Khamis, 24 Ogos 2023

Sarjana Amalan Farmasi UiTM (Masters in Pharmacy Practice UiTM) - Mod Hybrid Intake Oktober 2023

Assalamualaikum dan selamat petang semuaaa 

Kembali lagi kita ke entry yang baruuu untuk bulan ini, hahaha. Rasa macam baru semalam kan publish satu entry, tiba tiba eh harini ada entry baru lagi? Apaaa maknanyaa itu? ðŸ˜ą Haaa tengah rajin nak menaip la tuuu eheks. Ok tak, sebenarnya aku terasa macam nak mengabadikan entry pasal benda ni dalam blog akuu gituuu.

Benda apa yang nak diabadikan sangat kat blog ni? Haha, seperti tajukk di atas yaaa. Berkenaan Sarjana Amalan Farmasi UiTM (Masters in Pharmacy Practice UiTM). Kerana apaaa aku nak abadikan benda ni di blog akuuu ni walaupun dah di saaat saat akhirr permohonan program ni? Sebabnyaaaaa buat julung kalinyaaa, UiTM menawarkan mod pengajian secara hybrid untuk Masters programme merekaaa 💅 Apa yang dimaksudkan dengan pengajian hybrid ini? Ok sekejap lagi aku jelaskan sedikit, apa yang akuuu faham yaaaaa dan juga hasil info yang aku dapat baru baru ini.

Mesti pelik kan kenapa aku sibuk jeee nak menaip pasal tajuk ni? Haha, kalau korang dah baca entry aku yang lepas dekat SINI, korang akan perasan yang sebenarnyaaa kursus impian aku untuk menyambung ke peringkat Sarjana adalah Amalan Farmasi. Tapi apakan daya, rezeki takda masa tuuu hehe. Jadinyaaa, biarlah aku abadikan satu entry tentang perkara yang aku sukai namun cinta dan cita tak kesampaian gituuu HAHA macam sedih sangat yeeee 😂 

Ok, sebelum aku melalut lebih banyak, marilah kita ke tujuan utama entry ini ditaip dan dihasilkan harini. Untuk makluman pembaca blog aku yang budiman dan baik (acece, acah macam ada yang baca blog diaa tuuu 😜), untuk intake Oktober 2023, pihak Fakulti Farmasi UiTM Kampus Puncak Alam menawarkan program Sarjana Amalan Farmasi secara hybrid kepada semua ahli farmasi yang berminat untuk menyambung pengajian mereka. Apa yang dimaksudkan dengan hybrid? Apa yang aku faham, pengajian secara hybrid ini melibatkan pengajian offline dan online. Sama seperti apa yang diperkenalkan oleh UiTM kepada semua peringkat pengajian sewaktu pandemik COVID-19 dulu, kalau tak silap aku la kan. In fact, tak silap aku masih ada beberapa kursus/kampus yang mengamalkan hybrid mode ni bagi memudahkan kedua kedua pihak; pelajar dan juga pensyarah. Secara tidak langsung, aktiviti PnP dapat dijalankan walaupun berada di luar kampus, begituuuu 😉

Poster rasmi dari FF Puncak Alam

Walaupun pengajian dijalankan secara hybrid, namun mod pengajian masih lagi sepenuh masa, dan bukan separuh masa. Kerana apa? Kerana kursus farmasi adalah kursus profesionnal, sangat susah untuk nak jumpa mana mana kursus berkaitan farmasi ni yang ditawarkan pengajian separuh masa. Bukan tak ada ya cuma susahh nak jumpa. Sebab apa aku kata macam tuuuu? Sebabnyaaa aku ada buat kajian sikit laaa masa aku nak sambung MPharm duluuu. Iyelah, tak mudah nak buat keputusan sambung belajar kan, jadinyaaa kenalah riki betul betul semua kursus yang ada di Malaysia ni, gituuuh.

Bagi pendapat akuuu, ini antara peluang keemasan yang perluuu direbut! 😍 Haha sebab apaa aku kata macam tu? Sebab bukan senang tauuu Masters Coursework macam ni nak ditawarkan secara hybrid. Bukanlah kata aku nak promote UiTM lebih haha tapi serius, boleh pertimbangkan untuk sambung ke program ini sekiranya berminat. Aku ada post poster ni di Instagram aku dan ada juga yang tanya sampai bila akan ada pengajian mod hybrid ni? Sejujurnya aku pun tak pasti, dari info yang aku dapat, kemungkinan hanyalah pada intake 2023 ini. Untuk maklumat lanjut, aku rasa sebaiknyaaa hubungi person in charge untuk program ini iaitu Ms Zakiah; seperti yang tertera di poster atas.

