Khamis, 5 Jun 2014

Selamat menjadi warga UiTM . . .

Assalamualaikum, selamat malam

1 dan 2 Jun yang lepas, mahasiswa/mahasiswi baru sudah pun selamat mendaftarkan diri untuk menjadi sebahagian daripada anak didik UiTM. Alhamdulillah, setinggi tinggi tahniah diucapkan kepada semua. Tahniah juga kepada pelajar2 yang telah mendaftarkan diri ke Matrikulasi, Tingkatan 6, Persediaan Luar Negara dan lain lain lagi. 

Selamat menempuh alam universiti, alam remaja, dan alam barunakkeluar darikepompong , HAHA. Selamat maju jaya dan semoga dapat biasakan diri dengan keadaan persekitaran yang baru. Selamat bergelumang dengan assignment a.k.a kerja sekolah, event2 yang kena handle dan kena hadiri, tutor, presentation dan yang paliiing penting adalah bergelumang dengan EMOSI. Haha. Emosi bergaduh dengan kawan lah, konflik dengan pensyarah lah, terasa hati dengan kawan sebilik lah, dengan kawan serumah lah dan lain2 lagi. Percayalah, semua ini adik2 akan rasa paling kurang sekali seumur hidup. Akak dah rasa adik2 hoi, faham sangat dah dengan perangai2 orang ni. Lagipun, lain orang lain perangainya, ye dak?

Makanya, sentiasalah positifkan diri, tabahkan diri menghadapi dan mengenali pelbagai jenis perangai manusia dan kawan2 adik2 di sekeliling ya. Yang penting, jangan silap pilih kawan dan juga jangan terlalu memilih kawan. Itu dua perkara yang penting. Hehehe. InsyaAllah semoga kawan2 yang dipilih jadi penyunting semangat untuk kita terus belajar. Peringatan ni untuk aku jugak sebab aku pun akan sambung belajar nanti, insyaAllah jika diberi peluang, haha. 


Apa2pun, ingat tujuan asal kenapa masuk belajar ni. Ingat, niat tu penting, niat kerana Allah, untuk dapatkan ilmu. Alhamdulillah, aku pun dah boleh fikir dengan lebih matang sikit, semoga aku lebih matang terus ke depan, dan lebih gigih untuk belajar kelak bila dapat sambung belajar. hehe. Semoga UiTM masih sudi terima aku untuk menjadi sebahagian dari warga UiTM dihatiku, insyaAllah amin. ;)

Dan pesanan aku lagi, jangan terlalu leka dan terlalu yakin yang kita mampu score sebab keyakinan yang terlampau juga mampu membunuh kita sewaktu peperiksaan akhir nanti. Boleh nak yakin, tapi jangan terlampau yakin tau? :P Sebab aku dah pernah kena jugak tau, confident kau boleh dapat A subjek tu, last2 subjek yang kau tak target tu boleh score dan subjek yang confident tu hampeh. Hmm. Aku memang lebih suka buat entry berdasarkan pengalaman, sebab benda tu aku dah rasa. Hoho. 

Akhir kataaaaa, selamat maju jaya adik adik semua ! Kepada junior2 yang dapat masuk Diploma Farmasi, beribu ribu tahniah kerana telah membuat pilihan yang tepat. InsyaAllah, Diploma Farmasi akan berikan satu gambaran yang sebenar sebagai seorang pelajar universiti, hehe. Jumpa nanti di Bertam jika berkesempatan, amin ;)

posted from Bloggeroid

Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Rabu, 4 Jun 2014

Setahun berlalu...

Assalamualaikum, selamat malam.

03062013 - 03062014

Setahun berlalu sejak kali pertama mendaftarkan diri sebagai seorang pelatih Penolong Pegawai Farmasi (PPF) di Hospital Seberang Jaya. Pejam celik pejam celik masa 10 bulan praktikal berlalu dengan begitu cepat sekali. Tak sangka berjaya harungi setiap halangan sepanjang bergelar seorang pelatih. Sungguh terlalu banyak kenangan dan pengalaman yang diperoleh sepanjang bergelar pelatih ni. Terimbau kenangan semasa mulamula masuk ke bahagian Farmasi Hospital Seberang Jaya ni. Rasa takut, nervous semua bercampur baur. Kalau tak percaya, boleh selak2 entry aku tahun lepas sekitar bulan Jun ni, haha. 

