Selasa, 31 Januari 2023

Januari 2023 - Keracunan Makanan, Aktiviti Cuti CNY

Assalamualaikum dan selamat malam semuaaa !

Wahhhh, akhirnyaaaa aku kembali dengan entry yang baruuu untuk tahun baruuu, tahun 2023 ! Haha Alhamdulillah masih diberikan kesempatan untuk menaip dekat sini dan berkongsi serba sedikit cerita tentang aku dan kehidupan akuuu gituu. Pasal isu isu semasa ni malas lah nak komen lebih lebih dekat blog sendiri acece yelah tuuu haha nanti la bila bila aku kupas isu isu yang berkaitan gituhhh acah orang nak baca blog diaa lagii 🤣

Apa2pun, syukur Alhamdulillah akhirnya harini dah pun 31 Januari 2023. Terasa lamaaa yaaa bulan Januari kalini 😂 5 minggu jugak laaa kiranyaa kalau tengok dalam kalendar haha. Hari hari aku berlalu macam biasa sajaaa untuk bulan ni. Masuk kerja macam biasa jugaa. Cumaaa bulan ni diuji sikit dengan sakit uhuk 😭 Tak tahuuu laaa apa puncanyaaa tiba2 sajaa disahkan kena food poisoning (keracunan makanan) setelah TIGA hari aku cirit birit yang maha dahsyat dan jugak sedikit temperature spike malam hari kedua tuuu. Mengalah jugak aku lalu pi lah klinik dekat dengan rumah aku ni sebab tak larat sangat dah nak pergi kerja haritu, sekali Dr kata kena keracunan makanan daaa. Kat rumah masa sakit perut tu aku cuma makan PCM saja nak bagi lega perut, stok ubat hyoscine, lomotil, ORS masa ni memang kering habis, takda kat rumah. Ingatkan gastrik tapi rasa sakit perut tu lain sangat, tak pernah kena sebelum sebelum ni, cirit pulak fuhh tak tahu berapa kali ulang alik ke tandas, kat pejabat sama, kat rumah pun sama. Ada la terdetik nak makan activated charcoal masa ni, siap jumpa dah stok ubat tapi tak termakan 😚 Dr GP prescribe antibiotik dekat aku, Bactrim tauuu, aku macam was was sebenarnya nak makan haha, tapi end up memang aku tak makan punnn hihi. 


Bukan nak melawan cakap Dr cuma masa tu aku terdetik, aku cuba duluuuu makan activated charcoal ni, kalau still tak okay baru aku nak makan antibiotik yang Dr GP kasi ni. Sekalii, Alhamdulillah sangat sangat, lepas makan activated charcoal ni rasa makin okay dannn perut dan cirit birit pun kurang 😭🤲 Ubat yang dari GP tu, aku cuma tak makan antibiotik jeee, ubat lain macam lomotil, domperidone aku makan jaaa. Kenapa Dr kasi domperidone dekat aku? Sebab aku complaint of nausea jugakkk, so dia kasi untuk cover rasa mual dan angin gituuu.

Ok, kemudian masa cuti CNY baru ni, yang 4 hari tuuu kann, aku ada family trip ke Taiping dan Lumut, Perak 🥳 Alhamdulillah, menjadi jugak trip ni setelah pelbagai rintangan dan halangan yang perlu ditempuhi 😂 Plan asalnyaaa, nak pergi 2 hari 1 malam jeee, tetiba pagi nak check out tuuu Abah ajak sambung satu malam lagi, pergi tidur dekat homestay lain haha Alhamdulillah jugak rezeki ada homestay kosong yang jauh lebih murah dari yang aku book sebelum ni huuu. Aku fikirkan mungkin sebab musim orang nak bercuti dan jalan jalan kan, so aku terima lah harga homestay tu sekali dapat yang jauh lebih murah malam kedua tu terasa rasa macam membazir duit banyak untuk tidur satu malam tu saja, tapi takpalah rezeki tuan rumah 😬 

Makanan yang dibawa untuk piknik di Taiping


Hari Sabtu, bertolak dari Penang dalam pukul 10 lebih macam tu (sibuk siapkan barang makanan pagi tu dan memang tak mau rush rush nak rilek rilek saja pergi jalan jalan kalini haha), sampai sana lebih kurang 12 lebih nak dekat pukul 1. Konvoi dengan Maklang aku sekali pi sana baru macam meriah sikit gituuu. Lepastu lepak lepak, makan makan sambil menikmati suasana yang sepoi sepoi bahasaa. Kami piknik dekat bawah pokok dekat Taman Tasik Taiping, sebaik dapat spot cantik bolehlah layan makan nasi lemak bila hujan turun renyai2 hihi sebab pokok tolong tahan air hujan untuk kami haha. Sebaik takda guruh/kilat, tak digalakkan yaaa duduk bawah pokok kalau cuaca buruk sangat.  Dah makan chill semua, ambik gambar, shooting video sikit, sesi fotografi ramai ramai lepastu bersuraiii sebab nak ke Lumut pulaaa lepastuuu. Sempatlah pusing2 Taiping sikit, cantik yaaa Taiping ni redup dan damai jaaa tengok, nanti nak mai lagii tengok tempat2 dan makanan2 menarik di Taiping ! 😍 Idea nak datang Taiping ni pun aku lah yang suarakan sebab aku tak pernah pergi Taiping, teringin nak pergi tengok taman dia yang cantik tuuu hihi Alhamdulillah berkesempatan jugaaa pergi kalini 🥰