Antara soalan lain yang aku dapat jugaaa adalah berkenaan yuran pengajian. Biasalah kan, dah namanya pun nak sambung belajar, mestilah kena ada bayaran yurann. Seingat aku, yuran pengajian untuk kedua dua kursus Sarjana Farmasi UiTM (Klinikal dan Amalan); mempunyai struktur bayaran yuran yang lebih kurang sama saja. Jumlah mengikut jadual yuran (boleh didapati di website UiTM) adalah sekitar RM 6.7K untuk pengajian satu tahun (3 semester). Jujurnyaaaa, antara yang murah berbanding IPTA/S yang lain. Dan merupakan salah satu sebab UTAMA kenapa aku memilih 💅 UiTM 💅 jugaaa untuk sambung Masters ni walaupun keinginan hati nak ke Universiti lain 😆 

Oleh ituuu, bagi yang berminat nak sambung Masters ni, segeralahhh buat permohonan ke IPSiS UiTM sebelum atau pada 31 Ogos 2023 untuk ambilan Oktober 2023 ini. (Iyaaa tahuuu lambert dahh pun kalau nak apply kan, nak buat acaner sis pun baru dapat info pasal tawaran ni haha tapi its okay try la dulu apply nanti baru fikir balik nak proceed ke tak hihi)

Alright, untuk penutup entry ini, aku sertakan gambaran kasar mengenai format ataupun struktur pengajian Sarjana Amalan Farmasi (Masters in Pharmacy Practiceni bagi mod hybrid. InshaAllah, info yang aku dapat ini dari sumber yang dipercayai hahaha. Tapi sekali lagi aku tekankan, sebaiknyaa terus berhubung dengan PIC untuk maklumat lebih lanjut dan tepat. Hihi. 

Duration: 1 year (3 semester)


Sem 1 and 2 (28 weeks: 14 weeks/semester)

10 weeks online class - Weekdays, 6-10pm

4 weeks physical class - 9am-6pm

Sem 3 (16 weeks)

Physical attendance at research site

Okayyyy, sampai disini duluuu entry aku untuk kalini. Sebelum aku melalut lebih panjang, baik aku tamatkan dulu entry ini setakat ini hahaha 😏 Semogaaa entry ini bermanfaat untuk semuaaa yang membaca nyaa, amin. Dan buat yang bakal menyambung pelajaran ke peringkat Sarjana, mogaaa dipermudahkannn segala urusan yaaaa ! Buat perancangan rapi dari pelbagai sudut sebelum buat keputusan yang besar ni tauuu. 

Akhir kata dari sayaaaa,

Sambunglah Masters kerana minat anda dan bukan kerana anda melihat orang sambung Masters dan anda rasa "Wahhhh, bestnyaaaa dan seronoknyaaa tengok dia sambung Masters"

InshaAllah, jumpa lagi di lain entry, bye ! 

Salam sayang, 
Alyaa 💜

Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Rabu, 23 Ogos 2023

Tahu tahuuuu dah hujung bulan Ogos !

Assalamualaikum dan selamat petangg semuanyaaa.

Selamat datang ke entry baruuu untuk harini hahaha. Makin lamaa makin takda entry baruuu yaa sekarang 😂 Maafkan dakuuuu, masih tengah biasakan diri dengan tugas baruuu skrg ni. Mesti ada yang tertanya tanya kannn sekarang ni aku kerja dekat mana? Haha, buat yang tahuuu Alhamdulillah anda hebat! Buat masih yang belum tahuuu, inshaAllah aku rajin lepasni aku update la yeee pasal benda ni. Masih tengah fikirkan patut ke tidak akuuu cerita dekat sini haha. 

Soooo, untuk entry harini, aku rasaaa macam sekejappp yaaa tahun ni berlalu, tahu tahu dah hujung bulan Ogos? Akuuu masih rasa mcm baru jee habis sambut Hari Raya Aidilfitri haritu ahaks. Sebulan lebih saja lagi sebelum umur aku menginjak ke usia baruu, gituuu masih taknak claim dah tua ikut tahun, nak jugakkk tunggu ikut bulan kelahiran hihi 😇 Btw, kalau masih ingat, entry lepas aku ada bagitau yang aku nak share story aku pergi Sabah kann? Iyaaa betul memang nak kongsikan tapi masih ada dalam draft posts hahaha. Doakan aku dapat habiskan taip entry tuu dah publish dekat sini. 