Alhamdulillah, sekarang dengan bangganya aku boleh katakan yang aku dah pun berjaya dilatih dengan sebaiknya oleh warga farmasi Hospital Seberang Jaya dan juga warga Klinik Kesihatan Seberang Jaya. Jika ada peluang, aku berharap dapat menjadi seorang Penolong Pegawai Farmasi (PPF) U29, insyaAllah. 

Bersama orang kuat PPF HSJ, Tuan Haji Khairi PPF U36, Miss Olivia PPF U36
Tahun ni, adik adik junior bersama dengan kawan aku pulak masuk menggantikan kami di sana, pada 2 Jun 2014 (Isnin). Alhamdulillah, berpeluang melawat mereka semua semalam dalam satu lawatan singkat dan padat. Sempatlah bersembang apa yang patut, bagi panduan sana sini, berharap agar mereka dapat lakukan yang terbaik untuk praktikal kalini dan dapat jaga nama UiTM dengan baik dekat sini supaya rekod sentiasa bersih. Hehe. 

Bersama preceptor kami, Madam Goay. Thanks madam for everything ;)
Oh ya, rasanya aku tak sempat nak buat entry penutup entry aku kan? Haha. InsyaAllah akan menyusul nanti bersama sama dengan cerita yang lain, hehe. Semoga aku terus rajin untuk edit gambar dan masukkan dalam blog sambil tangan rajin nak menaip. Sekarang ni kalau nak update panjang2, aku lebih prefer taip dekat laptop berbanding di Tab, lebih selesa gittew  :)

PPF + PRP + Trainee
Ok, malas nak cerita panjang2 nanti kan nak buat entry penutup Hospital Training dah kering dengan idea. Haha. Jom lah layan dua tiga gambar yang ada dekat sini. Dan yang penting, jangan lupa doakan tahap kerajinan aku tinggi untuk update blog lagi, hehe. Jumpa lagi di lain entry, babai. . . . .

Di Farmasi Bekalan Wad. Rindu nak kerja kat sini :)

Salah satu tugas sebagai PPPF 

Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Isnin, 2 Jun 2014

02062014.

Assalamualaikum, selamat malam.

Alhamdulillah, bertemu lagi kita di entry harini. Apa khabaq semua? Harap semuanya sihat2 nah. 

Seperti tajuk di atas, 02062014, harini dah pun masuk hari kedua dalam bulan Jun. Ya Allah, cepatnya masa berlalu, tak sangka dah menjengah ke bulan Jun sudah. 

Pejam celik pejam celik dah dekat 2bulan aku mengajar di SMKKS. Alhamdulillah, rezeki Allah bagi. InsyaAllah tak lama lagi kontrak mengajaq dah nak tamat. Harap2 dapat sambung kontrak dekat mana2 lagi, samasama doakan aku, insyaAllah amin. :)

Selamat datang bulan Jun. Harap bulan ni lagi dimurahkan rezeki oleh Allah disamping dapat berita yang dapat buatkan aku dan seisi keluargaku tersenyum. Hehehe. 

Selamat tinggal bulan Mei, jumpa lagi tahun depan jika dipanjangkan umur oleh Allah SWT, insyaAllah. Terimakasih untuk segala kenangan pahit dan manis yang dilakar, syukur padaMu juga Ya Allah atas result semester akhir yang cukup memberangsangkan buat aku. Hehe.


Sebagai permulaan entry bulan Jun, inilah dia. Banyak lagi entry akan datang ! Yey ! Akan aku publishkan banyak entry dengan lebih banyak lagi cerita. Haha. Semoga tahap kerajinan aku untuk bulan ni lebih tinggi, sebab aku memang ada banyakkkkkkk benda nak dikongsi di sini :) Jumpa lagi nanti ! Selamat malam !

posted from Bloggeroid

Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
COPYRIGHT 2011/2012. ALL RIGHT RESERVED BY ALYAA IBRAHIM