Khamis, 17 Julai 2014

Harga Baru Lesen Kereta dan Motor

Assalamualaikum, selamat pagi


Wah, nampaknya isu harga lesen kereta dinaikkan menjadi topik hangat sekarang ni. Aku pun turut sama teruja dan terkejut bila dengar pasal isu harga lesen kereta ni naik harga.

Kenapa aku terkejut? Sudah semestinya mengenai harga yang dinaikkan tu. Dari laman blog yang aku kunjungi tadi, dikhabarkan mulai 14 Julai 2014, harga lesen kereta (Kelas D) sudah mencecah sehingga hampir RM2K manakala untuk lesen motor (kelas B2) harga mencecah RM1050. Allahu, nak tercabut jugak jantung ni bila tengok harga baru yang dah dikeluarkan oleh JPJ ni.

Cuma aku runsing dan terfikir, adakah ianya satu kebetulan ataupun memang ini masa yang tepat untuk diumumkan mengenai kenaikan harga lesen ni? Kenapa aku cakap kebetulan? Rasanya ramai yang sudah sedia maklum dengan video viral di laman media sosial mengenai seorang wanita yang mengamuk di jalanraya selepas dari excident kecil yang melibatkan kereta Peugeot putih miliknya itu di Kuantan, Pahang.

Boleh dikatakan hampir seluruh rakyat Malaysia menonton video tersebut dan akibat daripada itu, wanita tersebut telah dikecam dengan begitu dahsyat sekali di laman laman media sosial ni. Tapi, alhamdulillah, nampaknya keadaan semakin baik bila wanita tersebut sudahpun tampil untuk memohon maaf. Bagi aku, jadikan ini sebagai pengajaran bukan saja untuk dia tapi juga untuk kita semua. Ok, tutup cerita pasal ni, sebab hal ni bukan hal utama yang aku nak ceritakan di sini. Tapi, mengenai harga lesen kereta dan motor dinaikkan.

Bagi mereka yang sudah memiliki kedua dua lesen tersebut termasuk aku, mungkin ianya bukanlah satu isu yang besar sebab masing2 dah lepas, dah ada lesen. Tapi, bagaimana dengan adik adik kita? Generasi bawahan kita? Sungguh, aku sendiri khuatir untuk memikirkan apa natijah yang akan berlaku selepas ni akibat kenaikan harga lesen kereta dan motor ni, harapnya yang baikbaik sajalah. Amin.

Oh, berbalik kepada isu atas tadi, yang mana adakah ianya kebetulan ataupun masa yang tepat untuk diumumkan tu, aku sendiri takdapat nak jawab, boleh jadi kebetulan sebab nilai RM2K ada disebut di dalam video viral yang aku sebutkan tadi, atau boleh jadi sekarang masa yang tetap untuk kerajaan umumkan mengenai kenaikan harga lesen ini. Terlalu banyak kebarangkalian yang ada, dan yang sebenar benar yang tahu, hanyalah Dia yang satu, Allah. 

Malas nak ulas dengan lebih lanjut, dekat sini aku nak share tentang maklumat yang aku dapat dan baca di blog, sebagai perkongsian bersama. Semoga ianya memberi manfaat buat semua, insyaAllah amin. 

Harga Baru Lesen Kereta Kelas D


Harga Baru Lesen Motor Kelas B2
Untuk pembacaan yang lebih lanjut, boleh terus pergi ke SINI

Credit gambar -----> sini

Kepada generasi akan datang, bertabahlah anda. Allah ada bersama dengan kita. :) Sekian.

UPDATE !!!

Dikhabarkan bahawa kenaikan harga lesen kereta dan motor yang dijadualkan berkuatkuasa 1 Ogos depan ditangguhkan oleh pihak JPJ. Makluman diperolehi dari laman Twitter Menteri Pengangkutan Malaysia. Pihak JPJ memaklumkan akan menjalankan kajian terlebih dahulu mengenai KPP yang baru sebelum memulakannya. Ini bermakna buat masa sekarang, harga untuk mendapatkan lesen motor dan kereta masih di tahap yang sama. Alhamdulillah. Berita baik buat masa ini. 

Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
COPYRIGHT 2011/2012. ALL RIGHT RESERVED BY ALYAA IBRAHIM