Inilah rombongan kami ke Sabah itu hari haha ramai yeee ><

Jadi, apa tujuan aku update entry kalini? Tak, takda tujuan punnn, saja nak sapu sapu habuk dan sawang yang ada dekat blog ni, Begituuu sayang yaa aku dekat blog ni, zaman sekarang orang dah tak main blog dah punn semuaa ke tiktok dan Ig dahh. Haha sorry akuu masih lagi old school; orang lama. Masih lagi suka menaip entry walaupun kadang2 tuuu malas nak mampus. Nak edit video pun aku tak rajin mana. Bersyukur sgt laaa wujudnyaaa apps mcm Capcut tuuu, org mcm aku ni dapat lah juga manfaatkan nyaaa. Tapi itu punnn tak rajin jugakk. Haha video jalan jalan Sabah akuuu ada beberapa lagi yang belum keluar dkt Ig akuuu sbb kadang rasa mcm okay dah kadang rasa macam laguuu tak berapa sesuai haha endup duduk je lahhh dalam draf tuu lepas beberapa bulan dah ni hahha. Mungkin aku boleh mula keluarkan balik video2 tuuu dan upload sajaa lah kan untuk kenangan. Alang2 boleh taip jugaa dkt blog untuk aktivti2 di Sabah tuuu. Aku memang nekad yaaa nak upload entry Sabah  tuu sebab dulu masa aku pi Sabah tahun 2016 aku tak hapdate pun dekat sini jadi banyak kenangan dah hilang dari ingatan akuu 😂

Ok, nak sembang apa lagi? Takdaaa dahh kot eh, kang nak taip pasal politik kat sini tak pasal kena wanted pulaaakk hahaha, tak tak gurau gurauu sajaa hihi. Rasanyaaa sampai sini dululah entry mengarut aku untuk bulan ni. Semogaaa aku terus rajin nak upload entry baru lagi lepasni terutamanyaaa entry aku pergi ke Sabahhh ! 😆

Jumpa lagi di lain entry, bye !

Salam sayang,

Alyaa 💜


Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Rabu, 21 Jun 2023

5 bulan berlaluuuuu ~

Assalamualaikum dan selamat malam semuaaaaa ~

Wahhhhh tahu tahuuuu dah bulan Jun yaaaa. Alhamdulillah akhirnyaaaaa setelah 5 bulan berlaluuuuu, baru ada semangat nak menaip kembali dekat sini HAHA, lama betul yaaa aku menyepi kalini, sekaligus meranapkan impian aku nak maintain hapdate blog sebulan sekali hahaha ðŸĪĢ Sesungguhnyaaaa kita hanya mampu merancang hihi. Bukan lah bermakna aku tak ingat langsung nak hapdate sini, ingat sangat sangat, tapi sepanjang aku menghilang dari sini, selain sibuk dengan kerjaaa aku juga berada dalam fasa untuk ‘berdamai dengan takdir’ haaa gituuu. Dalam erti kata lain, tengah dalam fasa broken heart (pedih yaaa melalui fasa fasa ini ðŸĨē). I’m getting better, Alhamdulillah. Lama kan ambik masa nak pulih, itu pun belum sepenuhnyaaa haha. Kawan kawan terdekat aku tahu lah kenapa aku begituuuu broken heart (hari hari lagu galau gais, dengar sikit jeee rasa koyak itu hadir - cuba teka lagu apa tuuu haha 😆). Slowly but surely, inshaAllah. Doakan aku terus kuat semangat yaaa hihi maceh 😋 

Btwwww, ada yang rinduuuu keee tuuu sepanjang sis menghilang ? ðŸĪĢ Terima kasih laaa yaa masih lagi sudi menjenguk dekat blog ni untuk tahu update pasal diri sis ehek. Dan terima kasih jugaa buat mereka yang email sis dan bertanyakan soalan soalan, harap segala persoalan telah sis jawab dengan jayanyaaa walaupun lambat sikit ek huuu. Dari situ sebenarnya dah dapat beberapa idea untuk next next entry akuu dekat sini (haha idea nya sentiasa ada tauuu, nak menaip itulah kadang2 mood lari sikit mulalahhhh tak fokuss haha) ðŸĪŠ


