degree kami, haaa lebih kurang gitulah analoginya. Haha

5 buku yang penting untuk peperiksaan kelayakan mengamal farmasi aka forensik exam :)

Jadinya, sebab aku dah masuk tahun akhir kan, kenalah ambik peperiksaan ni, lagi awal ambik lagi bagus sebab kalau gagal boleh terus repeat terus. Kalau diikutkan, mula dari tahun tiga lagi dah boleh mula ambil, tapi di UiTM tahun tiga adalah tahun yang agak sengsara sebab kami buat final year project (FYP) kami pada waktu tu. Jadi, waktu yang sebaiknya adalah sewaktu di semester 7 ni lah. Dan kebetulan juga, di semester 7 ni kami ada belajar subject Ethics and Legislative Pharmacy yang mana format dia memang sebiji sama dengan yang dijalankan oleh LFM. Jadi untuk subjek ni, memang kami ada kelas tutorial khas yang ajar kami terus cara untuk tackle soalan dan teknik study yang betul untuk ambil peperiksaan ni. 

Jujurnya, bagi aku kelas yang dibuat ni sangatlah berguna dan membantu untuk buat kami lulus dalam percubaan pertama :) Terimakasih Fakulti Farmasi UiTM sebab jemput En Azman dan Mr Robin untuk ajar kami bagi subjek ni dan juga Prof ABAM serta Dr Faiz. Percayalah, dalam setiap kelas ni ada benda2 baru yang kita akan belajar. Cuma mula2 tu rasa macam kekok sikit la sebab tak biasa dengan semua buku rujukan yang ada kan HAHA. Ingat lagi masa kelas pertama dengan En Azman, semua terkapai kapai taktahu nak cara kat mana jawapan dalam buku Poison Act dengan DDA tu termasuklah akuu :P

Macam mana FORMAT forensik exam ni? Okey, bermula November 2016 (kalau tak silap aku la), LFM dah tukar format baru untuk forensik exam. Dengar kata nanti akan ada format lain lagi taktahu lah LFM nak ubah macam mana pulak. InshaAllah, apa2 nanti aku akan update balik dekat entry ni ya :) So far, format dia lebih kurang macam dalam gambar dekat bawah ni: 

Format baru (Boleh dirujuk di laman web Lembaga Farmasi Malaysia)

Format baru dari LFM bermula November 2016 (Sumber: Google)

Alhamdulillah, result forensik exam ni keluar sebulan lepas tu iaitu pada 8 Disember 2017. Pagi tu memang tak tenang lah hati ni nak tahu lulus ke gagal haha satu batch menunggu pukul 9 pagi sebab nak semak result dekat laman web LFM. Sekali, tahu apa jadi? Rupanya LFM dah tak keluarkan lagi result forensik dekat laman web diorang. LFM akan hantar result ke fakulti dan semakan boleh di buat di pejabat. Nak dijadikan cerita pula, 8hb tu adalah hari Jumaat dan fakulti ada buat program petang Jumaat tu. So, nak taknak kena turun petang tu semata nak tengok result forensik ni haha, pandai tau En Iqbal kenakan kami semua sebab malas nak angkat call dekat pejabat HAHAHA, sabar jelah tauuu.

Setelah satu fasa hati yang bergolak gempita nak tunggu pukul 2.30 petang tu, akhirnya dapat lah result. Alhamdulillah, aku LULUS :') Perasaan masa tu rasa macam nak menangis, sebak semua ada haha tapi tahanlah sebab nak masuk dewan dengan ceramah kan :P Rasa segala pengorbanan tak cukup tidur, pergi kelas En Azman selama 4 jam untuk dua hari (hujung minggu), habiskan masa bersama semua buku2 dan soalan2 tahun2 lepas termasuk mengorbankan masa untuk tak study untuk test 1 sekitar waktu tu, berbaloi sangat2 hehe :) Syukur, rezeki dari Allah. Peratusan lulus untuk calon dari UiTM pun agak tinggi (bagi aku la haha) dalam sekitar 76%. Seronok berganda sebab rakan2 yang lain pun sama2 jugak lulus dengan sekali percubaan ni. Memang ituuu aim kami semua bila Dr Faiz bercerita waktu kelas pertama duluu hahaha. 