Cantik kannn 😍

Dari Taiping, kami singgah ke Teluk Senangin sat nak tengok kawasan sebab tak pernah sampai kann sebelum ni. Manatau nak plan next trip di Teluk Senangin pulak lepasni haha 😂 Takpa, kita berangan duluuuu, angan angan kan percumaaa hihi. Cantikkk jugaaa rupanyaaa Teluk Senangin ni, panjang jugak pantainyaa dan ramai orangg. Ramai juga yang camping dekat sini, menarik tengok khemah masing2. Ada rezeki lebih dan ada masa bolehlah kita cuba cuba camping dekat situ pulak, tak gituuu ehek 🤭

Masa ni dah nak dekat waktu Maghrib, jadi nak nampak ala ala sunset sikit dah ☺️

Sebelum check in homestay, pergi melawat rumah pakcik aku dulu. Sampai homestay jaaa, dah lewat malam dalam pukul 11 lebih macam tu. Plan asalnyaaa nak berBBQ tauuu malam tuu haha. Aku dan adik beradik yang lain teruskan jugak misi kami nak berBBQ malam tuu haha sebab rasa sayang laaa dah bawak stok dari Penang lepastu nak bawak balik sini huuu (masa ni belum tauuu nak sambung semalam lagi haha) 😂 Bolehlah buat ghaso ghaso, dalam pukul 2 pagi semua dah settle BBQ, makan dan kemas hihi. Seronok jugak lah sekali sekala berBBQ walaupun dah lewat malam haha sebaik laaaa porch kereta homestay tu luas bolehlahh bakar2 dalam porch jaaa, senang tak kacau kawasan orang dekat luar 😇

Bolehlah buat ghaso ghaso BBQ hihi

Hari kedua tuuu plan asalnyaaa memang nak ke Teluk Batik lepas checkou homestay, tapi apakan dayaaa hujan turun dengan lebat sekali waktu kami sampai tuuu. Sempat lah redah hujann yang lebat tuuu akhirnyaaa mengalah dan terus pergi checkin homestay kedua dan rehat rehat sajaaa. Terus masa ni tiba2 terasa macam nak buat BBQ 2.0 hahaha yalah malam sebelum tu kan tak semua ada, lepastu menu yang plan pun tak terbuat lagi, jadinyaaa aku dan adik beradik yang lain pun melaksanakan kami punya misi BBQ 2.0 ni haha 😆 Jenuh jugak fikir kat mana nak beli ayam/kambing perap sebab tak berapa familiar dengan kawasan situuu. Memula pergi TF Mart jaa, tapi hanya ada makanan frozen yang lain, last last aku teringat yang AEON selalunyaa ada juai2 benda perap ni. Sebelum tu ada jugak try cari orang yg juai Pak Mat Western kat area situu tapi banyak yang takda stokk itu yang runsing sikit nak cari manaa lagi haha 😂 Alhamdulillah tak salah jangkaan pi AEON Manjung sebab memang ada juai kat situuu hihi beli lahhh serba sedikit untuk kongsi2 makan. Masa beli ni memang tawakal habis la rasaaa macam mana perapan dia, janji dapat buat BBQ 🤣 Tapi syukur, perapan diaaaa memang sedap betuii dan semua orang sukaaa legaaa kami haha kalau tak habislahhh kena bising beli benda tak sedap opps 😮‍💨 

Simple2 sajaaa sebab adhoc plan kan hihi

Selain BBQ, ada jugaaa menu sandwich, koktail buah dan jugaaa spaghetti masak lemak daging salai dan jugaaa odennn pheww banyakk yaa menuu malam tuuu haha memang betul2 simpan ruang dalam perut untuk makan ahaha. Alhamdulillah semua makanan sedap2 malam tuuu 😬


Dipendekkan ceritaaa, esok nyaa hari ketigaaa kami plan nak cubaaa ke Teluk Batik lagi sekalii sebab cuaca agak elok berbanding hari sebelumnyaaaa. Tapi apakan daya, lagi sekali belum rezeki kami nak singgah dan lepak di Teluk Batik 😭 Kalini sebab banyakkkk sangat keretaaaa nak masuk ke Teluk Batik memang jammed terukk, jadi ambik keputusan keluar dari barisan jaaa pi berkelah pi tempat lain. Pusing punya pusing kami lepak dekat kawasan padang luas berdekatan dengan jeti nak ke Pulau Pangkor. Nice jugak kawasan situuu, tenang jaaa duduk bawah pokok hihi 😋 Lepas piknik, bergambar apa semuaa kami punnn berpisahh dan pulang ke rumah masing2. Penatt memang penat yaaaaa tapi seronok hahaha 🤣  Sebelum pi tuuu kemain kata takmau dahhh plan piknik apa semuaaa, sekali otw balik “Okay bah, boleh plan lagi la lepasni kan 🤣”. 

Oklah, rasanyaaaa sampaii sini duluuuuu untuk entry kalini, macam panjang jugakk entryy kalini yaaa hahaha taram lamaaa betul tak menaip 🤣  Jumpa lagi di lain entry inshaAllah 😘

Salam sayang,
Alyaa ❤️

Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
COPYRIGHT 2011/2012. ALL RIGHT RESERVED BY ALYAA IBRAHIM