Ahad, 8 Februari 2015

Steamboat @ D'Fiesha Corner

Assalamualaikum selamat malam


Alhamdulillah masih dapat menaip entry untuk harini. Haha. Okey, harini aku nak buat entry review pasal makanan ataupun kedai makan. Rasanya macam dah lama tak buat kan. Entry yang aku ingat aku pernah buat kat sini adalah ketika makan di Mahi Mahi Restaurant. Lepas tu aku dah tak buat kan. Jadinya aku nak mula kembali aktiviti mereview makanan yang aku pernah pergi dan rasai sendiri. Haha. Sajalah mengisi masa lapang lagipun dekat instagram aku memang aku suka upload gambar makanan, dah jadi hobi gittew :P

Ok, meneruskan penceritaan harini. Mulanya, aku yang teringin nak makan steamboat. Lalu aku bangkitkan isu ni dekat whatsapp group. Lepastu kami pun plan lah nak makan ramai2 macam biasa. Hihi. Tak sangka diorang pun nak makan steamboat jugak, lalu 5 Feb yg lepas kami pun menjalan operasi makan steamboat kami. Haha. Asalnya nak makan dekat tempat yang kami pernah makan sebelum ni area belakang Sunshine Mall (orang Bertam, Kepala Batas kalau taktahu Sunshine dekat mana mohon tukar negeri okey haha k gurau2 ). Tapi tukar plan sebab nak makan kat tempat lain sikit, nak merasa yang lain pulak haha. Daripada 7 orang yang pi, seorang ja tau tempat nak makan ni kat mana. Nasib baikk haha.


Alhamdulillah, makanan dekat sana tak mengecewakan aku dan kawan-kawan aku. Harga pun berpatutan. Dan tak sangka pulak kat situ ramai betul customer yang datang makan. Yang datang sekali dalam kumpulan 5 orang ke atas macam kami ni hah. Nasib baik kami datang agak awal, dapatlah pilih tempat duduk yang best sikit haha. 


Seronok memasak nampak :P
Bagi aku, makanan kat sini semuanya terbaik. Banyak pilihan yang kita boleh dapati dekat sini. Serius banyak berbanding dengan tempat yang aku pernah makan sebelum ni. Boleh jugak buat tambahan yang lain tapi dikira harga lain kalau tak silap aku. Cuma yang pasti kalau nak air yang selain dari yaang disediakan memang ada surcaj yang lain. Kiranya tak termasuk dalam pakej steamboat lah. Kalau nak diikutkan, semua makanan yang disediakan tu memang dah boleh buat kenyang perut pun haha, sebab kita boleh pergi tambah berapa banyak kali yang kita nak sampailah rasa kenyang. Dessert aiskrim juga ada disediakan. Ada buah buahan jugak. Banyak lah. Sayang aku tak sempat nak ambik gambar sebab masa tu dah lapar sangat nak makan, haha

Baru nak mula masak :P

Sedappppp alhamdulillah ;)
Oh, lupa pulak nak kongsikan harga kat sini kan. Haha. Jap eh tengok gambar kat bawah ni. Semua info dah ada disertakan sekali dengan arah tuju nak ke sana dan juga no yang boleh dihubungi untuk tempahan. Gambar diambil dari FB D"Fiesha Corner. Bolehlah pergi melawat ke sana untuk melihat testimoni dari pelanggan. Kebanyakkan semuanya positif ;)

Dari FB D'Fiesha Corner
Dan lagi satu, service kat sana juga bagus. Layanan mesra, tak sombong. Kita yang nak makan ni pun rasa senang hati sangat. Tetambah aku dengan kawan2 aku memang kalau dapat jumpa dan sembang, memang bising teramat, tapi alhamdulillah takda yang nak marah2 apa sebab faham kita nak meraikan sesuatu atau sebagainya. Daripada 5 bintang aku boleh bagi 4.5 bintang. Haha taknak bagi full bintang nanti nampak macam cliche sangat, tak gittew ? HAHA

Ok rasanya sampai sini dulu aku cerita. Rasanya dah cukup panjang entry ni, hewhewhew. Jumpa lagi di lain entry. InshaAllah. Bagi yang nak turun ke Penang dan nak cuba ke sini, bolehlah cuba hubungi no di atas untuk arah tuju yang lebih jelas dan tepat okey? 

Seperti biasa, sebagai penutup entry, nah ambik satu selfie dari aku dan kawan2 yang berpuas hati makan dekat sini, hahaha.