Jadi, apa motif update entry harini? Sajaaaa nak bagitauu yang sis masih ada di sini, sedang sedikit struggle meneruskan kehidupan haha. Supayaaa lepasni kalau tiba2 ada entry menarik takda lah orang lalu sini dan fikir ‘Eh, ada lagi dia ni dekat sini?!’ gituuuuu. Alhamdulillah, setakat 5 bulan sis menghilang dari sini,  banyak perkara yang berlakuu; ada yang menarik dan ada yang menyedihkan sedikit hihi. Yang sedih sedih ni, kita simpan sendiri sendiri jeee boleh kan? ðŸĪĢ 



Antara benda yang bestttt!!! 
(InshaAllah, planing next entry nak share trip pergi Sabahhh ðŸĨģ)

Sama seperti entry aku yang hujung tahun lepas, aku masih berharap dan berhasrat untuk teruskan menulis dan menaip di sini untuk tatapan aku di masa hadapan. Untuk mengingatkan aku, sentiasa bersyukur dengan segala rezeki yang Allah kirimkan ðŸĪē  Apa lah sangat nak dibandingkan dengan ujian kecil yang kita kena lalui, kan? Sampai sekarang aku rasa masih ralat tak ambik peluang betul2 update blog masa BPharm dan PRP, bila nak tengok kembali dan ingat balik kenangan dulu, sebahagian nya telah aku hapuskan dari memori haha. Tapi inshaAllah IG masih adaaa menyimpan serba sedikit kenangan muda remajaaa haha, sis sungguh tak percaya sudah menginjak usianyaaa ya, terimbau zaman zaman aktif berblog terutama masa zaman belajar DipPharm dulu (Hi Sir, tengah baca blog saya ke tuuuu 👀) 

Ok lahhhh, aku rasaaaa sampai sini dulu laahhh aku update, seringkas yang boleh hahaha sebab nak kena pergi siapkan kerja yang lain pulaaa. InshaAllah akan cuba update lagi entry entry yang menarikk untuk tebus balikkk 5 bulannn dakuuu menyepi inii hahaha ðŸĪŠ Sama sama kita doakan seorang Alya rajinn lagi dan lagi lepasni 😆 Jumpa lagi di lain entry, bye !

Salam sayang,
Alyaa ❤️



Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Selasa, 31 Januari 2023

Januari 2023 - Keracunan Makanan, Aktiviti Cuti CNY

Assalamualaikum dan selamat malam semuaaa !

Wahhhh, akhirnyaaaa aku kembali dengan entry yang baruuu untuk tahun baruuu, tahun 2023 ! Haha Alhamdulillah masih diberikan kesempatan untuk menaip dekat sini dan berkongsi serba sedikit cerita tentang aku dan kehidupan akuuu gituu. Pasal isu isu semasa ni malas lah nak komen lebih lebih dekat blog sendiri acece yelah tuuu haha nanti la bila bila aku kupas isu isu yang berkaitan gituhhh acah orang nak baca blog diaa lagii ðŸĪĢ

Apa2pun, syukur Alhamdulillah akhirnya harini dah pun 31 Januari 2023. Terasa lamaaa yaaa bulan Januari kalini 😂 5 minggu jugak laaa kiranyaa kalau tengok dalam kalendar haha. Hari hari aku berlalu macam biasa sajaaa untuk bulan ni. Masuk kerja macam biasa jugaa. Cumaaa bulan ni diuji sikit dengan sakit uhuk 😭 Tak tahuuu laaa apa puncanyaaa tiba2 sajaa disahkan kena food poisoning (keracunan makanan) setelah TIGA hari aku cirit birit yang maha dahsyat dan jugak sedikit temperature spike malam hari kedua tuuu. Mengalah jugak aku lalu pi lah klinik dekat dengan rumah aku ni sebab tak larat sangat dah nak pergi kerja haritu, sekali Dr kata kena keracunan makanan daaa. Kat rumah masa sakit perut tu aku cuma makan PCM saja nak bagi lega perut, stok ubat hyoscine, lomotil, ORS masa ni memang kering habis, takda kat rumah. Ingatkan gastrik tapi rasa sakit perut tu lain sangat, tak pernah kena sebelum sebelum ni, cirit pulak fuhh tak tahu berapa kali ulang alik ke tandas, kat pejabat sama, kat rumah pun sama. Ada la terdetik nak makan activated charcoal masa ni, siap jumpa dah stok ubat tapi tak termakan 😚 Dr GP prescribe antibiotik dekat aku, Bactrim tauuu, aku macam was was sebenarnya nak makan haha, tapi end up memang aku tak makan punnn hihi. 


