Assalamualaikum, selamat malam.
03062013 - 03062014
Setahun berlalu sejak kali pertama mendaftarkan diri sebagai seorang pelatih Penolong Pegawai Farmasi (PPF) di Hospital Seberang Jaya. Pejam celik pejam celik masa 10 bulan praktikal berlalu dengan begitu cepat sekali. Tak sangka berjaya harungi setiap halangan sepanjang bergelar seorang pelatih. Sungguh terlalu banyak kenangan dan pengalaman yang diperoleh sepanjang bergelar pelatih ni. Terimbau kenangan semasa mulamula masuk ke bahagian Farmasi Hospital Seberang Jaya ni. Rasa takut, nervous semua bercampur baur. Kalau tak percaya, boleh selak2 entry aku tahun lepas sekitar bulan Jun ni, haha.
Alhamdulillah, sekarang dengan bangganya aku boleh katakan yang aku dah pun berjaya dilatih dengan sebaiknya oleh warga farmasi Hospital Seberang Jaya dan juga warga Klinik Kesihatan Seberang Jaya. Jika ada peluang, aku berharap dapat menjadi seorang Penolong Pegawai Farmasi (PPF) U29, insyaAllah.
|
Bersama orang kuat PPF HSJ, Tuan Haji Khairi PPF U36, Miss Olivia PPF U36 |
Tahun ni, adik adik junior bersama dengan kawan aku pulak masuk menggantikan kami di sana, pada 2 Jun 2014 (Isnin). Alhamdulillah, berpeluang melawat mereka semua semalam dalam satu lawatan singkat dan padat. Sempatlah bersembang apa yang patut, bagi panduan sana sini, berharap agar mereka dapat lakukan yang terbaik untuk praktikal kalini dan dapat jaga nama UiTM dengan baik dekat sini supaya rekod sentiasa bersih. Hehe.
|
Bersama preceptor kami, Madam Goay. Thanks madam for everything ;) |
Oh ya, rasanya aku tak sempat nak buat entry penutup entry aku kan? Haha. InsyaAllah akan menyusul nanti bersama sama dengan cerita yang lain, hehe. Semoga aku terus rajin untuk edit gambar dan masukkan dalam blog sambil tangan rajin nak menaip. Sekarang ni kalau nak update panjang2, aku lebih prefer taip dekat laptop berbanding di Tab, lebih selesa gittew :)
|
PPF + PRP + Trainee |
Ok, malas nak cerita panjang2 nanti kan nak buat entry penutup Hospital Training dah kering dengan idea. Haha. Jom lah layan dua tiga gambar yang ada dekat sini. Dan yang penting, jangan lupa doakan tahap kerajinan aku tinggi untuk update blog lagi, hehe. Jumpa lagi di lain entry, babai. . . . .
|
Di Farmasi Bekalan Wad. Rindu nak kerja kat sini :) |
|
Salah satu tugas sebagai PPPF |
Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)
0 ulasan:
Catat Ulasan