Kesayanganku ;')

Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Khamis, 5 Februari 2015

National Pharmacy Sports Carnival (NPSC) 2015

Assalamualaikum selamat malam

Alhamdulillah masih berpeluang untuk menaip entry lagi harini. Sebenarnya dah dua tiga hari aku fikir nak upkan entry yang mana dulu, dan akhirnya aku pilih untuk up kan entry mengenai NPSC 2015 ni, Yeay ! 

Ok, masih ingat kah yang aku menghilang minggu lepas tu? Yang aku cakap ada kerja tu kan? Haha, inilah yang nak ceritanya. Sebenarnya aku pergi ke event NPSC 2015 ni lah. Alhamdulillah, berpeluang untuk join event kalini. First time join program besar ni sebagai seorang pelajar BPharm. Terimakasih Ya Allah atas peluang ni, sungguh banyak pengalaman yang dapat sepanjang kat sini. Alhamdulillah :)


NPSC ni apa? NPSC 2015 stand for National Pharmacy Sports Carnival (NPSC) 2015. NPSC 2015 ni merupakan salah satu program MyPSA (Malaysian's Pharmacy Society Association) yang melibatkan hampir kesemua IPTA dan IPTS yang ada di Malaysia ni yang ada program Bachelor of Pharmacy (Hons.) So far yang aku tahu, NPSC ni diadakan setiap tahun di universiti yang telah ditetapkan. Untuk tahun ni, NPSC diadakan di USM Penang. Haha. Dekat negeri tercinta ku, Pulau Pinang =* 


Kontinjen RX UiTM :)
Penyertaan NPSC 2015 tahun ni melibatkan 12 buah universiti termasuk tuan rumah, USM Penang. Antara universiti lain yang sertai NPSC tahun ni adalah :

1) UiTM
2) IIUM
3) UKM
4) UM
5) AIMST University
6) TAYLOR
7) CUCMS
8) UniKL
9) SeGi
10) NOTTINGHAM
11) AMU


Majlis pembukaan di Stadium USM.
Belon dilepaskan sebagai tanda event dirasmikan dan bermula !
Event ni berlangsung selama 4 hari bermula dengan ketibaan para peserta pada hari Khamis. Since aku dah ada kat Puncak Alam sejak dari Ahad lagi, jadinya aku bertolak dari sana terus lah dengan peserta yang lain. Well, janganlah tanya kenapa aku balik awal ke Puncak Alam yer HAHA malas nak jawab :P Kami bertolak awal pagi dan sampai lebih kurang pukul 3 macam tu. Boleh dikatakan antara kontinjen paling awal sampai sebenarnya haha. Acah2 semangat gittew.

Untuk mereka yang kenal aku, mesti pelik macam mana aku boleh join NPSC ni kan? Hahaha, almaklumlah aku kan punya bentuk fizikal yang agak besar jadinya macam mana boleh tetiba nak join as atlit sukan kan. Haha. Sabar jap sabar jap aku cerita. Sebenarnya, aku join NPSC 2015 sebagai atlit untuk sukan petanque saja. Haha. Alhamdulillah, rezeki dapat join walaupun baru 1st year. Act, sukan ni baru diperkenalkan NPSC tahun ni sebab tuan rumah USM Penang ada tempat untuk bermain petanque ni.  Bagi aku, nak main petanque ni nak kena ada skill sama macam main bowling. Oh tapi main bowling rasanya lagi best dari petanque, hihi. Moga untuk next NPSC masih ada game petanque ni, bolehlah join lagi, kalau tak, tahun ni memang tahun pertama dan terakhir aku join NPSC, haha. 


Petanque ;)
Disebabkan team Petanque kami pergi tanpa training, jadinya kami hanya mampu bertahan sampai suku akhir saja. Haha. Untuk team wanita lah, tapi bagi team lelaki mereka berjaya rangkul sampai pingat gangsa. Memang tak dapat dinafikan team lelaki main lagi bagus dari kami walaupun tak training, haha. Dengar kata diorang memang player petanque so no doubt lah boleh menang ;p Tapi apa2pun bersyukur sebab tak kecundang terlalu awal hihi.