Bukan nak melawan cakap Dr cuma masa tu aku terdetik, aku cuba duluuuu makan activated charcoal ni, kalau still tak okay baru aku nak makan antibiotik yang Dr GP kasi ni. Sekalii, Alhamdulillah sangat sangat, lepas makan activated charcoal ni rasa makin okay dannn perut dan cirit birit pun kurang 😭ðŸĪē Ubat yang dari GP tu, aku cuma tak makan antibiotik jeee, ubat lain macam lomotil, domperidone aku makan jaaa. Kenapa Dr kasi domperidone dekat aku? Sebab aku complaint of nausea jugakkk, so dia kasi untuk cover rasa mual dan angin gituuu.

Ok, kemudian masa cuti CNY baru ni, yang 4 hari tuuu kann, aku ada family trip ke Taiping dan Lumut, Perak ðŸĨģ Alhamdulillah, menjadi jugak trip ni setelah pelbagai rintangan dan halangan yang perlu ditempuhi 😂 Plan asalnyaaa, nak pergi 2 hari 1 malam jeee, tetiba pagi nak check out tuuu Abah ajak sambung satu malam lagi, pergi tidur dekat homestay lain haha Alhamdulillah jugak rezeki ada homestay kosong yang jauh lebih murah dari yang aku book sebelum ni huuu. Aku fikirkan mungkin sebab musim orang nak bercuti dan jalan jalan kan, so aku terima lah harga homestay tu sekali dapat yang jauh lebih murah malam kedua tu terasa rasa macam membazir duit banyak untuk tidur satu malam tu saja, tapi takpalah rezeki tuan rumah 😎 

Makanan yang dibawa untuk piknik di Taiping


Hari Sabtu, bertolak dari Penang dalam pukul 10 lebih macam tu (sibuk siapkan barang makanan pagi tu dan memang tak mau rush rush nak rilek rilek saja pergi jalan jalan kalini haha), sampai sana lebih kurang 12 lebih nak dekat pukul 1. Konvoi dengan Maklang aku sekali pi sana baru macam meriah sikit gituuu. Lepastu lepak lepak, makan makan sambil menikmati suasana yang sepoi sepoi bahasaa. Kami piknik dekat bawah pokok dekat Taman Tasik Taiping, sebaik dapat spot cantik bolehlah layan makan nasi lemak bila hujan turun renyai2 hihi sebab pokok tolong tahan air hujan untuk kami haha. Sebaik takda guruh/kilat, tak digalakkan yaaa duduk bawah pokok kalau cuaca buruk sangat.  Dah makan chill semua, ambik gambar, shooting video sikit, sesi fotografi ramai ramai lepastu bersuraiii sebab nak ke Lumut pulaaa lepastuuu. Sempatlah pusing2 Taiping sikit, cantik yaaa Taiping ni redup dan damai jaaa tengok, nanti nak mai lagii tengok tempat2 dan makanan2 menarik di Taiping ! 😍 Idea nak datang Taiping ni pun aku lah yang suarakan sebab aku tak pernah pergi Taiping, teringin nak pergi tengok taman dia yang cantik tuuu hihi Alhamdulillah berkesempatan jugaaa pergi kalini ðŸĨ°

Cantik kannn 😍

Dari Taiping, kami singgah ke Teluk Senangin sat nak tengok kawasan sebab tak pernah sampai kann sebelum ni. Manatau nak plan next trip di Teluk Senangin pulak lepasni haha 😂 Takpa, kita berangan duluuuu, angan angan kan percumaaa hihi. Cantikkk jugaaa rupanyaaa Teluk Senangin ni, panjang jugak pantainyaa dan ramai orangg. Ramai juga yang camping dekat sini, menarik tengok khemah masing2. Ada rezeki lebih dan ada masa bolehlah kita cuba cuba camping dekat situ pulak, tak gituuu ehek ðŸĪ­