Ni sebenarnya waktu nak prepare for Ethics paper yang formatnya lebih kurang forensik exam macam aku cerita kat atas tu. 
Namun begitu, ada juga la beberapa kawan aku yang aku kenal yang tak lepas kali pertama ni. Bagi aku, its okay je kalau tak lepas sebab masih boleh mengulang selagi belum habis belajar. Lagipun, exam ni diadakan 3 kali dalam setahun. Pada pendapat aku, exam forensik ni yang penting adalah teknik yang menjawab dengan betul. Bila kena dengan caranya, inshaAllah boleh lulus dengan izinNYA. Yang penting juga, jangan putus asa, percaya pada rezeki Allah dah tetapkan dan jangan berhenti berusaha, dan percaya pada janji Allah. Aku doakan kawan2 aku yang bakal mengulang pada 7 Mac 2018 nanti semuanya akan lulus dengan jayanya macam kami semua yang lain, inshaAllah amin :) 

Tarikh2 untuk peperiksaan kelayakan farmasi untuk tahun 2018. Boleh rujuk sini untuk maklumat lanjut :)

Okeylah rasa sampai sini dulu aku update, ni pun dah rasa panjang sangat dah, bukan ada orang nak baca pun nanti kan, diri sendiri saja yang baca HAHAHA. Sebelum aku tutup entry ni, terima kasih aku pada Allah SWT atas rezeki yang diberikan, kepada pihak fakulti terutama tenaga pengajar yang terlibat membantu kami, kawan2 juga atas perkongsian ilmu dan juga kepada kedua2 mak dan abah aku yang selalu percayakan aku untuk teruskan dengan course ni :) 

Sampai sini dulu untuk kalini, doakan aku terus berjaya di masa depan demi menjadi seorang pharmacist yang bertauliah okayy?! Hehe AMIN. Jumpa lagi di lain entry, BYE ! 

Alyaa Ibrahim


Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Sabtu, 10 Februari 2018

Februari...

Assalamualaikum dan selamat pagi

Hai semuaaaaa, bertemu lagi kita pada entry harini setelah hilang sebulan lamanya haha. Pejam celik pejam celik dah masuk bulan Februari dah, bulan kedua untuk tahun 2018 ni. Konon azam nak rajin update entry tapi nampaknya macam ke laut sikit dah :P Moga boleh berada di atas track la lepasni ya hiks. K bukan taknak update tapi sebenarnya waktu last entry tu aku lupa nak bagitau yang sebenarnya waktu tu aku tengah bertarung dengan final exam sem 7. Biasalah, mahasiswa UiTM kan bulan January = bulan final exam haha so memang tak sempatlah nak update apa pun. Alhamdulillah aku dah settle semua paper sem 7 pada 24hb 1 haritu dan dah selamat pulang pada 25hb. Last paper tak berapa nak rasa last paper syndrome (LPS) sangat sebab gap sehari ja huaaa ngeri bila fikirkan balik paper last tu, harap2 semuanya baik2 sajalah ya inshaAllah amin, doakan aku k result belum keluar lagi ni sobs. Moga lulus semua paper sem 7 dengan jayanya inshaAllah amin. 

Bila malas belajar dekat library, memang main dengan patung pun jadilah haha

So, lepas ja balik rumah aku BEREHAT gituu hahaha itu yang harini baru berkesempatan nak update sebab rasa macam lama tak bukak blog. Bukan blog saja, laptop pun pandang sepi ja lepas habis exam haritu ni haha punyalahhh nak berehat kann. Ikutkan ni dah hari ke 16 aku ada dekat rumah. Dia punya bosan tu lepas dah cukup rehat, tak terkata haha. Tapi aku malas nak ambik kisah aku cuba enjoy the moment gitu sebab nanti dah masuk sem susah nak cuti panjang pun aku merungut gak haha manusia kan gitu lah kitaran nya. So, masa yang ada ni aku cuba lah hargai dan buat benda yang aku nak sangat buat bila aku sibuk dengan tugasan dekat kampus tu. 

Dalam bulan Februari ni ada beberapa perkara yang akan berlaku dalam hidup aku, aku hanya mampu berdoa agar semuanya baik2 saja inshaAllah. Tak lama lepas ni dah masuk bulan Mac dan nak kena balik kampus dah untuk semester yang terakhirnya hehe inshaAllah dengan izinnya tak lama lagi nak habis belajar dahhh moga yang baik2 saja hendaknya. 

Sekarang dah tak tahu nak cerita apa lagi dah mungkin kena tunggu next entry untuk kongsi cerita lain pulak, acah macam entry ni entry pembukaan gituuu hah :P Moga seorang Alya terus rajin nak update entry lepasni supaya di masa depan dapatlah nak mengimbau sikit kenangan bila bukak blog ni acece gitteww. Okeylah sampai sini dulu aku merepek, jumpa lagi di entry lain esok atau lusa inshaAllah, bye ! 

Kalau ada yang rindu muka aku, nah haha bersama teman2 baik setelah habis paper yang terakhir haritu :)
Alyaa Ibrahim

Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
COPYRIGHT 2011/2012. ALL RIGHT RESERVED BY ALYAA IBRAHIM