Team petanque di majlis penutup. Kurang seorang lagi ,boss. Haha.
Secara keseluruhannya, UiTM berjaya mengekalkan kedudukan ke 2 daripada 12 buah universiti yang sertai dengan pungutan pingat 5 emas, 4 perak dan 2 gangsa. Alhamdulillah walaupun jauh ketinggalan dengan pungutan pingat emas dengan USM, sekurang2nya dapat mengekalkan kedudukan top 3 kita. InsyaAllah ada rezeki, kita jadi juara pulak untuk NPSC seterusnya, amin. Tahniah buat USM atas kejuaraan merangkul Piala NPSC untuk tahun ni. 
  

Sepanjang event, aku rasa semuanya berjalan dengan lancar. Daripada opening ceremony di stadium USM sampailah ke closing ceremony di Dewan Tuanku Syed Putra. Tahniah dan terimakasih buat semua ahli jawatankuasa USM Penang. Walaupun di penghujung event sewaktu closing ceremony di dewan terdapat sedikit kekacauan tercetus namun semuanya dapat dilaksanakan dengan begitu baik sekali. Syabas dan tahniah. Dengan setulus hati, kami juga memohon maaf andai ada salah dan silap dari kami. Serius, masa penutup tu memang ada orang yang sengaja nak provok supaya yang lain berkelakuan begitu. Semoga di event yang lain perkara seperti ini tak berlaku lagi ya. 

Cuma satu yang aku kurang berpuas hati sikit lah. Satunya, masa main petanque tu, asalnya dikatakan main ikut point sampai 13 point tapi sebab 1st game team yang lain drag masa lama sangat jadinya untuk kami yg main 2nd game ni terpaksa main ikut masa. Serius cakap, main ikut masa ni tak best sebab sapa yang lead masa tu dikira sebagai menang. Kira macam tak fair untuk kami yang kena main 2nd game ni. Sepatutnya kalau nak main masa, biarlah dari awal lagi main masa, lepastu start suku akhir ke atas main point. Sebab dah betul nak kejar masa kan. Tapi mungkin pihak pengurusan petanque pun tak mampu nak buat apa sebab tak expect boleh drag lama kan. Takpalah, semoga dimasa depan dapat diperbaiki lagi :)

Maaf andai ada yang terbaca entry ni dan rasa nak emosi bagai. Ini hanyalah pendapat peribadi dari aku dan ini adalah blog aku. Apa2 yang aku taip hanyalah luahan dari hati kecil ku ini. Jangan simpan dalam hati sebab nanti hati boleh mati haha okey gurau. :P

Sekian entry panjang untuk harini. Berjam jam jugak ambik masa nak publish entry ni haha risau kalau ada ayat yang menyentuh sensitiviti mana2 pihak kan. Semoga dapat berjumpa lagi untuk event yang akan datang duhai bakal pharmacist sekalian :) 


Selfie dari team petanque wanita ;)

Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Isnin, 2 Februari 2015

Hi !


Assalamualaikum selamat petang.

Hai semua, 

Alhamdulillah, setelah seminggu berjauhan dari laptop berjauhan dari rumah, akhirnya semalam aku telah selamat sampai dan berada di rumah. Sungguh tak terkata nikmat seronoknyaaa itu. Haha. 

Sebenarnya masih badan ni masih penat sebab semalam sampai rumah pun dalam pukul 10 malam lepas dah settle semua urusan yang perlu diuruskan. Rasanya memang dua tiga hari jugak lah tak kelaur rumah lepasni, haha. Nak berehat sepuasnya dulu hiks ;)


Pulau Pinang, di sini lahirnya sebuah cinta :)
Ok, apa benda lagi yang nak ditaip ni? Kejap nak fikir haha sebab dah rasa macam dah lama tak menaip, sobs. Semoga cuti yang berbaki beberapa minggu ni aku dapat balas balik banyakk entry yang tertangguh dari tahun lepas. Haha. InsyaAllah, itu salah satu tekad aku untuk cuti sem kalini yang masih berbaki beberapa minggu. Oh ada satu lagi. Aku nak makeover aku punya blog ni. Dah masuk 2015 kan, kenalah ada fresh new look gitu, haha. 

Semoga tahap kerajinan aku untuk sem kalini tinggi sikit. Amin. Haha. K, jumpa next entry. Nak sambung berehat kejap sambil rancang untuk next next update. See ya ! ^___^


Bai kolej Rafflesia, terimakasih untuk segalanya :(

Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
COPYRIGHT 2011/2012. ALL RIGHT RESERVED BY ALYAA IBRAHIM