Masa ni dah nak dekat waktu Maghrib, jadi nak nampak ala ala sunset sikit dah ☺️

Sebelum check in homestay, pergi melawat rumah pakcik aku dulu. Sampai homestay jaaa, dah lewat malam dalam pukul 11 lebih macam tu. Plan asalnyaaa nak berBBQ tauuu malam tuu haha. Aku dan adik beradik yang lain teruskan jugak misi kami nak berBBQ malam tuu haha sebab rasa sayang laaa dah bawak stok dari Penang lepastu nak bawak balik sini huuu (masa ni belum tauuu nak sambung semalam lagi haha) 😂 Bolehlah buat ghaso ghaso, dalam pukul 2 pagi semua dah settle BBQ, makan dan kemas hihi. Seronok jugak lah sekali sekala berBBQ walaupun dah lewat malam haha sebaik laaaa porch kereta homestay tu luas bolehlahh bakar2 dalam porch jaaa, senang tak kacau kawasan orang dekat luar 😇

Bolehlah buat ghaso ghaso BBQ hihi

Hari kedua tuuu plan asalnyaaa memang nak ke Teluk Batik lepas checkou homestay, tapi apakan dayaaa hujan turun dengan lebat sekali waktu kami sampai tuuu. Sempat lah redah hujann yang lebat tuuu akhirnyaaa mengalah dan terus pergi checkin homestay kedua dan rehat rehat sajaaa. Terus masa ni tiba2 terasa macam nak buat BBQ 2.0 hahaha yalah malam sebelum tu kan tak semua ada, lepastu menu yang plan pun tak terbuat lagi, jadinyaaa aku dan adik beradik yang lain pun melaksanakan kami punya misi BBQ 2.0 ni haha 😆 Jenuh jugak fikir kat mana nak beli ayam/kambing perap sebab tak berapa familiar dengan kawasan situuu. Memula pergi TF Mart jaa, tapi hanya ada makanan frozen yang lain, last last aku teringat yang AEON selalunyaa ada juai2 benda perap ni. Sebelum tu ada jugak try cari orang yg juai Pak Mat Western kat area situu tapi banyak yang takda stokk itu yang runsing sikit nak cari manaa lagi haha 😂 Alhamdulillah tak salah jangkaan pi AEON Manjung sebab memang ada juai kat situuu hihi beli lahhh serba sedikit untuk kongsi2 makan. Masa beli ni memang tawakal habis la rasaaa macam mana perapan dia, janji dapat buat BBQ ðŸĪĢ Tapi syukur, perapan diaaaa memang sedap betuii dan semua orang sukaaa legaaa kami haha kalau tak habislahhh kena bising beli benda tak sedap opps ðŸ˜Ū‍ðŸ’Ļ 

Simple2 sajaaa sebab adhoc plan kan hihi

Selain BBQ, ada jugaaa menu sandwich, koktail buah dan jugaaa spaghetti masak lemak daging salai dan jugaaa odennn pheww banyakk yaa menuu malam tuuu haha memang betul2 simpan ruang dalam perut untuk makan ahaha. Alhamdulillah semua makanan sedap2 malam tuuu 😎


Dipendekkan ceritaaa, esok nyaa hari ketigaaa kami plan nak cubaaa ke Teluk Batik lagi sekalii sebab cuaca agak elok berbanding hari sebelumnyaaaa. Tapi apakan daya, lagi sekali belum rezeki kami nak singgah dan lepak di Teluk Batik 😭 Kalini sebab banyakkkk sangat keretaaaa nak masuk ke Teluk Batik memang jammed terukk, jadi ambik keputusan keluar dari barisan jaaa pi berkelah pi tempat lain. Pusing punya pusing kami lepak dekat kawasan padang luas berdekatan dengan jeti nak ke Pulau Pangkor. Nice jugak kawasan situuu, tenang jaaa duduk bawah pokok hihi 😋 Lepas piknik, bergambar apa semuaa kami punnn berpisahh dan pulang ke rumah masing2. Penatt memang penat yaaaaa tapi seronok hahaha ðŸĪĢ  Sebelum pi tuuu kemain kata takmau dahhh plan piknik apa semuaaa, sekali otw balik “Okay bah, boleh plan lagi la lepasni kan ðŸĪĢ”. 

Oklah, rasanyaaaa sampaii sini duluuuuu untuk entry kalini, macam panjang jugakk entryy kalini yaaa hahaha taram lamaaa betul tak menaip ðŸĪĢ  Jumpa lagi di lain entry inshaAllah 😘

Salam sayang,
Alyaa ❤️

Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
COPYRIGHT 2011/2012. ALL RIGHT RESERVED BY ALYAA IBRAHIM