Khamis, 24 Ogos 2023

Sarjana Amalan Farmasi UiTM (Masters in Pharmacy Practice UiTM) - Mod Hybrid Intake Oktober 2023

Assalamualaikum dan selamat petang semuaaa 

Kembali lagi kita ke entry yang baruuu untuk bulan ini, hahaha. Rasa macam baru semalam kan publish satu entry, tiba tiba eh harini ada entry baru lagi? Apaaa maknanyaa itu? 😱 Haaa tengah rajin nak menaip la tuuu eheks. Ok tak, sebenarnya aku terasa macam nak mengabadikan entry pasal benda ni dalam blog akuu gituuu.

Benda apa yang nak diabadikan sangat kat blog ni? Haha, seperti tajukk di atas yaaa. Berkenaan Sarjana Amalan Farmasi UiTM (Masters in Pharmacy Practice UiTM). Kerana apaaa aku nak abadikan benda ni di blog akuuu ni walaupun dah di saaat saat akhirr permohonan program ni? Sebabnyaaaaa buat julung kalinyaaa, UiTM menawarkan mod pengajian secara hybrid untuk Masters programme merekaaa 💅 Apa yang dimaksudkan dengan pengajian hybrid ini? Ok sekejap lagi aku jelaskan sedikit, apa yang akuuu faham yaaaaa dan juga hasil info yang aku dapat baru baru ini.

Mesti pelik kan kenapa aku sibuk jeee nak menaip pasal tajuk ni? Haha, kalau korang dah baca entry aku yang lepas dekat SINI, korang akan perasan yang sebenarnyaaa kursus impian aku untuk menyambung ke peringkat Sarjana adalah Amalan Farmasi. Tapi apakan daya, rezeki takda masa tuuu hehe. Jadinyaaa, biarlah aku abadikan satu entry tentang perkara yang aku sukai namun cinta dan cita tak kesampaian gituuu HAHA macam sedih sangat yeeee 😂 

Ok, sebelum aku melalut lebih banyak, marilah kita ke tujuan utama entry ini ditaip dan dihasilkan harini. Untuk makluman pembaca blog aku yang budiman dan baik (acece, acah macam ada yang baca blog diaa tuuu 😜), untuk intake Oktober 2023, pihak Fakulti Farmasi UiTM Kampus Puncak Alam menawarkan program Sarjana Amalan Farmasi secara hybrid kepada semua ahli farmasi yang berminat untuk menyambung pengajian mereka. Apa yang dimaksudkan dengan hybrid? Apa yang aku faham, pengajian secara hybrid ini melibatkan pengajian offline dan online. Sama seperti apa yang diperkenalkan oleh UiTM kepada semua peringkat pengajian sewaktu pandemik COVID-19 dulu, kalau tak silap aku la kan. In fact, tak silap aku masih ada beberapa kursus/kampus yang mengamalkan hybrid mode ni bagi memudahkan kedua kedua pihak; pelajar dan juga pensyarah. Secara tidak langsung, aktiviti PnP dapat dijalankan walaupun berada di luar kampus, begituuuu 😉

Poster rasmi dari FF Puncak Alam

Walaupun pengajian dijalankan secara hybrid, namun mod pengajian masih lagi sepenuh masa, dan bukan separuh masa. Kerana apa? Kerana kursus farmasi adalah kursus profesionnal, sangat susah untuk nak jumpa mana mana kursus berkaitan farmasi ni yang ditawarkan pengajian separuh masa. Bukan tak ada ya cuma susahh nak jumpa. Sebab apa aku kata macam tuuuu? Sebabnyaaa aku ada buat kajian sikit laaa masa aku nak sambung MPharm duluuu. Iyelah, tak mudah nak buat keputusan sambung belajar kan, jadinyaaa kenalah riki betul betul semua kursus yang ada di Malaysia ni, gituuuh.

Bagi pendapat akuuu, ini antara peluang keemasan yang perluuu direbut! 😍 Haha sebab apaa aku kata macam tu? Sebab bukan senang tauuu Masters Coursework macam ni nak ditawarkan secara hybrid. Bukanlah kata aku nak promote UiTM lebih haha tapi serius, boleh pertimbangkan untuk sambung ke program ini sekiranya berminat. Aku ada post poster ni di Instagram aku dan ada juga yang tanya sampai bila akan ada pengajian mod hybrid ni? Sejujurnya aku pun tak pasti, dari info yang aku dapat, kemungkinan hanyalah pada intake 2023 ini. Untuk maklumat lanjut, aku rasa sebaiknyaaa hubungi person in charge untuk program ini iaitu Ms Zakiah; seperti yang tertera di poster atas.

Antara soalan lain yang aku dapat jugaaa adalah berkenaan yuran pengajian. Biasalah kan, dah namanya pun nak sambung belajar, mestilah kena ada bayaran yurann. Seingat aku, yuran pengajian untuk kedua dua kursus Sarjana Farmasi UiTM (Klinikal dan Amalan); mempunyai struktur bayaran yuran yang lebih kurang sama saja. Jumlah mengikut jadual yuran (boleh didapati di website UiTM) adalah sekitar RM 6.7K untuk pengajian satu tahun (3 semester). Jujurnyaaaa, antara yang murah berbanding IPTA/S yang lain. Dan merupakan salah satu sebab UTAMA kenapa aku memilih 💅 UiTM 💅 jugaaa untuk sambung Masters ni walaupun keinginan hati nak ke Universiti lain 😆 

Oleh ituuu, bagi yang berminat nak sambung Masters ni, segeralahhh buat permohonan ke IPSiS UiTM sebelum atau pada 31 Ogos 2023 untuk ambilan Oktober 2023 ini. (Iyaaa tahuuu lambert dahh pun kalau nak apply kan, nak buat acaner sis pun baru dapat info pasal tawaran ni haha tapi its okay try la dulu apply nanti baru fikir balik nak proceed ke tak hihi)

Alright, untuk penutup entry ini, aku sertakan gambaran kasar mengenai format ataupun struktur pengajian Sarjana Amalan Farmasi (Masters in Pharmacy Practiceni bagi mod hybrid. InshaAllah, info yang aku dapat ini dari sumber yang dipercayai hahaha. Tapi sekali lagi aku tekankan, sebaiknyaa terus berhubung dengan PIC untuk maklumat lebih lanjut dan tepat. Hihi. 

Duration: 1 year (3 semester)


Sem 1 and 2 (28 weeks: 14 weeks/semester)

10 weeks online class - Weekdays, 6-10pm

4 weeks physical class - 9am-6pm

Sem 3 (16 weeks)

Physical attendance at research site

Okayyyy, sampai disini duluuu entry aku untuk kalini. Sebelum aku melalut lebih panjang, baik aku tamatkan dulu entry ini setakat ini hahaha 😏 Semogaaa entry ini bermanfaat untuk semuaaa yang membaca nyaa, amin. Dan buat yang bakal menyambung pelajaran ke peringkat Sarjana, mogaaa dipermudahkannn segala urusan yaaaa ! Buat perancangan rapi dari pelbagai sudut sebelum buat keputusan yang besar ni tauuu. 

Akhir kata dari sayaaaa,

Sambunglah Masters kerana minat anda dan bukan kerana anda melihat orang sambung Masters dan anda rasa "Wahhhh, bestnyaaaa dan seronoknyaaa tengok dia sambung Masters"

InshaAllah, jumpa lagi di lain entry, bye ! 

Salam sayang, 
Alyaa 💜

Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

assalamualaikum sy nak tanya kalau sy amik diploma sains.. boleh ke sy sambung degree farmasi?

AlyaaIBH berkata...

Waalaikumsalam, maaf atas kelewatan reply email. Ya, boleh tapi perlu memenuhi syarat2 yang ditetapkan. Paling penting, result SPM akan dilihat semula untuk kemasukan ke degree farmasi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
COPYRIGHT 2011/2012. ALL RIGHT RESERVED BY ALYAA IBRAHIM